Sunday, June 30, 2013

10 tahun Bab 6

Ayla tiba di perkarangan Ristana Hotel tepat jam 8.30 malam. Malam itu dia mengenakan blouse labuh berwarna merah menepati tema makan malam yang di anjurkan oleh Syarikatnya bersempena dengan persaraan Datuk Hakimi.

Ikutkan hati memang dia tidak mahu ikut serta dalam acara makan malam ini. Dia masih penat kerana menghabiskan masa bersama Raykarl semalam. Mereka pulang ke kuala lumpur awal pagi ahad. Mujur juga dia sudah menyediakan baju untuk acara itu sebelum bercuti. Jadi, tidaklah dia kelam kabut sangat.

“Ay!! Panggil satu suara saat kakinya menecah ke bahagian lobi hotel. Dia tersenyum saat melihat Muslim sedang melambaikan tangan ke arahnya. Ayla membalas lambaian itu dan meminta Muslim menantinya.

Ayla mempercepatkan langkah tanpa dia sedari ada seseorang yang sedang meluru ke arahnya laju. Masing-masing tidak menyedari yang mereka bakal berlanggar. Namun....

“aaaaaaaaaaaaaa.....! Ayla menjerit kuat saat dia berlanggar dengan seseorang yang tubuhnya berkali ganda besar dari tubuhnya. Dia tercampak ke belakang dan merasakan tubuh kurusnya itu melayang seperti di tiup angin. Semangatnya juga turut sama terbang menanti saat untuk jatuh terhempas ke lantai. Ayla yang sudah memejamkan mata rapat itu cuma berserah saja dengan nasibnya sebentar tadi. Tapi kenapakah terasa lama sangat untuk dia sampai ke lantai.
“Cik.. tak apa-apa? Soal lelaki yang sedang mencampung tubuhnya.

“Hah??? Mata Ayla terbuka luas. Terkebil-kebil matanya yang bulat cuba mengamati wajah orang yang sudi menyelamatkannya dari mengalami kecederaan itu.

“Hello cik! Lelaki itu menggoncang bahu Ayla saat dia melihat wanita itu seakan terkedu. Dia nampak begitu terkejut.

“Errr!! Ayla kalut berdiri saat tersedar yang dia sedang terlentang elok dalam dakapan seorang lelaki yang cukup asing dari pandangan matanya.

“Cik tak apa-apa? Soal lelaki itu perihatin. Dia juga sebenarnya terkejut melihat seorang gadis tinggi lampai yang terpelanting ke belakang namun dek kerana ketangkasannya dia segera menyambut tubuh itu dari tersembam ke lantai. Kalau lambat sesaat memang boleh patah pinggang perempuan itu terhempas ke lantai.

“Yeah! I`m ok... Jawabnya sambil angguk kepala.
Lelaki itu tersenyum.”Be careful cik... kasut tu tinggi sangat kot! Lelaki itu cuba berjenaka.
Ayla tersipu-sipu sambil mengangguk.

“Cik..tak apa-apa? Soal lelaki beruniform itu. Lelaki inilah yang menyebabkan dia boleh tersungkur ke belakang sebentar tadi.
“Maaf cik! Ucap lelaki itu seba salah.


 haha,.... sumpah lawak kot hero ke 2 pegang kucing. ok beliau adelah Aqash!

“Tak apa. Tak pa... saya pun tak nampak awak tadi..” Kata Ayla serba salah. Padahal dia yang jalan tak pandang kiri kanan. Main redah saja.

“Tuan Aqash!! Panggil seseorang dari arah belakang. Ayla juga turut memandang ke arah lelaki yang memakai pakaian rasmi yang cukup dikenalinya itu.

‘Eh itu kan Kamal. Pemandu Datuk Hakimi. Ayla segera menoleh ke arah lelaki yang menyelamatkannya sebentar tadi.Aqash? Nama itu macam pernah dia dengar. Tapi siapa? Dia cuba memerah otak untuk mengingatinya.

“Eh cik Ayla... tak naik lagi ke? Soal Kamal yang agak tertanya-tanya bagaimana Ayla boleh berdiri di situ bersama majikannya itu.

“Awak kenal dia Kamal? Tanya Aqash yang segak dengan sepersalinan kot berwarna grey itu.
“Ini Cik Ayla salah seorang staf Syarikat kita Tuan..” Jawab Kamal.

