Sunday, June 16, 2013

10 tahun bab 4

Raykarl melangkah turun dari tingkat atas dengan siap berpakaian lengkap. Seperti yang di janjikan dia akan menghabiskan masa cutinya untuk Ayla jadi dia cuma mengenakan penampilan yang ringkas. Cukup mengenakan blazer berwarna hitam dan  di dalamnya dia memakai t-shirt berpotongan v di dalamnya. Di padankan pula dengan jeans memang gayanya agak smart dan kemas tapi simple. Tangannya pula memegang kunci kereta dan juga riben berwarna unggu gelap.



Saat kaki berpijak pada tangga terakhir, cuping telinganya terdengar suara riuh rendah dari ruang tamu. Jam berjenama yang tersemat di lengan kanannya di pandang sekilas. Baru jam 10.00 pagi. Takkan lah sewal ini mereka menerima kedatangan tetamu. Mungkin juga rakan-rakan usrah mama. Fikirnya sendiri.

Tanpa mempedulikan tetamu-tetamu yang datang dia segera menapak ke arah pintu utama.
“Raykarl..” Panggilan mamanya menyebabkan langkahnya terhenti. Dia menoleh ke belakang memandang ke arah mama.

Come! Datin Athirah melambai ke arahnya.
Dalam keterpaksaan dia melangkah jua. Sebenarnya ikut pada janji dia sudah lewat setengah jam. Biasalah hujung minggu begini. Selepas solat subuh dia kembali tidur. Ingatkan mahu lelap sekejap. Tahu-tahu Ayla sudah menjerit di telefon memintanya bangun.

Raykarl langsung tidak mengendahkan tetamu mamanya. Sebaliknya dia resah kerana Ayla sedang menunggu di rumahnya.

“Kenapa? Karl nak keluar ni..”
“Pergi salam Ustaz Hafis tu dulu..”

Raykarl tersentak. Pantas pandangan di halakan ke arah tetamu yang memang sedang memandang ke arahnya. Segera di halakan kaki ke arah seorang lelaki yang hampir sebaya dengan papanya untuk bersalaman.

“Inilah Raykarl ya Datin..” Tanya Ustaz Hafis menyentuh lembut kepala Raykarl yang mengucup tangannya.
“Yelah. Inilah satu-satunya anak teruna saya Ustaz..”

Raykarl tersenyum saja. Kemudian dia mengalihkan padangan ke arah dua orang lagi tetamu. Namun, matanya tertancap ke arah seorang gadis yang memakai shawl dan mengenakan blaus labuh berwarna jingga. Dia melemparkan senyuman ke arah gadis itu.

‘Dup!!!

Jantung Safiyah berdegup kencang tatkala senyuman itu di lemparkan ke arahnya. Dia sekadar membalas dan menganggukan kepalanya saja. Takut Abi dan Uminya perasan nanti. ‘Subahanallah.... ya Allah... begitu sempurna ciptaan Mu.! Hati kecilnya sempat memuji kekacakan lelaki yang duduk bertentangan dengannya itu.

Benarlah kata Abi dan Umi.. anak Datin Athirah bukan calang-calang orang. Melihatkan gaya Raykarl dia tahu lelaki itu cukup berkarisma dengan membawa title CEO sebuah syarikat.’Bertuahnya jika aku memilikinya’

“Karl... inilah Ustaz Hafis dan Ustazah Aini yang mama ceritakan tu..”
“Ok...! Raykarl sekadar mengangguk dan tersenyum dalam terpaksa. Memang jelas gadis cantik yang duduk tersipu malu di sebelah ibunya itu adalah gadis yang di tunjukkan oleh mama beberapa hari yang lepas.’Mama.. jangan duga Karl lagi..’ Hatinya mendesah resah.

“Raykarl apa khabar? Soal Ustaz Hafiz ramah.
“Khabar baik Ustaz. Urmm Ustaz?
“Sihat alhamdulillah. Ni bukan main smart nak keluar ke?

