Monday, June 10, 2013

10 tahun bab 2 terus.. hahaha

Heyo.... bertemu lagi. Ini 2nd novel aku... hehe suka2 je taip sb bosan. Hehhe...
Laptop yang sejak dari tadi terpasang cuma di pandang sepi. Fikirannya jauh merewang entah ke mana. Untuk sekian kalinya dia begitu berjauh hati dengan sikap Raykarl yang bertindak mendiamkan diri. Langsung tidak menghubungi apatah lagi untuk meminta maaf. Sudahnya ulang tahun kelahirannya di sambut dengan linangan air mata meskipun majlis yang berlangsung malam tadi cukup meriah.

Tok!Tok!

Daun pintu di ketuk dari luar mengejutkan lamunannya. Ayla bingkas membetulkan kedudukannya dan berlagak seperti dia sedang sibuk bekerja.”Masuk” Arahnya dari dalam.
Sofea menjengahkan kepala dari sebalik pintu.” Hello... Cik Ayla...

Ayla mengangkat kepala melihat Sofea yang sudahpun melangkah masuk ke dalam biliknya.”Fea... ada apa? Tanya Ayla serius. Dia tiada mood untuk melayan Sofea.

Sofea mencebikkan bibir. Dia tahu apa masalah yang sedang di hadapi oleh Ayla sekarang. Kalau bukan berkaitan dengan Raykarl, rasanya tak ada apa lagi yang perlu di risaukan oleh sahabatnya itu.”Ay... please lah senyum sikit..”

Ayla senyum tawar segaris.” Tak ada masa nak senyum..” Balas Ayla perlahan. Mata masih tertancap ke arah laptop yang dia sendiri tidak tahu apa yang di lihatnya.

Sofea duduk bertentangan dengan Ayla yang nampak cantik memakai blaus labuh berwarna biru tirus itu. Rambutnya yang lurus dan ikar di hujungnya itu cuma di biarkan lepas melepasi bahu. Tidak di nafikan Ayla memang cantik dari segi fizikalnya.“Ay... aku dah nasihatkan kau awal lagi, supaya kau tak kecewa macam sekarang ni..”

Ayla mengetap bibir. Sebak rasa hati tatkala mendengar ucapan dari bibir sahabatnya itu.”Aku nak lupakan dia Fea...Luahnya sambil menekup wajah dengan kedua belah telapak tangannya. Dia menagis semahu-mahunya.

Sofea bingkas berdiri dan melangkah ke arah Ayla. Rasa bersalah pula kerana mengungkitkan hal itu. Aduiii.... menangis pulak minah ni..” Bahu Ayla di usap lembut.
Ayla tersedu-sedan mengenangkan nasibnya yang memang kurang baik dalam bercinta itu.
“Ok...! Ok! Kalau dengan menangis dapat mengurangkan rasa sakit hati dan sedih kau tu, ok just cry... Ay..”

“Aku tak faham apa masalah mamat tu.. Fea..” Ayla mengongoi sedih.
“Masalahnya dia tak pandai nak hargai kau Ay..”
“Tapi aku cintakan dia Fea.. macam mana aku nak buat supaya aku bencikan dia.. cuba kau cakap Fea..”
Sofea mendengus kasar.” Masalah kau satu je Ay... cinta..”

Ayla menganggukkan kepalanya. Ya dia akui perkara itu. Dia cintakan Raykarl sampai lupa untuk mencintai diri sendiri. Pada akhirnya dia sendiri yang terluka.
“Kau buka pintu hati kau untuk lelaki lain dan belajar untuk lupakan Karl..” Kata Sofea senafas.

 Sejak dari dulu lagi. Inilah ungkapan biasa yang di gunakan untuk memujuk Ayla. Dia tahu Ayla marahkan Raykarl sekejap saja. Esok lusa, mereka sudah boleh duduk makan semeja! Ay... Ay... kau tu cantik, bijak... bukan tak ada yang mahukan kau..Ay..’ Sofea mengeluh sendiri sambil menggelengkan kepalanya.

“Tak mudah Fea..! Setiap kali aku cuba untuk membenci dia Fea, setiap kali itulah aku cuma mahukan dia dalam hidup aku..”
“Kau dah terlalu obses pada dia Ay..”