Aqash menoleh ke arah Ayla yang nampak masih lagi kaku di mana tempat dia berdiri tadi. Wanita cantik itu di pandang atas bawah. Sungguh! Bagaimana wanita secantik itu boleh bekerja di Syarikat papanya? Dan bagaimana pula dia boleh tidak tahu?! Muncul pula rasa menyesal sebab sengaja menangguhkan kepulangannya ke malaysia. Kalaulah dia tahu papanya mempunyai staf  cantik seperti model. Sudah lama dia masuk bekerja.

“Ay! Kau ok ke? Tiba-tiba Muslim datang dari arah belakang. Mengejutkan lamunan Aqash yang sibuk meneliti wanita itu.

“Muslim! Ok... aku ok...” Jawabnya perlahan. Dia tersenyum tawar.
“Kau ni clumsy sangat lah Ay..”Marah Muslim sambil memeriksa keadaan Ayla. Mana tahu dia tercedera ke.
“Aku ok lah Muslim. Cuma terkejut je..” Ayla rasa tidak selesa dengan sikap Muslim yang terlebih-lebih itu.
Aqash tersenyum ke mereka dengan dada yang berdebar-debar. Kalaulah mamat smart ni boyfriend dia, haihlah... melepaslah aku..’
“Cik Ayla... inilah Tuan Aqash.. anak Datuk Hakimi..” Kata Kamal.
“Oh....!!! Ayla menutup mulutnya yang melopong. Yes!! Aqash... Kamila ada sebut nama tu baru ni. Aduii kenapalah lembab sangat otak kau bekerja ni Ay!!

“Errr... terima kasih Tuan Aqash!! Ucapnya sambi menundukkan sedikit kepalanya.
It`s ok! Lain kali hati-hati sikit ya! Tak sangka pula daddy saya ada pekerja yang cantik macam Cik Ayla ni..” Aqash berkata selamba.

Ayla Cuma tersipu malu. Janggal pula apabila seorang yang tidak di kenali memujinya.
Muslim segera menghulurkan tangan untuk berjabat sambil memperkenalkan dirinya.”Muslim.. sale manager..” Ucapnya sopan. Ada rasa tidak senang mendengar kata-kata pujian lelaki itu terhadap Ayla. Dia cemburu!

Nice to meet you Muslim. Ok see you latter.. saya naik dulu..” Aqash segera meminta diri. Sebelum hilang di dalam perut lif sempat lagi dia mencuri pandang ke arah Ayla. Bergetar rasa jiwanya saat mata mereka bertentangan tadi. Rasa macam kelakar pun ada mengenangkan dirinya yang tiba-tiba boleh tertarik pada pertemuan pertama seperti itu.

“Wey! Kau ni buat malu je..” Lengan Ayla di tepuk perlahan.
“Mamat tu yang berdiri tengah jalan macam tu..”

“Nasib baik bos kita tu selamatkan kau. Kalau tidak patah la pinggang kau tu Ay..”Muslim menggelengkan kepalanya. Tak dapat bayangkan jika Aqash tidak membantunya tadi. Terkejut betul dia menyaksikan kejadian tadi. Sangkanya Ayla memang akan tersunggur menyembah lantai.

“Malu ko! Ayla menutup wajah dengan tangan.
Muslim ketawa melihat reaksi Ayla.”Kalau dah clumsy tu clumsy jugak!! Muslim mencebik.

muslim hero ke 3
“Janganlah ejek macam tu..” Rengek Ayla yang sudah merah padam menahan malu. Tak tahu mahu berdepan dengan majikannya itu kelak.

“Dah jom naik. 10 minit lagi majlis dah nak mula”
“Yelah pakcik... menurut perintah!

“Eee.. mengada! Pipi Ayla di cubit geram.
Ayla menepis tangan Muslim.”Sakitlah pandai!! Kau kalau Karl nampak kau buat macam ni dekat aku.. memang hilanglah gigi kau tu..”
Muslim mencebik.”Kalau aku nampak Karl, aku minta dia tinggalkan kau..” Selamba Muslim berkata begitu.

“Eh...eh... excuse me...! Karl kalau boleh bayang kau pun dia tak mau tengok tau.”
“Kenapa? Dia takut aku rampas kau dari dia ke? Kalau aku nak, dah lama aku buat Ay..”

