Sunday, January 20, 2013

My.Mr.Chef bab 6


Hajah Sharifah Kamariah sudah memicit kepalanya yang berdenyut-denyut itu. Rasa seperti mahu pitam mendengar cerita yang di sampaikan oleh anak dan menantunya mengenai perkara yang menimpa cucunya. Sejak semalam tidurnya tidak lena lalu dia menyuruh anak saudaranya Faiz menghantar kerumah anak sulungnya itu.
Bukan main terkejut lagi Tuan Syed Moktar dan Puan Sharifah Suraya melihat Hajah Kamariah sudah terpacak di depan rumah siap dengan bagasi segala.
“Mok... macam mana perkara ni boleh jadi macam ni? Hangpa takdak muka ka? Hangpa tak malu ka pada saudara mara kita dan jiran-jiran? Ni...ni mulut aku ni dah nak kebas dok terangkan kat saudara mara kita kat kampung!
Tuan Syed Moktar menundukkan wajah. Begitu juga dengan isterinya. Aqil yang sibuk melukis cuma memandang neneknya yang sejak dari tadi asyik nak mengamuk dan membebel yang bukan-bukan. Dia malas mahu ambil peduli. Itu masalah orang dewasa.’Orang dewasa memang banyak masalah..’ Desis hatinya sendiri.
“Ni... mana anak dara hangpa ni? Dah pukui berapa ni tak nampak muka lagi? Suara Hajah Sharifah Kamariah mengejutkan anak dan menantunya.
Tuan Syed Moktar menyiku lengan isterinya. Puan Sharifah Suraya menggelengkan kepalanya tanda dia tak tahu. Sampai saja di rumah tadi, Scha memang sudah tidak ada di rumah. Tanya pada bibik Yanti pun dia tidak tahu. Malah dia tidak menyedari waktu bila Scha menyelinap keluar. Sudahlah telefon bimbit di matikan. Hatinya sudah di paut rasa bimbang.
“Tuan... puan.. Err...
Tiba-tiba embak yanti keluar dari dapur dengan membawa dulang berisi air.
“Yanti... Panggil Hajah Sharifah Kamariah.
Langkah Embak yanti mati serta merta dia memandang ke arah wajah wanita berusia awal 50 an tu. Seram!
“Scha mana? Soal Hajah Sharifah Kamariah.
Dahi embak Yanti berkerut. Memang dia takut setiap kali wanita itu datang ke sini. Baginya Hajah Sharifah Kamariah memang garang. Suka menengking!
“Ya... paginya tadi Scha ada. Sarapan sama saya... lepas tu katanya mahu tidur. Ya.. dia naik ke atas. Waktu makan tengah hari saya mahu..
Belum pun sempat dia habis bercerita Hajah Sharifah Kamariah sudah mahu memotong kata-katanya.
“Ehhh... hang cuba explain seringkas yang mungkin... boleh?”
“Eerrrr.... Embak yanti kematian kata. Hilang segala kata-kata yang sudah di rencanakan tadi.
“Mak cuba bawa bersabar sikit...” Tuan Syed Moktar menyampuk.
“Aku ada tanya hang ka”? Marah Hajah Sharifah Kamariah.
Tuan Syed Moktar merengus sambil menggelengkan kepalanya. ‘Mak memang macam tu. Kalau dah marah apa pun dia tak mahu dengar. Mak… Mak...
Embak Yanti segera meletakkan dulang ke atas meja. Selepas itu dia berdiri tegak sambil memeluk talam kecil itu rapat ke dalam pelukannya.
“Saya ketuk pintu tapi tidak di sahuri... jadi saya masuk ke dalam tengok-tengok Scha sudah tiada. Sumpah Puan saya enggak tahu...” Sambung Embak Yanti sambil mengangkat tangan bersumpah.
Hajah Sharifah Kamarian mengeluh kasar. Geram sungguh. Sorang-sorang di tanya tapi semua tak tahu ke mana cucu bertuahnya itu pergi.
“Mak… Sudah lah tu, apa kata mak naik atas dulu berehat. Lepas tu mandi dan solat maghrib. Kejap lagi balik lah Scha tu. Mak jangan risau na… sat gi naik pulak darah tinggi mak tu..” Nasihat Tuan Syed Moktar lembut.
“Betul tu mak.. Meh Su hantarkan mak masuk bilik. Kata Puan Sharifah Suraya pula. Dia bangkit dan berdiri di sebelah ibu mertuanya.
“Pandai hangpa nak mengelak na…”
“Mak… dah la tu… jom. Mak mesti penat kan…”? Pujuk menantunya sambil memegang lembut tangan Hajah Sharifah Kamariah.
“Yalah…yalah… aku kalau boleh nak duduk bilik bawah. Tak larat nak menapak naik atas nu…” Hajah Sharifah Kamariah masih mahu membebel. Tuan Syed Moktar sudah menggelengkan kepalanya. Ada saja yang tidak kena.
“Boleh kongsi sebilik sama saya…” Sampuk Embak Yanti sambil tersengih.
“Takpalah… Yanti oi. Aku rela naik atas dari tidoq dengan hang. .”
“Alah… kenapa pula Puan.. Katil saya juga besar..” Kata Embak Yanti lagi.
Majikannya sudah ketawa melihat interaksi ibu mereka dengan orang gaji yang sudah berkhidmat lebih dari 5 tahun di rumah itu.
“Hang tu berdengkur macam kapai nak pecah… aku tak tahan nak menadah telinga..” Jawab Hajah Sharifah Kamariah kuat.
Embah Yanti tersipu malu. Puan Sharifah Suraya dan suaminya sudah mengekek mentertawakan Embak Yanti.
“Ia.. tutupin telinga dengan bantal…” Selamba Embak Yanti membalas.
“Dahlah aku malas nak cakap banyak dengan hang. Ni aku nak pesan. Sat lagi hang masak kan?Tolong boleh?”
“Tolong apa Puan?”
“Tolong jangan masak. Biaq aku yang masak… hang tolong saja. Faham…? tekak aku ni tak boleh nak masuk kalau hang masak...! Asyik-asyik tempe.! Aku tak taulah macam mana hangpa hari-hari boleh makan tempe dengan sayur bening? Hangpa tu darah utara, darah melayu.... sekali sekala kenalah makan kari jugak!” Bebel Hajah Sharifah Kamariah sekaligus mengundang rasa lawak. Tuan Haji Moktar dan isterinya sudah sembunyi ketawa. Nak ketawa terang-terang takut kena maki!
“Ya… iyalah Puan… faham...” Jawab Embak Yanti sambil tersenyum. Padahal seronok bukan main dapat cuti dari memasak. Lagipun memang Aqil dan Scha suka makan tempe dengan sayur bening! Setiap hari ahad pula dia akan masak bakso kegemaran Tuan Haji Moktar dan Puan Hajah Suraya. Jadi salah diakah jika semua penghuni dalam rumah ni yang memang suka masakan dari air tangannya?!
“Mak dah la tu… jom naik atas. Nanti terlepas maghrib..” Kata Puan Sharifah Suraya. Hajah Sharifah Kamariah membontoti langkah menantunya naik ke tingkat atas. Sementara Tuan Syed Moktar segera mencapai kunci kereta dan dia mahu ke masjid yang berhampiran untuk menunaikan solat secara berjemaah. Memang itu adalah kebiasaanya. Solat berjemaah lebih banyak fadhilatnya. Sesekali dia akan menjadi imam di rumah. Anak isteri tidak di biarkan tanpa pengetahuan agama. Scha sendiri juga sudah beberapa kali khatam al`quran.
“Embak… nanti tolong gorengkan sosej untuk Aqil boleh?” Suara kecil Aqil menghentikan langkah Embak Yanti ke dapur dia segera menoleh ke belakang. Wajah comel Aqil di pandang penuh kasih.
“Iya… boleh sayang… tapi kamu jangan nakal-nakal ya... Embak enggak larat tahu mengemasi ruang tamu sebesar ini..”
Aqil tersenyum comel lalu mengangguk. Tak kisahlah asalkan dia dapat makan sosej bersama mayonis dan sos. Nom…Nom…

Scha menekan tombol pintu ke bawah dengan perlahan-lahan. Takut ada yang terjaga dari tidur. Memang malang betul nasibnya hari ini. Boleh pula kereta Emeriz buat hal tengah jalan. Terpaksalah mereka menunggu trak tunda sampai ke tengah malam. Kereta punyalah mewah tapi boleh pula stuck tengah jalan. Tak pasal jalan jam hari ini. Telefon bimbit pula kehabisan bateri.
