Wednesday, May 1, 2013

My.Mr.Chef 11



Hiasan barang kemas yang terhidang di hadapan mata itu benar-benar membuatkan nafasnya sesak. Satu-persatu wajah yang sedang


memerhatikannya itu di pandang. Sudahlah rasa terkejut kerana dia di perkenalkan dengan Datin Johana masih belum reda. Rupanya masih ada lagi kejutan yang bakal membuatkan jantungnya berhenti berdenyut.
“Pilihlah Scha. Umi memang dah niat sangat nak hadiahkan set barang kemas untuk Scha sewaktu majlis pertunangan Scha ahad ni. Jadi Umi nak Scha pilih yang mana Scha suka. Umi tak kisah berapa pun harganya janji Scha suka..” Kata Datin Johan sambil menggengam lembut tangan Scha.
Scha terkedu dengan perkhabaran itu. Terasa seperti mahu meletup saja dadanya saat itu. Kenapalah orang di sekelilingnya suka mendesak tanpa terlebih dahulu minta pendapatnya. Ya Allah...... kenapalah ada manusia-manusia jenis macam ini di sekeliling aku..” Di rumah nenek. Di luar Emeriz... kini tambah sorang lagi. Datin Johana..!

Scha mengangkat wajah memandang Emeriz yang duduk bertentangan dengannya. Namun, lelaki itu sekadar mempamerkan reaksi wajah bersalahnya tanpa mampu berbuat apa-apa.
Emeriz berharap sangat Scha tidak buat perangai. Bukan dia tidak kasihan terhadap gadis itu. Tapi, apakah pilihan yang dia ada sekarang? Scha maafkan saya... Scha. Saya janji yang saya akan bertanggungjawab ke atas semua perbuatan saya terhadap awak. Maafkan saya....! Gumamnya kesal di dalam hati.
“Errrr..aunti....err Umi.. macam ni. Scha bukan tak suka dengan semua barang kemas ni..”
“Eh... kalau Scha tak suka. Auncle masih ada koleksi yang tak bawa keluar. Masih banyak lagi desing yang menarik...” Sampuk Johan yang juga merupakan adik bongsu Datin Johana.
Pandangan Scha terarah kepada lelaki berusia 30-an itu. Tampak masih muda dan bergaya.
“Errr.... Scha kematian kata dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu untuk memberikan reaksi yang bagaimana.
Emeriz berdehem kecil “Auncle, Umi... hurmmm izinkan Riz bercakap dengan Scha sekejap eh? Dia cuba menyelamatkan keadaan. Kasihan benar melihat Scha yang nampak begitu tersepit.
“Lah kenapa pula ni? Ada yang tak kena ke? Soal Datin Johana. Johan sekadar mendiamkan diri tidak tahu hujung pangkal cerita. Apa yang sedang bermain di dalam kepalanya cuma mengenai gadis bernama Scha itu saja. Bagaimana seorang gadis yang biasa-biasa saja boleh menawan hati Emeriz anak saudaranya itu? Bukan dia tidak tahu taste Emeriz terhadap perempuan bagaimana. Kalau Taliah yang bergandingan dia tidak hairan. Taliah memang secocok dengan Emeriz. Tapi, melihatkan gadis yang sederhana cantik itu dia tertanya-tanya sendiri.
No.. Umi. Riz nak bincang sikit dengan Scha. Sekejap eh?Segera Emeriz menarik tangan Scha berlalu dari situ dan menapak ke arah taman mini yang terletak di bahagian kiri rumah banglo sederhana mewah itu.
Scha dan Emeriz berdiri sambil berpandangan di antara satu sama lain. Scha sekadar mendiamkan diri menanti perkataan apakah yang bakal keluar dari bibir Emeriz. Ikutkan rasa hati. Mahu saja dia pergi dari situ. Sakit betul hati saat itu cuma tuhan saja yang tahu.
“Scha... firstly maafkan saya..! Pinta Emeriz sesungguh hati. Bahu Scha di sentuh lembut. Scha diam tidak memberi sebarang reaksi.
Emeriz risau melihat reaksi Scha. Wajahnya nampak mendung.“Scha.. please say something..” Bisik Emeriz lembut.
Scha mengangkat wajah lalu menentang pandangan mata Emeriz.“Awak siapa untuk membuat keputusan dari pihak saya? Tegas Scha bertanya.