Ayla mengesat air matanya setelah rasa sedih kian reda. Bahunya masih terhinjut-hinjut kerana teresak menangis tadi.”Itulah Fea.... macam mana ni Fea..? Ayla mendongak memandang wajah sahabat baiknya itu. Mana tahu kali ini Sofea punya idea yang bernas.

“Kau terima cinta Umar...” Sofea memberi cadangan pendek.
“Umar? Hisy. Tak mahulah Fea.... aku takut aku tak mampu nak beri perhatian pada Umar... sebab hati aku ni kau fahamlah..”

Sofea mengeluh kasar. Dia melangkah ke kerusi di hadapan Ayla. Wajah Ayla yang sembab akibat menangis itu di renung tajam.” Itulah masalah kau Ay. Sebab Karl tu tahu kau tak boleh hidup tanpa dia, maka sewenang-wenangnya dia sakitkan hati kau.. faham! Suara Sofea sudah naik seoktaf.

Ayla mengeluh perlahan.” Fea.... kau janganlah marah aku..” Rengeknya sambil memuncungkan bibir.
“Mana aku tak marah Ay, kau merana dengan Karl Ay, ini bukan cinta namanya....”
“Habis? Meroyan? Begitu? Sampuk Ayla sedikit tersengih. Takut juga melihat wajah Sofea bila marah.
“Lawak lah tu..?! Sofea menjegilkan biji matanya.

Ayla tersengih sambil mengusap baki air mata yang mengalir di pipi tadi.
“Aku rasa, kau ni bukan cintakan Karl sangat pun..”
“Eh! Aku cintakan dia separuh dari jiwa aku ni tau..”

Pantas Sofea menggelengkan kepalanya.”Kau cuma rasa sayang dengan perhubungan korang yang dah menjangkau ke angka 10 tahun tu Ay..bukan sebab kau cintakan dia sangat pun..”
Ayla mengetap bibir. Betulkah? Ya...kadang kala dia berfikir seperti itu juga. Ayla mula keliru.
“Fea... betul ke macam tu? Soalnya inginkan kepastian.

Sofea mengangguk pantas.”Aku pasti Ay..! Bila pasangan bercinta dah terlalu lama, macam ni lah jadinya Ay. Bukan sebab cinta sangat pun tapi sebab sayangkan usia perhubungan tu sebenarnya. Kau dan Karl takut dengan angka tu... sedangkan hati sudah mulai dingin antara satu dengan yang lain.. kan?

Ayla mengeluh perlahan. Mungkin ada betulnya kata-kata Sofea. Kadang-kadang bila mereka keluar bersama, tidak ada banyak perkara yang di kongsi untuk menjadi bahan perbualan. Ada juga rasa jemu tatkala mereka terpaksa keluar hanya untuk melengkapkan rutin mingguan mereka bergelar pasangan kekasih. Gila betul... Fikir Ayla sendiri.

“Hey. Minah ni, aku bercakap dengan kau lah bukan dengan tiang!! Marah Sofea sambil mengetuk meja. Ayla tersentak dan tersengih. Sebenanrnya dia asyik memikirkan kata-kata Sofea itu. Kalaulah benar apa yang Sofea katakan mengenai dia dan Raykarl mungkin penyudahnya mereka perlu berpisah.”So... Fea... kau rasa apa patut aku buat ya? Ayla cuba meminta pandangan sahabatnya itu untuk sekian kalinya. Mungkin Sofea juga dah bosan dengan masalah yang di hadapinya itu. Tapi, cuma Sofea sahabat baiknya sejak dari dulu lagi. Jadi, mahu atau tidak Sofea terpaksa tadah telinga!

“Kau cuba jauhkan diri dari Karl Ay..”
How long Fea?
“Cuba untuk seminggu, kalau kau dah lepas pada paras seminggu, kau cuba untuk sebulan pula.. lepas dari sebulan, masuk ke dua bulan pula...bila sampai ke angka 3 bulan Insya Allah Karl akan hilang dari hati kau secara perlahan-lahan..” Kata Sofea cuba memberikan idea.

