“Tunang?
Scha ternganga besar sambil memandang wajah Emeriz
yang begitu dekat dengannya. Mata galak itu membalas pandangannya. Jelas mata
itu memancarkan satu harapan semoga dia rela dengan apa yang berlaku sekarang.
Emeriz mengangguk sambil tersenyum.
Suasana jadi hingar seketika. Bertubi-tubi soalan yang di ajukan oleh para
wartawan. Emeriz Cuma mampu menjawab dengan senyuman. Walaupun dia nampak
tenang pada luaran, namun pada hakikat sebenar dia sedang berusaha mencari kata
dan alasan yang sesuai untuk di jelaskan kepada Scha dan Diana sebentar lagi.
‘Manalah abang Mail ni... jauh sangat ke
beli rokok ni??? Aduuhhhhh... mati aku kejap lagi ni... Matanya sudah melilau
ke luar cafe mencari kelibat pembantu peribadinya itu.
‘Drama apakah ini? Diana sudah tersandar
ke dinding. Apabila menyedari seorang jurukamera sedang fokus ke arahnya
cepat-cepat dia berdiri tegak sambil membetulkan kedudukan Shwal nya. Kemudian
dia melebarkan senyuman.”Glamor mak Ulosss....
“Jadi hubungan Chef Emeriz dan Taliah
sudah berakhir? Wartawan masih belum lagi berpuas hati. Cerita harus di korek
sedalam-dalamnnya.
‘Ya tuhan bala apakah ini...........
Bisik Scha perlahan. Emeriz di sebelah Cuma memandang simpati. Keluhan itu
singgah ke cuping telinganya.
‘Tolong saya Scha... tolong beri
kerjasama.... please.. Emeriz membisikan kata-kata itu ke telinga Scha.
Berkerlipan cahaya kamera merakamkan aksi mesra itu.
Scha Cuma memandang dengan pandangan
yang lemah. Sungguh saat itu dia tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Lelaki
itu yang mulakan biarlah dia yang selesaikan semuanya.
“Ya... hubungan kami sudah lama
berakhir. Jadi tolong jangan kaitkan saya lagi dengan kes khalwat Taliah...
sama ada berlaku atau tidak kejadian itu, apa yang saya mahu tegaskan disini,
hubungan kami sudah lama berakhir. Tiada istilah saya putus dengan dia di
sebabkan kes khalwat tu. Itu saja. Sekian.
Jawab Emeriz dengan tenang. Dia terus mengheret Scha masuk ke dalam office yang
berada di bahagian belakang cafe.
“Kak... tolong beri kerjasama... apa
hubungan kakak dengan mereka? Soal wartawan perempuan yang memakai jaket
berwarna hitam itu.
Langkah Diana terhenti.
“Errr... maaf... i no comment! Jawab
Diana sambil menutup wajahnya dengan telapak tangan.
“Pleas kak... Rayu wartawan itu lagi.
Namun cepat-cepat Diana mengejar langkah Emeriz dan Scha yang sudah hilang
masuk ke dalam ruangan pejabat itu.
Beberapa minit kemudian Abang mail tiba
dengan beberapa orang pengawal keselamatan. Mesej yang di terima dari salah
sorang pekerja di Cafe itu menyebabkan dia bertindak mengupah beberapa orang
pengawal untuk mengawal keadaan. Mujur juga di kawasan itu terdapat Syarikat
keselamatan. Dapatlah membantu di kala keadaan darurat seperti ini. Abang Mail
segera mengawal keadaan dan cuba berkomunikasi dengan sebaik yang mungkin
dengan orang media. Mujur jugalah mereka faham dan segera beredar dari situ.
Emeriz memerhatikan Scha yang sejak dari tadi
mudar mandir di hadapannya. Diana pula diam tanpa banyak soal.
“Sekarang ni... saya ..... arrrghhhh kak
D... tolong Scha... Segera Scha menerpa ke arah Diana.
“Kalau kak D tak ajak saya ke mari semua
ini tak akan berlaku... Marah Scha dengan wajah yang merah padam. Diana menelan
air liur.
‘Aku pulak di salahkannya... Aduhh!
Diana menepuk dahinya sendiri.
“Scha.. please clam down.. Kata Emeriz dengan nada yang lembut. Dia juga sudah
mati idea. Tidak mampu berfikir menggunakan akal yang waras.
“Chef.... clam down?? Scha menjegilkan biji matanya ke arah Emeriz yang duduk
di sofa.
Ahhh boleh pula dia bersenang lenang
duduk macam tu. Aku ni risau bagai nak tercabut nyawa boleh dia tenang macam
tu.
“Salah saya, i`m so so sorry Scha... Ok
let me settle the problem...ok. Pujuk Emeriz lagi.
Scha masih mundar mandir. Ke hulur ke
hilir sambil memegang kepalanya. Apa yang perlu di ceritakan pada mama dan papa
nanti? Bertunang tanpa pengetahuan keluarga? Gilaaaa.... sumpah papa akan
mengamuk dengan aku nanti. Mama...? Kena heart attack lah jawabnya... aduiii
Bebel Scha dengan suara tenggelam tiombul.
“Chef.. kes ni boleh jadi serius kalau
apa yang chef cakap pada press tadi masuk dalam surat khabar esok! Chef fikir
tak kesan yang akan berlaku...? Diana mencelah.
Emeriz memandang ke arahnya. Ya Allah...
sumpah dia langsung tidak memikirkan kesannya. Apa yang dia tahu, dia Cuma
perlu menerangkan perkara yang tidak betul kepada wartawan dan pada akhirnya
dia seperti menjerat lehernya sendiri. Emeriz tersandar ke sofa. Dahinya sudah
berpeluh.
“Mama papa..... ohhh.... Scha memegang
dadanya. Mahu menagis air mata tak mahu keluar walau setitik. Mahu menjerit dia sudah hilang kekuatan. Argghhh...
dari mana datangnya lelaki ini? Kenapa dia pula yang menjadi kambing hitam?
Emeriz berdiri dan melangkah ke arah
Scha. Bahu Scha di pegang lembut. Namun sepatas kilat Scha mengelak.
“Jangan cuba nak ambil kesempatan macam
tadi ya? Kes tadi pun tak settle lagi dah nak buat hal ke? Merah menyala mata
Scha menjegil memandang Emeriz.
“Opsss... Sorry Scha... i`m so so
sorry... Ucap Emeriz sambil mengangkat tangannya. Dia Cuma mahu menenagkan
Scha.
‘Kacak? Pegidahhhh dengan kacak kau...
kacak pun tak guna kalau otak letak kat lutut. Dia siapa memandai nak mengaku
aku ni tunang dia? What the Fish!!! Sumpah Scha di dalam hati. Nak marah
depan-depan dia tak berani.
“So, macam mana sekarang ni? Soal Diana
lagi.
“Akak jangan tanya Scha, akak tanya Chef
kita ni.. ok.. Scha mengangkat kedua dua belah tangannya kemudian dia terus
melabuhkan punggung ke sofa sambil menyilangkan kaki dan berpeluk tubuh.
Emeriz tersandar ke dinding sambil
mengeluh kasar.
Scha dan Diana serentak memandang ke
arahnya.
‘Kesian pula... mesti dia tak sengaja
nak buat macam tu. Aduhhaiii.... lagi kesian kat aku ni, apa kata mama dan
papa. Apa kata jiran-jiran bila mereka baca surat khabar esok? Dan apa kata
saudara mara terdekat? Di rasakan masa depannya makin kelam.Eh.... apa kes
sampai libat masa depan ni??? Nafas Scha sudah tidak teratur.
“Biar saya yang jelaskan pada papa dan
mama awak Scha.. Kata Emeriz yakin.
Scha mencebik.
“Mama papa je? Jiran-jiran?? Kawan-kawan
papa dan mama? Adik beradik??? Saudara mara??? Kawan-kawan kolej? Pandangan
masyarakat pada saya? Ada Chef terfikir tak??? Soal Scha sinis.
Sekali lagi Emeriz terpampan. Ya tuhan
sebesar ini akibatnya???? Emeriz menguak rambutnya ke belakang.
Kini dia mengambil alih tempat Scha
pula. Mundar mandir di hadapan Scha dan Diana.
“Kak... Macam mana Scha nak hadapi hari
esok?? Tangan Diana di genggam kuat.
Diana memandang simpati.
“Maaf dikkk.. salah akak... salah akak
semua ni.. Diana sudah mula menangis. Tubuh Scha di peluk erat.
Scha jadi serba salah. Salah siapa?
Huhu... Emerizzzz...... Scha menjeling Emeriz.
Tukk tukk..
Daun pintu di ketuk dari luar.
“Masuk! Arah Emeriz dari dalam.
Abang Mail melangkah masuk dalam keadaan
takut-takut. Memang kejap lagi telinganya akan bernanah mendengar amrarah
lelaki itu. Pasrah......
“Kau kemana Mail??? Jerkah Emeriz saat
wajah Abang Mail muncul dari balik pintu.
Scha dan Diana terkejut mendengar
tempikan itu.
‘Nauzubillah.... muka aja kacak tampan
lagi bergaya... tapi perangaiiii.... Scha mengetap bibirnya. Kasihan pula
melihat lelaki berusia awal 30an itu menundukkan wajah persis sedang mengadap
raja yang sedang murka. Huhhh... orang berduit memang suka menindas. Itu
hakikatnya.....rasa nak luku je kepala si Emeriz ni.
“Errr..... maaf Tuan Emeriz...
“Mailll... kau tahu aku separuh nyawa
nak mengadap Press tadi?? Emeriz bercekak pinggang. Muka tak payah cerita lah.
Dah macam bapak singa lagaknya.
Abang Mail mengangguk. Tahu atau tidak
dia Cuma mampu mengiakan kata-kata Emeriz. Tiada pilihan. Bukan dia tak tahu
perangai baran Emeriz itu.
“Kau tahu sekarang ni aku dah libatkan
orang luar dalam masalah aku, so macam mana sekarang ni? Soal Emeriz berbisik
ke telinga Abang Mail. Suaranya mula kendur.
“Orang luar?? Mata Abang Mail
terbuntang. Terus dia memandang ke arah dua orang wanita yang sedang duduk
dlaam keadaan yang monyok di sofa. Lihat dari wajah yang macam orang kalah judi
memang seperti mereka orang yang di maksudkan oleh Emeriz.
“Tak pasal-pasal aku mengaku yang budak
baju pink tu tunang aku. Sumpah Mail aku tak sangka yang aku boleh bertindak
macam tu sekali... sial betul!! Marah Emeriz kepada dirinya sendiri. Kenapalah
dia tidak saja mengaku tentang hal yang sebenar kepada wartawan.
Sekurang-kurangnya dia tidak melibatkan orang lain. Dari nak selesaikan satu
masalah dah jadi dua masalah. Bahana betul!!
“Alamak Tuan, masalah besar ni... esok
confirm sensai cerita Tuan ni.. Kata Abang Mail dengan riak wajah terkejut. Apa
bodoh sangat bos aku ni. Kata cerdik pandai..
Abang mail menggelengkan kepalanya. Kalau Emeriz susah dia pasti lagi
susah. Aduhhhh... samdol punya bos!!
“Tu lah masalahnya Mail...aduhh..” Keluh
Emeriz sambil memegang kepalanya.
“Tuan... masalah ni ada baiknya kita
fikirkan malam ni... suasana tegang sangat ni, saya rasa semua orang tertekan
dengan masalah ni..
Emeriz memandang Abang Mail. Ada
betulnya juga kata-kata Abang Mail itu.
“Scha... awak balik dulu... boleh?
“Hah Balik? Nak mati? Soal Scha kembali
dengan nada seperti mahu menelan ayam panggang.
“Errr... bukan bermaksud saya lari dari
masalah... tapi saya akan selesaikan masalah ni... ok? Emeriz cuba bertoleransi
dengan Scha sebaik mungkin.
“Scha... betul cakap Chef tu.. kita
balik dulu. Scha jangan risau, akak akan back
up Scha.. ya...
Scha memandang wajah Diana. Dia mengeluh
lalu mengangguk. Duduk lama-lama di situ pun belum tentu masalah akan selesai.
Nak tak nak dia terpaksa juga balik rumah. Mungkin esok berita ini akan
tersebar secara meluas. Dia tak tahu apa yang bakal berlaku esok. Wajah papa
mama dan nenek sudah terbayang jelas di ruang mata. Pasti mereka kecewa. Ya
tuhannn.....
Mail dan Emeriz sama-sama termenung
mengenangkan masalah yang bakal menjadi berita sensasi lagi terkini besok.
Sesekali Emeriz mengeluh sambil memicit kepala.
“Macam mana reaksi Umi dan ayah aku
nanti Mail... Kata Emeriz lemah.
Mail Cuma mampu menggelengkan kepala
tanda dia juga buntu untuk mencari jalan keluar. Di pendekkan cerita sama-sama
lah mengadap hari esok.
***
“What?
Are you crazy Riz? Suara Rasul bergema kuat di
corong I phone.
Emeriz segera menjarakkan I phone dari
telinganya. Bingit mendengar jeritan Rasul. Kot ya pun terkejut bin beruk tak
payah lah nak terjerit macam dia ni pekak badak. Huh.
“Hello… kawan, aku belum pekak… ok!
“Tak lah, aku ni bagai nak tercabut
jantung dengar cerita kau, kau boleh rileks je kat sana ye? Pasal apa kau buat
skandal dengan student aku? Aku suruh kau ajar dorang masak bukan ajar main
cinta.. Bebel Rasul tanpa usul periksa.
Ni lah masalah Rasul, kalau nak cakap
main sembur aja. Rasa menyesal pula cerita kat mamat ni. Tak cerita kang, esok
masuk surat khabar lagilah kecoh. Adoii.
“Habis dah time tu memang Cuma dia je
yang aku nampak boleh tolong aku Rasul, bukan aku sengaja… semua tu di luar
pemikiran waras aku.. Balas Emeriz lemah. Tubuhnya sudah di hempas ke katil.
Penat memikirkan perkara yang berlaku.
“Riz.. kau ni sengaja buat bala
betullah… habis selama ni kau tak waras lah ya? Tempelak Rasul selamba
badaknya.
“Hurrmmmm habis nak buat macam mana.
Nasib juga dia yang aku sambar, buatnya Diana? Mahu di parangnya kepala aku ni
dengan suami dia…
“Habis macam mana keadaan Scha?
Emeriz mengeluh perlahan.
“Tu yang aku kesian sangat kat dia…
bukan main marah lagi budak tu…tadi. Habis nak buat macam mana. Siapa suruh dia
bertenggek kat café aku tadi… Emeriz tertawa kecil. Cuba untuk menghiburkan
hati sendiri.
“Aku tak dapat nak bayangkan macam mana
penerimaan mak bapak dia… Riz..
“Tu lah pasal bro… esok punya cerita lah
bro.. aku pun dah naik senak kepala memikirkan masalah ni. Mana dengan masalah
Taliah lagi…
“Hah… apa kes girlfriend kau tu??
Emeriz memegang dahi. Tiba-tiba urat
kepalanya terasa bersimpul apabila mengenangkan Taliah.
