Thursday, September 27, 2012

My.Mr.Chef 4

P/s : Sorry sgt sb dh lm xupdate cite ni. Busy... sb tengok cite korea hehe. Bride of the sun di jangka habis next week so akan lebih byk ms nak sambung buat cite ni... tapi dlm dok tengok cite korea ni aku banyak gak dpt idea... dok termenung dlm jamban pun idea leh dtg. Eh.. berak pun nak cite kat sini ke? hehehe...

Sorry jugak kalau ada kesalahan ejaan dan sebagainya. Aku main taip je.. sb nak cepat. Koje pun banyak ni..!
Wehhh pelis lahhh support aku sikit. Mane lah komen gonjeng korang tuh? Kasi aku semangat tahap dewa sikit nak teruskan menulis. Xdek komen mc ne aku nak tau mavelles ke tidak cite aku nehh... kalau xmavelles aku pun malas nak buang masa... hehehe... komen mengondem pun aku xmarah ok. Asalkan aku dpt perbaiki skill penulisan aku ni. Aku main taip je ni... dan aku tak tiru mana-mana penulis. Tulisan aku dtg dari hati.. okeh...!



Emeriz menyemak penyata akaun sambil menekan-nekan kalkulator. Itulah rutin harian setiap pagi sebelum memulakan operasi perniagaan. Restaurant Cafe yang di bina atas tangisan kedua orang tuanya itu berdiri megah sejajar dengan namanya yang kian mekar menjadi sebut-sebutan sehingga sekarang.

Kepalanya yang tiba-tiba terasa berdenyut itu di picit-picit perlahan. Sudah sekian lama dia cuba melenyapkan wajah insan-insan yang di sayanginya itu, namun tidak pernah sekalipun dia mampu untuk melupakan mereka.

“Umi... ayah... Bisik hati kecilnya. Hatinya berdebar-debar saat nama itu terdetik di dalam hati. Perasaan ego yang di binanya selama ini mengatasi rasa rindu yang berkepuk-kepuk mendera perasaannya.

Rambut di kuak kebelakang. Tubuhnya di sandarkan ke kerusi sambil mata di pandang ke atas, melihat kipas yang ligat berpusing. Jiwa dan perasaannya benar-benar terganggu sekarang. Mana dengan masalah yang berlaku di antara dia dan Scha, masalah Taliah yang masih belum muncul sejak kes khalwat itu dan sekarang perasaaan bersalah kerana meninggalkan keluarga pula yang menghantui diri. Semua masalah datang sekali gus. Kepala terasa mahu pecah. Lenanya pula sering terganggu sejak akhir-akhir ini. Jiwa benar-benar terseksa!

Dadanya yang bidang itu di sentuh dengan tangan. Betapa dia ingin memeluk tubuh Umi. Umi yang sentiasa memanjakannya sewaktu kecil. Umi yang selalu menjaganya ketika dia sedang sakit. Umi yang sentiasa menyuapkan makanan walaupun dia sudah menginjak ke usia remaja. Segala tentang Umi seakan terakam di kotak memorinya.

‘Apa aku dah buat ni...... Ya Allah..... ‘ Bibirnya mengeluh perlahan. Buat pertama kalinya setelah 3 tahun dia seakan baru tersedar dari mimpi yang panjang.

‘Semalaman aku tak tidur mengenangkan Umi dan Ayah... Bibirnya di ketap sambil memejamkan mata dan akhirnya dia terlena panjang.

‘Emeriz.... kembali ke pangkal jalan... Sujud kepadaNya... mohon ampun... jika kau tidak mahu selamanya kehilangan orang yang telah melahirkan dan membesarkan kau...’

Pipinya terasa panas membahang, peluh mula membasahi wajah dan tubuh sehingga lencun. Matanya berair, merah menyala menahan pedih akibat kepanasan yang belum pernah di rasainya selama 29 tahun dia hidup di muka bumi ini.

Di pandangnya sekeliling kawasan di mana sedang berdiri itu. ‘Di manakah aku sekarang? Emeriz bertanya sendiri. Senyap, sunyi langsung tiada orang. Bukankah tadi aku di Cafe? Tapi sekarang? Ma... macam mana aku boleh ada di kawasan yang lapang dan sunyi ini? Sudahlah panas sampai rasa mahu terbakar kulit...dia mengesat peluh yang tak henti-henti mengalir di setiap liang roma tubuh badannya. Ya tuhann... belum pernah lagi dia berpeluh seperti ini.

“Kau..... dah mati Emeriz.... kau dah Mati.........!!!! Tiba-tiba dia terdengar satu suara yang kuat seperti guruh berkata ke arahnya.

Emeriz menoleh ke kiri dan kanan. Atas bawah... cuba mencari siapa yang bersuara itu. Dadanya berdegup kencang. Perutnya jadi kecut serta merta. Dia ketakutan.

“Kau siapa???? Munculkan diri kau sekarang...!!” Jerit Emeriz bertanya kepada suara itu.

“Aku adalah diri kau Emeriz...!” Diri kau yang hina lagi kotor itu..... kau tidak akan kembali lagi ke dunia asalmu... Emeriz... yang tinggal Cuma roh mu yang tidak di terima bumi...

Emeriz terduduk kaku... tangannya mencengkam pasir halus. Air matanya mengalir laju membasahi pipi. Apakah benar kata-kata suara itu? Apakah benar yang aku sudah mati?..

“Takkkkkkkkkkkkk aku belum mati... aku tak boleh mati........... tak......... Laung Emeriz di selang-seli dengan esakkan. Segala perbuatannya selama ini terpampang di hadapan matanya. Sehinggkan dia merasakkan tidak sanggup lagi untuk menatapnya. Jijik... jijik.......!

“Kau sudah terlambat Emeriz.... kau tidak boleh berpatah balik..... kau akan selamanya begini. Roh kau tidak akan di terima bumi.... tidak sama sekali................... Tambah Suara itu. Kuatnya  seperti mahu pecah gegedang telinganya.

Emeriz menekup ke dua-dua belah telinganya sambil menggelengkan kepalanya.” Jangan..... aku mahu kembali ke dunia..... aku mahu tebus kembali kesalahan aku.... tolonglahhhhhhhh.... Laung Emeriz yang sudah menggelupur di atas pasir. Betapa dia menyesali semua perbuatannya selama ini. Ya Allah.. berikan aku peluang.....

“Tuan..... tuan.... Abang Mail menggoncang kuat bahu Emeriz yang nampaknya seperti sedang bermimpi ngeri sambil tangan mengibas ke sana sini.

Matanya yang rapat tadi pantas terbuka luas. Peluh memercik di dahi dan tubuhnya. Pantas dia membetulkan letak duduknya. Dadanya berombak kencang. Nafas jadi tidak teratur. Dia memandang sekeliling. Syukur... dia masih ada di sini. Perlahan-lahan dia menarik nafas lega. Cuba menenangkan diri. Terlalu ngeri mimpi tadi... bisik hati kecilnya.
***
“Umi........... Umi..... “
Bekas berisi air itu terlepas dari tangannya jatuh ke tanah. Dadanya bedegup kencang. Tidak semena-mena matanya merah menyala tatkala terlihat sesusuk tubuh yang cukup di rinduinya itu sedang berdiri di hadapannya.
Datin Johana mengerdipkan matanya berkali-kali cuba mengamati objek yang sedang berdiri tegak di hadapannya itu. Benarkah atau ia Cuma ilusinya semata-mata.
“Umi..... Riz balik Umi....... Suara yang sudah tiga tahun tidak di dengarinya itu sekakan-akan menampar cuping telinganya.
Pantas Emeriz berlari ke arah wanita yang kelihatan begitu terkejut melihat kehadirannya di situ. Kedua-dua kaki umi di peluknya erat sambil menghamburkan tangisan kesal yang teramat sangat.
Datin Johana tergamam, terkedu, terpampan. Semua rasa itu bersatu menjadi satu rasa yang bisa membuatkan kakinya tidak mampu berdiri lagi. Lemah segala urat sendi apabila menyedari ianya adalah realiti bukan ilusi.
“Ampunkan Riz.. Umi... amapunkan Riz... Riz berdosa pada Umi, pada ayah... ampunkan Riz Umi... Emeriz meraung tanpa rasa malu dan segan. Biarlah asalkan dia sudi di maafkan.
Air mata mengalir lesu dari kelopak mata Datin Johana namun cepat-cepat di sekanya supaya dia tidak terpedaya dengan pujukan itu. Hatinya masih terluka dengan perbuatan Emeriz. Mana mungkin dia akan memaafkan Emeriz!
“Umi.... Umi.. tolonglah Riz... ampunkan Riz... Umi... Emeriz mengongoi di kaki Uminya yang kaku berdiri tanpa sebarang reaksi. Air jernih mengalir dari kelopak lalu mata membasahi pipi. Datin Johana langsung tidak memandang ke arahnya. Matanya mencerlung memandang ke arah lain. Hatinya masih sakit. Masih terluka!
“Buat apa kau balik sini lagi.....? Suara Datin Johana melengking tinggi mengejutkan Emeriz.
Emeriz mendongak menatap wajah Uminya.
“Umi.... Riz nak kembali pada Umi dan ayah...  Kata Emeriz dengan teresak-esak. Air matanya sudah lencun membasahi pipi.
Datin Johana ketawa sinis. Dia melangkah setapak ke belakang menyebabkan Emeriz terpaksa melepaskan kaki uminya. Emeriz menundukkan wajah memandang rumput yang menghijau itu dengan bahu yang terhenjut-henjut.
“Kenapa kau nak balik sini? Soal Datin Johana cuba mempamerkan riak wajah yang tidak berperasaan biarpun pada hakikatnya dia berperang dengan perasaan yang sangat merindui Emeriz.
“Mana perempuan tu? Ooo.. lepas dia di tangkap khalwat baru kau nak sedar yang dia tu memang perempuan jalang? Macam tu?
Emeriz membatukan diri, yang kedengaran Cuma tangisannya yang berlagu sayu menyesali segala perbuatannya.
“Umi... Riz tahu salah Riz, silap Riz sebab lebih percayakan dia... tapi sekarang baru Riz tahu dia macam tu Umi... Riz buta dengan cinta Umi... Riz akui semua kesilapan Riz....
Datin Johana menarik nafas lalu di lepaskan perlahan-lahan.. Ya tuhan...
“Emeriz....... Panggil satu suara dari arah muka pintu.
Emeriz berpaling tatkala terdengar namanya di panggil. Suara itu tidak pernah hilang dari ingatannya.
Datuk Muiz sudah tidak mampu untuk berdiri. Benarlah apa yang di dengarinya tadi. Suara Emeriz. Ya... Emeriz sudah kembali...11 Ya Allah betapa Kau  mendengar doaku siang dan malam.. terima kasih ya Allah... terima kasih..... Tidak putus-putus Datuk Muiz memanjat kesyukuran.
“Ayahhhh.... ayahhhhh........ Emeriz segera berlari mendapatkan ayahnya di muka pintu rumah agam itu.
Datuk Muiz yang sudah lama bersedia menanti kepulangan anaknya mengangkat tangan tanda dia mahu memeluk anak yang selama ini di rinduinya itu.  Sekelip mata Emeriz merangkul tubuh ayahnya melepaskan kerinduan yang selama ini berkepuk-kepuk di dalam dada.
“Ayah..ampunkan Riz ayah.... Bisik Emeriz ke telinga ayahnya. Datuk MuiZ menganggukan kepalanya sambil mengusap lembut belakang badan Emeriz.
“Ayah dah lama maafkan Riz... pulang kembali ke sisi kami ya Riz....
Tanpa berfikir panjang Emeriz mengangguk tanda dia bersetuju. Cukuplah selama ini dia membuang keluarganya. Kini sudah tiba masanya untuk menebus kembali segala kesalahan dan dosa.
Datin Johana menyembunyikan senyuman melihat dua beranak itu berpelukan melepaskan kerinduan. Betapa dia merindui suasana itu Cuma Allah saja yang tahu. Namun bersedia kah di memaafkan Emeriz?? Ya tuhannn... lembutkan hati ku.....
Emeriz menundukkan wajah memandang permaidani berbulu itu tanda dia malu dengan apa yang telah di lakukan selama ini.
Datuk Muiz memandang wajah anaknya itu tenang sambil tersenyum. Datin Johana pula ke dapur untuk menyediakan minuman dan makanan ringkas untuk anaknya. Biarpun belum sepenuh hati dia memaafkan Emeriz. Biarlahhh... dia tenang dahulu dan yakin bahawa Emeriz takkan lagi berani bersama wanita itu. Ya wanita yang telah banyak meragut kebahagian mereka sekeluarga.
“Riz... apa dah berlaku sekarang? Tanya Datuk Muiz.
Emeriz menangkat wajah memandang ayahnya. Perasaan malu dan segan masih terpancar dari raut wajahnya saat itu.
“Taliah.. ayah... Riz tak sangka yang dia curang..
Datuk Muiz mengangguk tenang. Sebenarnya sejak sekian lama dia sudah maklum mengenai latar belakang Taliah. Berpegang pada keyakinan yang tinggi, alhamdullilah kenyataan yang Emeriz akan kembali kepangkuan mereka akhirnya berlaku jua.
“Ayah tahu... dan sekarang ni orang sibuk bercakap mengenai hal itu...”
Emeriz tersenyum tawar sambil mengangguk dengan perasaan yang cukup malu.
“3 tahun ayah... 3 tahun Riz bersama dia... dan pada akhirnya dia tunjuk juga perangai sebenar dia.... biarpun Riz sedih dan masih kecewa dengan perbuatan dia tapi Riz bersyukur sebab kecurangan dia tu yang membawa Riz ke sini..”
Alhamdullilah........ Datuk Muiz menarik nafas lega.
“Mesti ayah kecewa dengan Riz kan... maafkan Riz ayah.. Untuk sekian kalinya Emeriz masih tetap mahu mengungkapkan kata maaf. Biarpun sejuta kali dia memohon maaf, namun masih belum cukup untuk melenyapkan perasaan bersalah dan berdosa kepada kedua orang tuanya.
“Ayah dah lama maafkan Riz...sejak Riz pergi meninggalkan ayah dan Umi .. ayah tak pernah bencikan Riz...” Ucap Datuk Muiz menyebabkan Emeriz makin di hambat rasa bersalah dan berdosa.
“Tapi Umi.......
“Sabarlah Riz, Umi masih terkejut dengan kepulangan Riz...” 
Emeriz mengangguk perlahan. Harapannya Cuma satu. Dia mahu keampunan dari Umi.
“Pasti Umi merana sejak Riz tinggalkan kita ni..”
“Hati ibu mana tak terluka Riz... tapi Riz sabar dan terus pujuk Umi. Umi rindukan Riz.. Cuma dia tidak mahu menunjukkan rasa itu..”
“Riz faham ayah... Umi terlalu terluka dengan Riz, sebab tu Umi masih belum boleh maafkan Riz.... Riz tak akan putus asa. Riz akan buktikan pada Umi yang Riz memang tak akan kembali lagi pada Taliah....” Ujar Emeriz yakin dan tenang.
“Baguslah Riz... pindah balik ke sini ya...
Emeriz pantas memandang wajah ayahnya. Kemudian dia mengukir senyuman. Memang dia berhajat mahu kembali ke rumah agam itu namun biarlah ia dengan perlahan-lahan. Bukan mudah untuk dia melupakan Taliah. Taliah..... hatinya menyebut nama itu. Betapa dia merindui Taliah...
“InsyaAllah ayah.. Riz kena selesaikan dulu masalah Taliah..”
“Ayah percaya pada Riz... selesaikan elok-elok.. Taliah tu Cuma mahukan duit Riz, jadi beri dia duit supaya dia boleh lepaskan Riz.. Kata Datuk Muiz.
Emeriz sekadar mengangguk. Walaubagaimana buruk pun perangai Taliah, dia adalah wanita pertama yang di cintainya. Bukan mudah untuk membuang perasaan itu. Selama 3 tahun dia bertahan dan sering memaafkan Taliah namun kali ini kesalahan Taliah tidak mungkin akan di maafkan lagi. Dia cukup terluka dengan perbuatan wanita itu.
“Eloknya buang saja dia tanpa beri sesen pun duit...! Tiba-tiba Datin Johana yang sedang membawa dulang berisi air bersuara. Hajar pembantu rumah di situ membontoti langkah Datin Johana dengan membawa sepinggan kuih seri muka.
Emeriz menangkat wajah memandang Uminya. Masih dingin dan Cuma masih giat mempamerkan wajah masamnya.
“Dia bukanya isteri Riz, sampai perlu nak beri duit segala..” Tambah Datin Johana dengan nada suara yang tegas.
Emeriz mengeluh kecil. Taliah bukanlah sepenuh masa membuat kerja modelling. Jadi dia tahu seperti apa punca pendapatan Taliah. Wanita itu tidak betah hidup tanpa wang ringgit. Tak sanggup rasanya dia mahu melepaskannya tanpa sesen duit. Kejam sungguh rasanya perbuatan itu. Walaubagaimanapun dia masih ada rasa tanggungjawab pada Taliah. Selama ini pun segala keperluan dan kemudahan hidup Taliah di bawah tanggungannya.
“Umi... apa-apa pun dia masih wanita yang Riz cintainya... Emeriz berkata jujur. Dia tidak mahu menabur kata-kata kosong demi untuk mendapatkan kemaafan. Biarlah lama mana pun, dia tidak kisah. Dia akan terus setia menunggu kemaafan dari Umi.
Datin Johana mendengus sambil berpeluk tubuh. Sakit hati mendengar kata-kata Emeriz.
“Cinta tu yang bawa Riz ke pintu neraka.. Riz masih mahu cintakan perempuan macam tu? Soal Datin Johana sinis.
“Umi... Riz janji akan cuba buang rasa cinta tu.. tapi berikan Riz sedikit masa... bukan senang..”
Datuk Muiz yang menjadi pendengar setia di situ Cuma mendiamkan diri. Memberi peluang kepada isterinya meluahkan apa yang di pendamkannya selama ini.
“Habis... apa pula ceritanya dengan kes bertunang tu? Soal Uminya yang sudah tidak mahu membicarakan soal Taliah
Wajah ayah dan Umi di pandang silih berganti. Dia sudah menduga soalan itu.
“Dia Cuma... tunang palsu.. Tunang yang Riz reka supaya dapat menutup malu kes Taliah.. Jawab Emeriz jujur.
Datuk Muiz dah melopong masih tidak faham.
“Maksud Riz?
“Maksud Riz... ayah, Riz kenalkan dia sebagai tunang  sebab Riz malu dengan kenyataan yang Riz putus dengan Taliah di sebabkan kes Khalwat tu. Riz tak mahu di gelar lelaki tak guna yang tak tahu nak jaga kekasih..”
Datin johana ketawa sinis. Semudah itu? Kenapa pendek sangat akal Emeriz membuat keputusan.
“Habis budak tu macam mana? Penerimaan keluarga dia? Soal Datuk Muiz bertalu-talu.
Emeriz menguak rambut kebelakang sambil melepaskan satu keluhan yang berat. Seberat masalah yang di hadapinya itu.
“Sekarang ni, di sebabkan tindakan Riz tu, seluruh ahli keluarga gadis itu mengamuk sakan. Mereka mahu Riz membuat press conferance untuk clear kan balik nama keluarga mereka dan nama gadis tu.. Ujar Emeriz cuba menerangkan kemelut yang di laluinya itu.
No way! Umi tak akan izinkan Riz.. malukan keluarga kita. Tidak sesekali... faham! Melengking suara Datin Johana mendengar cadangan itu.
Emeriz terkejut.
“Tapi Umi.. kalau Riz tak clear kan nama mereka dalam masa terdekat ni, Riz terpaksa kahwin dengan Scha....
Datuk Muiz dan Datin Johana saling berpandangan. Scha? Mungkin dia yang di maksudkan Emeriz sebagai tunangan palsu tadi. Fikir mereka.
Emeriz nampak Uminya sedang tersenyum. Dia pelik. Kenapa Umi boleh senyum?
“Tak perlu buat press conferance tu... End of week kita pergi melamar dia... Putus Datin Johana mengejutkan suami dan anaknya. Emeriz terkedu seketika. Semudah itu?
“Habis apa yang patut Riz beritahu Scha Umi? Riz tak boleh sesuka hati buat macam ni pada dia umi... Rayu Emeriz.
“Kalau Riz mahu keampunan dari Umi.. please kahwin saja dengan perempuan tu...
“Ana... Panggil Suaminya tanda dia tidak bersetuju dengan keputusan isterinya.
Datin Johana memandang suaminya. “Abang... cukuplah dengan masalah yang kita hadapi selama 3 tahun ni... Ana dah tak sanggup tanggung malu dengan perangai anak abang ni. Cuma ini saja cara untuk kita betul-betul yakin yang dia akan tinggalkan Taliah. Kalau kita tak buat macam ni, Ana yakin suatu hari nanti dia akan kembali pada Taliah...
Emeriz menggelengkan kepalanya. Sampai tahap ini Uminya mahu menghukumnya.
“Umi Riz kan dah janji yang Riz akan tinggalkan Taliah...
“Tak cukup dengan janji Riz.. Umi tak akan percaya lagi... Sampuk Datin Johana tegas.
Emeriz sudah terperangkap dengan kebodohannya sendiri.
“Ana soal kahwin bukan perkara yang mudah... Kata Datuk Muiz.
Datin Johana menggelengkan kepalanya tanda dia memang nekad dengan keputusannya.
“Kalau sekali Riz boleh lukakan hati kita abang, tak mustahil dia akan lakukan untuk sekali lagi...
“Umi.. tapi bukan sampai bukti yang macam ni... Riz dah libatkan Scha yang tak bersalah Umi.....
Datin Johana sudah berkeputusan jadi semua kata-kata dan alasan Emeriz dia malas mahu ambil pusing. Dengan cara itu, dia boleh mengikat kaki Emeriz dari terus berlari mencari Taliah. Perempuan itu mampu membuat sesiapa saja masuk ke dalam perangkapnya. Namun kali ini dia tidak akan lagi sewenang-wenangnya membenarkan Emeriz kembali lagi kepadanya. Itu janji Datin Johan kepada dirinya.
***
Taliah merengus kasar saat Emeriz bertindak mematikan telefon bimbitnya. Sudah lebih dari 10 kali dia membuat panggilan. Mesej juga sudah beribu kali di hantar namun hampa. Emeriz memang serius dengan keputusannya. Dia mencuba lagi memasukkan kata laluan yang sering di gunakan untuk memasuki kondo mewah itu. Namun sia-sia. Pasti Emerzi sudah menukar kata laluan itu.
“Bodoh... Sumpah Taliah dengan nafas yang turun naik. Sudahlah terpaksa tebalkan muka naik teksi sewaktu tiba di lapangan terbang sebentar tadi. Penat mengangkat bagasi juga masih belum reda. Sampai-sampai di kondo pintu pula tak boleh di buka. Memang terbakar hangus hatinya saat itu.
Taliah membaringkan bagasinya kemudian dia melabuhkkan punggung di situ. Kasut tumit tingginya di tanggalkan lalu di campakkan ke tepi. Sebal!
Sejak kejadian dia di tangkap khalwat dengan Sein tempoh hari, dia nekad untuk tidak berhubung lagi dengan lelaki itu. Kurang ajar betul Sein! Sanggup dia  buat gosip murahan ni semata-mata mahu mencari publisiti. Sial punya lelaki. Dia ingat aku ni apa? Taliah mendengus kasar.
Dia menompang siku di atas kepala lutut sambil menekan-nekan kepalanya. Serabut dengan masalah yang di hadapinya saat itu. Rasa terbeban lagi-lagi apabila Emeriz langsung tidak mahu ambil peduli lagi mengenai dirinya. Ya... dia akui kesalahannya kerana masuk ke dalam bilik hotel bersama Sein tempoh hari. Tapi dia tidak terniat pun untuk melakukan perkara yang tak elok dengan lelaki itu. Rupa-rupanya Sein sudah memasang jerat. Pantas jerat itu mengena.
“Kalau orang dah kemaruk nak popular memang macam tu... hati busuk! Marah Taliah sendiri. Kalaulah dia tahu semua ini akan berlaku. Awal-awal lagi dia akan tolak untuk berurusan dengan Sein dalam menjayakan sesi pengambaran iklan itu. Kesal.
Emeriz melangkah keluar dari perut lif dengan rasa lemah dan longlai. Tak habis-habis dia mengeluh kerana kesal dengan perbuatannya. Dia mengangkat wajah apabila seperti ternampak seseorang sedang duduk di depan pintu kondonya. Rasa seperti mahu terduduk melihat Taliah sudah berdiri tegak memandang ke arahnya.
“Rizz..... Taliah segera berlari mendapat Emeriz. Tubuh sasa itu di peluk erat. Cuba meluahkan betapa rindunya dia terhadap lelaki itu. Namun penerimaan Emeriz sangat kaku. Perlahan-lahan Emeriz menolak tubuh Taliah dari memeluknya. Taliah kaget.
“ I tak salah Riz... sumpah.. Taliah mula merayu.
Emeriz tersenyum sinis. Wajah cantik Taliah di pandang sekilas. Cantik itu sudah tidak bermakna lagi.
“Taliah.. kita masuk, then you kemas kain baju you dan berambus dari kondo i malam ni juga.. Tegas Emeriz menutur kata membuatkan Taliah terasa seperti mahu pitam.
“Riz... you jangan buat i macam ni. I can explain.. tangan Emeriz di goncang kuat. Namun Emeriz tetap seperti tadi. Dia akan terus menolak sehingga Taliah berhenti mendesak.
“You nak terangkan apa lagi? Memang gosip selama hari ni yang you ada skandal dengan jantan tu betul kan? That why you terima tawaran berlakon iklan tu sebab nak bermadu asmara dengan dia kan? I tak sanggup share kepunyaan i dengan orang lain Liah..! You murah... terlalu murah.. Nafas Emeriz turun naik menahan rasa marah.
Taliah memejamkan matanya rapat. Sakit sungguh tuduhan itu. Hatinya bagai di pijak-pijak saat itu. Satu-satu orang yang dia rasa akan terus memberikan dorongan kini sudah menjadi pembunuh hati yang paling kejam.
Emeriz membuang pandang ke arah lain. Air mata itu langsung tidak berharga buatnya lagi. Jika dulu dia sering menjaga hati dan perasaan Taliah. Seekor nyamuk pun tidak di benarkan hinggap ke tubuh insan yang di cintainya itu. Kini semua itu sudah tinggal kenangan. Emeriz sudah tawar hati. Ruang untuk Taliah sudah tiada lagi.
“Riz.. kenapa you percayakan mereka? Kenapa tidak i? You kan tahu i Cuma sayangkan you seorang? Taliah memeluk lagi tubuh Emeriz.
“Taliah please stop all the nonsens. Cinta? You tahu ke apa itu cinta? Kenapa i suruh you stop buat modelling you tak mahu? I tak mahu you terlibat dengan dunia glamour tapi you degil.. selama hari ini i pekakkan telinga, i butakan mata dengan gosip skandal you.. tapi kali ini i memang tak akan bagi peluang lagi pada you Taliah. Tidak sesekali...
Dengan sekuat tenaga Emeriz menolak tubuh Taliah sehingga dia terdorong ke dinding. Emeriz segera menekan kata laluan di tepi pintu kemudian dia melangkah masuk ke dalam kondo. Beg-beg yang berisi kain baju dan segala barangan Taliah sudah di siapkan. Segera dia mengangkat satu persatu keluar dari kondonya.
Taliah tersedu sendiri. Perbuatan Emeriz di pandang dengan linangan air mata. Ya, dia tahu Emeriz sudah bulat dengan keputusannya.
Selepas di keluarkan semua beg ke luar kondo. Dia segera melangkah ke arah Taliah. Sampul surat di serahkan kepada wanita itu. Taliah memandangnya hairan.
“Dalam ni ada cek.. you mulakan kehidupan baru you and jangan ganggu i lagi.. Kata Emeriz memberi arahan.
Taliah menutup mulutnya langsung tidak menduga sampai ketahap ini Emeriz akan membuangnya.“Rizz...
“Ya... i nekad Liah!.. I akan kembali ke rumah agam.. i dah minta maaf dengan parents i.. you should know Liah, bila i dah pilih keluarga i bermakna i tak akan kembali lagi pada you..
“Macam mana i nak hidup tanpa you Emeriz.... Taliah tersedu sedan di situ. Air matanya sudah membasahi wajahnya.
“Selama hari ini you hidup dengan i pun sebab duit i kan. Sekarang i dah beri you separuh dari apa yang i ada. Kita dah sama... you dah mampu hidup senang sampai bila-bila... tapi lupakan i..Liah.. i dah tak mahu hidup macam ni... please Liah. Abang Mail ada di bawah. I dah suruh dia hantar you ke rumah baru . I belikan untuk you. Semua dokumen rumah  i dah serahkan pada my lawyer.. jadi please.. lepaskan i... Kata Emeriz lagi.
Inilah pengorbanannya yang paling besar pernah di lakukan. Dia sudah memilih jadi dia tidak akan memandang ke belakang lagi. Biarlah Taliah pergi bersama-sama kenangan yang pernah mereka ciptakan sebelum ini.
“I tak mahu semua ni..... Taliah menolak dengan teresak-esak. Dia cintakan Emeriz mana mungkin dia mampu melupakan lelaki yang terlalu banyak berbudi kepadanya itu.
Emeriz menggelengkan kepalanya.
“I dah terlalu malu Liah... i dah banyak lukakan hati umi dan ayah i di sebabkan you. Please Taliah.. let me go.. please.. Rayu Emeriz bersungguh-sungguh. Tangan Taliah yang memegangnya di tolak kasar.
Taliah cuba mengawal diri. Air mata yang mengalir di pipi segera di kesat. Nafas panjang di tarik sebelum di lepaskan kuat. Cuba mencari kekuatan walaupun pada hakikatnya dia sudah lemah mahu terduduk.
“Yeah.... i akan lepaskan you Riz.. tapi jangan sesekali you muncul depan i Riz... kalau you tak mahu i terus merayu pada you... Ujar Taliah sebelum dia bergegas melangkah pergi. Emeriz tersandar ke dinding. Akhirnya dia tewas dengan air mata yang cuba di tahanya sebentar tadi.
Betapa dia ingin memeluk Taliah. Betapa dia ingin menarik Taliah kembali kepada kehidupan lama mereka. Terlalu sakit jiwanya saat itu melihat Taliah akur dengan keputusannya.
“Taliahhhhh..... nama itu di seru dalam sendu yang menggila. Emeriz terduduk menangis semuanya. Tuhannn kuatkan aku... aku perlu lepaskan dia pergi........ aku ingin bahagia walau tak bersama dia....
layan bab kali ni dengan lirik lagu ni... semoga sampai kat hati uolls...hehehe
Song : Aku yang tersakiti by Judika..( lagu ni memang aku minat tahap dah boleh hafal ok )
Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

3 comments:

Eiqa Almond said...

Dahh komen daa.. ;P
hehehee.
Best ke cite Bride of Sum tu.??
Tengok iklan dia je cite x tgok. ngeh3x

fsy said...

bezz...ble nk continue nie..dh lm sgt kot...ke nk kuar novel trus?

fsy said...

bezzz...tp ble nk continue ni..lm sgt tunggu..ke nk kuar novel trus...