Raykarl memandang ke arah mamanya serba salah.”Err.. ikutkan memang ada temu janji dengan kawan. Tapi tak apa, lewat sikit..”

Jelingan Datin Athirah menyebabkan Raykarl terpaksa menjawab seperti itu.
“Biasalah hujung minggu  Ustaz, ada je lah plan dia tu..”
“Orang muda Datin. Kita dulu muda-muda macam tu juga. Bila dah tua ni lah.. nak duduk dekat rumah. Nak berjalan pun dah tak larat..”
“Ustaz muda lagi. Apa tuanya baru 50 tahun kan..! Rajin-rajinlah datang sini Ustaz. Kami memang suka dengar ceramah Ustaz tu..”

“ Insya Allah.. ada permintaan saya sampai. Perkara elok kan Datin, baik kita kongsikan..”
“Terima kasih Ustaz. Ustazah , Safiyah silalah minum. Sementara nak menuggu ahli lain datang. Kita makan kuih dulu..” Kata Datin Athirah kepada Ustazah Aini yang agak pendiam itu. Namun tidak lokek dengan senyuman.

Datin Athirah segera menuangkan air teh ke dalam cawan. Safiyah pula segera membantu Datin Atirah. Raykarl cuma memerhatikan tindak tanduk gadis bertudung litup itu tanpa apa-apa perasaan. Dia akui Safiyah cantik, sekilas dia melihat gadis itu, dia tahu Safiyah gadis yang baik. Tapi, layakkah gadis sebaik itu bergandingan dengan dirinya yang serba kekurangan ini?

“Karl... pergilah tunjukkan Safiyah keliling rumah kita ni. Safiyah dekat luar tu ada taman bunga. Aunti yang deco taman aunti tu. Pergilah... “

Raykarl tersentak dengan kata-kata mamanya. Segera matanya terhala ke arah Ustaz Hafis dan isterinya yang cuma tersenyum dan mengangguk.’Eh sporting pula mereka ni..’

“Erm.. tak apalah aunti. Mesti abang Raykarl tergesa-gesa mahu keluar tu..”
Dada Raykarl tersentak saat Safiyah membuka mulut.’Ya tuhan.... lunaknya suara dia..’
“Karl... ajak Safiyah ni. Tak mengapakan Ustaz..!?

Lambat-lambat Ustaz Hafiz mengangguk. Sebenarnya Datin Athirah memang sudah menyuarakan hasrat hatinya untuk menyunting Safiyah buat anak lelakinya. Tapi kedatangan dia ke sini bukanlah atas tujuan itu. Dia cuma memenuhi jemputan Datin Athirah untuk memberikan ceramah kepada ahli persatuan yang di ketuai oleh wanita itu saja. Dia memang tiada niat lain. Kebetulan pula anak gadisnya tidak ke mana-mana. Jadi, di ajaknya Safiyah ke sini.

“Err... Safiyah memandang ke arah Abinya.
“Abi boleh ke? Tanya Safiyah lembut.

Ustaz Hafiz sekadar menganggukkan kepalanya. Dia berfikiran positif. Safiyah sudah menginjak ke usia dewasa. Jadi, dia perlu memberikan sedikit kelonggaran. Mengongkong Safiyah bukanlah sikapnya. Asalkan Safiyah pandai menjaga adab dan batasannya itu sudah cukup memadai.

Dalam keterpaksaan Raykarl terpaksa juga akur dengan kehendak mamanya. Jiwanya memberontak. Apa yang perlu dia bualkan dengan gadis itu? Ya Allah... mama ni sengaja nak menempah bala..’

“Cantikan taman ni..” Suara lunak Safiyah sekali lagi menggetarkan jiwa Raykarl. Dia menoleh ke belakang. Sebenarnya sejak 10 minit mereka beredar dari ruang tamu, dia masih membisu. Dia benar-benar kekok. Untuk pertama kali dalam hidupnya dia berdepan dengan wanita yang cukup menjaga agama seperti Safiyah.

Raykarl mengangguk dengan senyuman.” Ini semua kerja mama. Dia memang suka dengan bunga dan alam semua jadi..”

Safiyah memegang sekeuntum bunga ros yang tumbuh mekar berwarna merah itu.” Saya juga sukakan bunga..”
“Oh! Biasalah perempuan..”

Safiyah tersenyum manis. Lelaki di hadapannya itu nampak begitu kekok. “Raykarl nak keluar, keluarlah. Saya tak kisah.............”
It`s ok. Saya boleh postpone sekejap. Hurmm... around 1 hour..” Raykarl melihat jam di tangan. Diam tak diam sudah lebih sejam dia terlambat.
“Tak baik mungkir janji. Buat orang tertunggu-tunggu macam tu..”

“Errr..! Raykarl menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih. Ikutkan hati memang dia mahu keluar sekarang juga. Dia tidak mahu Ayla ternanti-nantikannya. Perangai Ayla sejak dua menjak ini memang boleh tahan kepala anginnya.

If Safiyah tak kisah. Saya minta diri dululah..”
It`s ok! Don`t worry Raykarl. Saya boleh bawa diri di sini..”
Sorry ya Safiyah. Memang sejak awal saya ada temu janji.. Mama pun tak inform saya awal-awal.”
“Eh tak apa! Betul saya tak kisah..” Safiyah tersenyum manis. Dia mula rasa selesa dengan  Raykarl sebenarnya. Lelaki itu nampak budiman di matanya. Menepati kriteria lelaki idamannya.

“Kalau macam tu saya minta diri dulu. Assalamualaikum..” Selepas memberi salam Raykarl terus beredar dari situ.

 Cepat-cepat dia melangkah masuk ke dalam kereta dan beredar dari banglo itu. Bukan apa, nanti mamanya kecoh pula. Ada baiknya dia pergi tanpa pengetahuan mamanya. Itu lebih baik daripada langsung dia tidak dapat keluar hari ini.

Safiyah memegang dadanya yang asyik saja berdebar saat bersama lelaki itu. Dia tidak selesa sebenarnya melihat keadaan Raykarl yang sekejap-sekejap melihat jam dan telefon bimbit. Pasti lelaki itu sudah terlambat. Tapi dengan siapakah dia mahu berjumpa? Safiyah tertanya sendiri. Jauh di sudut hati dia mulai suka dengan Raykarl. Safiyah tersenyum sendiri.

“Safiyah! Panggil Datin Athirah dari muka pintu.
Safiyah yang ralit melihat keindahan taman bunga di halaman banglo itu tersentak dan segera menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Dia segera menapak ke arah Datin Athirah.
“Karl ke mana?
“Errr dia keluar aunti..”
“La... dia tinggalkan Safiyah sorang macam ni.? Betuah punya anak..” Datin Athirah membebel. Sakit pula hati mengenangkan sikap Raykarl yang tidak menghormati tetamu istimewanya itu.
“Jangan salahkan abang Raykarl aunti. Safiyah yang suruh dia pergi sebenarnya..”
“Habis dia pergilah?
Safiyah menganggukkan kepalanya.”Kesian dia, asyik tengok jam saja. Pasti kawan dia dah tunggu lama tu aunti..”

Datin Athirah mendengus kasar. Kesal dengan perangai Raykarl.”Dah.. mari masuk. Kejap lagi kawan-kawan aunti datanglah tu. Nanti bila Karl balik biar aunti brain wash dia..”
Safiyah ketawa kecil.” Safiyah cuma tak mahu abang Raykarl mungkir janji aunti. Manusia munafik namanya tu..”
Datin Atirah sekadar mengangguk. Segan pula di tegur seperti itu. Tapi apa boleh buat benda betul kan!


 Ummu safiyah!




No comments: