Atas.... kebaikan budi korang mai melawat aku kat sini dan menaikkan traffic aku sampai mencanak-canak.....so dgn baik hatinya aku update bab 7. Walaupun tak full tapi ok lah dari tak ada kan! heheh.
Thanks a lot buat yg send email secara private kat aku. Really appreciate!... aku hampir nak berputus asa sebenarnya dengan Encik Emeriz dan Cik Scha ni tp oleh krn sokongan padu dari kamu.. kamu dan kamu... aku cuba gagahkan juga otak ni..memerah idea untuk tatapan di sini. Tak ada apa yang indah bakal aku janjikan... harapan semoga korang terus menyokong aku!ok...... aku harap sgt impian aku utk bergelar penulis tercapai! aja...aja...fighting!!! :) ( masih terlalu jauh.......)
Sepasang kaki yang kian sembab itu terus berjalan tanpa henti. Entah ke mana lagi dia harus berjalan membawa perut yang memboyot itu. Dia hilang arah, hilang kewarasan akal. Kini yang ada cuma anak yang di kandungnya itu. Bayi itulah yang memberikan dia semangat untuk meneruskan kehidupan. Jika dia mati sekalipun, biarlah bayi yang tidak berdosa itu lahir ke dunia. Dia berhak hidup!
“Berambus!!
Tubuh kecil yang sedang sarat mengandung itu di tarik keluar dari rumah papan
yang kian usang itu.
“Mak.......
ampunkan Maya mak... Jerit Maya minta simpati dari ibunya. Bukan salahnya semua
ini terjadi. Bukan dosa yang sengaja di cipta atas kerelaan dirinya sendiri.
Semua ni kerja jahat bapa tirinya yang bertindak merogolnya.
“Kau
memang anak durhaka Maya! Sanggup kau goda ayah tiri kau. Dan sekarang kau
mengandung anak haram ni Maya! Pergi kau... pergi... Jerit Halimah sekuat hati.
Maya
berpaut pada kaki ibunya. Cuma ibu yang dia ada di dunia ini. Cuma ibu! Namun
kini, ibu menuduhnya pula. Karim memang tak guna! Sudahlah dia di perkosa, ibu
pula di hasut supaya menghalaunya dari rumah. Manalah dia mahu pergi dengan
keadaannya seperti itu.
“Mak....
pakcik yang jahat buat Maya.. mak... Maya masih mahu menjelaskan perkara yang
sebenar.
Halimah
menunjal kepala Maya kuat menyebabkan Maya terjelupok ke lantai.
“Mak...
sampai hati mak nak buang Maya hanya kerana lelaki tak guna tu? Bukan salah
Maya mak.. tolonglah percaya... Rayu Maya lagi sambil menyeka air mata.
Halimah
berpeluk tubuh sambil memandang Maya tajam. Entah kenapa, sedikit pun tidak ada
rasa kasihan di dalam hatinya. Biarpun Maya adalah anak kandungnya sendiri.
Karim
merupakan suami kedua setelah suami pertamanya Hasan yang meninggal dunia akibat
demam panas. Karim yang sememangnya seorang penganggur, hanya tahu menghabiskan
duit Halimah. Namun dek kerana sayangkan Karim, Halimah menelan apa saja
perbuatan suami mudanya itu. Sehinggalah Karim bertindak merogol Maya anak
tunggalnya itu. Perbuatan itu di luar pengetahuan Halimah sehinggalah Maya
sarat mengandung 7 bulan. Karim berjaya menabur fitnah dengan mengatakan yang
Maya menggodanya. Halimah percaya lalu dia tekad menghalau Maya keluar dari
rumah mereka.
Maya
memegang perutnya yang tiba-tiba saja sakit. Langkahnya mati serta merta! Dia
berpaut pada besi penghadang untuk menampung tubuhnya dari terjatuh di atas
jalan. Kesakitan itu semakin kerap di rasakan. Dia menarik nafas perlahan-lahan
cuba menenangkan diri. Perlahan-lahan dia duduk di atas jalan. Maya tidak mampu
lagi untuk meneruskan perjalanan kerana kesakitan itu benar-benar menganggunya.
“Mak.....
ampunkan Maya mak..! Dia merintih sedih. Jika inilah kesakitan yang ibu alami
sewaktu mengandungkannya, maka dia rela menanggung kesakitan ini. Biarlah
kesakitan ini menebus kembali segala kesalahan dan dosa yang pernah dia lakukan
sebelum ini.
Peluh
memercik di sana sini. Kesakitan datang setiap 5 minit. Dia menggigit bibir
cuba menahan kesakitan itu. Matanya kini kian kabur cuma menanti untuk rebah
namun dia cuba menganggahkan diri sambil beristifar.
