Wednesday, December 26, 2012

KPOP PUNYA HAL!

Suami aku aka pian sekarang ni memang tengah bengang je dengan aku! Hew..hew..
Sebabnya... aku xkasi can langsung kat beliau nak tengok tv. Everyday... aku layan korea, setiap jam ada sajek drama yang menarik uolls...! Sampaikan aku kena bahagi masa untuk masak...dan sebagainya. Jahanam lahhh untuk 2,3 tahun akan datang kalau berterusan macam ni. Hehehe....

Kau tahu... sampaikan berita pun tengok setiap hujung minggu sahaja. Adoi..!
"b. abang nak muntah dah tengok eb asyik dengan korea aje.."
Begitulah ungkapan beliau kalau aku asyik pegang remote control di tangan aje.Hahaha...
Ok sayang... untuk this week saje... drama smile mommy dah nak habis...my daughter the flower pun tak lama lagi nak habis...sabar ye sayang. Kesabaran mu amatlah saya hargai. I love u till die!!

Okeh..kalau malam minggu tu.. aku layan running man dari jam 11.40 pm sampai  4.30 am.Ko mampu??? Tapi sekarang nasib baik lah dah xdek marathon macam tu... hari ahad asyik bangun lambat terus skip nak buat sarapan. Makan tengah hari terus.

Ok..ade sebab kenapa aku jarang tengok berita! Salah satu sebab kenapa aku selalu alih siaran dan menyebabkan aku terjebak dengan kpop ni ialah isi berita yang di sampaikan.

 Hal...ehwal masyarakat adalah lebih kurang dua tiga berita dan selebihnya adelah berita politik! HOooooooo so damn! Eh bosan tahu asyik isu politik. Ingat boleh, jiwa dan kepala kita ni asyik di sogokkan dengan berita politik semendang?! Kita masih ada akal yang waras. Jadi kita boleh menilai mana satu politik yang telus dan tak telus!

Mencari keburukan parti sana sini..pung pang pung pang. Aku rasa macam nak bakor je tibi saat itu juga. So dengan langkah yang drastik alih je tv! Senang! Aku ni bukanlah ahli mana2 parti.. aku berdiri di atas pagar!huhu boleh? Ok sampai masa nanti aku akan mendaftar dan mengundi..! InsyaAllah... rakyat adelah penting bagi menentukan pemerintahan sesebuah negara. Eh jangan pulak kita sokong parti yang sanggup menggadaikan maruah kat negara luar sudahlah! Ade jugak wakil dari parti opsss... yang sanggup menggadaikan agama demi kepentingan politik! Ade ke patut apabila seseorang individu itu sudah mencecah usia 21 tahun, maka bebas utk memilih agama yang ingin di anuti! Ok... korang pk sendiri lah... bila perkara tu terjadi kat anak korang ke atau saudara mara korang! Ehhh dah masuk bab politik ape kena mengena dengan KPOP ni?!

Aku tak faham macam manalah MIL and FIL boleh suka tengok berita Aku rasa sangat tertekan jiwa dan raga bila mereka menonton berita. Tak kisah lah Tv berapa pun. Tapi kalau astro... i think lagi better la dari berita tv yang tak berbayar ni! Sumpahhhhhh aku rasa stressss!!!!!!!!! Kalau dah nak tengok berita carik je awani. Puas hati! Banyak hal isu semasa berbanding politik!

Ok berbalik kepada KPOP!... aku selalu terpikir. Kenapalah produksi malaysia tak mampu nak hasilkan drama sebaik korea! Lepas tu mereka selalu salahkan kita penonton ni kalau terlebih -lebih sokong KPOP. Sebab produk mereka bagus. So, janganlah marah kat JUlia perez kerana beliau mengkritik drama kita. Tapi jadikan iktibar! Eh?hehhee... matiklah aku lepas ni! Tapi kalau nak di banding kan drama indon dengan malaysia uiiihhhh jauh lebih baik drama malaysia dari sinetro yang banyak sangat konfik itu. Dah!!! malas nak layan sinetron! Drama indon last aku layan yang ade Dimas tu... lepas dr tu xdek dah! Bosan tahu..!Itupun lepas dorang suka sangat cilokkkk idea dari drama korea. Eh dah matik idea ke kamu?! Lepas tu banyak sangat adegan klise... nyampah pulak haku! Aku pun heran macam mana Ashraf slincair boleh carik makan kat sana. Lepas tu... bercakap pun dah macam orang sana! Sumpah... aku rasa meluat!hahhaa.

Ok berbalik kepada KPOP lagi wp dah acap kali lari topik haha! Aku selalu terpikir.Hhaha...asyik ulang ayat ni je. Kalau lah produksi malaysia mampu buat  show macam running man atau star king kan ke bagus! Budget adelah besar ok! hehe..ye ye aku faham. Bukan ke pernah ada isu pasal stesen tv beri bayaran rendah pada pihak produksi itu hari? So , xpelah xpayah nak harap apa2 akan berubah dalam industri kita ni. Just wait n see..kate ko!

Lepas tu, aku ade gak terbaca kar ruangan gosip mengenai layanan yang di berikan oleh penonton malaysia terhadap sebuah kumpulan KPOP yang buat show masa MTV shout award itu hari. Ok... teruskan berperangai macam tu.... jadinya mentaliti korang adelah sama dengan orang di seberang!Opsss! Tak kisah lah sape2 pun... jagalah tingkah laku tu. Kot ye pun tak suka kat KPOP janganlah tunjuk perangai sampah macam tu. Salah dorang ke sebab di minati di sini? Bukan salah dorang tau...salah industri jugak sebab tak ada improvement. Memang KPOP ada permintaan yang tinggi di sini!

Oklah... dah panjang lebo aku menaip ni. Dah naik kurus jari jemari ku.

Sekian.
p/s : jangan muntah eh baca entri aku kali ni..!




1 comment:

shameel Iskandar said...

salam Ain. Saya pun minat korea.. Bermula dgn winter sonata, meleret ke autumn in my heart dan skrg layan korea lagi trmsuklh lagu Gangnam Style..

Betul tu menyampah tgk berita sekrang, 90& isu politik seolah-olah hidup kita ni politik jer..