Emeriz terdiam kelu. Rasa bersalah sangat saat itu cuma tuhan saja yang tahu.“Scha. Maafkan saya sebab tak beritahu awak awal-awal mengenai hal ni. Maafkan saya Scha. Saya memang tak ada pilihan langsung...” Ujar Emeriz jujur.
“Dari minggu lepas. Alasan Chef cuma tak ada pilihan. Jadi, apa guna Chef hidup dekat muka bumi ni, hanya sekadar untuk mengikut telunjuk orang lain? Tempelak Scha geram.
“Scha itu Umi saya Scha. Bukan orang lain dengan saya..”
Scha mengeluh perlahan. Dia menundukkan wajah memandang rumput yang terbentang di bawah. Nak marah dia dah tak kuasa.“Kenapa perlu saya peduli apa masalah awak Chef? Awak nak jadi anak derhaka ke, anak tanggang ke, apa ke apa kena mengena awak dalam hidup saya? Tolonglah saya dah penat dengan semua masalah yang awak buat dalam hidup saya Chef...” Luah Scha perlahan. Kedengaran nada itu cukup perlahan. Namun,cukup tegas dan pedas.
Emeriz menguak rambut ke belakang. Dia mengela nafas panjang. Nampaknya Scha benar-benar marah kali ini.
Tiba-tiba.
Tak pernahkah kau sedari akulah yang kau sakiti.......engkau pergi dengan janji mu yang pernah kau ingkari..”
“Ohhmakkkkau!! Scha termelatah tatkal i phonenya yang memang di pasang  tahap pecah telinga itu berbunyi.
Emeriz yang tadinya serius pantas menekup mulutnya. Lawak! Tengah-tengah serius, tengah-tengah lava nak meletup boleh pula telefon pintar itu berbunyi. Sudahlah tuan badan mak latah! Emeriz sembunyi ketawa.
Scha mengetap bibir. Geram! Spoil! Baru nak buat drama sebabak. Dia segera menyeluk skiny jeans pinknya itu. Pantas dia menjawab tanpa melihat nama yang tertera.
“Scha! Kat mana ni??? Suara Hajah Sharifah Kamariah memeranjatkannya.Scha mengusap dada.”Errr.. Scha... Dia kematian kata tatkala terlihat wajah Emeriz yang sedang berdiri begitu hampir dengannya itu.
Belum pun sempat dia menjawab. Emeriz terlebih dahulu merampas telefon bimbit yang sedang melekap di telinga Scha itu.“Hello Nek. Emeriz ni. Jawab Emeriz selamba badaknya.
Scha menelan air liur sambil menepuk dahi. Mati aku! Katanya sendiri. Baru saja terlintas alasan cerdik dalam kepalanya tadi. Tiba-tiba lelaki itu boleh pula menyambar telefon bimbitnya! Memang kurang ajar dia ni!
“Hey!! Scha menampar dada bidang Emeriz.
Emeriz mengerutkan dahi.Sakit!Pedih tamparan itu! Tapi sebagai lelaki macho dia cuba mengawal diri. Dia mengangkat tangan minta Scha bersabar.“Nek, Riz rasa Scha tak bersetuju untuk pilih barang kemas yang Umi suggest untuk dia..lah Nek..! Kata Emeriz selamba. Bulat mata Scha mendengar Emeriz mengadu perihalnya kepada nenek.
Eh! Sekejap!Scha berfikir sejenak. Macam mana nenek boleh............ Scha mengetap bibirnya geram. Sah! Ini merupakan rancangan nenek juga! Fikirnya sebal. Scha mengeluh geram.
Dia merenung tajam Emeriz yang rancak berborak dengan nenek di hujung talian. Hatinya sakit sangat. Terlalu sakit di perlakukan oleh lelaki ini. Ya tuhannnn.... kalaulah dunia ni tak ada undang-udang memang aku dah pacak kepala dia ni dengan kapak!
“Ok nek!! Ok... Riz akan pastikan Scha pilih juga barang kemas tu untuk hantaran pertunangan nanti. Ok nek.. jangan risau. Lepas settle semua Riz hantar Scha pulang..”Emeriz mematikan talian dan menyerahkan i phone itu kepada Scha yang sudah berapi-rapi menanti masa untuk meletup itu!
