Thursday, June 13, 2013

10 tahun Bab ( maaf if ada wrong spelling eh )

Ku taip di malam hari tepat jam 2.5 pagi. Lately timing sleep aku dah lari sangat. Lepas maghrib aku tidur then jam 10.30 gitu bangun then sampai waktu ni pun aku masih xleh tidur. so.. esok kena betulkan timing kasi normal. Hheehe....

  
Macam biasa.. aku suka sandra dewi. So...malas nak pk lain. Kali ni heronye Christian Bautisha.. Kacak lah wey.



Puan Adira dan Tuan Addin berpandangan sesama sendiri tatkala melihat wajah anak gadis mereka yang nampak sedih dan tidak bermaya itu. Baju yang di pakai Ayla di pandang oleh mereka. Ayla memakai blaus labuh berwarna kelabu. Setahu mereka warna kelabu ialah warna suram buat Ayla.

Nasi lemak yang masih berasap itu cuma di pandang sepi. Walhal nasi lemak dari air tangan mamanya itu memang kegemarannya. Puas sudah di pujuk hati, namun dia masih lagi tidak mampu untuk berlakon gembira.

Untuk seketika dia cuba bertahan lagi. Sampai bila dia tidak pasti. Biarlah masa yang menentukannya. Selagi dia masih mencintai lelaki bernama Raykarl itu, dia akan cuba bertahan! Aja-aja fighting Ay!! Dia cuba menyedapkan hati.

“Ay... Panggil Puan Adira sambil menuangkan air orange jus kegemaran anaknya itu ke dalam gelas.
Ayla mengangkat wajah sambil menyuap nasi lemak masuk ke dalam mulut.
Are you ok? Soal Puan Adira.
Ayla sekadar mengangguk dan mengunyah lembut makanan di dalam mulut.

“Ay, sampai bila Karl nak buat Ay macam ni nak? Tiba-tiba Tuan Addin mencelah. Rasa geram juga memikirkan apa yang sudah di lakukan Raykarl terhadap anak tunggalnya itu.
Suapan Ayla terhenti serta merta. Dia menelan saki baki makanan di dalam mulut pantas meneguk air yang di tuangkan oleh mamanya tadi.
“Pa, ma.. Ay ok! Don`t worry..” Tekan Ayla tidak mahu kedua orang tuanya risau dengan keadaanya. Manalah papa dan mama tak risau bila mata aku ni bengkak setiap hari. Haih... apalah nasib....’ Keluhnya sendiri.

You are not ok sayang! Papa tak nampak pun yang Ay ok! Tu muka tu sembab, mata bengkak.. macam mana nak kerja kalau macam tu? Tanya Tuan Addin lagi. Risau betul melihat keadaan Ayla sekarang.
“Pa... Ay ok! Ay penat sebab banyak projek nak kena handle sekarang ni..” Ayla cuba menipu.

Puan Adira mengeluh kecil .Lengan Ayla di sentuh penuh kasih. Pipi gebu Ayla di usap perlahan-lahan.”Mama tak rasa Ay perlu bertahan dengan Karl sayang..”
Ayla menggelengkan kepalanya.”Mama janganlah risau. Karl layan Ay dengan baik. Kelmarin Karl tak datang majlis Ay sebab gudang dia terbakar ma...papa. Dia ada alasan yang kukuh..” Ayla cuba mempertahankan Raykarl untuk sekian kalinya lagi.

Tuan Addin mengetap bibir.”Telinga papa ni panas je bila dengar nama budak tu. Ay pleaselah... Karl tu tak pernah nak serius dengan Ay..”
Ayla mengangkat wajah memandang papanya dengan mata yang berkaca.”Pa... kan tahu perasaan Ay pada dia?

“Tahu nak! Tapi bukan macam ni papa mahukan..”Tekan Tuan Addin. Semakin hari semakin tidak tenteram hatinya melihat anaknya makan hati. Usia makin meningkat tapi masih belum di sunting. Bukan tidak laku, Ayla yang menolak dengan alasan mahu setia dengan Raykarl. Memikirkan Raykarl hatinya jadi sakit. Sudah 10 tahun mereka bercinta, tapi Raykarl langsung tidak pernah mahu membawa keluarganya datang berjumpa dengan mereka.

Wajah papa dan mamanya di pandang silih berganti. Dia mengerti di saat usia mereka yang main meningkat itu, sebagai ibu bapa pasti mereka mahu melihatnya mendirikan rumah tangga. Bukan dia tidak mahu, tapi Raykarl yang sering mengelak. Cukuplah dia menebalkan muka bertanyakan bila keluarga lelaki itu mahu datang merisik. Namun, Raykarl tidak pernah ambil serius. Jadi, apa lagi yang perlu dia lakukan? Terima lelaki lain? Tidak mungkin! Mampukah dia berkahwin dengan lelaki lain sedangkan hati cuma buat Raykarl?

“Beri dia masa pa..” Lemah Ayla bersuara minta papanya mengerti.
“Untuk berapa lama? Lagi 10 tahun? Waktu tu Ayla dah pun 38 tahun nak..”
“Abang...” Panggil Puan Adira minta suaminya memahami anak dara mereka itu.
Wajah isterinya di pandang sekilas.”Dira.... anak kita ni makin lama makin kurus sebab makan hati dengan Karl tu..”

“Biarkan Ay yang menentukan kehidupan dia, as a parent we just suppot him ya! Pujuk Puan Adira cuba mententeramkan suaminya.
Tuan Addin mengeluh geram. Ikutkan rasa marahnya mahu saja dia menerima pinangan yang datang melamar. Memikirkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagia Ayla pada Raykarl hasratnya itu di pendamkan saja. Tapi dia tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa veto seorang ayah jika Raykarl melampaui batas. Waktu itu memang dia tidak akan memberi peluang lagi.

Kertas putih yang mengandungi minit mensyuarat itu di pandang sepi. Hatinya kosong, sekosong fikirannya saat itu. Dia langsung tidak bersiap sedia untuk mensyuarat itu. Tidak pula berminat untuk membaca isi kandung yang tertera di situ.

Bilik mensyuarat sudah mulai di penuhi oleh ketua dari setiap jabatan. Sampaikan tidak cukup kerusi di bilik itu. Ayla yang awal-awal lagi sudah masuk ke bilik itu duduk di sebelah Datuk Hakimi merangkap CEO syarikat.

“Assalamualaikum dan selamat pagi..” Ucap Karmila setiausaha Datuk Hakimi memulakan mesnyuarat.
“Waalaikumussalam dan selamat pagi..” Jawab semua. Riuh sebentar keadaan di situ.
“Seperti yang tertera pada minit mensyuarat, Syarikat dengan ini mengumumkan beberapa rombakan bakal di lakukan sempena kehadiran CEO baru Syarikat menggantikan Datuk Hakimi iaitu anak sulung beliau Aqash yang akan mula bertugas pada minggu hadapan..” Terang Karmila dengan suara yang agak lantang dan jelas.

Suasana dalam bilik mulai riuh. Masing-masing berbisik sesama sendiri mendengar perkhabaran itu. Tidak ada angin dan ribut tiba-tiba Datuk Hakimi mahu bersara. Siapa yang tidak terkejut.
Ayla sekadar memasang telinga. Sebenarnya dia ada dengar berita ini dari Muslim. Juga merupakan sahabat baiknya sejak dari zaman menuntut di Australia lagi. Muslim bertugas sebagai manager di bahagian sale syarikat.

‘Aqash? Ape sal pelik sangat nama? Hurmm tapi menarik juga..’ Hatinya berkata sendiri.
“Tuan Aqash di jadualkan akan mengadakan mensyuarat pada hari pertama beliau melaporkan diri. Jadi, semua pegawai di setiap bahagian di minta menyediakan report tahunan selengkap yang mungkin.” Sambung Karmila lagi.

Ayla sekadar mengangguk. Semua itu tidak menjadi masalah kerana setiap bulan dia akan sentiasa merekod semua laporan bulanan. Jadi, memang tidak menjadi masalah untuk menyediakan seperti yang di minta oleh Karmila.

“Selebihnya saya serahkan kepada Datuk Hakimi..” Ucap Karmila sebaik selesai memaklumkan perkara penting itu.

Datuk Hakimi membetulkan letak duduknya.”Assalamualaikum dan selamat pagi..”Ucapnya dan di sambut oleh semua staf.

Wajah Staf yang berada di hadapannya di lihat secara rawak. Hatinya sayu untuk meninggalkan kerusi CEO yang telah di sandangnya untuk tempoh 25 tahun sejak penubuhan Syarikatnya itu.”Saya harap anda semua dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada anak saya nanti. Beliau akan menggantikan tempat saya sementara saya akan menjadi pemerhati dan juga silent partner..” Datuk Hakimi menarik nafas panjang sebelum dia meneruskan ucapannya.