Ayla menompang dagu dengan tangan. Cuba memproses idea Sofea itu masuk ke dalam otaknya.Mampukah dia? Hampir setiap hari dia akan menghubungi Raykarl biarpun kadang kala Raykal cuma menjawab ala kadar. Itu sudah memadai asalkan dia dapat mendengar suara Raykarl. Kalau dah macam tu parahnya, macam mana nak sampai ke 3 bulan? Mau aku mati berdiri macam ni..’Haih.....
“Fea... tak ada idea yang kurang kejam ke? Macam kejam sangat je idea kau tu untuk diri aku ni..” Ayla tersengih.

Sofea menjeling tajam sambil menggelengkan kepalanya.
“Ay...kau nak cepat sembuh tak dari penyakit obses kau pada Karl tu?

Lambat-lambat Ayla mengangguk.

“So? Cubalah usahakan..tempoh 3 bulan pertama tu memang kau akan rasa sakit... lepas pada tu kau akan rasa lebih tenang... tanpa dia Ay...”
Ayla menggelengkan kepalanya laju.”Habis kalau dia cari aku hari ni, esok lusa macam mana Fea?
“Kau tukar no telefon senang Ay..! Pantas Sofea mengajar Ayla.

Ayla memejamkan matanya rapat.Sejak dulu lagi perkara yang paling di takutinya bila Raykarl menghilangkan diri, tapi setakat KL ni.. apalah nak herannya. Silap hari bulan mereka boleh terserempak dekat trafic light. Raykal pula bila sudah datang gila dia merindukannya... habis semua kable dia gunakan. Kebetulan pula bosnya Tan Sri Hamidi merupakan rakan baik papanya. Jadi... memang dia susah untuk lari daripada Raykarl. Ehhh ke aku yang susah sangat nak lupakan dia?!

“Fea.. aku rasa aku nak cuba bagi dia peluang sekali lagi lah.. aku tak bolehlah Fea... aku tak boleh cintakan orang lain selain Karl..”
Sofea mendengus sambil menepuk dahinya.”Aku rasa kau ni dah kena minyak calit lah Ay dengan si Karl tu”
“Hisy. Kau ni... Karl tu walaupun dia jenis ego macam tu, tapi dia baik tau. Tak adalah sampai dia nak buat aku macam tu. Aku ni yang lebih-lebih sayangkan dia Fea... habis nak buat macam mana. Salah aku juga kan?!

Sofea cuba menyabarkan hati. Acap kali Ayla terluka kerana perangai Raykarl, dia sedaya upaya memberikan idea-idea bagi membantu Ayla, tapi pada akhirnya Ayla sendiri akan menyalahkan dirinya.
**
Ayla memandang dari jauh kelibat dua manusia yang sedang enak menikmati makan tengah hari di sebuah restaurant. Saat itu dia rasa seperti mahu terduduk di situ juga. Hatinya hancur seperti di pijak-pijak. Kali ini... dia nekad!!

“Ay...! What wrong with you? Soal Sofea yang baru saja muncul kerana mencari parking. Wajah pucat Ayla di pandang lama.’Apa kena minah ni? Terketar-ketar macam orang kena parkinson pulak? Dia tertanya sediri.
“Hello! Ay...kau kenapa ni? Sofea memegang tangan Ayla.

Ayla yang seperti baru tersedar itu memandang Sofea dengan pandangan mata yang lemah.
Sofea mengangkat kening? Apa kena kau ni? Kena sampuk dengan Jin tanah ke apa? Tanya Sofea lagi.
“Fea... kali ni, aku tak akan maafkan lagi Karl..! Tiba-tiba Ayla bersuara perlahan. Tapi wajahnya penuh dengan rasa marah.
Sofea kaget. Apa masalah minah ni? Tak sudah-sudah nama lelaki itu yang dia sebut! Kemaruk betul Ayla dengan Raykarl.
“Dah kenapa pulak kau ni Ay?
“Kau nampak tu? Ayla memberikan isyarat melalui jari telunjuknya.

Sofea yang masih terpinga-pinga tak tahu hujung pangkal cerita melihat ke arah tempat yang di maksudkan Ayla.
“Oh! My God!!! Mulut Sofea melopong luas. Raykarl bersama-sama dengan sorang perempuan seksi sedang menikmati makan tengah hari.

Pantas tangan Sofea mencengkam lengan Ayla yang sudah seperti tidak mampu untuk mengawal diri itu.”Ay...kau rileks...!
“Aku dah tak tahan lagi kali ni Fea..! Jerit Ayla mengejutkan Sofea.
 Ayla sudah meluru masuk ke dalam restaurant itu dengan beg tangan yang sudah tercampak. Cepat-cepat Sofea mengejar langkah Ayla sambil dia mengutip beg tangan Ayla di atas lantai. Semua mata sudah memandang ke arah mereka.

“Kau ingat hebat sangat kau boleh curang dengan aku? Serang Ayla tanpa usul periksa. Apa yang terpampang di matanya itu di rasakan cukup menghilangkan kesabarannya.

Raykal terkejut lantas garfu terlepas dari tangan tatkala melihat Ayla di situ. Untuk pertama kalinya dia lihat Ayla mengamuk seperti itu. Dia pantas bangkit. Imana yang tidak tahu hujung pangkal cerita terpinga-pinga di serang seperti itu.

“Ay! What are you doing here? Tanya Raykarl dengan mata yang membulat memandang Ayla. Setahunya Ayla tak akan keluar sejauh ini untuk makan tengah hari.
“Hey! Sepatutnya aku ni yang tanya apa kau buat dekat sini dengan betina ni! Marah Ayla dengan mata yang sudah merah menyala. Dia tidak pernah jadi segila ini! Kepala lututnya sudah bergoyang tidak mampu berdiri lagi. Namun, dia cuba menggagahkan diri. Demi membuat perhitungan!

Raykarl menguak rambut ke belakang sambil menoleh ke arah Imana. Pasti gadis itu terkejut gila dengan serangan ini.”Ay..! Jangan nak buat perangai..ok! Marah Raykarl dengan suara yang di tahan-tahan. Matanya sudah meliar ke sana sini melihat semua pelanggan dan pekerja restaurant sedang memandang ke arah mereka. Dia sudah malu. Tak tahu mana mahu letak mukanya saat itu.

“Hey Karl! Kau dengar sini ya! Jangan ingat aku diam selama ni, aku tak boleh nak mengamuk macam ni..”
“Ay..! Lengan Ayla di pengang lembut. Cuba untuk menerangkan perkara yang sebenar.
“Lepaslah! Ayla menepis tangan Raykarl kasar. Nafasnya turun naik menahan rasa marah yang menggila. Wajah perempuan yang bersama Raykarl itu di pandang tajam. Tunggulah saat kau kejap lagi..’

“Ay... i can explain! Pujuk Raykal. Masih lagi berlembut. Nasib lah ramai orang, kalau tidak memang sudah di jerkahnya Ayla yang sudah seperti orang tak ada otak itu.
“Tak payah! Semua ni dah jelas menceritakan kenapa kau buat aku macam tunggul kayu selama ni..”

Raykarl menggelengkan kepalanya. Dia tahu Ayla mengamuk sakan sebab hal malam tadi. Tapi Ayla tak baca ke mesej yang dia kirimkan tadi?

“Ay! Ay... ok jom... kita bincang dekat luar... orang tengok tu sayang..”
“Eh Karl..! Aku tak peduli lagi. Aku rasa macam nak bunuh kau sekarang! Suara Ayla sudah kedengarang seperti mahu menangis. Bibirnya sudah terketar-ketar.
Raykarl mengeluh perlahan. Apa kena dengan Ayla ni? Ya Allah..’

“Ay!! Dah jom blah Ay....! Kata Sofe sambil menarik lengan Ayla. Sebenarnya dia takutkan Raykarl. Lelaki itu pun boleh tahan panas barannya. Bukan dia tak pernah nampak dia mengheret Ayla suatu ketika dulu. Kalau tidak silap, cuma kes Ayla cemburu.’Ay kau memang tengah menempah sakit ni’

“Lepas Fea, aku nak buat perhitungan dengan dua orang makhluk ni..! Sofea pula di tengkingnya.
Sofea menggelengkan kepala sambil mengeluh. Ya Allah...

“Dah lama kau berskandal dengan betina ni? Jari telunjuknya di halakan ke arah wanita yang masih diam membisu membiarkan Raykarl menyelesaikan masalahnya.

