Monday, September 3, 2012

My Mr.Chef! 2.1





 

“Tunang? Scha ternganga besar sambil memandang wajah Emeriz yang begitu dekat dengannya. Mata galak itu membalas pandangannya. Jelas mata itu memancarkan satu harapan semoga dia rela dengan apa yang berlaku sekarang.

Emeriz mengangguk sambil tersenyum. Suasana jadi hingar seketika. Bertubi-tubi soalan yang di ajukan oleh para wartawan. Emeriz Cuma mampu menjawab dengan senyuman. Walaupun dia nampak tenang pada luaran, namun pada hakikat sebenar dia sedang berusaha mencari kata dan alasan yang sesuai untuk di jelaskan kepada Scha dan Diana sebentar lagi.

‘Manalah abang Mail ni... jauh sangat ke beli rokok ni??? Aduuhhhhh... mati aku kejap lagi ni... Matanya sudah melilau ke luar cafe mencari kelibat pembantu peribadinya itu.

‘Drama apakah ini? Diana sudah tersandar ke dinding. Apabila menyedari seorang jurukamera sedang fokus ke arahnya cepat-cepat dia berdiri tegak sambil membetulkan kedudukan Shwal nya. Kemudian dia melebarkan senyuman.”Glamor mak Ulosss....

“Jadi hubungan Chef Emeriz dan Taliah sudah berakhir? Wartawan masih belum lagi berpuas hati. Cerita harus di korek sedalam-dalamnnya.

‘Ya tuhan bala apakah ini........... Bisik Scha perlahan. Emeriz di sebelah Cuma memandang simpati. Keluhan itu singgah ke cuping telinganya.

‘Tolong saya Scha... tolong beri kerjasama.... please.. Emeriz membisikan kata-kata itu ke telinga Scha. Berkerlipan cahaya kamera merakamkan aksi mesra itu.

Scha Cuma memandang dengan pandangan yang lemah. Sungguh saat itu dia tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Lelaki itu yang mulakan biarlah dia yang selesaikan semuanya.

“Ya... hubungan kami sudah lama berakhir. Jadi tolong jangan kaitkan saya lagi dengan kes khalwat Taliah... sama ada berlaku atau tidak kejadian itu, apa yang saya mahu tegaskan disini, hubungan kami sudah lama berakhir. Tiada istilah saya putus dengan dia di sebabkan kes khalwat tu. Itu saja. Sekian.  Jawab Emeriz dengan tenang. Dia terus mengheret Scha masuk ke dalam office yang berada di bahagian belakang cafe.

“Kak... tolong beri kerjasama... apa hubungan kakak dengan mereka? Soal wartawan perempuan yang memakai jaket berwarna hitam itu.

Langkah Diana terhenti.

“Errr... maaf... i no comment! Jawab Diana sambil menutup wajahnya dengan telapak tangan.

“Pleas kak... Rayu wartawan itu lagi. Namun cepat-cepat Diana mengejar langkah Emeriz dan Scha yang sudah hilang masuk ke dalam ruangan pejabat itu.

Beberapa minit kemudian Abang mail tiba dengan beberapa orang pengawal keselamatan. Mesej yang di terima dari salah sorang pekerja di Cafe itu menyebabkan dia bertindak mengupah beberapa orang pengawal untuk mengawal keadaan. Mujur juga di kawasan itu terdapat Syarikat keselamatan. Dapatlah membantu di kala keadaan darurat seperti ini. Abang Mail segera mengawal keadaan dan cuba berkomunikasi dengan sebaik yang mungkin dengan orang media. Mujur jugalah mereka faham dan segera beredar dari situ.

 Emeriz memerhatikan Scha yang sejak dari tadi mudar mandir di hadapannya. Diana pula diam tanpa banyak soal.

“Sekarang ni... saya ..... arrrghhhh kak D... tolong Scha... Segera Scha menerpa ke arah Diana.

“Kalau kak D tak ajak saya ke mari semua ini tak akan berlaku... Marah Scha dengan wajah yang merah padam. Diana menelan air liur.

‘Aku pulak di salahkannya... Aduhh! Diana menepuk dahinya sendiri.

“Scha.. please clam down.. Kata Emeriz dengan nada yang lembut. Dia juga sudah mati idea. Tidak mampu berfikir menggunakan akal yang waras.

“Chef.... clam down?? Scha menjegilkan biji matanya ke arah Emeriz yang duduk di sofa.

Ahhh boleh pula dia bersenang lenang duduk macam tu. Aku ni risau bagai nak tercabut nyawa boleh dia tenang macam tu.

“Salah saya, i`m so so sorry Scha... Ok let me settle the problem...ok. Pujuk Emeriz lagi.

Scha masih mundar mandir. Ke hulur ke hilir sambil memegang kepalanya. Apa yang perlu di ceritakan pada mama dan papa nanti? Bertunang tanpa pengetahuan keluarga? Gilaaaa.... sumpah papa akan mengamuk dengan aku nanti. Mama...? Kena heart attack lah jawabnya... aduiii Bebel Scha dengan suara tenggelam tiombul.

“Chef.. kes ni boleh jadi serius kalau apa yang chef cakap pada press tadi masuk dalam surat khabar esok! Chef fikir tak kesan yang akan berlaku...? Diana mencelah.

Emeriz memandang ke arahnya. Ya Allah... sumpah dia langsung tidak memikirkan kesannya. Apa yang dia tahu, dia Cuma perlu menerangkan perkara yang tidak betul kepada wartawan dan pada akhirnya dia seperti menjerat lehernya sendiri. Emeriz tersandar ke sofa. Dahinya sudah berpeluh.

“Mama papa..... ohhh.... Scha memegang dadanya. Mahu menagis air mata tak mahu keluar walau setitik.  Mahu menjerit dia sudah hilang kekuatan. Argghhh... dari mana datangnya lelaki ini? Kenapa dia pula yang menjadi kambing hitam?

Emeriz berdiri dan melangkah ke arah Scha. Bahu Scha di pegang lembut. Namun sepatas kilat Scha mengelak.

“Jangan cuba nak ambil kesempatan macam tadi ya? Kes tadi pun tak settle lagi dah nak buat hal ke? Merah menyala mata Scha menjegil memandang Emeriz.

“Opsss... Sorry Scha... i`m so so sorry... Ucap Emeriz sambil mengangkat tangannya. Dia Cuma mahu menenagkan Scha.

‘Kacak? Pegidahhhh dengan kacak kau... kacak pun tak guna kalau otak letak kat lutut. Dia siapa memandai nak mengaku aku ni tunang dia? What the Fish!!! Sumpah Scha di dalam hati. Nak marah depan-depan dia tak berani.

“So, macam mana sekarang ni? Soal Diana lagi.

“Akak jangan tanya Scha, akak tanya Chef kita ni.. ok.. Scha mengangkat kedua dua belah tangannya kemudian dia terus melabuhkan punggung ke sofa sambil menyilangkan kaki dan berpeluk tubuh.

Emeriz tersandar ke dinding sambil mengeluh kasar.

Scha dan Diana serentak memandang ke arahnya.

‘Kesian pula... mesti dia tak sengaja nak buat macam tu. Aduhhaiii.... lagi kesian kat aku ni, apa kata mama dan papa. Apa kata jiran-jiran bila mereka baca surat khabar esok? Dan apa kata saudara mara terdekat? Di rasakan masa depannya makin kelam.Eh.... apa kes sampai libat masa depan ni??? Nafas Scha sudah tidak teratur.

“Biar saya yang jelaskan pada papa dan mama awak Scha.. Kata Emeriz yakin.

Scha mencebik.

“Mama papa je? Jiran-jiran?? Kawan-kawan papa dan mama? Adik beradik??? Saudara mara??? Kawan-kawan kolej? Pandangan masyarakat pada saya? Ada Chef terfikir tak??? Soal Scha sinis.

Sekali lagi Emeriz terpampan. Ya tuhan sebesar ini akibatnya???? Emeriz menguak rambutnya ke belakang.

Kini dia mengambil alih tempat Scha pula. Mundar mandir di hadapan Scha dan Diana.

“Kak... Macam mana Scha nak hadapi hari esok?? Tangan Diana di genggam kuat.

Diana memandang simpati.

“Maaf dikkk.. salah akak... salah akak semua ni.. Diana sudah mula menangis. Tubuh Scha di peluk erat.

Scha jadi serba salah. Salah siapa? Huhu... Emerizzzz...... Scha menjeling Emeriz.

Tukk tukk..

Daun pintu di ketuk dari luar.

“Masuk! Arah Emeriz dari dalam.

Abang Mail melangkah masuk dalam keadaan takut-takut. Memang kejap lagi telinganya akan bernanah mendengar amrarah lelaki itu. Pasrah......

“Kau kemana Mail??? Jerkah Emeriz saat wajah Abang Mail muncul dari balik pintu.

Scha dan Diana terkejut mendengar tempikan itu.

‘Nauzubillah.... muka aja kacak tampan lagi bergaya... tapi perangaiiii.... Scha mengetap bibirnya. Kasihan pula melihat lelaki berusia awal 30an itu menundukkan wajah persis sedang mengadap raja yang sedang murka. Huhhh... orang berduit memang suka menindas. Itu hakikatnya.....rasa nak luku je kepala si Emeriz ni.

“Errr..... maaf Tuan Emeriz...

“Mailll... kau tahu aku separuh nyawa nak mengadap Press tadi?? Emeriz bercekak pinggang. Muka tak payah cerita lah. Dah macam bapak singa lagaknya.

Abang Mail mengangguk. Tahu atau tidak dia Cuma mampu mengiakan kata-kata Emeriz. Tiada pilihan. Bukan dia tak tahu perangai baran Emeriz itu.

“Kau tahu sekarang ni aku dah libatkan orang luar dalam masalah aku, so macam mana sekarang ni? Soal Emeriz berbisik ke telinga Abang Mail. Suaranya mula kendur.

“Orang luar?? Mata Abang Mail terbuntang. Terus dia memandang ke arah dua orang wanita yang sedang duduk dlaam keadaan yang monyok di sofa. Lihat dari wajah yang macam orang kalah judi memang seperti mereka orang yang di maksudkan oleh Emeriz.

“Tak pasal-pasal aku mengaku yang budak baju pink tu tunang aku. Sumpah Mail aku tak sangka yang aku boleh bertindak macam tu sekali... sial betul!! Marah Emeriz kepada dirinya sendiri. Kenapalah dia tidak saja mengaku tentang hal yang sebenar kepada wartawan. Sekurang-kurangnya dia tidak melibatkan orang lain. Dari nak selesaikan satu masalah dah jadi dua masalah. Bahana betul!!

“Alamak Tuan, masalah besar ni... esok confirm sensai cerita Tuan ni.. Kata Abang Mail dengan riak wajah terkejut. Apa bodoh sangat bos aku ni. Kata cerdik pandai..  Abang mail menggelengkan kepalanya. Kalau Emeriz susah dia pasti lagi susah. Aduhhhh... samdol punya bos!!

“Tu lah masalahnya Mail...aduhh..” Keluh Emeriz sambil memegang kepalanya.

“Tuan... masalah ni ada baiknya kita fikirkan malam ni... suasana tegang sangat ni, saya rasa semua orang tertekan dengan masalah ni..

Emeriz memandang Abang Mail. Ada betulnya juga kata-kata Abang Mail itu.

“Scha... awak balik dulu... boleh?

“Hah Balik? Nak mati? Soal Scha kembali dengan nada seperti mahu menelan ayam panggang.

“Errr... bukan bermaksud saya lari dari masalah... tapi saya akan selesaikan masalah ni... ok? Emeriz cuba bertoleransi dengan Scha sebaik mungkin.

“Scha... betul cakap Chef tu.. kita balik dulu. Scha jangan risau, akak akan back up Scha.. ya...

Scha memandang wajah Diana. Dia mengeluh lalu mengangguk. Duduk lama-lama di situ pun belum tentu masalah akan selesai. Nak tak nak dia terpaksa juga balik rumah. Mungkin esok berita ini akan tersebar secara meluas. Dia tak tahu apa yang bakal berlaku esok. Wajah papa mama dan nenek sudah terbayang jelas di ruang mata. Pasti mereka kecewa. Ya tuhannn.....

Mail dan Emeriz sama-sama termenung mengenangkan masalah yang bakal menjadi berita sensasi lagi terkini besok. Sesekali Emeriz mengeluh sambil memicit kepala.

“Macam mana reaksi Umi dan ayah aku nanti Mail... Kata Emeriz lemah.

Mail Cuma mampu menggelengkan kepala tanda dia juga buntu untuk mencari jalan keluar. Di pendekkan cerita sama-sama lah mengadap hari esok.

***

“What? Are you crazy Riz? Suara Rasul bergema kuat di corong I phone.

Emeriz segera menjarakkan I phone dari telinganya. Bingit mendengar jeritan Rasul. Kot ya pun terkejut bin beruk tak payah lah nak terjerit macam dia ni pekak badak. Huh.

“Hello… kawan, aku belum pekak… ok!

“Tak lah, aku ni bagai nak tercabut jantung dengar cerita kau, kau boleh rileks je kat sana ye? Pasal apa kau buat skandal dengan student aku? Aku suruh kau ajar dorang masak bukan ajar main cinta.. Bebel Rasul tanpa usul periksa.

Ni lah masalah Rasul, kalau nak cakap main sembur aja. Rasa menyesal pula cerita kat mamat ni. Tak cerita kang, esok masuk surat khabar lagilah kecoh. Adoii.

“Habis dah time tu memang Cuma dia je yang aku nampak boleh tolong aku Rasul, bukan aku sengaja… semua tu di luar pemikiran waras aku.. Balas Emeriz lemah. Tubuhnya sudah di hempas ke katil. Penat memikirkan perkara yang berlaku.

“Riz.. kau ni sengaja buat bala betullah… habis selama ni kau tak waras lah ya? Tempelak Rasul selamba badaknya.

“Hurrmmmm habis nak buat macam mana. Nasib juga dia yang aku sambar, buatnya Diana? Mahu di parangnya kepala aku ni dengan suami dia…

“Habis macam mana keadaan Scha?

Emeriz mengeluh perlahan.

“Tu yang aku kesian sangat kat dia… bukan main marah lagi budak tu…tadi. Habis nak buat macam mana. Siapa suruh dia bertenggek kat café aku tadi… Emeriz tertawa kecil. Cuba untuk menghiburkan hati sendiri.

“Aku tak dapat nak bayangkan macam mana penerimaan mak bapak dia… Riz..

“Tu lah pasal bro… esok punya cerita lah bro.. aku pun dah naik senak kepala memikirkan masalah ni. Mana dengan masalah Taliah lagi…

“Hah… apa kes girlfriend kau tu??

Emeriz memegang dahi. Tiba-tiba urat kepalanya terasa bersimpul apabila mengenangkan Taliah.

“Tu sorang lagi… aku dah bulat hati nak clash dengan dia… apa nak jadi, jadilah bro.. aku dah tak larat nak tanggung segala masalah yang dia selalu timbulkan. At last kena kat batang hidung aku sendiri…

“Baguslah tu Riz, aku tak rasa yang dia tu baik untuk kau… Kata Rasul yang sememangnya sejak dari dulu lagi tidak berkenan dengan Taliah. Sosial tak payah cakaplah.. yang hairannya macam mana Emeriz boleh tersangkut pulak. Lega hati apabila mendengar kata-kata Emeriz sebentar tadi.