“Kerjasama anda semua sepanjang saya berkhidmat di sini amat-amat saya hargai. Jadi, pada hari ahad ini anda semua di jemput ke majlis sempena persaraan saya yang akan berlangsung di Ristavila Hotel. Semua kad jemputan akan di serahkan oleh Cik Karmila kemudian. Saya berharap anda semua dapat menghadirkan diri kerana majlis ini amat bermakna buat saya..”

Ayla melihat wajah murung Datuk Hakimi yang nampaknya bukan mudah untuk melepaskan syarikatnya itu kepada pewarisnya.’Ah... anak dia juga bukan orang lain.’

Muslim mencuri pandang ke arah Ayla yang duduk berdepan dengannya itu. Wajah cantik dan mulus itu di renung lama. Sebenarnya dia pernah menyukai Ayla. Pernah sekali dia meluahkan isi hatinya namun Ayla menolak mentah-mentah kerana waktu itu Ayla sudah mempunyai kekasih hati.

Langsung dia tidak menduga sampai ke saat ini Ayla masih bersama Raykarl. Baginya Ayla dan Raykarl adalah pasangan yang cukup serasi. Ayla seorang gadis yang baginya memang menjadi idaman setiap lelaki. Raykarl pula juga tidak kurang hebatnya. Lelaki itu boleh di katakan sempurna dan menjadi igauan wanita di luar sana. Memang layak mereka berpasangan. Muslim sedar dirinya memang tidak layak untuk bersaing dengan Raykarl sejak dari mula lagi.

Ayla mengangkat wajah di saat dia merasakan ada sepasang mata seperti sedang merenung ke arahnya. Pap!

Matanya berlaga dengan sepasang mata coklat namun cepat-cepat mata itu melarikan pandangan dari di pandang olehnya.’Apa kena mamat ni? Tak pernah tengok aku kah? Ayla tertanya sendiri. Pelik melihat renungan Muslim. Lelaki yang boleh di katakan rapat dengannya itu. Ah! Muslim.... bukan tidak kacak, malah penampilannya juga kemas. Wajah iras-iras Awal Ashaari. Kemana saja dia melangkah pasti ada saja mata yang memandang. Namun, biasalah... Muslim..! Katanya cinta hatinya limited edition. Ahhh poyo betul mamat tu..! Desis hatinya. Saat Muslim memandang ke arahnya cepat-cepat dia menjelirkan lidah. Sempat!

Muslim menjegilkan biji mata.’Eh minah ni...aku kerat lidah tu kang! Merana pulak si Karl tu... dapat bini bisu..’Omelnya di dalam hati.

Ayla sembunyi ketawa. Kelakar pula mengenangkan sikap ke anak-anaknya saat bersama Muslim. Ah..lelaki itu..... harap-harap dia tak kembali menagih cinta aku lah!!

Coklat panas yang masih berasap itu di letakkan di atas meja Ayla yang begitu khusyuk mengadap laptopnya.

“Amboi cik kak, komited gila kau dengan kerja eh? Tegur Muslim seraya melabuhkan punggung di hadapan Ayla.

Ayla mengangkat wajah kemudian tersenyum simpul.”Tak keluar lunch ke? Tanyanya sebelum mata kembali memandang laptop. Ada sedikit kerja yang mahu di siapkan sebelum di serahkan kepada Datuk Hakimi.

“Diet” Balas Muslim pendek. Nescafe yang masih berasap itu di hirup perlahan.
Ayla mencebik. Wajah Muslim di pandang.”Diet? Haih...dah cukup maskulin badan kau tu Muslim... nak diet apa lagi?

“Aku malas nak keluarlah... lagipun aku dah breakfast nasik lemak pagi tadi. Siang malam nasik mau jadi tong dram bergerak aku nanti..”

Ayla ketawa kecil.”Kau ni Muslim.. haih.. tak faham aku dengan kau ni. Terlalu menjaga penampilan..”
Of course la Ay. Aku ni sale tau! Dengan muka aku ni jelah Datuk tu dapat projek juta-juta tau..”

“Hek eleh..! Perasan lebih mamat ni..” Sebenarnya Ayla turut mengakuinya juga. Muslim memang hebat dan manis mulut buat sale. Kalau tidak tak kanlah dia boleh jadi best worker tahun lepas. Siap dapat pecutian ke london lagi. Menginap di hotel 5 star 9 hari 10 malam. Hah..! Hebat tak hebat lelaki bernama Muslim ini. Sempat Ayla memuji di dalam hati.