Imana kaget! Betina? Hey..aku betina? Ingat aku ni ayam ke? Imana sudah mula rasa tercabar dengan mulut puaka wanita tinggi lampai itu. Muka cantik! Tapi meroyan macam orang gila ni dah kenapa?!

“Sayang... jangan salahkan Imana...! Dia....cuma....

I don`t care! Dia punca you curang dengan  i..memang selayaknya dia dapat.....

Pantas tangan Ayla mencapai gelas berisi air orange jus lantas tanpa rasa kasihan di simbahnya air itu ke muka Imana. Menggelupur Imana di simbah dengan air sejuk. Rasa beku sebentar wajahnya saat itu. Habis segala kertas dan laptopnya yang di letakkan di atas meja.

“Nur Ayla!!!! Jerit Raykarl sekuat hati. Pantas dia mendapatkan Imana dan membantu Imana. Makin berbulu Ayla di buatnya.

“Karl! Karl tengking Ay sebab betina ni? Marah Ayla lagi.
Raykarl sudah hilang kata melihat sikap Ayla. Makin di biarkan makin menjadi.

I`m so so Sorry Imana... Imana you balik dulu..i call you later ok..! Semua kerosakan i akan bertanggungjawab ok!

Imana yang masih kaku tidak mampu untuk berkata apa lagi itu cuma menganggukkan kepalanya. Pantas dia mengemas segala peralatan kerjanya.

Raykarl mengheret Ayla keluar dari restaurant. Dia sudah tidak peduli lagi dengan jeritan Ayla. Makin di biarkan makin melampau pula perangai gila Ayla. Sofea yang masih berdiri dekat meja makan itu cuma memandang dari kejauhan. Melihatkan wajah Raykarl tadi dia sudah tidak mampu untuk masuk campur. Dia menoleh ke arah wanita yang sudah lencun di simbah air orange jus itu. Kasihan pula dia melihat wanita itu.

“Cik tak apa-apa ? Tanya Sofea sambil membantu wanita itu.
it`s ok! Kenapa dengan perempuan tu? Soal Imana takut-takut.
“Dia girlfriend Karl..”
Imana menggelengkan kepalanya.”Sampai macam tu sekali ke kalau dia cemburu?
“Ada kes malam tadi sebab tu dia jadi macam tu..” Jawab Sofea bagi pihak Ayla.
“I cuma nak uruskan insurans Tuan Karl saja.. kenapa sampai i jadi mangsa cemburu dia?
Sofea sudah ternganga. Matilah kau Ay! Dia menepuk dahi.
 **
Ayla menjeling tajam lelaki yang sedang memandu bagai pemandu fomula one di sebelahnya itu. Wajah Raykarl masam mencuka. Tidak pernah dia lihat begitu begis wajah Raykarl! Tak apa! Janji aku puas hati...! Ayla tersenyum sinis mengenangkan wanita yang menjadi mangsanya tadi. Biar dia rasa serik sikit! Gumamnya di dalam hati.

Streettttttt............ Tayar kereta mewah itu berdecit saat berhenti betul-betul di hadapan gerai kecil yang berada di hadapan tasik titiwangsa.

Tubuh Ayla terdorong ke depan di tarik kasar oleh Raykarl keluar dari kereta.

“Lepaslah! Jerit Ayla yang sudah ternonong ke depan di tarik kekasihnya itu.
Orang ramai yang berada di kawasan tasik itu hairan melihat drama tengah hari yang sedang berlangsung itu. Nak kata ada pengambaran drama, tak nampak pula kamera, pengarah dah krew-krewnya.

Tubuh Ayla di lemparkan jatuh ke atas rumput. Tersembam Ayla di buatnya. Raykarl bercekak pinggang dengan wajah yang menyinga. Nafasnya turun naik menahan amarah. Kalau Ayla itu lelaki memang pecah bibir dia kerjakan! Sakit betul hatinya saat itu. Tak pasal-pasal wakil insurans bernama Imana itu menjadi mangsa. Dia tak tahu apa yang perlu dia katakan pada Imana nanti.

“Sakitlah! Sampai hati Karl buat Ay macam ni!!! Jerit Ayla yang sudah mula mahu menangis. Mujur juga hari ini dia pakai seluar. Kalau tidak habis terselak sana sini.