“Scha….” Panggil Emeriz dari belakang.
“Syuhhh….. Scha segera meletakkan jari telunjuk ke bibir. Wajahnya yang ketakutan itu jelas kelihatan.
Emeriz segera menapak ke arah Scha. Beg tangan itu di hulurkan ke arah gadis itu.
“Aisey… macam mana boleh tertinggal ni…” Scha menepuk dahi. Emeriz tersenyum. Jelas walaupun dalam gelap. Bukan main kalut lagi gadis itu melangkah keluar dari kereta sampai terlupa untuk mengambil tas tangannya. Mujur juga dia masih belum berlalu dari situ.
“Dah… saya balik dulu.. cepat masuk dah lewat ni..” Pesan Emeriz sambil menunjukkan reaksi perihatinnya. Dia perlu memastikan Scha masuk ke dalam rumah dengan selamat.
“Ok.. Jawab Scha pendek. Sebenarnya dia takut untuk masuk ke dalam rumah. Hatinya berdebar-debar. Kepala lututnya menggigil ketakutan. Seram sejuk rasa seluruh tubuhnya. Mama dan papa memang sporting tapi dalam masa yang sama mereka sangat tegas!
Krukkkkk… Tiba-tiba pintu grill di tarik dari dalam.
Scha tergamam. Langkah Emeriz mati serta merta. Dia menoleh ke belakang. Scha mengangkat kepala memandang siapa yang sedang berdiri di hadapannya itu. Duuuppp….. jantungnya seperti mahu luruh serta merta. Wajah menyinga papa muncul di ruangan mata. Dan paling bertambah kecut perutnya apabila mendapati nenek yang berdiri di sebelah papa bukan mama. Ya tuhannnn..... bila masa nenek sampai?
“Kamu ke mana Scha? Jerkah Hajah Sharifah Kamariah sambil bercekak pinggang.’Tu... dia dah macam sedang membuat latihan vokal. Emeriz terpampan! Siapa wanita tua itu? Kenapa sebelum ini dia tidak pernah melihatnya?
Scha terkedu tanpa mampu untuk menjawab. Kepalanya di tundukkan memandang lantai.
“Dah jam berapa ni Scha? Soal Tuan Haji Moktar tegas!
“Errr…. Scha tidak mampu menjawab. Yang pasti hari sudah mahu menjengah subuh.
“Pakcik… Emeriz segera menapak ke arah Tuan Haji Moktar. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman. Namun tiada tindak balas dari lelaki itu menyebabkan Emeriz kaku di situ.
Semua mata tertumpu ke arahnya. Emeriz di pandang atas bawah oleh Hajah Sharifah Kamariah. Siapa dia? Hatinya tertanya sendiri. Namun apabila otaknya mampu mengingati seraut wajah kacak itu. Amarahnya tiba-tiba seperti mahu menyembur keluar.’ Ya dialah lelaki yang mengaku tunang Scha!
Tuan Syed Moktar memegang dadanya saat wajah itu muncul di saat itu. Jadi benarlah tekaannya tadi yang Scha keluar dengan lelaki itu. ‘Kenapa anak itu tidak pernah serik.... Scha... Scha...’
“Jadi betullah apa yang hangpa berdua dok cakap kat dalam surat khabar tu?”
Emeriz dan Scha memandang wajah itu serentak. Biarpun nada suara itu perlahan namun ia kedengaran cukup tegas.
“Nek….dengar dulu penjelasan Scha…” Rayu Scha yang sudah seperti mahu menangis.
Tuan Syed Moktar berpeluk tubuh. Kecewa dengan apa yang dia lihat saat itu. Anak daranya bersama-sama dengan lelaki di waktu-waktu begini? Argghhh… dadanya sudah sakit dan sebal.
“Masuk..!!! Arah papanya dengan wajah menyinga. Emeriz menelan air liur. Keadaan nampak seperti serius. Kalaulah dia meminta izin terlebih dahulu siang tadi, pasti keadaan tidak setegang ini. Namun memikirkan keretanya yang tiba-tiba buat hal, dengan telefon bimbitnya dan juga Scha kehabisan bateri. Keadaan tetap juga sama!
“Kamu juga Emeriz.. masuk. Kita bincang di dalam…” Kata lelaki yang hampir sebaya dengan ayahnya itu.
Emeriz mengangguk. Dia dan Scha berpandangan sesama sendiri.
“Saya keluar dengan Scha sebab nak bincang tentang press conference tu pakcik. Lepas tu kereta saya rosak tengah jalan. Terpaksa tunggu trak tunda..” Jelas Emeriz tanpa di suruh. Wajah kedua-duanya itu di pandang sebelum dia menundukkan wajah.
“Kenapa Scha tak bagitahu papa sebelum nak keluar siang tadi”? Soal Tuan Syed Moktar.
Scha mengetap bibir. Rasa nak menangis pun ada melihat ketegasan papa. Dia akui kesalahannya yang satu itu. Kalaulah dia setuju dengan Emeriz kan bagus!
“Scha takut papa tak izinkan…. Jawabnya tergagap-gagap.
“Habis apa bezanya papa tak izinkan dengan tertangkap macam ni? Bidas papanya.
“Pa……. Scha mula sebak. Jelas papanya langsung tidak mahu memihak kepadanya lagi.
“Kamu ni nak jadi apa Scha? Nak jadi perempuan murahan ke? Kamu tu perempuan. Apa kata jiran-jiran tetangga tengok kamu balik jam sebegini? Sudah-sudahlah buat masalah. Jangan keruhkan keadaan lagi…”
“Pakcik… jangan cakap Scha macam tu. Dia tak salah… pun. Kami tak buat perkara yang tak elok pun… Emeriz cuba untuk menenangkan keadaan. Scha sudah tersedu sedan menangis.
“Lain kali, kalau nak bawa anak dara orang keluar minta izin dulu.. takkanlah awak tak ada adab? Mak ngan bapak tak penah nak ajaq ka? Jangan ingat awak dah umum satu malaya yang cucu saya ni tunang awak, awak boleh bawak dia keluar sesuka hati? Hajah Sharifah Kamariah tidak dapat lagi membendung amarahnya! Biar di basuhnya cukup-cukup budak berdua ni. Melampau!
Emeriz terdiam mendengar kata-kata itu. Kecut perutnya kerana terpaksa berdepan dengan satu lagi masalah. Ya Allah... aku tahu Engkau sedang menduga.. aku redha Ya Allah... Emeriz cuba menyedapkan hati.
“Mak… Tuan Syed Moktar menepuk tangan ibunya perlahan. Mahu ibunya menjaga kata.Hajah Sharifah Kamariah kalau dah marah boleh meletop semalaya. Macam dia sorang je yang tahu marah, orang lain punya marah simpan kat tepi!
“Mok… hang jangan nak bagi muka sangat pada anak Hang. Esok lusa entah apa lagi yang dia buat..! Memalukan keluarga...!
“Nenek… kenapa cakap Scha macam tu? Scha mula meninggi suara. Kesabarannya teruji dengan sikap nenek yang sejak dari dulu lagi selalu prejudis terhadapnya.
“Scha…. Panggil Emeriz perlahan. Scha memandangnya dengan mata yang berkaca. Emeriz menggelengkan kepalanya tanda dia tidak suka Scha bertindak seperti itu.
“Scha jangan jadi kurang ajar… Tuan Syed Moktar menempelak anaknya.
“Papa… tahu Scha kan! Scha tak akan buat perkara yang tak elok.. jadi jangan tuduh Scha macam tu…. Luah Scha sambil menangis. Suaranya tenggelam timbul. Sedih betul apabila di tuduh melakukan perkara yang dia memang tak buat. Nenek memang melampau. Kalau nak marah tak pernah nak guna akal yang waras!
Emeriz menguak rambutnya kebelakang. Masalah semakin rumit. Kerana tindakan terburu-burunya membawa seribu masalah yang sukar untuk di selesaikan. Ya Allah… sabarkan aku.
“Kalau Scha tak buat kenapa jam sebegini Scha baru muncul???  Tanya papanya masih tidak berpuas hati.
“Kan Chef dah jelaskan tadi… Jawab Scha sambil mengesat air matanya.
“Emeriz… jangan ingat kami sekeluarga tak tahu masa lampau awak macam mana. Kehidupan sosial awak dengan model tu semua kami tahu… jadi jangan nak heret cucu saya dalam kehidupan penuh dosa awak tu..”
Emeriz terpana. Jika dia bersalah sekalipun kenapa perlu cerita lama di ungkit kembali?
Sekali lagi Scha tidak menduga yang nenek boleh ungkit kisah lalu Emeriz sekarang! Nenek tak layak untuk menghukum! Scha bengang!
“Nek… saya tahu saya jahat. Tapi itu dulu nek… saya dah bertaubat… Kata Emeriz dengan riak wajah yang bersungguh.
Kenapalah manusia suka menghukum. Ya dulu dia memang jahil. Bersekedudukan, kaki kelab tapi itu dulu. Dia mahu melangkah jauh ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Kenapa manusia suka menghukum berdasarkan kesalahan lampau?Kalau betul pun dia bersalah. Layakkah seorang manusia menjatuhkan maruahnya seperti itu? Cuma Allah saja yang berhak menghukumnya!
Hajah Sharifah Kamariah tersenyum sinis. Berubah konon...
“Mak… tak baik cakap macam tu.. sekarang ni kita tengah bercakap pasal anak kita ni. Bukan pasal masa lampau Emeriz”. Tuan Syed Moktar berbisik ke telinga ibunya. Seperti biasa wanita itu cuma mencebik tak berperasaan.
‘Haihh.. keras betul hati mak aku ni”..
“Kamu berdua dengar sini. Nenek mahu kamu settle masalah ni secepat yang mungkin! Kalau boleh kahwin je terus. Senang! Entah apa yang kamu berdua buat di belakang kami selama hari ini.. kami pun tak nampak. Entah-entah…..
“Nenek… Scha pantas berdiri menentang pandangan mata neneknya.
Emeriz menelan air liur. Lagsung tidak menduga gadis selembut Scha boleh jadi garang seperti ini.‘Nampak je lembut, tapi tegas juga!
“Scha tak paham kenapa nenek terlalu prejudis terhadap Scha sejak dulu lagi. Cuba nenek cakap mana salah silap Scha? Atau sebab kelahiran Scha ke dunia ini tidak di terima? Ke Scha ni bukan anak papa????
“Scha…… Panggil papanya kuat.
Scha melihat wajah papanya yang sudah menyinga.
Tuan Haji Moktar memang tidak suka bila Scha bercakap seperti itu. Memang dia pantang bila Scha sering mengungkit asal keturnannya! Berapa kali dia harus terangkan yang Scha memang anaknya. Anaknya dunia akhirat!
“Papa… Scha perlu tahu. Sejak kecil nenek selalu dingin dengan Scha. Layan Scha seperti Scha ni bukan cucu dia… cuba papa cakap dengan Scha… apa salah Scha… cakap papa… Hambur Scha dengan esakkan yang menggila. Sedih betul mengenangkan sikap nenek yang sering mencari kesalahannya. Hilang segala rasa malu dengan Emeriz. Air matanya laju becucuran membasahi pipi tanpa henti.
“Scha berapa kali papa dah pesan, jangan cakap macam tu Scha...”
“Papa… cuba papa cakap apa salah Scha, apa salah Scha… Ulang Scha sambil menenpuk-nepuk dadanya.
Emeriz menundukkan wajah memandang lantai. Rasa terlalu bersalah dengan gadis itu. Scha jadi seperti itu kerananya. Gadis itu menderita sekarang. Emeriz benar-benar tertekan sekarang!‘Maafkan aku Scha… maafkan aku…
Hajah Sharifah kamariah memandang ke arah lain dengan riak wajah yang ego. Sedikit pun tidak melemahkan hatinya yang marah itu.
“Scha…. Apa yang Scha buat ni memang salah nak…. Jangan tunding jari pada nenek. Scha ingat perbuatan Scha ni tak meninggalkan kesan pada kami semua? Nenek juga turut terima tempiasnya.. Kata Tuan Syed Moktar cuba untuk berlembut dengan anak gadisnya.
Scha menangis lagi. Tiada tanda seperti mahu berhenti.
Emeriz bangun lalu dia menyentuh bahu Scha perlahan. Niatnya cuma mahu menenangkan Scha.
Terbuntang mata Hajah Sharifah Kamariah dan Tuan Syed Moktar melihat tindakan berani Emeriz.
Please calm down.. Sapu tangan kecil di hulurkan kepada Scha.
“Jangan nak buat perkara tak senonoh depan kami lah… Jerkah Hajah Sharifah Kamariah kuat. Serta merta tangan Emeriz jatuh dari bahu Scha.
“Hang tengok Mok… depa ni depan kita pun dah berani nak bersentuh-sentuh macam ni, kalau belakang kita mak tak tau lah lagu mana…. Kita percepatkan saja pernikahan depa. Semakin lama kita dok biaq semakin banyak dosa yang hang kena tanggung!
Scha terduduk di sofa. Kahwin? Nenek dah gila apa? Ya tuhannn…
Tuan Syed Moktar mengeluh kasar. Benarlah kata orang, jaga lembu sekandang lebih senang daripada jaga anak perempuan seorang’. Betul ke? Kini perumpamaan itu seakan terkena di batang hidungnya sendiri.
“Nek... Scha masih muda. Banyak perkara yang dia nak lakukan. Kahwin dengan usia dia yang masih muda membuatkan langkah dia terbatas... Perlahan Emeriz bersuara.
Scha yang sudah sedikit tenang memandang Emeriz.
‘Kejap nak kejap tak nak.. dia ni yang mana satu sebenarnya?
Kata-kata Emeriz itu singgah di hatinya sebentar. Ikutkan rasa marah... ya memang dia marah. Tapi memikirkan sikap lelaki itu sekarang dia jadi tidak sampai hati pula. Ya tuhannn...
“Kalau dah kahwin pun bukan tak boleh sambung belajar... Kata Hajah Sharifah Kamariah.
“Nek... buat apa Scha nak kahwin dengan dia nek, Scha tak cintakan dia... dan tidak akan mencintai dia nek... Luah Scha menghamburkan segala isi hatinya. Reaksi Emeriz yang agak terkejut mendengar kata-katanya itu tidak di pedulikan.
“Mak... soal nikah kahwin ni kita bincang nantilah.. pokok pangkalnya kita kena buat press conferance dulu untuk clearkan mana yang orang dok tertanya-tanya tu...
“Pakcik... maafkan saya, Umi saya tak benarkan saya teruskan niat nak buat press conferance tu... maafkan saya pakcik...
Tuan Syed Moktar sudah terpampan mendengar kata-kata Emeriz. Tak sanggup lagi menghadapi pertanyaan jiran tetangga. Lagi-lagi orang-orang masjid yang bertanya bila mahu di langsungkan pernikahan anak sulungnya itu. Sorang dua boleh lah di terangkan keadaan yang sebenar. Kalau dah satu taman perumahan tu kecoh mengenai kisah Scha dan Emeriz memang dia tak boleh duduk diam sahaja!
“Hang dengar tu Mok.. maruah depa je lah yang nak di jaga, habis maruah kita nak letak tang mana? Perli Hajah Sharifah Kamariah sinis.
Emeriz tunduk memandang lantai. Sukar baginya untuk menghadapi masalah yang semakin rumit itu namun dia sudah tidak ada pilihan biarpun tadi dia sudah berkeputusan untuk menentang kehendak Umi.
“Nek.. maafkan saya.. tapi mengenai cadangan nenek untuk kami bernikah tu, memang keluarga saya ada fikirkan. Umi saya pun memang berniat nak melamar Scha hujung minggu ni... tapi saya masih dalam proses pembincangan dengan Scha..”
Scha menoleh ke kanan memandang Emeriz. Langsung tidak menduga yang Emeriz boleh memetik soal kahwin yang mereka bincangkan tadi. Ingatkan sudah selesai! Sekarang lain pula. Apa ni!? Bentak Scha di dalam hati.
Hajah Sharifah Kamariah sudah tersenyum lebar. Namun tidak bagi Tuan Syed Moktar. Masih ada perkara yang merungsingkannya. Dia mengeluh perlahan.
“Nek... Scha tak mahu kahwin... Tiba-tiba Scha bersuara lirih. Air mata makin galak membasahi pipi. Bengang dengan sikap Emeriz yang tak faham bahasa. Bukan kah mereka sudah bercakap hal ini tadi? Dia sudah menolak tapi kenapa lelaki itu boleh membangkitkan isu itu di hadapan keluarganya?
“Emeriz... ajak Umi dan ayah hang mai sini.. kita bincang. Nenek mau perkara ni kita selesaikan secepat mungkin..” Orang dok hingar tentang Scha la ni...
“Nek kenapa perlu peduli apa orang kata...? Chef... saya tak mahu kahwin dengan Chef.. takkan Chef tak faham-faham?! Suara Scha sudah melengking tinggi kepada Emeriz.
Emeriz cuma mampu mendiamkan diri. Kalaulah Scha tahu yang dia tersepit di antara kehendak dirinya dan kehendak Umi bukan ke itu lebih mudah.
“Scha.... apa pun keputusan Scha.. nenek, mama dan papa tetap mahu Scha bernikah dengan Emeriz.. Putus Puan Sharifah Kamariah. Lagaknya seperti dialah ketua keluarga di situ.
Scha membuka langkah dan terus berlari naik ke tingkat atas di iringi dengan tangisan yang menggila. Emeriz memandangnya simpati. Maafkan aku Scha .... maafkan aku....
***
 Puan Sharifah Suraya mundar mandir di dalam bilik. Hatinya resah mengenangkan masalah yang sedang mereka sekeluarga hadapi sekarang.
Tidak lama kemudian, suaminya melangkah masuk ke dalam bilik. Dia segera mendapatkan suaminya.
Tuan Syed Moktar mengeluh berat. Dia duduk di sofa dan Puan Sharifah Suraya duduk di belahnya.
“Abang.... macam mana kita nak terangkan pada Scha siapa diri dia yang sebenarnya? Soal Puan Sharifah Suraya kalut. Sejak sekian lama, perkara inilah yang sering menganggu hidupnya. Scha bukan anak kandungnya. Jadi suaminya tidak boleh menjadi wali kepada Scha nanti!
Wajah isterinya di pandang simpati. Kasihan Suraya! Desis hatinya.
“Su... sudah tiba masanya kita hadapi masalah ni... Scha perlu tahu siapa diri dia..”
Puan Sharifah Suraya pantas menggelengkan kepalanya.”Saya tak sanggup bang!”.
Tuan Syed Moktar memengan tangan isterinya. Dia tahu bukan mudah untuk mereka menerangkan keadaan yang sebenar kepada Scha.
“Scha tak ada wali bang... abang tak kesian ke pada anak kita? Lengan Suaminya di goncang kuat. Air mata sudah merembes keluar.
“Su... abang juga kesiankan Scha. Scha anak kita tapi bukan Su yang lahirkan dia sayang... Pujuk Haji Syed Moktar lantas menarik tubuh isterinya masuk ke dalam pelukannya. Puan Sharifah Suraya menangis tersedu sedan.
“Apa penerimaan Scha bang! Su tak sanggup nak hadapinya nanti...”
Tuan Syed Moktar mengusap belakang badan isterinya.
“Su.... nak tak nak Scha kena kuat hadapi semua ni. Jadi kita kena kuat juga untuk dia Su..”
“Saya yang besarkan dia, saya yang susukan dia bang... jadi dia memang anak su...”
“Tetap abang tak boleh jadi wali Su...”
Puan Sharifah Suraya teresak-esak. Betapa sakitnya hatinya sekarang cuma tuhan saja yang tahu.
Scha di lahirkan tanpa ayah. Itu adalah kenyataan yang pasti perit buat Scha. Ya Allah.... Puan Sharifah Suraya memegang dadanya yang begitu sedih dan sebak.
“Ya Allah kuatkan Scha ya Allah.... Puan Sharifah Suraya meratap sambil berdoa dalam pelukan suaminya. Tuan Syed Moktar juga sebak mendengar doa yang di panjatkan oleh isterinya. Betapa besarnya kasih sayang mereka pada Scha cuma tuhan saja yang tahu. Mereka tidak pernah sesekali membezakan kasih sayang di antara Scha dan Aqil. Namun sikap Hajah Sharifah Kamariah kadang kala melukakan hati mereka.
Perkara inilah yang paling di takuti oleh mereka berdua! Tapi sampai bila mereka mampu menyembunyikan daripada Scha? Lambat laun Scha pasti akan tahu!

3 comments:

u-nai said...

best..bile nak sambung lagi?

u-nai said...

cepat2x sambung, citer ni best

u-nai said...

cepat2x sambung, citer ni best