“Allah.......
selamatkan anak ini Ya Allah...!! Bibirnya tidak habis-habis berdoa. Dia
mengharapkan saat itu ada insan yang sudi memberhentikan kereta dan
membantunya. Sudah beberapa kali sejak dia berada di sepanjang jalan itu cuba
untuk menahan kenderaan yang lalu lalang. Namun tak siapa yang bersimpati
dengan keadaan dirinya.
Tuan
Syed Moktar menggengam tangan isterinya cuba memberikannya kekuatan. Dia tahu,
isterinya itu pasti sedang bersedih dengan perkhabaran duka yang di sampaikan
oleh Doktor Hadi sewaktu mereka menjalani rawatan sebentar tadi.
Siapa
tidak kecewa. Jika si isteri di sahkan mengalami masalah di bahagian rahim dan
menyukarkan untuk mengandung secara normal! Namun Tuan Syed Moktar redha dengan
ketentuanNya. Anak itu rezeki. Dia tidak mahu terlalu mengikutkan kata hati.
Dia percaya dengan Qada dan Qadar Allah.
“Abang!
Jerit Puan Sharifah Suraya sambil memaut
tangan suaminya yang memegang streng kereta. Kepalanya menoleh ke belakang. Ada
sesorang yang sedang duduk di tepi jalan dengan keadaan yang begitu menyedihkan!
“Eh
kenapa ni Su? Soalnya yang agak terperanjat dengan tindakan isterinya.
“Abang...
berhenti! Berhenti! Arahnya kalut.
Serta
merta Tuan Syed Moktar memberhentikan kereta ke bahu jalan biarpun dia masih kabur atas alasan apa isterinya itu menyuruhnya melakukannya. Sepantas kilat
isterinya membuka pintu kereta dan melangkah ke luar dan berlari ke belakang.
Tuan
Syed Moktar cemas melihat tindakan isterinya. Dia risau jika isterinya buat
perkara yang bukan-bukan. Memandangkan emosinya agak tidak stabil sekarang!
“Adik..
kenapa ni? Soal Puan Sharifah Suraya sambil memegang bahu wanita yang sudah lemah tidak bermaya itu. Wajahnya
begitu pucat sekali. Sesekali matanya terpejam.
“Kak
selamatkan anak saya kak.... Maya menggenggam tangan wanita yang dia anggapnya
anugerah dari Allah untuk menyelamatkan anaknya.
“Su...
kenapa ni? Tuan Syed Moktar duduk mencangkung di sebelah isterinya. Wanita yang
sarat mengandung itu di perhatikan. Kasihan!
“Tolong
saya..... Rayu Maya dengan nafas yang sudah tidak mampu untuk bertahan itu.
“Abang...
kita bawa dia ke hospital..!
Tanpa banyak soal Tuan Syed Moktar segera
mencampung tubuh wanita itu masuk ke dalam keretanya. Puan Sharifah Suraya
duduk di bahagian belakang sambil memangku kepala wanita yang sedang mengerang
kesakitan itu. Tangannya di pegang kuat!
“Dik...
bertahan dik! Ingat Allah... mengucap... Pipi wanita yang dia sendiri tidak
tahu asal usulnya itu di tampar-tampar perlahan. Dia bertindak seperti itu
supaya wanita itu tidak pengsan.
“Abang
laju sikit! Jerit Puan Sharifah Suraya.
“Su....
abang dah bawa laju sangat ni! Suruh budak tu mengucap..... dan bertahan. Dah
tak jauh lagi ni... Kata Tuan Syed Moktar yang memandu sambil menghidupkan
lampu kecemasan. Mujur juga kenderaan lain faham yang dia dalam keadaan
kecemasan. Jadi perjalanan semakin lancar.
Maya
menggenggam tangan Puan Sharifah Suraya erat. Sakit sudah tidak tertahan lagi.
“Kak......
Panggil Maya perlahan.
“Ya
dik..... kenapa? Sabar ya dik... dah tak jauh lagi ni... tolonglah bertahan
dik... Puan Sharifah Suraya cuba menenangkan Maya.
Maya
menggelengkan kepalanya.”Kak.... saya tak mampu lagi kak....! Urggghhhhhhhh
bibirnya di gigit kuat!
“Dik....
ingat Allah.....! Kata Puan Sharifah Suraya lagi. Walau siapa pun wanita itu,
dia harus membantu. Walaupun dia tertanya-tanya bagaimana seorang wanita yang
sedang sarat itu boleh duduk di tepi jalan seorang diri sambil menahan kesakitan!
Mujur juga dia nampak wanita itu tadi. Jika tidak, tak tahulah apa nasibnya.
Mungkin dia akan melahirkan anak di situ! Arggghhhh Puan Sharifah Suraya tidak
sanggup untuk memikirkannya.
“Kak...
tolong saya kak...! Jika anak saya selamat...
Maya menggumpul kekuatan untuk bercakap.
Biarpun pada hakikatnya dia sudah tidak mampu untuk mengeluarkan sebarang suara
lagi. Namun, demi anak yang di kandungnya itu. Dia kuatkan juga diri..
“Tolong
apa dik...? Tangan itu di genggam erat.
“Tolong
jaga anak saya.... dia tak bersalah kak... ayah tiri saya yang bersalah..dia
yang menjadi punca saya jadi begini..."
Dalam kepayahan Maya kuatkan juga
tekadnya untuk menerangkan keadaan yang sebenar. Supaya bila anak itu besar
nanti. Walaupun payah, dia harus juga tahu siapa ayah dan ibunya. Bersabarlah
wahai anakku......! Ibu tahu kamu kuat seperti Ibu........
Puan
Sharifah Suraya tergamam. Jadi, wanita ini mengandung anak luar nikah. Anak
kepada ayah tirinya?! Ya Allah.... kenapa sampai jadi seperti ini?
“Akak...
tak dapat berjanji... Dia serba salah.
“Kak...........
Maya meraung kuat. “Tolong saya kak! Anak saya dah tak ada sesiapa di dunia ini
kak........ tolonglah jaga dia... tolong berikan dia kehidupan yang sempurna!
Dia tak bersalah kak...... tolonglahhhh....... Rayu Maya cuba untuk memberikan
kesempurnaan kepada anak yang bakal di lahirkan nanti walaupun dia tahu masanya
sudah tiba.
Tuan
Syed Moktar yang mendengar percakapan wanita itu memandang isterinya dari
cermin pandang belakang.
“Abang...
macam mana ni? Tanya Puan Sharifah Suraya kepada suaminya.
‘Mungkin
ini anugerah dari Allah buat aku dan Suraya? Ya Allah terima kasih atas
anugerah ini... terima kasih ya Allah....’ Tuan Syed Moktar berdoa di dalam
hati.
“Su..
kita jaga anak itu...! Jawab Tuan Syed Moktar nekad! Bibirnya menguntum
senyuman.
Puan
Sharifah Suraya memandang wanita yang di pangkunya itu. Jelas anak mata wanita
itu penuh pengharapan.
“InsyaAllah
dik... akak janji akan cuba berikan yang terbaik untuk anak adik nanti.. tapi
adik kena bertahan! Kita sama-sama jaga dia...ya...!
Maya
tersenyum dalam kepayahan. Alhamdulillah... kini sudah tidak ada apa lagi yang
di risaukannya. Lega kerana nasib anaknya bakal terbela. Ya.. Allah... terima
kasih kerana memberikan hambaMu ini sedikit kebahagiaan...”
Bayi
yang baru di serahkan oleh jururawat itu di kucupnya dengan perasaan yang cukup
sebak! Air matanya mengalir tanpa henti sambil mengucapkan syukur kepada Illahi
di atas kurniaan yang tiada nilainya itu.
Tuan
Syed Moktar turut mengalirkan air mata melihat kelakuan isterinya. Bayi yang
baru di lahirkan itu tampak suci dan bersih! Hatinya benar-benar tersentuh.
Belum pernah lagi dia merasai keindahan perasaan itu.
“Abang...
qamatkan anak kita...! Pinta Puan Sharifah Suraya sambil menghulurkan bari itu
kepada suaminya.
Perlahan-lahan
Tuan Syed Moktar meng qamatkan bayi itu dengan linangan air mata. Kini mereka
sudah bergelar ibu dan ayah kepada anak yang di berikan oleh Allah.
Biarpun
caranya begitu jelik tetapi anak itu tidak bersalah. Dia berhak hidup dengan
sempurna! Tiba-tiba dia merasakan yang hidupnya sudah cukup lengkap! Dahi
isteri tercinta di kucup penuh kasih dan cinta. Moga Suraya tidak lagi bersedih
dengan nasib yang menimpanya sebelum ini. Mereka jga berhak hidup bahagia.
p/s :xdek komen ke oiii!hehhe
p/s :xdek komen ke oiii!hehhe
4 comments:
next entry plisss!!i want it <3
next entry pliss!! nak lagi nak lagiii,,! <3
mane entry baru??!!!
best giler!! mne next entry?????
Post a Comment