Wednesday, October 26, 2011

Aku Bukan Mistress

Aku jatuh cinta dgn novel karya Acik lana....ni!Serius...i love so damn!!Haaaahh...dah pakai perkataan damn tu maksudnye sungguh2 lah tu kan..!!
Aku takut sgt beli novel.Wei bukan murah ok...lagi2 kaki novel musti atas rm20.So korang rase berbaloi ke beli novel and the last korang akan biarkan novel tu sepi tanpa di usik??Then bila aku tercapai novel ni...aku harap sgt biarlah novel yg aku beli kali ni best.Alhamdulillah...memang tenyata pilihan aku kali adelah tepat sama sekali.So pada yg dahagakan karya2 mantop dr novellis kat mesia ni.Sile lah...dptkan novel ini sementara stock maseh ada.

Review versi aku:( Agak panjang sb aku nak hasut korang beli novel ni )

Mikail membeli Mya Arlissa drp bapak ayam David dgn harga rm 50,000.Mya tinggal sebumbung dengan Mikail tanpa sebarang ikatan yg sah.Yup....Mya adalah perempuan simpanan atau dgn bahasa agak kasarnye pemuas nafsu Mikail yg kacak dan kaya itu.Selama 2 tahun Mikail menyimpan dia,Mikail layan dia macam ada tak ada aje.Mikail siap warning lg dgn Mya supaya jgn simpan perasaan atau letak apa-apa harapan dgn status hubungan mereka.Mya pernah kena maki sb tenung dia sejak dari tu Mya takut lagi nak tenung Mikail.Sebagai perempuan Mya memang ada menaruh hati pada Mikail.Mikail memiliki segala-galannya sebagai lelaki idaman tapi Mya sedar diri dia perempuan hina yang tak layak bergandingan dengan Mikail .Mya akur yg suatu hari nanti bila Mikail dah bosan pasti dia akan di lepaskan.Selepas itu Mya akan mencari jalan hidupnya sendiri.

Selepas 2 tahun tanpa sedar Mikail menjadi "overprotec" pulak kat Mya.Semua pergerakan Mya mesti dengan izin Mikail.Nak ke kedai beli barang dapur pun kena berperang dulu dengan Mikail.Dia takut Mya di usik oleh lelaki lain yg memang dahagakan layanan Mya Arlissa yang di gambarkan sebagai perempuan yg sangat cantik.Kesempurnaan fizikal Mya menjadi kegilaan lelaki-lelaki hidung belang termasuklah Adam dan Shamil.Kerana kecantikan Mya dia sering menjadi mangsa terhadap nafsu serakah lelaki.Mengikut perkiraan aku Mya di rogol oleh 2 org lelaki sebelum Mikail.kekurangan itu lah yg menyebabkan Mya putus asa dengan hidupnya lagipulak tanggapan org kampung terhadap dia menyebabkan jalan hidupnya sentiasa hitam dan kelam.Tanpa dia sedar Mikail akhirnya menyimpaan perasaan terhadapnya.Mikail berubah sedikit demi sedikit dan dia mula melayan Mya dengan baik dan lebih byk bertolak ansur.Kisah hitam Mya di terima seadanya dan dia semakin menyedari bahawa Mya bukan seperti perempuan-perempuan simpanan yg di luar sana yang sering meminta duit dan minta di belikan barang2 mewah.Mya...tidak pernah meminta apa-apa dan duit bulanan yang di berikan oleh Mikail di simpan sendiri tanpa di belanjakan.Kerana Kesemua kelengkapan hidupnya di taja oleh Mikail.Dari baju sampai lah ke beg tangan semua Mikail yang belikan.

Segalanya berubah apabila nenek Mya meninggal dunia.Dia tidak mahu lagi hidup dengan dosa.Dia mahu berubah dan meminta Mikail tidak lagi menyentuhnya.Mikail akur dan meletakkan syarat supaya Mya terus tinggal di kondo mewah mereka dan Mikail berjanji akan menghormati kehendak Mya yang satu tu wp dia memang susah untuk mengawal napsu setiap kali berdepan dengan Mya.Kehadiran Syamil sebagai kekasih lama dan cinta pertama Mya betul2 menguji Mikail.Shamil berminat untuk merebut Mya kembali ke pangkuannya..ini menyebabkan Mikail terpaksa mencipta helah supaya Syamil langsung tidak berpeluang untuk merampas Mya dari hidupnya.Tanpa Mya sedari Syamil bertindak meminangnya melalui makciknya di kampung yang suka-suka mak bapak dia je terima pinangan Syamil.Makcik dan sepupu Mya tidak habis-habis menabur fitnah dan membenci Mya.Berita peminangan Mya sampai ke telinga Mikail lantas dengan senekad hati Mikail mengajak Mya kahwin.Masa tu Mya macam mati hidup semula sebab dia tidak sangka yang Mikail memang jujur nak buat dia jadi isteri.Terasa macam mimpi bila seorang lelaki yg sempurna di pandangan matanya seikhlas hati mahu menjadikan dia isteri yang sah.Sedangkan dia adalah wanita hina yang tidak layak di angkat statusnya sebagai seorang isteri.Mya meminta di berikan waktu supaya dia boleh memikirkan hala tuju hajat Mikail itu.Sehinggalah mereka di tangkap oleh JAIS sebab bersekedudukan.Masa ni aku rasa agak lawak sb yang call JAIS tu adalah Mikail.Dia cerita dr A to Z kat pegawai JAIS tu mengenai kisah dia dan Mya.Masa kena serbu tu Mikail rileks aje sedangkan Mya terkejut sampai ke tahap nak pitam.JAIS minta nombor telefon makciknya di kampung tapi Mya menangis dan merayu supaya berita penangkapan tu tak sampai ke pengetahuan orang kampung yang memang sejak dari dulu memandang serong pada Mya.Nak tanak Mya terpaksa bersetuju juga bernikah dengan Mikail malam tu.Mikail punya la seronok sebab dia dapat berkahwin dengan satu-satunya perempuan yang boleh buat dia ceria dan bahagia.Bermula dari itu bermula lah babak2 romantik yang berpanjangan dan membuai perasaan korang.hehehe.

Mikail dan Mya berubah sedikit demi sedikit.Takde lah terus jadi alim.Cuma watak tu di baikkan secara perlahan-lahan dan tidak terlalu drastik.Selain daripada kisah cinta romantik di antara Mikail dan Mya juga di selitkan unsur kekeluargaan.Bagaimana berpecahnya keluarga Mikail kerana tindakan bapanya mengahwini perempuan lain menyebabkan Mikail hidup penuh dengan dendam.Dendam pada darah daginnya sendiri.Namun kehadiran Mya sebenarnya banyak memulikan hubungan mereka sekeluarga.Datin Adiba pada awalnya membenci separuh nak mati pada Mya secara perlahan-lahan mulai menerima Mya sebagai menantunya.

Secara keseluruhannya cerita ni memang best tahap gaban lah.Rugi sgt korang tak baca.....wp ada unsur yang tidak boleh di baca oleh budak-budak sekolah tapi bagi aku itu adalah realiti kehidupan kita pada hari ini.Bagi aku Acik lana berani dengan karyanya sendiri.Wp dia masih hijau dalam dunia penulisan ni tapi bagi aku cara dia olah cerita mg selayaknya dia di angkat sbg penulis novel terbaik.Serius kalau tak percaya korang boleh saksikan sendiri macam mana acik lana ni garab cerita dia dan selesaikan satu persatu konflik dengan tidak memutar belit cerita.Semua masalah Mikail dan Mya di selesaikan dengan baik dan tak buat kita rasa geram smpe nak hantuk kepala kat dinding.Ye la setengah novel.Berpisah smpe 3 tahun then jumpa balik.Wat da hell.!!!Memang sakit hati yg amat kalo aku bace kisah cinta mc tu.Acik lana takkan biarkan korang sakit hati mc selalu lagi percayalah.Mikail dan Mya tidak pernah berpisah lama...sb kuasa cinta dorang menghalang sesiapa saja yg dtg buat kacau termasuk dengan Datin Adiba sekali.Sekali Mikail dah jatuh sayang dia akan bertanggungjawab dan sayang perempuan tu smpai ke akhir hayatnya.Cewaaaaahhhh!!

oK lah...serius penat jari jemari aku ni menaip.So hope korang enjoy eh...

3 comments:

Ms. President said...

terbaek ar der..~gue mesti beli..

Su Ann said...

PIJA:mg der...xbeli rugi lu xdpt berkenalan dgn mikail yg kacak itu.

Anonymous said...

Ya, mungkin karena itu