“Tu sorang lagi… aku dah bulat hati nak
clash dengan dia… apa nak jadi, jadilah bro.. aku dah tak larat nak tanggung
segala masalah yang dia selalu timbulkan. At last kena kat batang hidung aku
sendiri…
“Baguslah tu Riz, aku tak rasa yang dia
tu baik untuk kau… Kata Rasul yang sememangnya sejak dari dulu lagi tidak
berkenan dengan Taliah. Sosial tak payah cakaplah.. yang hairannya macam mana
Emeriz boleh tersangkut pulak. Lega hati apabila mendengar kata-kata Emeriz
sebentar tadi.
“Baik tak baik tu belakang cerita bro,
kau ingat aku ni baik sangat ke..
“Kau dengan dia yang jadi kau tak baik
tu Riz… aku kenal kau dah lama Riz, kau berubah jadi macam ni sebab dia kan?
Emeriz terdiam sejenak.
“Semua tu aku yang rela Rasul, aku tak
mahu salahkan Liah sorang…
“Baiklah kau tinggalkan aja Taliah tu,
sebelum apa-apa yang terjadi Riz..
Dahi Emeriz berkerut seribu.
“Maksud kau?
“Kau dengan dia dah lama tinggal serumah
kan… aku takutlah..
“Ehhh kau ni Rasul… melalut lah… Emeriz
segera memotong kata-kata sahabatnya itu.
Rasul ketawa mengekek di hujung talian.
“ Buatnya dia nak perangkap kau… kita tak
tahu..
“Hisss cuba jangan buruk sangka… aku
pakai protection lah kawan.. Balas Emeriz sambil tersengih sendiri.
“Kau memanglah pakai protection tapi
kalau si Taliah tu sengaja nak pedajal kau.. kau bukan tahu..”
“Kau ni Rasul macam mintak je benda tu
jadi. Aku tak rasa dia nak pedajal aku sampai tahap macam tu. Bukan aku yang
paksa.. dia yang rela nak duduk serumah dengan aku. Apa-apa pun aku masih
cintakan dia tau.. dia sebahagian dari jiwa aku…
“Ehhh kau ni… cuba jangan jadi lalang
boleh tak!
Emeriz ketawa.
“Dah lahhh.. aku nak mandi… nak tidur…
sakit kepala aku dengar kau membebel… bro cepat sikit kau balik. Aku tak tahan
dah nak layan kerenah student kau yang macam-macam tu… pening kepala aku ni
ha….
“Next week aku balik lah… kenapa? Apa
yang tak ok dengan dorang?
“Macam-macam hal lahh Rasul... ni last
and the first time aku tolong kau. No more lepas ni..
“Yelah... yelah... adoi. Ingatkan kawan
aku ni ikhlas nak tolong...
“ Aku ikhlas.. lah bongok! Jangan nak
merajuk macam pondan lah! Hurghhh... Marah Emeriz tidak bersungguh.
Berdekah-dekah Rasul ketawa.
“OK lah bro.. aku nak naik hotel
dahhh... ada nak pesan apa-apa ke? Soal Rasul.
Emeriz tersengih. Ni lah perkara yang
paling dia nak dengar.
“Macam tau-tau je aku memang berhajat
nak memesan eh?
“Alah... kalau letak sepuluh orang
kentot depan aku dengan mata tertutup pun aku boleh cam kentot kau Riz...
inikan hal macam ni? Hurmm celah gigi je bro...
“Hahaha... Emeriz ketawa. Hilang sekejap
masalah yang menimpa dirinya.
“Dah tak ada perumpamaan lain ke kau nak
bagi Rasul oi.. ketut jugak yang kau ingat. Ha... bagus! Macam tu lah kawan
sejati...
“Banyak lah kau punya kawan sejati. Dah
cepat apa yang kau nak aku beli kat penang ni? Jangan mintak nasik kandar kayu
sudah lah... mau basi bila sampai KL nanti..
“Sini pun melambak nasi kandar lahh
ngok! Aku nak kau belikan aku rempah ratus... carik yang mavelous tau Rasul..
lepas tu jangan lupa buah pala kering...
“Itu aja?
“Hurmmmm buat masa ni itu aja lah...
kalau ada apa-apa lagi nanti aku text kau. Ok. See u latter bro...
assalamualaikummm..
Emeriz mematikan talian. Segera i phone
itu di campak ke tepi. Mata cuba di pejamkan rapat. Penat!
****
Scha duduk berteleku di atas tikar
sejadah. Cuba mencari ketenangan walaupun pada hakikatnya hati dan jiwanya
gundah gulana. Seperti di landa the bigger
Tsunami. Punyalah tak tenang... sampai kan nak makan pun tak lalu. Kari
kepala ikan Embak Yanti pun dia tak pandang tadi. Kalau tidak, tak pandang dah
kiri kanan. Perkena pula sambal belacan. Embak Yanti ni dah macam maid indon
sesat sejak bekerja di rumah mereka. Hari-hari Puan Sharifah Suraya akan
mengajar menu masakan melayu. Hasilnya Embak Yanti dah boleh menguasai 100%
masakan melayu dengan jayanya.
Tasbih di jari di gerakkan. Bibirnya
terkumat-kamit berzikir dengan tubuh yang di goyangkan perlahan-lahan.
“Ya Allah... kau permudahkan segala
urusan ku pada hari esok. Kau lindungilah aku Ya Allah... Jika ini adalah
suratan dan takdirmu kau kuatkan lah diriku Ya Allah... Scha berdoa sebak.
Bukan dia tidak tahu betapa tegasnya
papa dan mama. Di tambah pula dia memiliki seorang nenek yang cukup garang.
Hairannya Cuma dengan dia saja Hajah Sharifah Kamariah boleh menjadi segarang
harimau bintang yang tengah bunting. Dengan cucu lain rileks dan chill aja. Itu
yang menyebabkan Scha jadi terlalu musykil.
Selepas menyudahkan zikir dan berdoa.
Dia segera menyidai sejadah dan telekung di tempat khas di penjuru bilik.
Tasbih pula di letakkan di atas al-quran. Kemudian perlahan-lahan dia menapak
ke meja study. Punat kecil pada komputer riba itu di tekan dan beberapa saat
kemudian skrin menyala.
Segera dia menekan icon YM untuk melihat
sama ada Diana berada di talian atau tidak. Bibirnya mengukir senyuman tatkala
melihat Diana sedang berada di talian.
Pantas jemari runcingnya menaip di
keybord.
‘Kak
d... buzy ke?
“Taklah...
baru lepas tidurkan Iman dan Zara ni. Scha risaukan hal tu lagi..?
‘Of
course lah kak.... nak mati rasa memikirkan perkara tu....
‘Ai...
pernah rasa ke nak mati macam mana... hebat...
Scha ketawa kecil. Sempat nak buat lawak
dia ni.. Desisnya perlahan.
“Kak...
Scha serius tahu!
‘Yelah...
yelah. Akak sengaja nak bagi Scha senyum... manis...
‘Manis?
Tak lawak ok!
‘Rileks
lah... Scha... Chef kan dah janji nak uruskan semua.
‘Memanglah
kak D... tapi hati Scha ni tak sedap... dapat rasakan ada sesuatu yang bakal
berlaku’
Scha menarik nafas kemudian di hembuskan
perlahan-lahan. Dia terus memainkan jari jemari di papan keybord.
‘Alahhhh...
perasaan Scha je tu... think positif ok.
‘Banyaklah
akak punya thinks positif.. dalam kepala Scha sekarang dah nampak icon negatif
(- ) je tau...
‘Hahaha...
dan nak buat lawak bengong kan! Dah pergi tidur.... sana. Esok pagi akak datang
rumah Scha..
‘Esokkan
tak ada kelas kak.
‘Alah
datang lepak-lepas. Stand by... kot-kot. Berita tu keluar esok kan.
‘Hurmmm...
bagus...bagus. Datang tau kak. Memang mati berdiri lah Scha esok kak...
lagi-lagi kalau nenek dapat tahu. Memang di rejamnya Scha..
‘Hoho...
kejam betul nenek Scha... ek.
Scha ketawa mengekek.
‘Joke
je lahhh Cuma nak jelaskan aja macam mana garangnya nenek. Lebih kurang macam
tu lahhh...
‘Dah...
dah... sekarang Scha pergi tidur. Suami kak D dah panggil tu.. hehe
‘Hoihhh
gatalnye... balas Scha.
“Jangan
jeles. Kahwin lah baru tahu syok tak syok..
‘Lucah
akak ni... dahlah pergi tidur...
Scha menggelenggkan kepalanya. Diana
memang gila-gila walaupun dah berusia dan mempunyai 3 orang anak. Scha
tersenyum sendiri memikirkan kecomelanan anak-anak Kak Diana. Suaminya Jefry
adalah mualaf berbangsa cina. Kak Diana pula berdarah kacukan melayu belanda.
Jadi anak mereka sangatlah comel dan cute. Lagi-lagi Iman dan Zara. Mulut
memang petah berkata-kata. Kalau mereka berjumpa bukan main berlumba lagi Iman
dan Zara mahu minta dokong.
‘Rindu.. pula pada Iman dan Zara.. Keluh
Scha sendiri.
“Kakak!!! Suara Aqil mengejutkan lamunan
Scha. Scha tersentak. Mujur tak melatah. Dadanya di urut perlahan. Terkejut
jugak walaupun Aqil yang menyergah. Penyakit melatahnya kini semakin
menjadi-jadi.
“Aqil... meh masuk sayang... panggil
Scha tatkala melihat berdiri di muka pintu sambil memegang bantal busuknya. Ni
lagi sorang. Tak bantal busuk memang tak sah. Scha tersenyum.
Terkedek-kedek Aqil melangkah masuk ke
dalam bilik kakaknya itu. Aqil memang manja dengan Scha lebih-lebih lagi mereka
Cuma dua beradik.
Scha mengangkat tubuh kecil Aqil
kemudian di letakkan di atas ribanya. Kepala Aqil di usap penuh kasih.
“Kenapa tak tidur lagi sayang? Soal Scha
lembut.
“Aqil tak mengantuk lagi... kakak boleh
tak Aqil nak tidur dengan kakak?
“Uik.. tak malu nak tidur dengan kakak..
Usik Scha sambil mencuit pipi Aqil.
Aqil mecebik. Comel macam garfield.
“Esokkan cuti... malam ni Aqil nak main
game angy bird dengan kakak...heheh... Aqil tersengih.
“Hemmm ok boleh. Mama tahu tak Aqil
tidur dengan kakak ni?
Pantas Aqil menggelangkan kepalanya.
“Nanti mama marah... mama cakap lelaki
dengan perempuan tak boleh tidur sama..
Scha ketawa kecil.”Betullah cakap mama
tu sayang..
“Aqilkan adik kakak... Aqil merengek.
Scha terdiam seketika. Ada betulnya juga
kata-kata Aqil. Mama dan papa sering kali menegah jika Aqil mahu tidur
dengannya. Aqil belum cukup akil baligh lagi jadi tak salah untuk mereka tidur
bersama.
“Hemm tak apalah sayang. Aqil janganlah
bagi tahu mama...ok!
Aqil mengangguk pantas.
“Dah jom.. kita tutup pintu.. Aqil pergi
naik atas katil dulu eh?
Scha membawa Aqil ke katil kemudian dia
menapak ke arah pintu dan terus menutup pintu rapat. Punat kecil pada tombol di
tekan ke dalam.
Namun belum pun sempat melangkah ke katil. Pintu di ketuk
bertalu-talu dari arah luar.
“Scha... Scha... Panggil mamanya kuat.
Scha mendengus kuat. Dia segera memulas
tombol pintu dan wajah mamanya muncul di balik pintu. Kalut matanya melilau
mencari kelibat Aqil.
“Aqil... kan mama dah pesan Aqil tak
boleh tidur dengan kakak... Kata Puan Sharifah Suraya tatkala ternampak Aqil
sednag berbaring di atas katil.
“Mama... kenapa ni? Soal Scha tidak puas
hati.
Puan Sharifah Suraya segera menggendong
anak lelaki tunggalnya itu.
“Scha berapa kali mama dah cakap Scha
dengan Aqil kena berpisah tempat tidur... Scha tak paham bahasa ke apa ni?
Scha tersentak. Yang mama nak mengamuk
tak tentu pasal ni kenapa? Datang bulan ke atau dah manapouse?
“Mama... apa yang salah ni? Aqil adik
Scha...ok..
Scha berpeluk tubuh sambil mempamerkan
aksi muka tak puas hati.
“Memang.. tapi mama dah cakap tak boleh
tetap tak boleh. Scha faham tak? Scha sebagai yang dewasa bersikaplah matang
sikit... Marah mamanya lagi.
Aqil yang berada dalam dokongan mamanya
sudah merengek mahu turun.
“Diam.. Aqil... tidur dengan mama...
Peha Aqil di tampar perlahan.
“Mama... jangan buat Aqil macam tu... Ok
fine. Mama bawa Aqil keluar... tapi jangan sesekali sakiti dia... Kata Scha
tegas. Dia memang pantang dengan sikap mamanya yang mudah sangat naik tangan
dengan Aqil. Biarpun Aqil tu nakal tapi tak patut mama nak buat macam tu..
“Dah... tidur kunci pintu ni.. esok
jangan lupa subuh.. Kata Puan Sharifah Suraya sebelum berlalu keluar dari bilik
anak daranya itu meninggalkan Scha dengan penuh tanda tanya.
‘Apa kenalah mama ni... tak paham betul
aku! Omelnya sendiri. Melihatkan Aqil yang terlentok di bahu mamanya dia jadi
kesian. Air mata anak kecil itu bergenang di kelopak mata menanti empangan
pecah. Aqil kalau menangis habis terangat bumbung rumah.
‘Scha sebagai yang dewasa bersikaplah
matang sikit’ terngiang-ngiang kata-kata mama sebentar tadi. ‘Tang mana yang
aku tak matang? Hisss tak paham betullah aku dengan sikap mama ni.. Scha
menggaru keningnya.
12 comments:
Best!
Bila yg full nya?
shafriza : alamak... saya baru je buat tak sampai 10 bab hehehe... pelan2 kayuh. Susah nak buat manuskrip ni... sabar ye!!
baca bahagian atas2 je, panjang sangat, maklumlah bukan kaki memabca.huhu pepon,,nice story even tak baca abis.. :)
Maksud shaf, full entry. Kan ini 2.1 Patutnya 3.1 kan? Full tu maknanya yg lengkap, Bab 3 terus... mcm tu lah...:)
shaf : tak... ini masih lagi bab 2.. sambungan masa dorang nak mengadap press tu. Bab 3 belum lg. Mean bab 2 dah habis.hehhe
ooic...
paham-paham...:)
Oooo...Buat novel ek skang yang~
shaf : tq tau... shaf banyak komen kat sini....nanti ain nak p khatam enovel shaf pulak.
mala :kah kah kah... ini bakat terbenam namanye.... cecuba je mala..hehhe
Erk..nak khatam enovel shaf? malulah pulak..shaf x pandai, cuma conteng2 je. ayat ain sedap. sebab tu suka baca.
shaf:hahhaa.... alahhhh ape salahnye.. sama-sama memberi kata perangsang.
Ayat ain banyak guna bahasa harian je... main hentam jek.. ikut sesedap hati.... try to be my self takmo ikut cara penulisan org lain. Sb tu komen adelah sgt penting. lagi bagus kalo ade yg mengkritik at least kita tahu mana kekurangan kta kans!
wah rajinnye post panjang2. harap2 berjaya d novelkan. good luck!
miss volvo :maceh dear....
Post a Comment