“Baik tak baik tu belakang cerita bro, kau ingat aku ni baik sangat ke..

“Kau dengan dia yang jadi kau tak baik tu Riz… aku kenal kau dah lama Riz, kau berubah jadi macam ni sebab dia kan?

Emeriz terdiam sejenak.

“Semua tu aku yang rela Rasul, aku tak mahu salahkan Liah sorang…

“Baiklah kau tinggalkan aja Taliah tu, sebelum apa-apa yang terjadi Riz..

Dahi Emeriz berkerut seribu.

“Maksud kau?

“Kau dengan dia dah lama tinggal serumah kan… aku takutlah..

“Ehhh kau ni Rasul… melalut lah… Emeriz segera memotong kata-kata sahabatnya itu.

Rasul ketawa mengekek di hujung talian.

“ Buatnya dia nak perangkap kau… kita tak tahu..

“Hisss cuba jangan buruk sangka… aku pakai protection lah kawan.. Balas Emeriz sambil tersengih sendiri.

“Kau memanglah pakai protection tapi kalau si Taliah tu sengaja nak pedajal kau.. kau bukan tahu..”

“Kau ni Rasul macam mintak je benda tu jadi. Aku tak rasa dia nak pedajal aku sampai tahap macam tu. Bukan aku yang paksa.. dia yang rela nak duduk serumah dengan aku. Apa-apa pun aku masih cintakan dia tau.. dia sebahagian dari jiwa aku…

“Ehhh kau ni… cuba jangan jadi lalang boleh tak!

Emeriz ketawa.

“Dah lahhh.. aku nak mandi… nak tidur… sakit kepala aku dengar kau membebel… bro cepat sikit kau balik. Aku tak tahan dah nak layan kerenah student kau yang macam-macam tu… pening kepala aku ni ha….

“Next week aku balik lah… kenapa? Apa yang tak ok dengan dorang?

“Macam-macam hal lahh Rasul... ni last and the first time aku tolong kau. No more lepas ni..

“Yelah... yelah... adoi. Ingatkan kawan aku ni ikhlas nak tolong...

“ Aku ikhlas.. lah bongok! Jangan nak merajuk macam pondan lah! Hurghhh... Marah Emeriz tidak bersungguh. Berdekah-dekah Rasul ketawa.

“OK lah bro.. aku nak naik hotel dahhh... ada nak pesan apa-apa ke? Soal Rasul.

Emeriz tersengih. Ni lah perkara yang paling dia nak dengar.

“Macam tau-tau je aku memang berhajat nak memesan eh?

“Alah... kalau letak sepuluh orang kentot depan aku dengan mata tertutup pun aku boleh cam kentot kau Riz... inikan hal macam ni? Hurmm celah gigi je bro...

“Hahaha... Emeriz ketawa. Hilang sekejap masalah yang menimpa dirinya.

“Dah tak ada perumpamaan lain ke kau nak bagi Rasul oi.. ketut jugak yang kau ingat. Ha... bagus! Macam tu lah kawan sejati...

“Banyak lah kau punya kawan sejati. Dah cepat apa yang kau nak aku beli kat penang ni? Jangan mintak nasik kandar kayu sudah lah... mau basi bila sampai KL nanti..

“Sini pun melambak nasi kandar lahh ngok! Aku nak kau belikan aku rempah ratus... carik yang mavelous tau Rasul.. lepas tu jangan lupa buah pala kering...

“Itu aja?

“Hurmmmm buat masa ni itu aja lah... kalau ada apa-apa lagi nanti aku text kau. Ok. See u latter bro... assalamualaikummm..

