Sunday, June 16, 2013

10 tahun bab 5

Heyo hari ini saya sgt rajin. haha. Baru nak berjinak-jinak ( ayam kah ) untuk menyelitkan beberapa ayat dlm bahasa inggeris. Memang kelaut uoollls!! Stendedlah dasar inggeris tak pass kan?! Haha... ok..selamat membaca ok. If ada salah2 tu ignore je lah. Tapi kot ada yang nak perbetulkan di persilakan. hargai sangat!!

Ayla menghempas pintu kereta sekuat hati. Lantak! Biar tercabut pun tak apa! Puas hati aku..’ Dia ingat aku ni apa? Lebih dua jam aku tunggu dia macam menanti buah tak gugur..’ Omel hatinya saat dia sudah melangkah masuk ke dalam kereta Raykarl.

Raykarl segera berlalu dari perkarangan rumah Ayla. Dia memandu dengan kadar sederhana di lorong tengah menghala ke pantai timur.

“Pakai selt belt tu sayang..” Tegurnya yang sejak dari tadi memerhati tindak tanduk Ayla.
Ayla segera menarik tali selt belt dengan ganasnya.”Apasal tak boleh ni? Ayla membebel sendiri sambil menarik tali itu kasar.
“Cuba tarik perlahan-lahan.”

Ayla menjeling kekasihnya di sebelah.’Dah buat salah, tak reti nak minta maaf! Sakit sungguh hati aku ni.’ Selt belt di tarik melingkari tubuhnya. Kemudian dia kembali mempamerkan wajah masamnya.

Raykarl buat-buat tidak bersalah. Malas sebenarnya mahu memujuk. Alih-alih Ayla akan mengamuk. Ada baiknya dia buat tak tahu saja. Segera dia menekan punat on radio. Daripada sunyi seperti itu ada baiknya dia memasang radio. Bukan dia tidak tahu perangai Ayla. Kalau dah masam macam tu minta di pujuklah tu. Masak benar dia dengan kekasihnya itu. Tapi, hari ini dia malas mahu pujuk. Pandailah dia pujuk dirinya sendiri.

Suasana sunyi yang kedengaran nyanyian di corong radio itu berlanjutan sampai ke daerah gombak. Ayla masih seperti tadi. Mogok!

“Kenapa tak bawa baju sejuk? Atas tu kan sejuk! Raykarl membuka bicara. Bosan pula.
“Ada dalam beg! Balas Ayla dingin.
“Nak makan dulu tak? Kalau nak, kita singgah dekat perhentian sebelum naik atas”

Ayla menggelengkan kepalanya. Biarpun perutnya berkeroncong. Menyanyikan rentak gazal di dalam sana. Tapi demi menjaga rajuknya dia mahu juga tahan diri.
“Sudahlah tu merajuk. Kalau masih nak merajuk, Karl patah balik. Bosanlah kalau bercakap macam cakap dengan tunggul kayu..”

Ayla tersentak. Melampau betul perangai Raykarl sekarang! Dia mengetap bibir. Sekarang ini memang mereka jarang dapat habiskan waktu bersama. Jadi, berbaloikah dia terus mogok kalau Raykarl sudah mengugutnya.

So? Masih ada masa ni? Kalau masih nak merajuk macam budak kecik. Karl patah balik kat depan tu?! Tanya Raykarl serius.
“Ok! Ay tak merajuk lagi! Mahu atau tidak Ayla terpaksa juga mengalah tatkal ternampak singbord kiri menghala ke kuantan dan terus menghala ke gombak.

Raykarl mengangguk sambil menghalakan stereng keretanya ke kiri untuk terus masuk ke lebuh raya pantai timur. Kalau betul Ayla mahu merajuk sampai ke puncak, memang dia akan ambil jalan terus saja. Pusing di depan caltex di depan sana dan patah balik ke kuala lumpur. Susah apa!

what your problem? You that make a mistake Karl”
Stop it Ay! Please be a nice for a whole day Ay. if you want me to behave well today.. please..” Raykarl bersuara tegas dengan riak wajah yang serius.

Ayla terdiam. Hatinya rasa sakit yang teramat sangat mengenangkan sikap Raykarl yang penuh dengan ego itu. Ingatkan hari ini mereka mampu membina balik hubungan yang makin suram sejak dua menjak  ini. Tapi sayang sekali. Awal-awal lagi dia sudah teruji dengan perangai Raykarl itu.
Untuk sekian kali dia akan cuba menyabarkan hati.

Mereka tiba di puncak genting tepat jam 1.00 tengah hari. Cuaca yang agak mendung menyebabkan kabus tebal menyelubungi puncak genting hingland itu. Raykarl mengerling Ayla yang berdiri di sebelahnya itu. Pandangan mereka terhala ke arah yang sama. Dia tahu Ayla masih berkecil hati dengan sikapnya yang tegas tidak bertempat itu.

“Ay..! Lembut dia memanggil kekasih hatinya itu.
Ayla menoleh ke kanan. Keningnya sedikit terangkat.
“Meh sini sayang! Raykarl menghulurkan tangan. Dia rasa bersalah sebenarnya.

Ayla mengeluh kecil sebelum dia mengesot sedikit ke arah Raykarl.

Anak rambut yang terjuntai di dahi itu di seka lembut. Kemudian dia merangkul erat tubuh Ayla rapat ke dalam pelukannya. Pipi Ayla di usap lembut.”Maafkan Karl ya sayang! Ok... salah Karl sebab buat Ay tertunggu. Ada tetamu tadi sayang. Karl tak boleh nak angkat call Ay. Sorry..”

Ayla sekadar menganggukkan kepalanya tanpa menjawab apa-apa. Tanpa sedar air mata mengalir lesu dari kelopak mata. Namun cepat-cepat dia mengesat sebelum di sedari Raykarl.

“Apa pengakhiran kisah cinta kita ni Karl?
Raykarl mengeluh berat.”Just follow the flow..”
Ayla mendongak memadang wajah kacak Raykarl.” what do you mean Karl?
If ada jodoh kita kahwin sayang..”
“Bila? Ayla bertanya seperti orang bodoh. Macam terdesak pun ada. Sebenarnya dia rasa cukup damai berada dalam pelukan lelaki itu. Lelaki yang di cintainya hampir 10 tahun itu .

Raykarl membuang pandang ke depan. Kabus tebal yang menghalang penglihatan itu sebenarnya cukup mendamaikan hati. Dia rasa tenang di situ. Sebab itu dia rasa lebih tenang untuk melayan Ayla dengan baik. Dalam  diam dia sebenarnya juga cuba untuk menjernihkan hubungan itu. Sekurang-kurangnya dia mencuba.
“Jangan tanya Karl bila Ay. Yang pasti Karl masih cintakan Ay. Sama seperti dulu..”

Ayla mengeluh kecil.” Tapi Karl macam dah tak sayangkan Ay..”
“Siapa cakap?
“Tengok dari layanan Karl, macam Karl dah bosan dengan Ay...”
“Karl akui... kadang kala Karl bosan Ay. Tapi itu tidak bermakna Ay tak ada lagi dalam hati Karl. Please understand me sayang..”

Ayla akur dan mengangguk. Sementara angin Raykarl masih baik ada baiknya dia menjaga kelakuan dan mulutnya juga. Dia tidak mahu merosakkan keadaan.

“Mama dan papa Ay bising lagi ke?
Ayla mengangguk.” Macam biasalah Karl..”
“Terima kasih Ay sebab Ay masih pertahankan Karl. Walaupun Karl ni jahat.. tapi Ay masih setia dengan Karl. Karl rasa Karl tak akan dapat lagi kekasih yang setia dan cantik macam Ay ni..” Sempat dia mencuit pipi gebu Ayla.
Ayla tersenyum.”So, hargailah... jangan nak kalut kalau dah tak ada esok. Masa tu tak dapek den nak nolong..” Seloroh Ayla.
Raykarl ketawa kecil.”Karl sibuk dengan kerja Ay. Serabut rasa kepala ni, memikirkan kerja yang tak pernah habis. Lagipun sekarang papa dah galaskan 100% pada Karl. Karl tension! Luahnya perlahan. Mengharapkan pengertian Ayla.

Ayla jatuh kasihan mendengar luahan itu.”Susah jugakan kalau terpaksa mewarisi perniagaan keluarga ni?
“Tahu pun Ay! Dengan gudang terbakar. Semua tu buat Karl rasa seperti mahu lari dari KL tu..”
“Karl nak ke mana? Ayla mendongak memandang Raykarl yang berkaca mata itu.
Raykarl tersenyum. Dia menunjal lembut dahi Ayla.”Lurus sangat Ay ni..”

Ayla memuncungkan bibirnya.”Habis cakap nak lari? Ay nak ikut..” Dia tersengih comel.
“ Go back to UK... “
“Hello masih terkenangkan Jane ke? Ayla membulatkan matanya. Jane? Arghhh... rasa malu sangat mengenangkan kisah lama. Jane yang pernah menyimpan perasaan pada Raykarl. Memang angin je satu badan mengenangkan perempuan kacukan inggeris dan thailand itu.

Raykal ketawa besar. Tiba-tiba wajah cantik Jane bermain di ruang matanya. Jane yang tak pernah putus asa mengejar cintanya. Dia masih ingat betapa bersungguhnya Jane mahu mendalami ilmu agama semata-mata mahu mendampinginya. Tapi Jane silap! Tak semudah itu dia mahu tertipu dengan helah Jane.

Entah dari mana Ayla dapat cerita yang dia bercinta dengan Jane. Tahu-tahu Ayla sudah terpacak di hadapan rumah sewanya. Memang waktu itu dia tidak menyangka sejauh itu Ayla sayangkannya sehingga sanggup terbang dari Australia ke UK semata-mata mahu bertemu dengan Jane.

Memang cukup-cukup Jane kena basuh dengan Ayla waktu itu. Siap ugut segala.  Semua rakan serumah memuji keberanian Ayla waktu itu. Selepas kena warning dengan Ayla, sejak dari itu Jane sudah tidak berani mendekatinya. Hebat tak hebat Ayla!

“Kalau nak di ingatkan zaman remaja kita dulu, memang banyak kenangan manis kan sayang?
Raykarl memandang wajah polos Ayla kemudian dia menganggukkan kepala.”Ay... ni memang suka bertindak gila eh?

Ayla angguk kepala.”Karl cuma untuk Ay. Tentulah Ay marah siapa yang berani nak dekati Karl..”
“Termasuk agent insurans tu ke? Melampau! Sampai hari ni Karl rasa malu tiap kali jumpa dia Ay..”
Ayla ketawa mengekek.”Kesian dia kena mandi dengan air orange jus! Sejuk pula tu..”
“Tahu pun! Tak pasal-pasal Karl kena ganti laptop dia tau...”
“Ala.... laptop je pun..! Ayla mencebik. Padahal dia sudah malu tak ingat!
“Cemburu tu kena bertempat juga sayang!
“Bertempat lah tu.. dalam restaurat mewah kan?! Pandai Karl pilih tempat nak uruskan insurans kan? Nasiblah....”
“Yang Karl hairan kenapa sejauh itu Ay boleh lunch? Apa dekat damansara tu dah tak ada tempat makan ke?
“Sofea tulah sibuk nak cari LV dekat situ. Mana nak tahu Karl pun ada sana.. kuat sungguh jodoh kita kan?
Raykarl ketawa begitu juga dengan Ayla.”I`m so so sorry Karl. Ay akui, sikap bodoh Ay tu..”

Raykarl merenung wajah Ayla kemudian dia tersenyum. Rambut Ayla yang di tiup angin itu di usap lembut.
At least Karl tahu Ay memang sayangkan Karl..” Ucap Raykarl lembut.

Ayla senyum meleret. Rasa bahagia memenuhi segenap ruang hatinya saat itu. Alangkah bagus jika Raykal mengekalkan sikap romantis seperi itu.

The feeling still remain as 10 years ago. nothing has changed Karl..”
“Thanks to you. You always stay beside me darling.."


Ayla mengangguk lantas tersenyum bahagia. Kalau boleh dia mahu menghentikan putaran waktu. Dia mahu Raykarl sama seperti Raykarl yang sedang memeluknya sekarang. Adakah kerana tekanan kerja Raykarl semakin menjauhkan diri? Dia tidak pasti. Atau kasih sayang yang Raykarl tunjukkan hari ini cuma atas dasar kasihan? Entah dia sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu dia mahu bahagia bersama Raykarl..

3 comments:

Unknown said...

Best bila hero kedua keluar.

Unknown said...

Saya x berapa suka dng watak hero tu menyakitka hati.

Su Ann said...

baby mio.. :ala kenapa tak suka dengan Raykarl...!Hahha... he is my hero..!