Ayla tersentak.”Kau serius ke ni?  Sengaja Ayla mempamerkan riak wajah teruja. Bukan apa, dia seboleh mungkin tidak mahu apa yang Muslim katakan itu di fikirkan secara serius. Mereka perlu bergurau seperti itu agar tidak nampak kaku dan nanti masing-masing akan malu sendiri.
Muslim ketawa.”Kalau kau nak apa salahnya..” Balasnya sambil mengeyitkan mata.
Ayla ketawa mengekek.”You are not may type!! Pleaselah... Kata Ayla sambil membuat reaksi mahu termuntah sebelum mengorak langkah masuk ke dalam perut lif.


Di suatu sudut seseorang yang sejak dari tadi menjadi pemerhati sekadar menggenggam penumbuknya dengan lutut yang menggeletar. Kemesraan Ayla dengan lelaki yang cukup di kenalinya itu benar-benar merentap jantungnya.

“Karl..” bahunya di tepuk dari belakang.
Raykarl tersentak lantas menoleh ke belakang. Imran agak terkejut melihat reaksi Raykarl saat itu. Wajah Raykarl merah padam, penuh kemarahan. Apa sudah jadi ni?
“Karl kau kenapa ni? Lain macam je aku tengok? Imran bertanya.
“Ay...!

Imran memerhatikan sekeliling lobi hotel itu. Ayla? Dari celah mana Ayla datang pula?”Ay? Mana?

“Aku nampak dia dengan Muslim..”

Imran kaget. Habis! Kepantangan Raykarl adalah Muslim. Tak tahu kenapa sejak dulu lagi. Asal menyumpah je mesti kerana hal yang berkaitan dengan Muslim. Bukan dia tidak pernah menyaksikan Muslim hampir-hampir di tumbuk kerana Ayla.

“Apa dia buat dengan Muslim dekat hotel ni? Takkanlah.... Imran menutup mulut menyedari ketelanjurannya. Raykarl sudah menjeling tajam.
“Dia ada dinner dekat sini. Kau jangan nak fikir lain..”

Imran menarik nafas lega.”Habis yang kau nak risau kenapa? Dah tentu Muslim ada sekali sebab mereka kan officemate..”

“Aku tak kisah kalau ada yang lain. Tapi bukan main sedap dia cubit pipi Ayla depan public macam tu..”
Imran menelan air liur. Padan lah mamat ni marah sangat! Kalau aku sendiri, aku pun boleh naik marah..’

“Aku dengan Ay baru nak baik. Aku ni seboleh mungkin cuba pujuk hati supaya bertahan untuk cintakan dia. Tapi kalau macam ni, aku tak rasa boleh bertahan lagi..” Luah Raykarl sambil menguak rambut ke belakang.

“Sabarlah Karl..”

“Sabar aku ada hadnya Imran. Kalau pun kawan baik, ada batasnya. Ayla pun nampak seronok bila Muslim tu usik dia macam tu. Kau pun tahu, aku ni nak sentuh perempuan lain pun tak pernah. Pandang perempuan lain apatah lagi. Tak ada istilah kawan baik, kalau ia mampu nak rosakkan hubungan aku dengan Ayla. Aku terpaksa jauhkan diri dari Iszara sebab Ayla memang cemburu hubungan baik kami. Tapi dia? Aku tak faham apa makna cinta pada dia, kalau dia tak mampu nak penuhi permintaan aku..”

Imran sekadar mengeluh. Dia mengangguk perlahan mengiakan kata-kata Raykarl yang nampak kecewa dengan apa yang di lihatnya tadi.

“Cubalah selesaikan baik-baik Karl. Kau dengan dia tu dah lama sangat. Kalau kahwin pun dah sedozen anak korang..”
“Tapi aku rasa berat sangat jodoh kami..” Strawberi jus di sedut perlahan. Sedikit melegakan tekaknya.

“Aku yakin kau cintakan dia sangat-sangat Karl..”
Raykarl mengeluh perlahan. Stik yang sudah kian sejuk itu di pandang sepi. Hilang seleranya menyaksikan kejadian tadi. Sakit di hati lagilah pula.
“Entahlah.... aku pun keliru...” Pandangan di halakan ke arah lain.

 hero 1st. karl..
Imran cuma mampu bersimpati dengan nasib Raykarl yang sentiasa tidak baik dalam percintaan itu. Ada saja halangan yang terjadi menyebabkan dia dan Ayla sering saja bertelagah. Tapi yang hairannya boleh bertahan sampai 10 tahun. Hebat juga!! Fikir Imran sendiri.



2 comments:

Unknown said...

CEMBURU TAPI SELALU BUAT ORG MAKAN X SALAH PULAK.

Su Ann said...

baby mio:ahahak...makan ke marah uolls???