Emeriz mematikan talian. Segera i phone itu di campak ke tepi. Mata cuba di pejamkan rapat. Penat!

****

Scha duduk berteleku di atas tikar sejadah. Cuba mencari ketenangan walaupun pada hakikatnya hati dan jiwanya gundah gulana. Seperti di landa the bigger Tsunami. Punyalah tak tenang... sampai kan nak makan pun tak lalu. Kari kepala ikan Embak Yanti pun dia tak pandang tadi. Kalau tidak, tak pandang dah kiri kanan. Perkena pula sambal belacan. Embak Yanti ni dah macam maid indon sesat sejak bekerja di rumah mereka. Hari-hari Puan Sharifah Suraya akan mengajar menu masakan melayu. Hasilnya Embak Yanti dah boleh menguasai 100% masakan melayu dengan jayanya.

Tasbih di jari di gerakkan. Bibirnya terkumat-kamit berzikir dengan tubuh yang di goyangkan perlahan-lahan.

“Ya Allah... kau permudahkan segala urusan ku pada hari esok. Kau lindungilah aku Ya Allah... Jika ini adalah suratan dan takdirmu kau kuatkan lah diriku Ya Allah... Scha berdoa sebak.

Bukan dia tidak tahu betapa tegasnya papa dan mama. Di tambah pula dia memiliki seorang nenek yang cukup garang. Hairannya Cuma dengan dia saja Hajah Sharifah Kamariah boleh menjadi segarang harimau bintang yang tengah bunting. Dengan cucu lain rileks dan chill aja. Itu yang menyebabkan Scha jadi terlalu musykil.


Selepas menyudahkan zikir dan berdoa. Dia segera menyidai sejadah dan telekung di tempat khas di penjuru bilik. Tasbih pula di letakkan di atas al-quran. Kemudian perlahan-lahan dia menapak ke meja study. Punat kecil pada komputer riba itu di tekan dan beberapa saat kemudian skrin menyala.

Segera dia menekan icon YM untuk melihat sama ada Diana berada di talian atau tidak. Bibirnya mengukir senyuman tatkala melihat Diana sedang berada di talian.

Pantas jemari runcingnya menaip di keybord.

‘Kak d... buzy ke?

“Taklah... baru lepas tidurkan Iman dan Zara ni. Scha risaukan hal tu lagi..?

‘Of course lah kak.... nak mati rasa memikirkan perkara tu....

‘Ai... pernah rasa ke nak mati macam mana... hebat...

Scha ketawa kecil. Sempat nak buat lawak dia ni.. Desisnya perlahan.

“Kak... Scha serius tahu!

‘Yelah... yelah. Akak sengaja nak bagi Scha senyum... manis...

‘Manis? Tak lawak ok!

‘Rileks lah... Scha... Chef kan dah janji nak uruskan semua.

‘Memanglah kak D... tapi hati Scha ni tak sedap... dapat rasakan ada sesuatu yang bakal berlaku’

Scha menarik nafas kemudian di hembuskan perlahan-lahan. Dia terus memainkan jari jemari di papan keybord.

‘Alahhhh... perasaan Scha je tu... think positif ok.

‘Banyaklah akak punya thinks positif.. dalam kepala Scha sekarang dah nampak icon negatif (- ) je tau...

‘Hahaha... dan nak buat lawak bengong kan! Dah pergi tidur.... sana. Esok pagi akak datang rumah Scha..

‘Esokkan tak ada kelas kak.

‘Alah datang lepak-lepas. Stand by... kot-kot. Berita tu keluar esok kan.

Hurmmm... bagus...bagus. Datang tau kak. Memang mati berdiri lah Scha esok kak... lagi-lagi kalau nenek dapat tahu. Memang di rejamnya Scha..

‘Hoho... kejam betul nenek Scha... ek.

Scha ketawa mengekek.

‘Joke je lahhh Cuma nak jelaskan aja macam mana garangnya nenek. Lebih kurang macam tu lahhh...

‘Dah... dah... sekarang Scha pergi tidur. Suami kak D dah panggil tu.. hehe

Hoihhh gatalnye... balas Scha.

“Jangan jeles. Kahwin lah baru tahu syok tak syok..

‘Lucah akak ni... dahlah pergi tidur...

Scha menggelenggkan kepalanya. Diana memang gila-gila walaupun dah berusia dan mempunyai 3 orang anak. Scha tersenyum sendiri memikirkan kecomelanan anak-anak Kak Diana. Suaminya Jefry adalah mualaf berbangsa cina. Kak Diana pula berdarah kacukan melayu belanda. Jadi anak mereka sangatlah comel dan cute. Lagi-lagi Iman dan Zara. Mulut memang petah berkata-kata. Kalau mereka berjumpa bukan main berlumba lagi Iman dan Zara mahu minta dokong.

‘Rindu.. pula pada Iman dan Zara.. Keluh Scha sendiri.

“Kakak!!! Suara Aqil mengejutkan lamunan Scha. Scha tersentak. Mujur tak melatah. Dadanya di urut perlahan. Terkejut jugak walaupun Aqil yang menyergah. Penyakit melatahnya kini semakin menjadi-jadi.

“Aqil... meh masuk sayang... panggil Scha tatkala melihat berdiri di muka pintu sambil memegang bantal busuknya. Ni lagi sorang. Tak bantal busuk memang tak sah. Scha tersenyum.

Terkedek-kedek Aqil melangkah masuk ke dalam bilik kakaknya itu. Aqil memang manja dengan Scha lebih-lebih lagi mereka Cuma dua beradik.

Scha mengangkat tubuh kecil Aqil kemudian di letakkan di atas ribanya. Kepala Aqil di usap penuh kasih.

“Kenapa tak tidur lagi sayang? Soal Scha lembut.

“Aqil tak mengantuk lagi... kakak boleh tak Aqil nak tidur dengan kakak?

“Uik.. tak malu nak tidur dengan kakak.. Usik Scha sambil mencuit pipi Aqil.

Aqil mecebik. Comel macam garfield.

“Esokkan cuti... malam ni Aqil nak main game angy bird dengan kakak...heheh... Aqil tersengih.

“Hemmm ok boleh. Mama tahu tak Aqil tidur dengan kakak ni?

Pantas Aqil menggelangkan kepalanya.

“Nanti mama marah... mama cakap lelaki dengan perempuan tak boleh tidur sama..

Scha ketawa kecil.”Betullah cakap mama tu sayang..

“Aqilkan adik kakak... Aqil merengek.

Scha terdiam seketika. Ada betulnya juga kata-kata Aqil. Mama dan papa sering kali menegah jika Aqil mahu tidur dengannya. Aqil belum cukup akil baligh lagi jadi tak salah untuk mereka tidur bersama.

“Hemm tak apalah sayang. Aqil janganlah bagi tahu mama...ok!

Aqil mengangguk pantas.

“Dah jom.. kita tutup pintu.. Aqil pergi naik atas katil dulu eh?

Scha membawa Aqil ke katil kemudian dia menapak ke arah pintu dan terus menutup pintu rapat. Punat kecil pada tombol di tekan ke dalam.

Namun belum pun  sempat melangkah ke katil. Pintu di ketuk bertalu-talu dari arah luar.

“Scha... Scha... Panggil mamanya kuat.

Scha mendengus kuat. Dia segera memulas tombol pintu dan wajah mamanya muncul di balik pintu. Kalut matanya melilau mencari kelibat Aqil.

“Aqil... kan mama dah pesan Aqil tak boleh tidur dengan kakak... Kata Puan Sharifah Suraya tatkala ternampak Aqil sednag berbaring di atas katil.

“Mama... kenapa ni? Soal Scha tidak puas hati.

Puan Sharifah Suraya segera menggendong anak lelaki tunggalnya itu.

“Scha berapa kali mama dah cakap Scha dengan Aqil kena berpisah tempat tidur... Scha tak paham bahasa ke apa ni?

Scha tersentak. Yang mama nak mengamuk tak tentu pasal ni kenapa? Datang bulan ke atau dah manapouse?

“Mama... apa yang salah ni? Aqil adik Scha...ok..

Scha berpeluk tubuh sambil mempamerkan aksi muka tak puas hati.

“Memang.. tapi mama dah cakap tak boleh tetap tak boleh. Scha faham tak? Scha sebagai yang dewasa bersikaplah matang sikit... Marah mamanya lagi.

Aqil yang berada dalam dokongan mamanya sudah merengek mahu turun.

“Diam.. Aqil... tidur dengan mama... Peha Aqil di tampar perlahan.

“Mama... jangan buat Aqil macam tu... Ok fine. Mama bawa Aqil keluar... tapi jangan sesekali sakiti dia... Kata Scha tegas. Dia memang pantang dengan sikap mamanya yang mudah sangat naik tangan dengan Aqil. Biarpun Aqil tu nakal tapi tak patut mama nak buat macam tu..

“Dah... tidur kunci pintu ni.. esok jangan lupa subuh.. Kata Puan Sharifah Suraya sebelum berlalu keluar dari bilik anak daranya itu meninggalkan Scha dengan penuh tanda tanya.

‘Apa kenalah mama ni... tak paham betul aku! Omelnya sendiri. Melihatkan Aqil yang terlentok di bahu mamanya dia jadi kesian. Air mata anak kecil itu bergenang di kelopak mata menanti empangan pecah. Aqil kalau menangis habis terangat bumbung rumah.

‘Scha sebagai yang dewasa bersikaplah matang sikit’ terngiang-ngiang kata-kata mama sebentar tadi. ‘Tang mana yang aku tak matang? Hisss tak paham betullah aku dengan sikap mama ni.. Scha menggaru keningnya.


12 comments:

Yin Areesa said...

Best!
Bila yg full nya?

Su Ann said...

shafriza : alamak... saya baru je buat tak sampai 10 bab hehehe... pelan2 kayuh. Susah nak buat manuskrip ni... sabar ye!!

Unknown said...

baca bahagian atas2 je, panjang sangat, maklumlah bukan kaki memabca.huhu pepon,,nice story even tak baca abis.. :)

Yin Areesa said...

Maksud shaf, full entry. Kan ini 2.1 Patutnya 3.1 kan? Full tu maknanya yg lengkap, Bab 3 terus... mcm tu lah...:)

Su Ann said...

shaf : tak... ini masih lagi bab 2.. sambungan masa dorang nak mengadap press tu. Bab 3 belum lg. Mean bab 2 dah habis.hehhe

Yin Areesa said...

ooic...
paham-paham...:)

Nurmala Mazlan said...

Oooo...Buat novel ek skang yang~

Su Ann said...

shaf : tq tau... shaf banyak komen kat sini....nanti ain nak p khatam enovel shaf pulak.

mala :kah kah kah... ini bakat terbenam namanye.... cecuba je mala..hehhe

Yin Areesa said...

Erk..nak khatam enovel shaf? malulah pulak..shaf x pandai, cuma conteng2 je. ayat ain sedap. sebab tu suka baca.

Su Ann said...

shaf:hahhaa.... alahhhh ape salahnye.. sama-sama memberi kata perangsang.
Ayat ain banyak guna bahasa harian je... main hentam jek.. ikut sesedap hati.... try to be my self takmo ikut cara penulisan org lain. Sb tu komen adelah sgt penting. lagi bagus kalo ade yg mengkritik at least kita tahu mana kekurangan kta kans!

Miss Volvo said...

wah rajinnye post panjang2. harap2 berjaya d novelkan. good luck!

Su Ann said...

miss volvo :maceh dear....