Sunday, March 3, 2013

My.Mr.Chef sambungan bab 8


Tepat jam 1.00 petang semua peserta kursus di pelawa ke restaurant Emeriz yang terletak tidak jauh dari banggunan tempat mereka belajar itu. Teruja mereka apabila dapat menjamu selera di restaurant mewah dan terkenal itu.

Emeriz membawa pinggan kecil itu menuju ke meja paling hujung sekali. Scha dan Diana yang tadinya rancak berbual agak terkejut apabila di datangi Emeriz.“Boleh saya duduk dengan korang berdua? Soal Emeriz.

Diana memandang Scha. Scha menjegilkan biji mata tanda dia tidak mahu Emeriz turut sama makan di situ. Namun, Diana serba salah pula dan akhirnya dia menganggukan kepalanya.

Emeriz mengambil tempat di sebelah Scha. Scha menggerakkan sedikit tubuhnya ke tepi. Tidak mahu kedudukan mereka nanti terlalu dekat. Dia tidak selesa!
Pinggan kecil yang berisi Pavlova itu di letakkan di hadapan Scha.

Diana sudah tersenyum. Scha pula rasa tidak selesa. Lagi-lagi dia perasan ada mata-mata yang sedang memandang ke arah mereka. Dia betul-betul takut semua itu akan jadi isu nanti.

“Mana Chef tahu Scha suka Pavlova? Soal Diana dengan nada yang ceria.
Emeriz tersenyum sebelum membuka bicara.” Small matter la Diana. Pavlova sekarang ni memang jadi trend. Macam fashion pula kan! Sama macam durian Crepe juga kan? So, saya tahu Scha memang suka Pavlova... right Scha? Emeriz menundukkan sedikit kepala mencuri pandang Scha di sebelah yang sejak dari tadi asyik mengelak daripada bertembung dengannya.

“Errr..a`ah! Scha menjawab ringkas.
“Selain Pavlova, Scha suka red velvet dan brownis coklat..Kata Diana selamba menyebabkan Scha bertindak menyepak kakinya di bawah meja.
Diana tersentak. Emeriz terkejut kerana tiba-tiba meja bergoyang.

“Are you ok Scha? Soal Emeriz sambil memerhatikan meja di situ. Manalah tahu tiba-tiba kaki meja boleh patah.

“Errr.. ok..ok! Hurmmm. Scha membetulkan kedudukannya. Diana di hadapan sudah mengaduh sambil mengusap kakinya. Hebat juga penangan sepakan Scha.

Emeriz sembunyi ketawa. Ada-ada saja mereka berdua ini.

“Hari ini korang semua boleh makan puas-puas. Semua menu hari ini saya yang masak..! So, masa nilah korang nak rasa makanan yang sebelum ni korang rasa tak mampu nak makan kan?!

Diana bertepuk tangan teruja gila mendengar kata-kata Emeriz.
Scha menjeling tajam. Memang Diana tak pernah langsung mahu menyokongnya.
‘Kak D ni.. memang muka tak malu sungguh lahhh! Rungut Scha di dalam hati.
“Kalau macam tu.. saya nak pergi ambil makanan lagi lah..Scha.. Kak D pergi dulu eh...”
“Kak D... Scha sudah kalut melihat Diana yang sudah pun bangun dari bangku.

Diana terhenti dengan riak wajah kecewa. Wajah Emeriz di sebelah di pandang minta pertolongan.

“Scha... ! Panggil Emeriz seperti melarangnya dari berkelakuan seperti itu.
Diana sudah tersengih-sengih. Scha mengeluh geram.

“Sekejap je Scha..! Pinta Diana sambil mengenyitkan mata.

“Diana awak boleh pergi.. don`t worry about Scha..! Kata Emeriz selamba menyebabkan Scha bertambah berapi.

‘Apahal mamat ni.. dia tak nampak ke semua orang dok pandang ke sini..” Hisy. Menyesal pula aku datang sini..’ Scha mengetap bibir.

Diana segera berlalu dari situ meninggalkan Scha yang nampaknya begitu bengang.

Emeriz mengeluh kecil. Air Strawbery jus kepunyaan Scha di capai lalu di sedut perlahan dengan selambanya.
Scha menjeling tajam melihat perlakuan Emeriz yang nampaknya tidak kisah langsung berkongsi air dengannya.
“Scha.. janganlah buat perangai macam ni..” Emeriz bersuara seperti memujuk. Gelas di letakkan di atas meja.

Scha menoleh ke kanan. Rasa meremang bulu roma tatkala mendengar nada suara Emeriz yang romantis itu. Namun, dia cuba mengawal diri. Tak mahu tewas dengan perasaan yang entah apa-apa itu.
“Maksud Chef? Keningnya sedikit terangkat.

“Awak macam nak menjauhkan diri daripada saya..”

“Memang pun..” Balasnya pendek dan ringkas. Malas nak berbahasa.

“Why?

“Tak ada alasan. Yang pasti saya memang tak mahu ada kaitan lagi dengan Chef..! Bidas Scha geram.

Emeriz mengeluh kecil. Kedudukan mereka yang agak rapat itu betul-betul mengundang rasa tidak selesa pada Scha. Dadanya masih belum berhenti berdengup dengan sakannya. Seperti sedang berpesta pula di dalam sana.

Emeriz merenung Scha di sebelahnya. Wajah Scha yang sederhana cantik itu di renung dalam-dalam. Entah kenapa tiba-tiba akal menyuruh dia berkelakuan seperti itu.
“Awak marah sangat dengan saya..!

Scha tersenyum sinis sebelum mencapai gelas berisi air jus Strawberi itu lalu di sedut rakus. Mujur juga air itu sejuk. Dapat juga mengurangkan degupan jantung yang sentisa menyesakkan dada. Lupa pula yang tadi Emeriz sudah menyentuh airnya itu.

Emeriz tersenyum melihat perlakuan Scha. Nampak spontan tapi dia rasa senang hati.

“Siapa yang tak marah bila masa depan di perjudikan..”

“Scha... saya tak berniat nak buat macam tu. Please Scha... awak dah salah anggap dengan niat saya..”
“Salah anggap? Habis apa tujuan Chef mahu kita di satukan? Bukan ke nak merosakkan masa depan saya? Tegas Scha meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.

Emeriz mengetap bibir. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk menyejukkan hati Scha.
“Scha... lepas kahwin awak boleh teruskan cita-cita awak. Saya tak akan halang malah saya akan sokong semuanya..”

“Habis kalau saya mengandung?
Emeriz terkedu. Scha juga terkedu. Dia menelan air liur. Tiba-tiba tersedar yang soalannya itu kedengaran agak memalukan!
‘Eh apa yang aku mengarut ni? Desisnya di dalam hati. Dia malu sendiri.

Emeriz ketawa kecil sambil menutup mulutnya. Langsung tak sangka yang soalan itu bakal keluar dari mulut Scha.
“Kenapa? Awak nak anak cepat ke? Saya tak kisah... Balas Emeriz dengan nada yang cukup nakal.

Scha mengetap bibir. Terasa seperti mahu menampar saja mulutnya kerana boleh terlepas cakap macam tu sekali.

Menyedari riak wajah Scha Emeriz segera berhenti ketawa. Kesian pula melihat Scha malu seperti itu. Tapi... soalan tadi memang tak boleh blah.. Emeriz sudah ketawa di dalam hati.
Scha berdehem.

“Scha.... InsyaAllah... semua itu tak akan terjadi. Don`t worry... saya akan bantu awak capai segala impian awak asalkan awak terima lamaran saya..”

“Apa jaminan Chef yang semua itu tidak akan terjadi? Oh... lupa pula yang Chef memang berpengalaman dalam bab-bab macam tu kan..! Aisye... lupa pula..” Kata Scha selamba sambil menepuk dahinya.

Emeriz tersentak. Terasa yang maruahnya sedang di permainkan. Mood baiknya tiba-tiba terbang melayang. Sakit pula hati apabila di perli seperti itu.
“Awak perli saya ? Soal Emeriz serius. Riak wajah juga sudah berubah.

“Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya..! Perli Scha lagi. Langsung tidak peduli dengan reaksi bengang yang terpancar di wajah tampan itu.

Emeriz menggenggam penumbuknya. “Saya tahu, saya ni jahat... tak ada maruah. Tapi itu adalah kehilafan saya. Saya akui yang saya bukanlah lelaki yang cukup sempurna. Tapi, awak tak boleh nak hina saya macam tu..”

Scha menoleh ke kanan dan mencebik sedikit.“So, dah tahu diri tu penuh kehilafan... kenapa perlu libatkan saya dengan semua masalah Chef ni? Ada baiknya Chef halalkan saja hubungan Chef dengan Taliah tu. Chef nak kahwin dengan saya, sedangkan Chef pernah bersekedudukan dengan Taliah? Oh...My god....! Scha menjeling ke atas sambil memberi reaksi jijik. Biarkan dia marah dengan aku! Biarkan....aku tak kisah asalkan perkahwinan itu tak akan terjadi! Desis hati kecilnya.

Emeriz memandang sambil mendengus geram.Malu bila diri di perbodohkan seperti itu. Maruahnya seperti di pijak-pijak waktu itu. Kenapalah orang itu ialah Scha? Terlalu sakit untuk hatinya menerima kata-kata itu. Kalau orang lain memang sudah lama makan penumpuk percuma. 

“Saya masih suci.. layaknya dengan lelaki yang suci juga. Tokok Scha selamba menyebabkan Emeriz bertindak meninggalkannya tanpa sebarang kata.

Scha tersenyum sinis. Puas hati dapat menyakitkan hati lelaki itu. Biar dia tahu siapa dirinya! Padan muka!
Diana yang baru saja kembali dengan tangan yang penuh dengan makanan itu hairan melihat Emeriz bergegas dari situ dengan riak wajah yang mencuka.

‘Apa dah jadi ni? Tadi bukan main suka dia duduk menyakat Scha.?
Diana meletakkan pinggan ke atas meja. Scha di pandang minta jawapan.

“Apa? Soal Scha seperti tidak pernah berlaku apa-apa di antara dia dan lelaki itu.
“Apa kena dengan Chef?

Scha mencebik sambil menjungkitkan bahu. Malas betul mahu berbahas mengenai lelaki itu.
“Cepatlah makan Kak D. Scha kena balik awal. Nanti nenek banyak soallah... Kata Scha.

Diana segera mengangguk tanpa banyak soal. Pasti ada yang tidak kena di antara mereka berdua..” Fikir Diana sendiri sambil mengunyah lembut red velvet yang nampak menyelerakan itu.

**
Bulan yang mengambang penuh itu di pandang tanpa jemu. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajahnya. sedikit sebanyak dia tenang berdiri di situ.
“Maafkan saya Chef! Saya tak berniat pun nak lukakan hati Chef dengan perkataan yang kurang sopan macam tu..” Bibir mungilnya menutur kata itu sendiri.

Benar. Dia kesal dengan keceluparan mulutnya menghina Emeriz siang tadi. Masih jelas di ruang matanya betapa Emeriz terasa hati dengan kata-katanya itu.

“Layakkah aku menghukum sedangkan dia mahu kembali ke jalan Allah? Ya Allah... apa yang aku dah buat ni...” Keluh Scha menyesali keterlanjurannya.

Dia memejamkan matanya rapat. Cuba menyingkirkan rasa bersalah yang bermukim di lubuk hatinya saat itu. Tadi, bukan main lagi seronok kerana dapat menyakiti hati lelaki itu. Tapi sekarang dia pula yang seksa kerana terpaksa menanggung rasa bersalah. Aduihh...!

“Kalau pun aku mahu meluahkan perasaan marah dan rasa tidak puas hati, tetapi kenapa perkara itu yang aku ungkitkan? Sedangkan dulu aku juga yang rasa marah bila nenek ungkit perkara itu depan Emeriz. Sekarang? Aku pula yang lakukannya? Sama saja aku dengan nenek!

Scha mengeluh lagi. Sejak dari dalam kereta Diana lagi dia sudah di hantui rasa bersalah. Sampai sekarang dia masih lagi rasa bersalah. I phone di tangan di pandang lama.

‘Perlukah aku minta maaf? Soalnya sendiri.
“Hisy! Selagi aku tak minta maaf selagi tu aku tak mampu nak lelapkan mata! Tu lahhhh.... mulut tak ada insurans! Marah Scha pada diri sendiri.
Tapi ayat apakah yang sesuai bagi menggambarkan penyesalannya terhadap apa yang terlah di ungkapkannya?

Langkah kaki di halakan ke arah katil. Remote tv di capainya lalu butang kecil itu di tekan sambil di halakan ke arah Tv yang berada betul-betul di sebelah meja make upnya.

Di saat tv terpasang matanya galak memandang skrin leper itu dengan perasaan yang sedikit teruja.
“Tetamu khas di Jejaka pada kali ini memang sangat istimewa dan kehadirannya di sini sangat-sangat di nantikan. Ini dia.... tetamu kita Chef Emeriz....!! Ucap pengacara No satu Malaysia itu Fara Ardila.

Ternganga mulut Scha tatkala melihat Emeriz melangkah keluar masuk ke pentas utama dengan penampilan yang cukup segak dan bergaya. Kedengaran tepukan bergema. Di lihatnya bukan main teruja lagi Fara Ardila menyambut tetamunya itu.

Scha tersenyum sendiri. Emeriz memang cukup sempurna. Siapa mampu menolak lelaki itu. Scha mengeluh sendiri. Kalau bukan kerana kejadian itu... pasti aku rasa mati hidup semula pun dia tak akan pandang aku ni.” Kata Scha sendiri.
“Pastinya kita ada soalan hangat yang sudah di sediakan untuk Chef kita ni..”

Scha mencebik.’Jual nama aku lah tu...’ Tebaknya.

“Menurut ruangan gosip terkenal. Chef Emeriz di katakan telah putus dengan seorang model terkenal dan sekarang ni sudah ada pengganti. Boleh  Chef komen sikit mengenai gosip ini? Tanya Fara Ardila yang nampaknya begitu teruja untuk mengetahui jawapan dari Emeriz sendiri.
Scha memasang telinga betul-betul. Voleum tv di kuatkan menggunakan remote control itu. Matanya memerhatikan Tv itu tanpa berkelip.

“Ya, memang benar saya dan model tu dah berpisah. Kami berpisah sebab tak ada jodoh.. Mengenai pengganti tu.. boleh tak saya nak jawab no komen?
Suara penonton di studio mula bergema.

 Scha tersenyum tatkala melihat reaksi wajah yang di tunjukkan Emeriz ketika itu. Tidak di nafikan lelaki itu cukup sempurna pada luarannya. Susah untuk mencari cela!

“Ala.... para penonton pastinya tidak sabar mahu tahu mengenai gadis itu..” Kata Fara Ardila.
“Maaf... perkara ni terlalu peribadi sebab saya dan dia masih dalam proses untuk mengenali hati budi. Beri saya ruang sedikit. InsyaAllah saya janji bila sampai masanya nanti.. saya janji akan kongsi saat bahagia tu bersama penonton Jejaka dan peminat di luar sana...! Jawab Emeriz memberikan jawapan paling selamat.

Fara Ardila nampak begitu kecewa dengan jawapan itu. Gamat seketika suasana di situ.
Scha menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya namanya tidak di sebut itu sudah cukup untuk dia menarik nafas lega.

Pantas dia menutup Tv dan merebahkan badan di atas tilam.
“Fuh!!! Macam manalah aku boleh di takdirkan untuk terjebak dengan masalah mamat ni! Chef Emeriz ok! Selebiti Chef......huh! Scha menggelengkan kepalanya berkali-kali.

1 comment:

Ixorariana said...

Err..nak sambungan,please... hee..