“Jangan cakap nenek dah tahu tentang perkara ni...” Suara Scha sudah naik seoktaf.
Emeriz mencebik sambil menjungkitkan bahunya.
“Ya Allah...!!! Scha hampir terduduk di buatnya.!! Sah! Memang dia tidak pernah ada pilihan untuk menentukan kehendaknya sekarang! Nenek! Emeriz! Semuanya sama! Buuulllll Shit! Sumpah Scha di dalam hati.
“Ok! Scha jom kembali ke dalam.. eh? Pujuk Emeriz lembut sambil tersengih-sengih.
Scha mengerling tajam.”Awak kejam Chef!
“Tak... saya baik hati saya! Balas Emeriz.Sempat!
Scha berpaling ke belakang.
Emeriz tersengih.”Ok...ok!! Sorry...jom..please.... Emeriz tersenyum lagi mempamerkan susunan giginya.
“Baik konon! Scha bersuara sinis. Entah perkataan apalagi yang perlu dia ucapkan supaya terkesan di hati lelaki itu? Dan pada akhirnya dia sendiri yang sakit hati.
“Ok! Deal yang ni memang sesuai sangat dengan Scha. Kata Johan sambil menunjukkan set barang kemas putih yang menjadi pilihan hati Scha sendiri. Simple dan sesuai dengan gadis sepertinya. Dia tidak mahu set barang kemas yang lengkap dengan butiran berlian dan sebagainya. Ah..! Aku bukan Datin... yang simple-simpe sudah..!
Scha sekadar tersenyum tawar dan mengangguk saja. Emeriz yang duduk di sebelahnya cuma di kerling tajam. Bukan main lagi lelaki itu mengenakannya hari ini. ‘Bilalah masa yang sesuai untuk aku kenakan mamat ni balik ya? Sakit sangat dah hati aku ni... Hatinya berdesis sendiri.
“Lepas ni kita pergi fitting baju tunang pula ya Scha? Lagipun Umi dah janji dengan Eka tu. Kalau tak pergi hari ni confirm kita dah tak dapat jumpa dia lagi. Dia tu memang sibuk sangat. Bisnes tengah kencanglah katakan!! Ucap Datin Johana sambil tersenyum manis.
Scha yang baru saja mahu menyuap kuih seri muka itu tersentak. Pantas tangannya turun ke bawah lalu di letakkan kembali kuih itu ke dalam piring. Memang spoil betul.. sudahlah kuih seri muka tu kesukaan aku! Haih...anak beranak memang sama...!
What???? Fitting baju??? Kening Scha sudah terangkat sebelah.
Emeriz juga terkejut mendengar kata-kata yang terlantun dari bibir Uminya. Wajah Datin Johana di pandang minta penjelasan.
“Riz.... kan orang terkenal. Umi ada jemput beberapa wartawan. Jadi, Umi nak Scha nanti nampak cantik. Sesuai sangat dengan status Riz kan..” Kata Datin Johana tanpa sedikit pun perasaan bersalah.
Emeriz tersandar ke sofa. Ya Allah... apa lagi yang Umi rancang kali ini. Wajah bengang Scha di pandang dengan pandangan kasihan.
“Umi... Scha rasa semua ni kena bincang dengan mama dan papa Scha dulu. Mereka pun tak cakap apa-apa pada Scha...” Ucap Scha berani. Dia perlu mempertahankan diri juga. Sampai bila Datin Johana dan anak lelakinya itu mahu terus menjadikannya lembu di cucuk hidung! Ini tidak adil!!! Jerit hati kecilnya.
Datin Johana tersenyum lagi. Tangan Scha di jamah lembut. Scha mengangkat kepala memandang wajah wanita itu.“Scha. Semua perkara ni Umi dah bincang dengan mama dan nenek Scha. Mereka setuju dengan semua permintaan Umi. Apa salahnya kalau Umi nakkan yang terbaik untuk kamu berdua...”
“Umi.... ! Panggil Emeriz seperti memberi amaran kepada Uminya.
Datin Johana berpaling memandang anak lelakinya itu.”Riz... just shut up! Umi akan uruskan apa yang terbaik untuk Riz dan Scha. Umi dah penat melayan kerenah Riz sebelum ni. Jadi, listen me! Understand! Tegas Datin Johana bersuara menegakkan pendiriannya. Cukuplah selama ini dia ikut dan penjamkan saja mata dengan tindak tanduk anaknya itu. Semua yang berlaku sebelum ini meninggalkan kesan yang buruk kepada hidupnya.
Scha menundukkan kepala memandang jemarinya yang saling bertaut di antara satu sama lain. ‘Sampai hati mama buat Scha macam ni. Mama berpihak pada nenek....’ Hatinya merintih sedih.
Emeriz meraup wajahnya sambil mendengus perlahan. Kasihan melihat Scha yang terpaksa mengikut saja semua kemahuan Uminya.’Maafkan aku Scha...’
***
Puan Sharifah Suraya menyambut kepulangan anaknya di muka pintu. Wajah cemberut Scha di pandang lama. Pasti Scha terluka dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Kalaulah Scha tahu yang semua ini bukan kehendaknya. Alangkah bagusnya. Ibu mana yang sanggup melukakan hati anaknya sendiri.
“Scha... dah makan ke nak? Pipi gebu Scha di kucup penuh kasih.
Scha menggelengkan kepala perlahan. Dia sendiri kaku untuk memberikan reaksi bagaimana setelah apa yang berlaku sekarang. Beg sandang yang terletak di bahu Scha di ambilnya.”Mari makan dulu. Umi ada masakkan udang masak lemak cili api kegemaran Scha. Segar-segar udang tu...”
Langkah kakinya mati serta merta. Begitu juga dengan Puan Sharifah Suraya dan dia berpaling ke belakang. Dia melangkah ke arah Scha. Lengan mulus itu di sentuh lembut. Dia tahu Scha terluka. Dia juga terluka!
“Maafkan mama Scha...! Ucap Puan Sharifah Suraya sebelum Scha membuka mulut.
Scha mengangkat wajah menentang pandangan mamanya.”Sampai hati mama...”Kata Scha perlahan. Air mata yang di tahan-tahan sejak berada di rumah agam Emeriz tadi akhirnya pecah juga.
“Mama tak ada pilihan lain Scha. Ini semua keputusan nenek Scha. Mama terpaksa ikut..” Jelas Puan Sharifah Suraya sejujurnya.
Scha mengetap bibir. Air mata sudah mengalir membasahi pipi di seka perlahan-lahan. Lemah lututnya untuk berdiri saat itu. Namun, di gagahinya juga. “Mama... boleh tak kita buat keputusan tanpa di pengaruhi nenek? Scha dah penat dengan semua arahan nenek ma. Scha penat! Teresak-esak Scha meluahkan isi hatinya.
Puan Sharifah Suraya mengeluh perlahan.”Sabarlah sayang. Nenek buat apa yang dia rasa terbaik...”
“Mama masih nak membela nenek? Scha ni siapa ma? Scha ni anak mama tau!! Suara Scha sudah melengking tinggi.
“Hey. Kamu nak jadi anak derhaka ke???? Tiba-tiba suara neneknya bergema mengejutkan semua.
Hajah Sharifah Kamariah melangkah ke arah anak dan cucunya. Dia berdiri di antara mereka dengan wajah yang serius dan masam. Scha cuma menundukkan wajah memandang lantai cuba mengawal diri.
“Mak. Sudahlah. Scha baru je balik ni. Biarkan dia rehat dulu ya? Pujuk Puan Sharifah Suraya sambil memegang tangan ibu mertuanya.
Hajah Sharifah Kamariah tersenyum sinis. Wajah Scha di pandang sekilas. Seperti tidak sudi untuk memandang wajah itu.”Kau ni memang jenis tak sedar dirikan??
Scha mengangkat wajah tatkala mendengar kata-kata itu.”Apa maksud nenek ni??? Soalnya dengan dahi yang berkerut. Air mata sudah berhenti mengalir. Dia tidak mahu nampak lemah di mata nenek.
Puan Sharifah Suraya sudah kerisauan. Dia tahu ibu mertuanya terlepas cakap saja. Bukan dia tidak tahu betapa tak sukanya dia pada anaknya itu.
“Makkk.... Lengan Ibu mertuanya di tarik perlahan cuba menjauhi Scha.
“Aku ni dah lama bersabaq dengan perangai keras kepala hang tu Scha. Sat gi kalau aku dah hilang sabaq memang buruk padahnya. Ada baiknya hang ikut saja semua yang telah di rancang! Ujar Hajah Sharifah Kamariah yang masih cuba menyabarkan hati.
“Apa hak nenek untuk tentukan masa depan Scha??? Tanya Scha tidak berpuas hati. Ada saja salah yang nampak pada mata nenek mengenainya. Sejak kecil lagi dia sentiasa di marahi walaupun cuma dengan kesalahan kecil. Dengan cucu lain bukan main lembut lagi nenek layan! Apa sebenarnya masalah nenek ni??? Hatinya tertanya sendiri.
Hajah Sharifah Kamariah bercekak pinggang. Sabarnya sudah sampai kemuncak. Kali ini kalau terlepas segala yang terbuku di dalam hati. Biarlah... dia tidak peduli lagi. Anak tak kenang budi ini perlu di ajar!
“Hey. Dasar anak.....puu...
“Makkk!!!!!! Suara Tuan Syed Moktar mengejutkan Hajah Sharifah Kamariah. Semua mata tertumpu ke arah Tuan Syed Moktar yang baru muncul di muka pintu. Puan Sharifah Suraya menarik nafas lega. Mujur juga suaminya muncul di saat-saat genting seperti ini.
“Hang jangan nak bela dia Mok!!! Bidas Hajah Sharifah Kamariah geram.
Tuan Syed Moktar mengorak langkah ke arah Scha.”Scha p naik atas. Mandi dan solat asar. Dah petang sangat ni...! Arahnya tanpa banyak bicara. Scha yang masih terpinga-pinga itu cuma mengangguk dan menuruti perintah papanya sahaja.
Hajah Sharifah Kamariah memandang tajam. Scha segera naik ke tingkat atas. Puan Sharifah Suraya menarik nafas lega.
“Nasib hang ada! Kalau tidak hari ni juga dia tau siapa diri dia tu! Kata Hajah Sharifah Kamariah selamba.
Tuan Syed Moktar cuba menyabarkan hati. Dia masih ada lagi rasa hormat terhadap wanita yang sudah melahir serta membesarkannya itu. Namun, sikap ibunya itu memang melampau!“Mak sedar tak apa yang mak dah buat ni?
“Aku sedar!Tapi budak tu yang tak sedar diri. Buat apa nak simpan dia lagi? Sudah sampai masa dia tahu siapa diri dia....” Kata Hajah Sharifah Kamariah angkuh.
“Mak!! Tolong.... Mok tak kisah mak nak aturkan perkahwinan Scha. Mok terpaksa setuju dengan kehendak mak bersyarat kan? Mak dah lupa syaratnya?? Ke mak nak Mok ingatkan mak balik? Tanya Tuan Syed Moktar serius. Teringatkan perjanjian dia dengan ibunya baru-baru ini.
“Aku ingat! Aku ni bukanlah nyanyuk lagi. Tapi anak hang tu yang sengaja nak mencabar kesabaran aku. Ada baiknya hang nasihatkan dia. Ikut saja apa yang dah di aturkan! Dia kira beruntung... lelaki tu tak tahu siapa diri dia... kalaulah Emeriz tau siapa dia, hang rasa ada ke lelaki yang nak masuk meminang anak hang tu?
Tuan Syed Motar menggelengkan kepalanya cuba menyabarkan diri lagi. Wajah isterinya yang masam mencuka itu di kerling sekilas. Isterinya itu sudah cukup terluka dengan perangai dan perbuatan ibunya itu. Namun, dia tahu isterinya adalah seorang yangs sangat sabar. Dia berharap yang isterinya dapat bersabar untuk sedikit masa lagi.
“Nanti Mok cakap dengan Scha! Mok tak mau mak terlepas cakap lagi. Mok tak mau Scha terluka mak. Mak tolong paham Mok...! Rayu Tuan Syed Moktar cuba mengalah dengan keras kepala ibunya itu.
Hajah Sharifah menganggukan kepalanya.”Baik! Aku cuba kawal diri aku dari dok cakap yang bukan-bukan kat dia tu! Tapi.... dengan syarat dia tak menentang apa saja rancangan aku! Faham!!!
Tuan Syed Moktar menganggukkan kepala. Dia sudah tiada pilihan lagi. Ya Allahhhh.... Scha maafkan papa.

No comments: