Wednesday, September 12, 2012

My Mr.Chef!! Bab 3



Tuan Syed Moktar melangkah turun dari Toyota Alphadnya. Seperti biasa sewal jam 8.00 pagi dia sudah terpacak di kedai  serbanekanya itu. Hampir setiap pagi itu lah rutin hariannya. Melawat semua rangkaian perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai  lebih dari 5 cawangan. Salah satunya dekat dengan kawasan perumahannya. Itulah kedai pertama yang akan di jejakinya setiap pagi sebelum ke cawangan lain.

“Selamat pagi Tuan Syed.” Ucap Kamarudin yang merupakan salah seorang orang kepercayaannya untuk menjaga kedai di situ.

“Selamat pagi Din.!

Kamaruddin berdiri tegak tanda hormat. Tuan Syed Moktar melangkah masuk ke dalam kedai. Kamarudin menyerahkan penyata akaun untuk hari semalam. Selepas membelek ala kadar dia ke bahagian barangan basah.

“Mahal ikan hari ni din?” Tanya Tuan Syed Moktar sambil melihat ikan segar yang di letakkan di dalam bekas-bekas besar yang di susun di bahagian hadapan kedai serbaneka itu.

“Boleh tahanlah Tuan, tapi saya dah kawtim dengan Mat tadi, dapatlah harga murah sikit..”

“Baguslah tu… jangan letak harga mahal-mahal sangat ya Din.. sini kawasan perumahan kos rendah, ambil untung dua tiga ringgit sudahlah..”

Seperti biasa nasihat itulah yang akan di berikan kepada pekerja-pekerjanya. Berniaga sambil beramal rezeki akan bertambah murah.

Kamarudin mengangguk tanda faham. Biarpun hidup senang, Tuan Syed Mokhtar sentiasa ingat pada orang susah.

“Tuan… hurmmmm… tanya sikit boleh?”

Tuan Syed Moktar memandang Kamarudin. Lain macam saja bunyinya. Siap minta izin segala. Kalau tidak bukan main kecoh mulut Kamarudin bertanya itu ini tatkala ternampak kelibatnya.

“Sejak bila nak bertanya kena minta izin ni Din?” Kamu dah buang tabiat ke apa? Ke aku yang salah dengar ni?”

Kamarudin tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebenarnya serba salah untuk dia bertanya takut di katakan sibuk menjaga hal orang lain. Tapi memandangkan dia dan Tuan Haji Syed Moktar sudah lama kenal jadi tiada istilah segan lagi.

“Bukan macam tu… sebab hal ni peribadi sikit tuan..”

“Hurmmm… apa dia Din? Tanya je lah, aku tak tolak gaji kau..”

“Macam ni tuan, anak tuan si Scha tu dah bertunang ke? Soal Kamarudin tergagap-gagap.

Tuan Syed Mokhtar tersentak. Bertunang? Amboi… takkanlah anak sendiri bertunang dia tak tahu. Alih-alih orang luar yang tahu ni apa kes...

“Apa kau merepek ni Din… anak aku tu belajar pun tak habis lagi, goreng telur pun tak lepas.. bertunang apanya!”

“Err… jangan marah Tuan… saya Cuma baca dalam ni ja… Cerita dalam surat khabar itu di tunjukkan kepada Tuan Syed Moktar.

Rasa seperti mahu terjojol biji mata Tuan Syed Moktar melihat gambar anaknya bersama-sama seorang lelaki yang agak di kenali. Tapi siapa? Dia sudah lupa. Surat khabar itu di rampas dari tangan Kamarudin yang sudah terpinga-pinga. Masakan majikannya itu sendiri tidak tahu yang anaknya sendiri sudah bertunang. Ke dia sedang berlakon  pura-pura tak tahu? Kamaruddin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“MasyaAllah…. Din, aku balik dulu…
****

Suasana di dalam rumah batu 2 tingkat itu kelihatan agak tegang. Satu persatu wajah di hadapannya di pandang . Alasan yang di berikan nampak macam tak logik tapi dia tahu lelaki yang berpenampilan kemas itu tidak mungkin menipu. Lagipula dia cukup kenal siapa lelaki itu. Chef Emeriz siapa yang tidak kenal.

Scha menundukkan wajahnya memandang permaidani dengan perasaan yang sebal. Kenapa semua ini harus berlaku kepada dirinya. Wajah lelaki yang duduk di sebelahnya itu di jeling sekilas. Ini semua sebab dia… kurang ajar betul. Tak pasal-pasal di heretnya aku dalam masalah gila macam ni. Ya tuhan… sakitnya hati… Scha mengetap bibir.

Emeriz Cuma mampu melihat lelaki yang hampir sebaya dengan usia ayahnya itu mundar-mandir di hadapannya dengan tangan di pinggang. Wajah serius papa Scha membuatkan perutnya menjadi kecut. Inilah akibatnya yang harus di tanggung. Bak kata pepatah ‘kalau terlajak perahu boleh di undur, terlajak kereta pun boleh guna gear reversed, kalau terlajak kata macam yang dia sudah lakukan? Nak undur macam mana? Adoii… Emeriz terasa seperti mahu menyekeh kepalanya sendiri saat itu juga.

“Habis macam mana ni? Apa yang perlu pakcik buat untuk bersihkan nama Scha dan juga nama keluarga pakcik? Soal Tuan Syed Moktar.

“Hari ini saja sudah lebih 10 kali panggilan dari saudara-mara, rakan-rakan bertanyakan hal ni… makcik pun dah tak tahu nak jawap apa, sedangkan makcik sendiri tak tahu bila masa anak makcik ni bertunang!”. Kata Puan Sharifah Suraya.

Diana yang sejak dari tadi menyaksikan drama itu membatukan diri di sebelah wanita itu. Nak masuk campur? Hemm… dia tak berani. Memandangkan suasana kelihatan cukup tegang.

Emeriz mengangguk-anggukan kepalanya. Wajah Abang Mail yang berdiri di tepi sofa itu di pandang sekilas. Kemudian cepat-cepat abang Mail menundukkan wajah tanda dia pun tak tahu nak buat apa.

“Pakcik, Makcik… saya akan adakan sidang akhbar dalam masa terdekat ni… jadi tak perlulah semua risau. Saya janji saya akan bersihkan semula nama Scha dan juga keluarga pakcik. Saya betul-betul minta maaf pakcik, makcik dan juga Scha sendiri. Masa tu keadaan dah terdesak, saya tak mampu nak fikir jauh. Cuma Scha yang saya nampak boleh membantu saya. Sumpah pakcik, makcik.. saya tak fikir langsung kesan dan akibatnya yang akan berlaku. Maafkan lah saya… Pohon Emeriz dengan wajah yang betul-betul tulus dan ikhlas. Ya dia akui kesilapan terbesarnya itu.
p/s:pendek kan? Huhu.......

1 comment:

Yin Areesa said...

SEtuju! Pendek! Macamana nak solve problem depa nih yer