“Kenapa tak luch ni Ay? Kau nak kena gastrik ke?
Ayla menyandarkan tubuhnya ke kerusi.”Tak ada selera..”

Muslim menggelengkan kepalanya. Setahunya Ayla memang hantu makan. Jarang skip makan! “Ay..kau nak ke aku usung kau lagi macam sebelum-sebelum ni? Kening Muslim terangkat sebelah. Cuba mengugut.
Ayla mengeluh kecil.” Muslim... aku bukan nak menyusahkan kau lah. Cuma aku memang tak ada selera nak makan! Aku dah cuba makan tadi, tapi tak boleh nak masuk lah...” Adu Ayla sambil mempamerkan wajah kesiannya.

“Ay.. kau kena jaga kesihatan. Orang muda pun tak lepas dari dapat penyakit Ay. Kau tu dah la malas nak bersenam. Mentang-mentang badan kau stok model, sedap je kau abaikan kesihatan kau kan?! Muslim sudah mula membebel. Dia memang cerewet dalam menjaga kesihatan. Setiap hari selepas pulang dari kerja dia akan segera ke gym.

Ayla ketawa kecil.” Kau ni kan Muslim. Patut lah single sampai sekarang. Cerewet macam perempuan..”

“Eh, aku ni takut jatuh sakit tau. Kalau aku sakit siapa nak kasi mak dan adik aku makan? Sebab memikirkan merekalah aku jaga kesihatan, jaga pemakanan.... kalau aku tak ada dekat muka bumi ni siapa nak jaga dan tengok-tengokkan mereka...” Kata Muslim.
 Dia anak sulung dari dua beradik. Ibunya Puan Maslina tidak bekerja manakala adiknya Mastura masih belajar di tahun akhir di sebuah kolej di ibu kota. Sudah menjadi tanggungjawabnya menyara keluarga setelah ibunya berhempas pulas menyaranya sewaktu dia menuntut di Asutralia dulu. Kini sudah tiba dia membalas jasa ibunya. Keluarganya sudah mampu tersenyum dengan kerjayaannya.

“Baguslah kau ni Muslim. Kau lelaki yang cukup bertanggungjawab.. memang rugi siapa yang tolak kau..” Kata Ayla seperti mengeluh.

Muslim ketawa.”Mengarutlah tu..” Sebenarnya dadanya agak bergetar dengan usikan itu. Patutkah Ayla mengusiknya dengan mengaitkan hal itu? Tak patut betul minah ni.’

Ayla sudah ketawa terbahak-bahak. Sengaja mahu menyakat Muslim.

“Kaulah yang rugi! Muslim mencebik.
“Hisy. Aku joke je lah. Kita ni memang dah di takdirkan kawan sampai mati tau..”

Muslim menganggukkan kepalanya mengiakan saja kata-kata Ayla itu. Malas mahu ambil pusing. Nanti sibuk di fikirkan mulalah sakit kepala. Siapalah mampu menahan rasa dengan gadis bernama Nur Ayla itu. Sudahlah cantik, baik hati, manja pula tu. Dalam hati Muslim kagum dengan Raykarl.

“Ay.. kenapa masa birtday kau aku tak nampak muka Karl? Soal Muslim ingin tahu. Sudah lama dia mahu bertanya tapi sentiasa tiada masa.
“Dia ada emergency kes. Gudang terbakar..”
“Biar betul? Muslim kaget.
“Betullah. Kau tak baca paper ke? Tak kisahlah Muslim.. aku dah biasa sambut birtday tanpa kekasih. Kekasih aku kan super busy..”

Muslim melihat riak wajah Ayla yang tampak sedikit berubah tatkala mereka berbicara mengenai Raykarl.
“Kau ada masalah ke dengan Karl?Duga Muslim.
Ayla menggelangkan kepalanya. Tak mahulah dia menceritakan hal peribadinya kepada Muslim. Rapat macam mana pun mereka. Dia tidak mahu Muslim tahu masalah yang sedang di tanggungnya sekarang.
“Aku dengan dia ok je. Macam biasa...” Balas Ayla pendek.
Muslim sekadar mengangguk. Malas ambil pusing sebenarnya. Raykarl dan Ayla memang pasangan kekasih yang memang banyak konflik. Tapi 10 tahun lamanya mereka bertahan. Ringan saja mulutnya mahu bertanya resepi.

*****
“Sayang what are you doing  here? Lengan Ayla di tarik masuk ke dalam biliknya. Daun pintu di tutup rapat. Kemudian dia berdiri tegak menentang pandangan Ayla.

Ayla tersengih sambil menunjukkan bungkusan sushi yang sememangnya menjadi kegemaran Raykarl. Sanggup dia beratur semata-mata mahu membeli makanan itu.

Raykarl mendengus kasar sambil menguak rambut kebelakang. Dia rimas dengan sikap Ayla yang over protecting. Makan minumnya semua di jaga Ayla. Belum di kira bab pakaiannya lagi. Boleh di katakan almari baju dekat rumahnya itu semua taste Ayla. Kasut? Tie? Dia tahu Ayla cuba menjadi yang terbaik. Tapi... makin lama dia makin rimas.

“Ay nak lunch dengan Karl tapi Karl cakap Karl sibuk kan? So... Ay tapau then kita boleh lunch sama-sama..” Kata Ayla yang sudah pun berpusing dan menuju ke pantry kecil yang terdapat di dalam bilik kerja Raykarl itu.
“Ayla!! Paggil Raykarl separuh menjerit.

Langkah Ayla terhenti dengan jantung yang berdegup kencang. Belum pernah lagi Raykal menengkingnya seperti itu. Perlahan-lahan dia berpusing dengan kepala yang tunduk memandang lantai.
Raykarl mengeluh kasar. Dia bercekak pinggang. Kesabarannya tinggal sedikit saja lagi. Dia menapak ke arah Ayla.

“Karl banyak kerja Ay! Kenapa Ay tak faham? Ay ni degil kan?!
Ayla mengangkat wajah menentang pandangan mata Raykarl.” Ay takut Karl kena gastrik...”
I can handle my self sayang!
Ayla mengigit bibir.”Ay belum lunch lagi...”

‘Ya Allah... Ya Allah... sabarkan aku..! Sabarkan aku...! Raykarl mengusap dada berkali-kali. Sesat kemudian langkah kaki di halakan ke arah pantry. Dia membasuh tangan dan mengambil pinggan. Dalam marah-marah dia masih risaukan Ayla sebenarnya. Ayla ada migrain. Kalau lapar automatik kepalanya akan di serang migrain.

“Hey. Tercegat dekat situ kenapa? Sinilah... makan. Kata belum makan...” Suara Raykarl sudah naik seoktaf mengejutkan Ayla.
Ayla mengangkat kening dan tersenyum.’Marah-marah sayang...’dia segera berpaling dan melangkah ke pantry dengan perasaan yang berbunga-bunga.

Dia tahu, Raykal masih sayang dan cintakannya. Bergaduhlah macam mana sekalipun, lelaki itu tidak pernah membiarkan dia dalam kelaparan. Bukan sekali dua mereka bergaduh sebelum keluar makan. Sudah berpuluh kali. Boleh pula Raykal menemaninya makan dan selepas daripada itu mereka akan sambung  bermasam muka. Rasa kelakar pula. Terlalu banyak kenangan yang tercipta sampaikan dia tidak mampu hidup tanpa lelaki itu.

Raykarl mencuri pandang ke arah Ayla yang sedang menikmati sushi kegemaran mereka itu. Sebenarnya dia suka melihat Ayla makan. Wajah Ayla nampak begitu kasihan tatkala sedang makan. Entah kenapa dia merasakan begitu. Apa yang dia tahu, itulah kelemahannya selain tangisan Ayla. Setiap hari dia nekad mahu memutuskan hubungan dengan Ayla. Tapi, setiap hari juga dia akan rasa bersalah kerana berniat seperti itu. Apa salah Ayla?

“Karl...sarang haeyo..! Ucap Ayla sambil mengenyitkan matanya. Comel.
Raykarl tersenyum kecil.”Hurmmmm....Itu saja jawapan darinya. Cepat-cepat dia memandang ke arah lain.
Ayla mencebik kemudian kembali mengunyah sushi. Geram juga melihat reaksi dingin Raykarl. Bukannya mahu membalas kata-kata itu. Sebaliknya lelaki itu cuma pamer wajah macam tak ada perasaan pula.

Raykarl sembunyi senyum melihat keletah Ayla. Ayla yang comel, Ayla yang manja, Ayla yang penyayang, Ayla yang take care... Huh... mampukah aku hidup tanpa dia? Tapi mampukah aku terus bertahan? Dia menoleh ke arah Ayla.
Matanya tertancap ke bibir Ayla yang kotor dengan sos sushi. Pantas tangannya mencapai tisu.”Ay... kan Karl dah pesan banyak kali... sayang. Makan tu cermat-cermat sikit boleh? Bibir Ayla di bersihkan dengan teliti.
Ayla bahagia dengan keadaan itu. Tapi bila sampai masa lelaki itu akan berubah jadi dingin. Apa yang tak kena dengan Karl ni sebenarnya? Hatinya tertanya sendiri.

“Karl...”
“Hurmm” Wajah Ayla di pandang sekilas.
End of week Ay nak picnic dengan Muslim dan  Sofea. Boleh?
Picnic? Dekat mana? Tanya Raykal. Jantung dah berdegup kencang saat mendengar nama Muslim.
“Tak jauh PD je..”
“Muslim? Kenapa dia perlu ada?

Ayla tersenyum. Nampaknya Raykarl masih cemburukan dia dan Muslim. Maksudnya apa? Dia rasa lega sangat. Mulut cakap tak sayanglah... Tapi dalam hati tu sebenarnya sayang.
“Sofea kan ada sekali. Kenapa perlu cemburu? Sengaja Ayla menduga.
“Karl ikut sekali. Putus Raykal tanpa dia sedar Ayla sedang mengujinya.
Ayla menjungkitkan bahunya.”Up to you! Tapi ni vacation dengan kawanlah Karl. Tak seronoklah kalau boyfriend ikut sekali..”

Pantas Raykal menjeling Ayla tajam. Dari dulu lagi memang dia tak ngam dengan Muslim. Muslim sudah lama menyimpan perasaan pada Ayla. Bukan dia tidak tahu.
“Kalau macam tu tak payah pergi” Kata Raykal geram. Wajahnya sudah masam mencuka.
“Ala..... Ay dah lama nak pergi PD. Ay dah booking hotel pun sayang..” Lengan Raykal di sentuh lembut. Rasa seronok pula mengenakan Raykarl. Lelaki itu memang ego tak bertempat! Ego melangit macam mana pun dia tetap sayang! Pelik! Wajah kacak Raykarl di pandang sambil tersenyum. Reaksi macam mana pun lelaki itu tetap nampak kacak.

“Tak boleh. Next time je kita pergi!
Ayla mengeluh kecil. Bibirnya di muncungkan tanda merajuk.”Lecehlah Karl ni..”

Raykarl mengeling Ayla di sebelah.”Ok pergilah... tapi Karl ikut. Kalau tak nak Karl ikut tak payah pergi. Duduk rumah. End week ni kita naik genting sekejap..” Tiba-tiba Raykarl memberi idea. Sebenarnya dia pun dah malas nak keluar berdating dengan Ayla. Bukan apa makin lama, nanti makin susah pula dia mahu berterus terang. Tapi mengenangkan Ayla bakal pergi bercuti dengan Muslim. Di lupakan sekejap perasaan itu.

Mata Ayla bersinar. Senyuman meleret. “Serius?
Raykarl mengangguk pantas. Ayla nampak begitu teruja. Jauh di sudut hati, kalau boleh dia tidak mahu mencipta lagi kenangan bersama Ayla. Semua itu akan membunuh perasaan Ayla dan dia sendiri. Tapi, dia tidak mampu membenarkan Ayla bersama Muslim. Gila sungguh perasaannya sekarang. Ibarat di luah mati mak di telan mati ayah! Satu kepututsan pun dia tidak mampu untuk tentukan.

So, Ay boleh cancle vacation tu” Arah Raykarl sebelum dia bangkit dan menapak ke arah Pantry kecil yang terdapat di dalam pejabatnya itu.

“Yes!!! Ayla bertepuk tangan perlahan. Bukan main seronok lagi dia melihat reaksi Raykarl. Sejak dulu lagi dia memang tahu Raykarl memang pantang kalau dia sebut hal yang membabitkan Muslim. Apa yang hebat sangat Muslim tu sampaikan Raykarl menganggap Muslim adalah pesaing hebatnya.




3 comments:

Unknown said...

Best nak lagi.

Anonymous said...

hai...first jgn sangka I nak kondem you tau..just utk sharing dgn you...kalau org yang menubuhkan sesuatu syarikat pangkat yang paling tinggi adalah DIRECTOR (pengarah)..CEO kedudukan dia dibawah director...so dalam novel you, kalau datuk Hakimi adalah CEO, siapa pula director? just confius...

Su Ann said...

anon : tq for comment. Yeke... ok lepas ni lebih berhati2 tq ya!