Tuesday, March 19, 2013

My.Mr.Chef 9

Bab 9
-p/s : banyak kesalahan ejaan yg belum di semak. Mahapkan saye....! ehemmm.... komen...! takdek komen...malas ok rasa nak hapdet lagi.keji....ngeeee.....

Rasul memandu dengan kadar sederhana di lorong paling kiri. Emeriz yang duduk di sebelah di kerling sekilas sebelum pandangan di halakan ke depan.

Pelik dengan sikap Emeriz yang banyak mendiamkan diri sejak mereka bertemu di KLIA tadi. Emeriz bukanlah seorang yang pendiam! Melainkan teman baiknya itu mempunyai masalah. Dulu sewatu dia bersama Taliah, boleh di katakan saban hari dia berdepan dengan banyak masalah yang Taliah timbulkan. Jadi, dia sudah masak benar dengan perangai Emeriz itu.

“Bro... sepatutnya aku yang merajuk sebab kau lambat 2 jam. Apa pasal kau tunjuk muka macam jamban tak siap ni? Soal Rasul ingin tahu. Sudah separuh perjalanan mereka keluar dari kawasan KLIA. Sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut sahabatnya itu.’Haih gaya dah macam nak pujuk bini tengah merajuk pulak..’

Emeriz mengeluh kecil. “Rasul... semua manusia dalam dunia ni lakukan kesilapan. Sama juga seperti aku. Tapi aku rasa macam tak adil pula bila aku di perli macam maruah aku kat tapak kaki..” Luah Emeriz perlahan sambil menompang kepala dengan tangan kirinya.

Dahi Rasul berkerut tatkala mendengar luahan berbaur rintihan itu.

“Apa kes ni? Cuba kau cerita satu-satu..!

“Aku mengaku sewaktu bersama Taliah dulu, apa saja perkara haram, adalah halal bagi aku. Aku terima bila semua orang pandang serong dengan kesilapan dan dosa lampau aku tu. Tapi, kenapa aku rasa sakit hati bila seseorang ni perli aku..” Luah Emeriz seraya mengerling Rasul yang sedang memandu sekilas.

“Maksud kau Scha?

Emeriz mengangguk sambil mengeluh.

Rasul menggelengkan kepalanya perlahan. Masalah Scha rupanya yang di fikirkan oleh Emeriz. Muka bukan main ketat macam baru lepas kena penampar! Sempat Rasul mengutuk di dala hati.“Jangan kata dekat aku yang kau sukakan dia Riz..”

Emeriz menggeleng.“Mengarutlah! Kau kan tahu, aku sayangkan Taliah macam mana?

Rasul tersenyum lalu mengangguk“Masalah sekarang kau dah break off dengan Taliah. So, perhatian kau dah teralih kepada Scha. So... tak mustahil bro yang kau sukakan dia…!

“Hisy. Kau ni... ke situ pulak. Kau ingat cinta tu boleh datang sehari dua ke?

“Haih. Sama juga masa kau mula fall in love dengan Taliah dulu kan? Lama mana korang declare hubungan korang tu kan? Tak silap aku kurang dari seminggu. So, apa yang mustahil dan apa yang mengarutnya kalau sekarang ni kau boleh sukakan budak Scha tu..” Kata Rasul yang memang dah masak benar dengan sejarah percintaan lama Emeriz bersama Taliah. Kalau di novelkan pun boleh laku agaknya.

“Rasul... kau dah salah faham ni. No more love after Taliah. Itukan janji aku pada diri aku ni. Alang-alang aku dah kecewa sebab tak dapat bersama dia ada baiknya terus kecewa dengan berkahwin dengan Scha..”Kata Emeriz mudah.

Rasul mengeluh sambil menggelengkan kepalanya. Kenapalah semua perkara Emeriz boleh fikir semudah itu? Ini soal hati dan perasaan Scha. Sudahlah dia libarkan Scha dengan masalah yang tak masuk akal. Dan sekarang dia rela berkahwin dengan Scha biarpun pada hakikatnya perkawinan itu bukan berlandaskan perasaan suka sama suka. Emeriz fikir Scha itu barang kah? Rasul begitu kesal dengan sikap Emeriz. Kenapa sesingkat ini Emeriz berfikir!“Budak tu bukan barang uji kaji kau Emeriz! Dia masih muda...”

“Habis kau nak aku buat apa? Lawan cakap Umi aku dan terus jadi anak derhaka?Begitu?

“Aku kesal sebab kau dah libatkan budak tu dengan masalah kau Emeriz..” Suara Rasul kedengaran kendur. Nampak sangat yang dia memang tidak pernah bersetuju sahabat baiknya itu melibatkan orang lain dalam masalah peribadinya. Pendek kata masalah yang di cari sendiri.

Emeriz mengangguk tanda dia memang kesal dengan kesilapan paling besar yang pernah dia lakukan itu. Tapi, apa boleh buat. Semua sudah berlaku! Semua di luar bidang kuasanya! Kalaulah Rasul faham apa yang ada dalam hatinya sekarang. Alangkah bagusnya! Dia sudah penat di persalahkan sana sini.

“Aku tahu Rasul! Itu memang silap aku. Tapi, aku bukan nak sia-siakan masa depan dia. Aku ada perancangan aku sendiri. Kalaupun di takdirkan aku berkahwin dengan dia nanti. Aku tak akan halang cita-cita dia. Dia boleh memilih haluan hidup yang dia suka kalau itu yang boleh membahagiakan semua orang. Aku akan lakukan! Untuk keluarga aku dan keluarga Scha. Biarlah aku kecewa sekalipun... bukan aku tak biasa dengan perkataan kecewa! Kecewa dan Emeriz. Itukan sudah sebati! Emeriz tersenyum sinis. Sedikit sebanyak dia kesal kerana Umi tidak pernah mahu merestui hubungannya dengan Taliah.

Rasul jatuh kesian tatkala mendengar kata-kata Emeriz yang tampak kecewa itu.“Kau tak rasa ke apa yang kau buat ni bakal menyakiti hati kau sendiri Riz?

Emeriz mengangguk pantas.“Alang-alang dah kecewa.... biarlah terus kecewa Rasul..! Luah Emeriz pendek.

Rasul cuma mendiamkan diri. Cuba memikirkan mungkinkah ada kata-kata yang sesuai di ungkapkan agar tidak menyakiti lagi perasaan sahabatnya itu. Pada akhirnya mereka terus mendiamkan diri melayan perasaan sendiri sehinggalah tanpa sedar mereka sudah tiba di perkarangan kondo Rasul.

Thanks bro...! Ucap Rasul kepada Emeriz yang sibuk mengangkat keluar bagasi milik Rasul.

Welcome. Sorrylah beb. Aku dapat hantar kau sampai sini je. Aku ada appoitment dengan repoter la...”

It`s ok. Malam nanti kita jumpa lagi. Lepak dekat kondo aku... ada masakan baru yang aku nak kau cuba..”

“Ok tapi aku tak janjilah Rasul, takut aku ada hal lain je. Apa-apa hal nanti aku hello kau ok! Pesan Emeriz sebelum meninggalkan perkarangan Kondo Rasul itu.
**


Emeriz melangkah lesu sambil menjinjing beg pakaian yang di galas di bahu. Selepas menghantar Rasul siang tadi, masanya selepas itu banyak di habiskan di lokasi pengambaran. Tinggal beberapa episod saja lagi yang perlu di selesaikan sebelum dia menumpukan 100% perhatian terhadap empayar perniagaan restaurantnya.

Penglibatannya dalam dunia penyiaran sekadar mahu mempromosikan jenama restaurantnya. Namun, siapalah yang mampu menolak rezeki. Selepas saja muncul sebagai tetamu undangan di beberapa buah talk Show namanya sentiasa menjadi sebutan. Pelanggan restaurantnya juga makin bertambah dari hari ke hari.

Banyak juga tawaran yang terpaksa di tolak kerana kesuntukan masa. Mujur juga Ismail banyak memainkan peranan sebagai pembantu yang sentiasa memastikan 2 buah restaurantnya sentiasa berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah di tetapkan.

“Riz.... Datin Johana memanggil Emeriz dari arah ruang tamu.

Langkah Emeriz terhenti. Dia menoleh ke belakang.

“Umi tak tidur lagi? Soal Emeriz segera menapak ke arah Uminya.

“Belum... Umi tunggu Riz. Susah sangat nak jumpa Riz sekarang..”

“Sorry ma. Riz memang busy lately. Banyak sangat yang perlu di selesaikan. InsyaAllah hujung tahun ni semua akan selesai..”

“Hurm... Esok Riz free? Tanya Datin Johana. Dia berharap esok Emeriz ada sedikit masa untuk di luangkan bersama-samanya.

Emeriz mengusap tengkuknya dengan perasaan serba salah. Sebenarnya esok dia ada temujanji dengan Tuan Rizal bagi membincangkan mengenai dokumentari yang telah di khaskan untuk mengikuti segala perkembangan kerjayanya sepanjang bergelar Chef di KTV.

“Riz ada appointment dengan Tuan Rizal dari KVT  ma... Kenapa?

“Mama nak Riz temankan mama pergi cari cincin untuk merisik Scha nanti..”

Mulut Emeriz dah melopong. Terkejut betul mendengar apa yang di ucapkan oleh Uminya. Secepat ini?

“Riz dah lupa? Hujung minggu ni keluarga kita akan ke rumah Scha untuk meminang dia. So, esok kalau boleh Umi mahu jumpa Scha..”

What?! Emeriz sudah terperanjat gila. Beg di bahu jatuh ke lantai.“Umi... Riz tak habis bincang lagi perkara ni dengan Scha..” Emeriz cuba menerangkan perkara yang sebenar.

“Esok kita boleh bincang dengan Scha...” Putus Datin Johana mudah.

Emeriz mengeluh lemah. ‘Aduhh! Serius pula Umi kali ni....! Wajah Uminya di pandang lama minta pengertian.

“Hurmm.... nantilah Riz call Scha dulu malam ni..”Beg yang terjatuh tadi di angkat semula. Dia mahu segera naik ke tingkat atas.

“Ingat! Jangan buat-buat lupa pula..” Pesan Datin Johana lagi.

Emeriz mengangguk perlahan.

After Riz jumpa dengan Tuan Rizal ya?

Datin Johana tersenyum lalu mengangguk. Apa jua alasan yang cuba di cipta oleh anaknya dia sudah bersedia. Walau apa yang terjadi dia harus berjumpa dengan Scha esok! Banyak perkara yang perlu di bincangkan sebelum majlis berlangsung. Tak lama sangat dah… Datin Johana di hambat rasa risau. Anaknya Emeriz orang terkenal. Jadi, dia mahu majlis nanti berlangsung dengan sempurna. Walaupun masa sudah terlalu suntuk, dia tidak peduli lagi. Semua perlu di percepatkan demi kebaikan semua orang. Dia tidak peduli langsung dengan kos yang akan di keluarkan nanti. Asalkan semua orang dapat memberikan kerjasama. Duit bukan masalahnya!

Sambil memerhatikan Emeriz naik ke tingkat atas. Dia segera membuat satu panggilan dengan perasan yang cukup teruja.


Scha esok awak Free?

Send..

3 minit kemudian.

-Kalau Free pun kenapa?

Emeriz membalas text itu dengan kadar segera.

-Saya nak jumpa awak boleh?

Emeriz menanti penuh debar.

“Ada apa nak jumpa?

Mesej dari Scha di baca dengan teliti walaupun ringkas.

-Ada perkara nak di bincangkan!

Send.

-Sorry. Esok saya busy. Nak daftar masuk kolej semula...

Emeriz mengeluh kecewa.  I phone berwarna hitam itu di tenung lama. Macam lah i phone itu dapat membantu dia menyelesaikan wayar yang kusut dalam kepalanya sekarang.

‘Macam mana ni..? Emeriz sudah mundar mandir.Tanpa mampu menunggu lagi dia segera membuat panggilan. Namun panggilannya di tolak. Dia cuba memanggil sekali lagi dengan penuh pengharapan.

“Hello! Nak apa dah malam lah!

Emeriz segera menjauhkan i phone dari telinganya sambil mengusap dada. Bukan main terkejut lagi tatkala mendengar jeritan suara Scha di hujung talian.

“Hello! Scha... kenapa jerit-jerit ni?

“Huh! Chef nak apa? Soal Scha di hujung talian.

“Kot ya pun... jangan la jerit macam saya ni pekak! Saya belum pekak tau..”

“Hah.. ada apa ni? Orang nak tidur lah, esok nak bangun awal..”

Kedengaran suara kendu Scha di talian.

Emeriz mengetap bibir. Sebenarnya dia rasa serba salah pula mahu mengajak Scha keluar selepas kejadian mereka tertangkap dengan nenek dan orang tua Scha tempoh hari. Serik juga!

“Scha...kita perlu jumpa esok! Emeriz bersuara perlahan.

“Untuk apa lagi? Chef tak serik ke kena hina dengan kami lagi?

Emeriz mengeluh. Ikutkan rasa hati, dia memang cukup serik! Sakit semalam pun belum sembuh. Tapi dia memang tak boleh lari dari permintaan Umi lagi. Nampaknya Umi memang serius untuk meneruskan rancangannya untuk merisik Scha hujung minggu ini.

“Scha... dah la tu. Saya dah lupakan pun. Memang salah saya, memang dosa saya kan? So saya tak boleh nak marah orang bila di hina macam tu. Saya terima dengan hati yang terbuka...”

Scha terdiam di talian.

Dahi Emeriz berkerut. Diam pulak!

“Hello Scha...”

“Errr..Hello...

“So, macam mana kalau lepas awak habis daftar saya pick up awak dekat kolej? Ok?

“Chef ni dah kenapa?

“Kenapa apa?Emeriz melabuhkan punggung di atas tilam.

“Sekarang ni sana sini orang cakap pasal kita. So, masih nak tambah cerita? Masih nak tambah gosip? Gitu?

“Scha..mulut orang kita tak boleh nak tutup! Biarlah apa orang nak cakap.. yang penting saya dan awak tak pernah buat perkara yang tak elok kan? Saya memang ada hal penting nak bincang dengan awak esok...”

Scha terdiam sejenak.

Emeriz menanti dengan penuh rasa sabar.

“No! Tak boleh...nenek dan papa mesti mengamuk kalau mereka tahu saya keluar jumpa Chef sembunyi-sembunyi macam ni..”

“Awak nak saya minta izin ke? Why not..saya tak kisah..! Emeriz tersenyum sendiri. Seperti ada jalan yang sudah terbentang luas di depan mata.

“Ehhh...eh tak payah...tak payah! Esok yang kena membebel saya..bukan Chef! Eh sudah lah saya nak tidur lahhhh!

Klik.

Emeriz melihat i phonenya dengan perasaan yang sebal.Sampai hati Scha! Desis hati kecilnya.

I phone berwarna putih itu di campak ke atas katil. Pantas dia menarik selimut lantas menutupi seluruh tubuhnya. Namun beberapa saat kemudian selimut di tarik semula. Matanya memandang ke arah kipas syiling yang berputar perlahan itu.

“Scha...entah-entah memang dia ada hal penting untuk di bincangkan! Huhhhh!! Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali cuba menyingkiskan rasa serba salah yang menghenyak jiwanya sekarang.

1 comment:

shameel Iskandar said...

semakin maju yer Ain dlm penulisan. Tahniah, sy copy n save dulu cerpen ni sb internet sgt nazak skrg ni.