“Ay ni kenapa? Dah gila ke? Dah tak siuman? Hah? Jerkah Raykarl. Jelas urat yang timbul di dahinya.

Ayla menangis semahu-mahunya.”Memang Ay gila! Ay gila sebab Karl! Balas Ayla dengan tersedu sedan.

Raykarl menggelengkan kepalanya.”Ay boleh tak Ay dengar apa yang Karl nak cakapkan ni...” Suaranya mulai kendur. Dia memang lemah melihat Ayla menangis. Sejak dulu lagi kelemahannya pada air mata Ayla. Dia menarik nafas dalam-dalam dan di lepaskan perlahan-lahan. Cuba mencari kesabaran walaupun sedikit. Dia melangkah ke arah Ayla. Dia duduk mencangkung melihat wajah Ayla yang sudah lencun dek air mata. Ayla kalau menangis memanglah ratu. Tangisan Ayla memang mendayu bisa meruntumkan hati lelakinya.

“Dah bangun! Pujuknya sambil menyentuh bahu Ayla.
“Tak mahu! Dia menepis tangan Raykarl.
“Sayang.... sudahlah tu. Tak elok melalak macam baru lepas kena cerai talak tiga. Bangun..” Lembut Raykarl memujuk.

Ayla mengangkat wajah memandang Raykarl. Dia mengetap bibir dengan bibir yang tercebik. Raykarl ketawa kecil.”Buruk gila muka Ay macam ni..”

“Karl!! Marah Ayla.
“Ok! Dah bangun sayang..meh kita duduk dekat sana..”
Ayla akur.. dia bangkit. Raykarl menolak tubuhnya perlahan.
“Dah... sayang..! Dah... sedih sangat gayanya..” Kata Raykarl. Ayla di biarkan duduk di kerusi. Dia mengeluarkan sapu tangan kecil dari kocek seluarnya. Pipi Ayla yang basah dengan air mata itu di usap lembut.”Bengkak mata tu..”

Ayla yang masih tercebik sedih itu sekadar mendiamkan diri dengan esak yang masih tersisa. “Ay tak faham kenapa Ay masih cintakan Karl, walaupun Karl kejam dengan Ay... Ucap Ayla seraya memandang ke wajah Raykarl.

Raykarl mengeluh perlahan.”Ay...dah salah faham..” Dia bersuara perlahan.
Dahi Ayla berkerut.”Salah faham? Apa yang salah faham? Siapa perempuan tu?
Raykarl menggelengkan kepalanya. Dasyat  betul Ayla punya cemburu kali ini.”Ay..tak tengok tv ke? Baca paper?

Dahi Ayla berkerut. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.
“Gudang dekat port klang terbakar sayang. Sebab tu malam tadi, Karl tak dapat datang majlis Ay..”

Ayla terkesima. Gudang terbakar? Selalunya hampir setiap pagi sebelum ke tempat kerja dia akan membaca surat khbar sewaktu bersarapan. Tapi, hari ini dia terus saja ke pejbat tanpa bersarapan seperti selalu. Dia tak rasa perlu bersarapan dengan mata yang bengkak dan wajah yang sembab. Papa dan mama pasti risau nanti. Mulahlah menyogok idea gila supaya dia putus dengan Raykarl.

“Seriusly Ay tak tahu Karl..” Jawab Ayla sunguh-sungguh.
Raykarl menganggukkan kepalanya.”Jumlah kerugian mencecah 2.5 mil Ay. Sebab tu Karl jumpa Imana tadi..”
“Oh... perempuan tu Imana rupanya! Siapa dia? Soal Ayla dengan riak wajah penuh cemburu.
Raykarl ketawa kecil. Sempat lagi mahu tunjuk reaksi seperti itu.”Imana yang uruskan insurans Karl..”

Ayla terpampan dengan mulut yang melopong. Ya Allah apa aku dah buat ni?? Saat itu dia rasa terlalu bersalah dan terasa seperti mahu berlari mendapatkan Imana dan meminta maaf atas sikap bodohnya itu. Ayla menepuk dahi!”Karl............... Jemari Raykarl di pegang kuat.

“Sebab tu Karl selalu pesan dengan Ay, fikir dulu sebelum bertindak...”
Ayla mengetap bibir.  Dia rasa terlalu bersalah. Wajah tenang Raykarl di pandang sambil mempamerkan reaksi bersalahnya.

“Maafkan Ay Karl! Ucap Ayla ikhlas.
“Jangan minta maaf pada Karl, minta maaf pada Imana. Habis semua report dan laptop dia..”
Ayla mengangguk lemah.”Ay tahu Ay salah... Ya Allah... kenapa Ay bodoh sangat!
“Ay, berapa kali Karl nak cakap, kadang kala sikap Ay buat Karl rasa bosan........” Raykarl bersura perlahan dan kendur. Wajah di palingkan ke arah lain. Persis terlalu kecewa dengan sikap Ayla.

“Karl........ Panggil Ayla lembut.
Raykarl menggelengkan kepalanya.”Ay...we need a time..”
Dahi Ayla berkerut.”Karl... Ay kan dah minta maaf dan menyesali tindakan bodoh Ay...”
Raykal menoleh ke kanan.”Just forget it Ay. Ok.. sekarang Karl hantar Ay balik...” Raykal cuba menahan rasa yang berkepuk-kepuk dalam dadanya saat itu. Dia tahu, ini bukan masa yang sesuai. Dia perlukan ketenangan untuk berbincang mengenai perkara yang menghantuinya hampir setiap hari itu.

Melihatkan Ayla sudah ok. Moodnya pula kembali ke laut.

Ayla merenung wajah tampan itu . Seperti ada yang cuba ingin di katakan oleh lelaki itu. “Karl nak cakap apa? Soalnya lalu menyentuh lembut tangan Raykarl.

Raykal menarik tanganya dan kemudian menarik lengan Ayla untuk bangkit dari kerusi.”Karl hantar Ay balik. Tenangkan diri tu dulu, esok malam kalau Karl tak ada apa-apa urusan kita pergi celebrate birtday Ay ok! Dia cuba tersenyum biarpun tidak manis seperi selalu. Entah kenapa saat itu dia masih mahu menjaga hati Ayla. Mungkinkah kerana ketelusan dan kesetiaan Ayla membuatkan dia rasa tidak sampai hati?

Ayla tersenyum.Fuhhhh lega. Nampaknya Raykarl sudah tidak marah lagi. Cepat-cepat dia bangun dan merangkul lengan Raykarl. Mereka jalan beriringan menuju ke kereta. Raykarl mengeluh dalam diam. Susah untuk mengerti apa yang dia rasakan saat ini.

Perasaannya seolah-olah kosong. Ayla yang nampak sudah ternang di sebelahnya itu di kerling sekilas. Rasa bersalah kerana berperasaan seperti itu pada Ayla. Dia tahu ianya tidak adil untuk wanita baik dan setia seperti Ayla. Mahu cari wanita seperti Ayla sekarang bukan mudah. Tapi, dia tidak mampu untuk terus mengkhianati perhubungan mereka dengan perasaan seperti ini. Mana rasa cinta yang sentiasa mekar buat Ayla seperti dulu? Puas sudah dia cuba memujuk hati. Tapi gagal!

Ayla membelek sikunya yang terasa perit. Raykal di sebelah memandu dan masih membisu sejak mereka meninggalkan perkarangan tasik titiwangsa sebentar tadi.

“Pedihla..” Rengek Ayla manja.
Raykal menoleh ke kiri sekilas.”Teruk ke?
“Taklah...cuma pedih sikit je..” Jawab Ayla dengan memberi isyarat kecil dengan jarinya.
“Nak ke klinik ke? Tanya Raykal sekadar menunjukkan rasa perihatinya. Walhal dia sudah tidak ada mood untuk bercakap dengan Ayla. Kepalanya asyik memikirkan Imana dan gudang yang terbakar itu.

“Hisy. Buat malu dekat doktor je..”
“Balik ni sapu ubat, cuci dulu dengan dettol..”
“Baik doktor! Pantas Ayla menjawab menyebabkan Raykarl tertawa kecil.
“Nakal! Kata Raykal pendek.

Ayla tersenyum bahagia. Bahu Raykarl di pandang lama.”Nak baring dekat sini boleh? Pinta Ayla manja. Bahu Raykal yang berlapik dengan baju kemeja itu di sentuh lembut.
Raykal mengeling sekilas.” Karl tengah memandu ni kan sayang..”

Ayla buat muka sedih. Raykal mengeluh kecil kemudian dia menganggukkan kepalanya perlahan. Dia menggerakkan sedikit tubuhnya ke kiri. Ayla terus melentokkan kepalanya ke bahu sasa Raykarl. Jamarinya berpaut pada lengan Raykarl. Rasa bahagia menyelinap di segenap ruang hatinya. Hilang rasa marah terhadap lelaki itu.

“Ay akan tunggu Karl untuk seribu tahun lagi..” Ucap Ayla perlahan.
Raykal tersentak. Dia berdehem dan cuba memberi konsentrasi penuh terhadap pemanduannya.

“Karl...!Panggil Ayla tatkal tidak menerima tindak balas dari lelaki itu.
“Ye sayang! Karl dengar... Ay, jodoh pertemuan di tangan tuhan..”
Pantas Ayla mengangkat kepalanyanya. Wajah Raykarl di pandang tajam.”Karl nak cakap apa ni? Suaranya sudah mula meninggi.

“Ay..!Sudahlah tu... dah nak sampai pun..” Raykarl sudah malas mahu bergaduh lagi.
“Karl dah bosan dengan Ay ke? Tanya Ayla seperti dapat meneka dari reaksi yang di berikan oleh teman lelakinya itu.

Raykarl sekadar mendiamkan diri.
Just stop here! Arah Ayla.
Terus Raykal memandang Ayla. Taman perumahan Ayla lebih kurang 500 km dari situ. Takkan lah sejauh itu Ayla mahu berjalan.”Ayla... jangan buat perangai! Marah Raykarl.

Stop here! Drop me now! Jerit Ayla kuat.
Raykarl tiada pilihan lantas memberi signal ke kiri dan terus memberhentikan keretanya.
“Nur Ayla what wrong with you? Tengking Raykarl. Hari ini kesabarannya benar-benar di uji.
“Ay tak mahu dengar lagi apa yang Karl cuba cakap! Ay tak akan lepaskan Karl..! Tidak sesekali..! faham???? Merah menyala mata Ayla saat mengungkapkan kata-kata itu. Dia bukan bodoh. Tidak mampu melihat apa yang ada dalam hati Raykarl. Biarpun bibir memangilnya sayang namun ia tidak seiringan dengan rentak hati!

“Ayla... please understand me! Rayu Raykarl. Sabarnya tinggal 1 bar saja lagi. Penat mahu bergaduh sebenarnya. Bergaduh lepas tu baik semula. Macam orang bodoh!

Ayla menggelengkan kepalanya pantas.”Kalau Karl nak tengok Ay menderita sampai Ay tua... Karl cubalah buat macam tu..” Ugutnya keras.

“Ay..” Nama itu di seru lembut. Bersabar lagi untuk sekian kali.
“Ay tak mahu dengar apa-apa lagi. Esok jangan lupa.. janji Karl..” Kata Ayla sambil menahan rasa sedih yang sedang menghempap hatinya itu.

Streng kereta di gengam kuat. Cuba menahan rasa yang sudah tidak mampu di tahannya lagi itu.

“Ayla listen...me! Jerit Raykarl kuat. Wajahnya sudah merah padam. Sepotong ayat saja yang keluar dari bibir Ayla saat itu, pasti akan meletuskan kemarahan yang lebih teruk lagi.
Namun belum sempat dia berkata apa-apa Ayla sudah terlebih dahulu berlalu keluar dari kereta. Ayla mengorak langkah pantas meninggalkan Raykarl. Air matanya jatuh berjujuran. Sedih memikirkan nasib diri.

Raykarl menumbuk stereng kereta sekuat hati. Melepaskan rasa geram di hati. Tubuh langsing yang sudah semakin menjauh itu di pandang tajam. “Maafkan Karl sebab Karl tak mampu lagi nak pertahankan hubungan kita. Karl dah bosan Ay... Karl dah bosan!!! Jeritnya sendiri seperti orang yang sudah hilang pedoman. Nafasnya turun naik. Tangannya menggeletar menahan rasa marah yang kian meluap-luap.


No comments: