Wednesday, June 26, 2013

My. Mr Chef BAB 13

xsempat check up entri ni. Publish je dulu..hehhe...enjoy!



Seluruh ahli keluarga Datuk Muiz dan Datin Johana begitu teruja dan gembira menerima kedatangan Scha ke rumah agam. Kebetulan pula semua saudara mara masih belum pulang ke rumah masing-masing. Jadi, suasana di rumah agam itu tampak meriah dan riuh sekali. Emeriz yang sejak dari awal lagi sentiasa di sisi Scha. Dia tidak mahu Scha sendiri melayani keluarganya. Scha masih belum biasa dengan suasana baru itu.

“Amboi Riz... bukan main takut lagi dia nak lepas Scha ni kat kita. Takut sangat kita nak buli kesayangan dia ni..” Usik Mak Long Shida yang merupakan kakak sulung kepada ayahnya Datuk Muiz.

Emeriz tersenyum malu. Scha di sebelah di kerling sekilas. Gadis itu nampak tidak selesa. Kesian.”Mak Long, Scha ni masih tak biasa dengan keluarga kita. Riz takut dia tak selesa..” Jawab Emeriz jujur.

Mak Long Shida mencebik ke arah anak saudaranya Imran yang sejak dari tadi tidak lepas dari merenung ke arah Scha. Dia sendiri tertanya bagaimana gadis itu mampu merubah jalan hidup Emeriz yang selama ini seluruh keluarga tahu yang dia bertekad meninggalkan kesemua keluarganya demi Taliah. Bukan Imran tidak tahu, yang Mak Ngahnya iaitu Datin Johana begitu benci dengan model cantik itu. Seluruh keluarga di haramkan terus menyebut nama itu. Kalau ada yang terlepas cakap memang buruk padahnya di marahi Mak Ngah.
“Abang Riz. Jangan risau. Kami janji, tak akan buli Scha...” Usik Imran pula sambil mengangkat tangan seperti bersumpah.

Emeriz ketawa sambil menumbuk perlahan bahu Imran.”Janji ok! Scha ni sensetif sangat orangnya.. jaga-jaga...ok! Walaupun nampak cantik dan lembut kadang kala dia boleh jadi monster yang menyeramkan tahu! Sengaja dia mahu mengusik Scha yang sejak dari tadi lagi langsung tidak nampak ceria. Masam saja! Please Scha... gembira sikit.. berlakon pun saya tak kisah..!

“Awak jangan nak mula eh! Marah Scha sambil mencubit lengan Emeriz. Wajahnya sudah merah padam apabila di usik seperti itu. Sudahlah dia orang asing di situ. Keadaan di situ benar-benar membuatkan dia rasa tidak selesa. Hatinya meronta-ronta mahu pulang. Namun, mengenangkan desakan nenek dan mama tadi memaksa dia bertahan untuk beberapa jam lagi.’Bersabarlah wahai hati...’Dia cuba memujuk diri.
Emeriz mengaduh sambil mengusap lengannya.”Tengok-tengok... Mak Long, Imran, kan baru je cakap. Dia dah nak jadi moster ni..” Usik Emeriz lagi kali ini sudah menyorok di belakang Mak Long Shida nya.

Scha mengetap bibir geram.’Kenapa mamat ni mesra alam sangat eh? Dia menjeling Emeriz tajam! Mengada betul...! Nak balik... nak balikkk.... Jerit hati kecilnya. Dia betul-betul rasa canggung di situ.

Mak Long Shida dan Imran ketawa melihat keletah Emeriz dan Scha. Nampak malu-malu tapi bukan main garang lagi! Emeriz mengenyetkan matanya saat Scha menjeling ke arahnya. Seronok dapat menyakat Scha. Walaupun pada awalnya moodnya ke laut, tapi masih boleh di ajak bergurau. Emeriz boleh menarik nafas lega sekarang. Tak susah mahu menjinakkan hati Scha rupanya!

“Dah! Dah... korang ni tak sudah-sudah nak menyakat Scha saja. Kesian cucu nenek ni.. Meh sini sayang. Nenek nak tunjukkan Scha sesuatu...” Tiba-tiba Puan Jasmin yang baru muncul dari dapur segera menyelamatkan Scha dari di jadikan bahan usikkan mereka.

Scha tersengih tanda kemenangan ke arah Emeriz. Sempat juga dia menjelirkan lidahnya. Comel juga Scha ni..” Detik hati kecil Emeriz.

“Mak nak bawak Scha pergi mana? Soal Mak Long Shida sambil membontoti langkah Ibunya yang sedang memegang tangan Scha Erat. 

“Korang jangan nak gatal ikut! Ini di antara mak dengan Scha saja! Marah Puan Jasmin segera menarik lengan Scha masuk ke dalam bilik yang berada di sebelah tangga itu.

Emeriz menggaru kepalanya yang tidak gatal.” Scha dah kena kidnap dengan nenek lah..” Ujarnya sambil mempamerkan riak wajah kecewa kepada Imran dan Mak Long Shida.
“Biarlah abang Riz. Nenek nak berkenalan dengan cucu menantu pertama dalam keluarga kita ni..” Kata Imran yang berdiri di sebelah Emeriz.

“Jangan nenek tanya yang bukan-bukan sudahlah! Katanya perlahan antara dengar dan tidak.
“Apa? Tanya Mak Long Shida.

Emeriz memandang wanita bertubuh gempal itu.”Eh... tak ada apa-apalah Mak Long! Errr... Riz nak ke dapur dululah.... ada kerja sikit..” Cepat-cepat Emeriz meminta diri. Hatinya jadi risau secara tiba-tiba. Kalaulah nenek bertanya luar dari jangkauannya dan Scha tidak dapat menjawab macam mana? Hisy. Harap-harap tak lah...... Dia cuba menenangkan diri.

Langkah segera di atur ke bahagian dapur untuk membantu Uminya menyediakan juadah untuk makan malam sebentar lagi. Saudara mara yang lain sibuk berkumpul di tingkat atas menonton filem. Rumah agam itu di lengkapi dengan bilik yang berkeluasanan sederhana besar untuk di jadikan ruangan menonton filem. 

Emeriz meninjau Pavlova yang masih berada di dalam oven itu. Dia mengerling jam di tangan. Masih berbaki 10 minit sebelum meringue itu masak sepenuhnya. Pantas tangannya ligat menyiapkan topping untuk menyempurnakan Pavlova itu nanti.

Uminya yang masih sibuk dengan ketam masak karinya itu di biarkan saja dengan kerjanya. Dia tidak mahu menganggu. Mujur juga dapur di rumah agam itu luas. Jadi mereka boleh menyediakan makanan secara serentak mengikut kepakaran masing-masing.

Perlahan-lahan Emeriz menuang Whipping Cream ke dalam mangkuk besar dan kemudian di putar sehingga kembang dan sebati.
“Scha mana Riz? Tanya Datin Johana sambil berpaling ke belakang sementara mahu menanti kari menggelegak.

“Ada dekat bilik nenek. Entah apa yang di borakkan pun Riz tak tahu! Jawab Emeriz sambil tangannya ligat memutar krim itu.

Datin Johana melangkah ke arah anak lelakinya itu.”Umi tengok Scha tu baik budaknya Riz. Sayang sangat kalau terlepas kepada orang lain..”
Emeriz memandang Uminya sekilas.”Umi.... Kan kami dah bertunang! Tak sampai setahun akan di satukan. Umi janganlah risau lagi.. Riz tahu dia gadis yang baik. InsyaAllah Umi, Riz akan jaga dia elok-elok..” Katanya sambil tersenyum. 

Namun, siapalah yang mampu melihat hatinya yang sedang cedera teruk itu. Rasa seperti mahu meletup saat dia dan Scha rasmi menjadi pasangan bertunang. Puas sudah dia cuba memujuk hati agar cuba untuk melupakan Taliah. Tapi makin dia cuba makin bernanah luka itu.

Datin Johana tersenyum lega.” Umi.. sayangkan dia Riz. Bukan senang Umi nak terima mana-mana perempuan yang dekat dengan Riz. Tapi, Umi tengok Scha lain dari yang sebelum-sebelum ni..”

“Apa yang lainya Umi? Sengaja Emeriz mahu tahu. Memandangkan dia masih belum mengenali Scha dengan lebih dekat. Kalau boleh dia juga mahu tahu apa yang istimewanya Scha itu pada pandangan mata Uminya.

“Riz tak nampak ke wajah dia tu? Soal Datin Johana tanpa menjawab pertanyaan anak lelakinya itu.

Emeriz menggeleng pantas.”Yang Riz nampak, dia cantik.....” Itu memang kenyataan yang tidak dapat di nafikan oleh sesiapa pun. Dengan gayanya yang sederhana dan simple itu langsung tidak menjejaskan kecantikan semula jadinya itu. Tapi, Emeriz masih bingung... mengapa wajah Scha dan Aqil langsung tidak sama. Walaupun dia tidak ada adik beradik lain, tapi dia tahu lelaki ataupun perempuan kalau dah nama adik beradik, acuan wajah pasti tidak jauh bezanya. Memikirkan Scha dan adik bongsunya Aqil itu dia jadi tertanya-tanya. Namun, pertanyaan itu cuma berlegar dalam kepalanya saja. Tidak pernah pula dia bertanya kepada Scha mahupun keluarganya. Gila apa nak tanya soalan seperti itu?!

“Luar dalam cantik Riz! Kejujuran dia terpancar di wajahnya yang mulus tu. Kejujuran yang tak pernah ada pada wajah Taliah!
Tangan yang tadinya lincah terhenti serta merta. Wajah Umi di pandang minta pengertian. “Apa Umi ni? Emeriz pamer wajah bengang. Elok-elok moodnya baik hari ini terus jadi tak baik! Spoill!

“Umi cakap perkara yang betul Riz...! Lengan sasa anaknya di pegang lembut.
Emeriz mengeluh perlahan. Kalau boleh dia tidak mahu ingat langsung pada Taliah. Mengingati Taliah umpama menjerut perasaannya sendiri! Mana boleh dia melupakan wanita yang sudah bersamanya lebih dari 3 tahun itu semudah itu! Kenapa Umi masih mahu mengungkit?
“Jujur atau tidak Taliah cuma Riz saja yang tahu Umi! Kata Emeriz sedikit tegas. Walaupun mereka sudah berpisah dan tak mungkin bersatu. Tapi, siapa Taliah rasanya dia lebih kenal lagi wanita itu berbanding Uminya. Masih ada rasa sakit jika Umi berkata yang bukan-bukan mengenai Taliah.

“Riz... kena lupakan dia! Wajib! Umi mahu Riz tumpukan perhatian pada persiapan perkahwinan Riz dengan Scha...” Datin Johana berkata tegas.

“Ya.. Umi Riz faham! Balas Emeriz dingin. Putaran Krim itu di letakkan ke tepi. Kini tangannya ligat memotong buah strawberi dan kiwi untuk di jadikan bahan hiasan. 

Kenapalah di saat hatinya mahu sembuh itu Umi boleh pula membangkitkan isu Taliah pula? Apa lagi yang Umi mahu aku lakukan untuk memuaskan hatinya? Ya tuhannnn..

Datin Johana mengetap bibir sebal melihat tingkah anaknya jika berbicara mengenai hal perempuan itu. Taliah memang tetap tidak akan pernah di lupakan oleh anaknya itu. Itulah kenyataan yang cukup memeritkan! Walhal dia sengaja mahu menduga Emeriz sebentar tadi. Tapi, ternyata kegembiraan yang terpancar di wajah anaknya sepanjang hari ini hanyalah kegembiraan palsu!


Di meja makan Scha duduk di sebelah Puan Jasmin. Wanita berusia 70 tahun itu begitu baik melayan Scha. Emeriz lapang dada melihat kemesraan yang terpancar di antara mereka.

“Cantik betul Kak Scha ni..” Puji Zailia sepupu kepada Emeriz merangkap anak ke dua Mak Long Shida.

Scha mengangkat wajah memandang Zailia . Dia tersenyum malu. Tak habis-habis semua memujinya hari ini..’ Anak mama mestilah cantik. Sempat pula hatinya berbunga sendiri.

“Tengoklah Chef Riz kita tu. Kacak pasangannya mestilah cantik! Betul tak?? Tokok Imran pula.

Semua di meja makan ketawa besar.”Sudah-sudahlah tu mengusik Scha..” Kata Datuk Muiz pula yang nampaknya begitu gembira melihat kegembiraan mereka sekarang. Rumah yang pernah sunyi itu kini kembali berwarna warni. Scha memang pilihan yang terbaik untuk anak lelakinya itu.

“Betul cakap abang tu. Diaorang ni tak habis-habis nak mengusik Scha. Mentang-mentanglah orang tu diam saja.... makin seronoklah korang menyakat kan! Sampuk Datin Johana pula.

Emeriz sekadar tersenyum. Langsung tidak menduga sebaik ini penerimaan keluarganya terhadap Scha. ‘Alangkah bagus kalau Scha itu ialah Taliah. Pasti Taliah bahagia bila dia berada di tempat Scha..’ Sayang di mana sayang sekarang?! Hati Emeriz merintih sendiri. Nasi di dalam pinggan di tenung lama. Seleranya mati sejak dia berpisah dengan Taliah beberapa minggu yang lepas. Bukan dia tidak mahu ambil peduli komen orang sekeliling yang memperkatakan tentang keadaan tubuhnya yang semakin hari semakin kurus itu. Sudah puas dia cuba makan sebanyak mungkin. Namun benarlah kata orang, susah hati memang boleh buat seseorang itu kurus. Ya... dia sedang mengalami situasi itu.

Puan Jasmin mengasingkan isi ketam lalu di letakkan di dalam pinggan Scha. Hampir terjojol biji matanya melihat makanan laut yang telah menjadi kepantangannya sejak dari kecil lagi.”Ya Allah apa aku nak buat ni..? Dia menelan air liurnya.

Puan Jasmin menoleh ke arah Scha di sebelah yang terkulat-kulat melihat makanan di dalam pinggannya.”Kenapa tak makan Scha? Tegurnya sambil menyentuh lembut peha gadis manis itu.

Scha tersentak.”Errr.... tak ada apa-apa nek. Nampak menyelerakan..! Kata Scha dengan riak wajah antara senyum dan tidak itu. Emeriz sekadar menjadi pemerhati sahaja. Wajah serba salah Scha itu di tenung lama. Kenapa pula? Tadi bukan main gembira lagi dia...”

Scha mengetap bibir. Perlahan-lahan dia mengangkat sudu itu lalu penuh berhati-hati dia menyuapkan nasi yang di campur dengan isi ketam itu masuk ke dalam mulutnya.”Ya Allah selamatkan aku!! Desis hati kecilnya.

“Makan lagi Scha. Ketam ni, nenek beli di pasar tadi bukan main segar lagi..” Kata Puan Jasmin sambil tangannya ligat mengasingkan isi ketam itu dan di letakkan di dalam pinggan Scha.

“Nek, sudahlah tu.. makanlah.. pandailah Scha tu makan sendiri. Tegur Emeriz yang perasan Scha sudah mula rasa tidak selesa. Dia kasihan sebenarnya dengan Scha yang terpaksa melayan kerenah neneknya itu. Nenek memang macam tu. Kalau dah suka macam tulah dia layan..haih!

“Alah apa salahnya. Ketam ni kegemaran nenek tau Riz. Jadi, Scha juga mesti sukakan ketam...! Makan Scha... jangan malu-malu.. Bahu Scha di tepuk lembut. Scha cuma menganggukan kepalanya tanpa banyak bicara.

Emeriz mencuri pandang ke arah Scha yang nampaknya tidak begitu berselera untuk menjamah makanan. Tadi wajahnya itu nampak ceria tetapi kenapa tiba-tiba jadi pucat seperti itu. Emeriz hairan sendiri. Suapannya juga tampak perlahan.

Selepas habis makanan di dalam pinggan Scha segera membawa pinggan kosong itu ke dapur. Sebelum berlaku kekecohan di situ ada baiknya dia berlalu dari situ.

Emeriz juga bangkit mengangkat pinggannya di saat semua sedang ralit menikmati makan malam itu. Dia masuk ke bahagian dapur. Langkahnya mati tatkala melihat Scha terbongkok-bongkok di singki seperti sedang memuntahkan makanan yang di makannya tadi. Emeriz segera melangkah ke arahnya.’eh dia ni tengah berdiet ke main jolok anak tekak ni? Emeriz tertanya sendiri. Bukan dia tidak tahu fenomena gadis zaman sekarang yang takut gemuk!

Matanya tertancap pada batang tubuh Scha yang nampak memang langsing persis model itu. Nak kurus apanya lagi?

Pinggannya di letakkan di atas yang berhampiran dengan peti ais itu. “Scha kenapa ni? Soalnya perihatin. Dia terbongkok-bongkok untuk melihat wajah Scha. Namun, Scha cuba mengelak dengan menekup wajah dengan kedua-dua belah tangannya.

“Sa... saya ok!! Jawab Scha sedaya upaya tidak mahu Emeriz melihat keadaan wajahnya. Dia memang alah dengan ketam. Bila makanan itu sudah masuk ke dalam perutnya tak sampai seminit dua wajahnya akan menunjukkan perubahan yang begitu ketara.

Emeriz tidak sedap hati. Pantas tangannya memegang pipi Scha yang kebasahan itu agar memandang ke arahnya.

“Awak... tak nak lahhh!! Scha menolak kuat sambil menutup wajahnya.
Emeriz hairan.”Eh kenapa ni? Tutup-tutup muka bagai?? Soalnya kalut.
“Tak ada apa-apalah! Awak pergilah sana.... Scha mengelak lagi dengan memandang ke arah lain. Namun, Emeriz lebih pantas merentap tangannya.
Dan saat wajah itu berpaling ke arahnya....
“Ya Allah!!!

Scha mengeluh perlahan. Kepedihan yang di rasakannya saat itu sebenarnya sudah tidak mampu di tanggungnya lagi. Mahu atau tidak Emeriz patut tahu.

Emeriz menelan air liur cuba mengamati apa yang di lihatnya itu adakah betul atau cuma khayalannya saja. “Apa dah jadi dengan bibir awak Scha?? Soal Emeriz dengan riak yang masih lagi tidak percaya itu. Bibir yang pada asalnya tampak cantik dan menawan kini sudah berubah bentuk menjadi satu bentuk yang menakutkan! Dah macam kena suntik silikon pun ada!

“Saya alergik dengan ketam! Akhirnya Scha memberitahu juga perkara yang sebenar. Tidak sampai hati rasanya mahu menolak makanan laut itu tadi, memandangkan nenek begitu bersungguh-sungguh mengasingkan isi ketam untuknya.

Hampir terduduk saat Scha memberitahu keadaanya yang sebenarnya itu.” Ya Allah kenapa awak tak cakap awal-awal Scha? Kenapa awak makan juga ketam tu kalau dah tahu keadaan akan jadi seperti ini? Soal Emeriz bertalu-talu.

 Pantas tangannya memegang dagu runcing itu. Dia memusing-musingkan wajah Scha ke kiri dan kanan. Bengkak itu sudah kian membesar! Dia panik! Scha perlu di rawat segera. Silap hari bulan boleh membawa maut! Hisy. Nauzubillah... Emeriz cuba bertenang.

Memang dia pernah dengar ada sesetengah orang alergik dengan makanan laut. Tapi tak sangka pula orang itu adalah Scha!”Dah jom kita pergi klinik. Dah teruk sangat ni!.... Putus Emeriz sambil mengheret lengan Scha keluar dari dapur itu. Scha  menutup bibirnya saat melalui meja makan dan yang pasti semua di situ terpinga-pinga melihat kekalutan itu.

“Eh kenapa ni Riz??? Soal Datin Johana seraya mengikuti jejak anak dan bakal menantunya yang sudah meluru keluar dari rumah. Semua turut sama mengekori langkah Datin Johana.

Emeriz segera membukakan pintu untuk Scha. Saat Scha sudah melangkah masuk ke dalam audinya dia segera menutup pintu itu sepantas yang mungkin.

Semua sudah berkumpul di muka pintu untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Sempat Emeriz berpaling ke arah mereka.”Scha alergik dengan ketam!! Riz nak bawa di ke hospital dulu... Laung Emeriz sebelum masuk ke dalam keretanya.

Puan Jasmin terkejut. Rasa bersalah pula kerana tidak bertanya kepada Scha terlebih dahulu.”Ya Allah baiknya budak tu... sampaikan dia sanggup tanggung akibat yang teruk semata-mata mahu menjaga hati aku...’

Emeriz duduk di sebelah Scha yang terbaring di atas katil. Selepas mendapatkan suntikan, bengkak yang tadinya nampak benar-benar menakutkan kini, sudah mulai hilang secara perlahan-lahan.

“Kenapa awak tak cakap?Tanya Emeriz.
Scha menoleh ke kanan sekilas. Dia masih lemah lagi. Dia paling tak suka di suntik! Secara automatik tubuh badannya akan jadi lemah longlai.”Dah awak tak tanya...! Balasnya pendek.

Emeriz mengeluh perlahan sambil menguak rambut.” Patutlah saya nampak awak macam tak selesa di meja makan tadi.. tak sangka betul yang awak ni alergik pada ketam.!!

Scha cuma tersenyum segaris.” Kesian tengok nenek bersungguh asingkan isi ketam untuk saya tadi..”
“Scha... awak perlu protec diri awak kalaupun berdepan dengan keadaan macam tadi tu. Nasib awak tak apa-apa. Kalau jadi apa-apa pada awak, apa yang saya nak cakap dengan papa dan mama awak nanti?

Wajah risau Emeriz di pandang lama. “Alah bukan pertama kali jadi macam ni... sekali sekala makan ketam sedap juga..” Scha cuba berjenaka. Namun, melihatkan keseriusan Emeriz tawanya mati serta merta.

“Tak lawak ok! Perkara ni bukan boleh di buat main-main Scha..! Tegas Emeriz.
‘Alahai mamat ni nak membebel pula. Aku buat semua tu kan sebab nenek dia juga! Hargailah sikit...! Omel Scha di dalam hati.

“Oklah.. lepas ni awak ceritakan dekat nenek ya. Jangan lepas ni dia suruh saya makan ketam lagi sudah lahhh! Kata Scha.
“So, awak alergik dengan apa lagi? Soal Emeriz ingin tahu. Rasa bersalah pula tak bertanya awal-awal soalan itu. Tapi, macam tak masuk akal pula mahu bertanyakan soalan seperti itu. Lainlah dia sudah mengenali gadis itu lama. Ini tak sampai sebulan!

“Ketam je lah! Makanan seafood lain ok. Like a fish... sotong, udang cuma dengan ketam ni je lahh yang saya tak boleh makan! Rugikan!

Emeriz menggelengkan kepalanya. Memang rugi! Eh sempat!
“Dah dah... awak rehat sejam dua lagi. Saya dah call mama dan papa awak. Nanti saya hantar awak balik. Awak tidur dulu, saya tunggu dekat sini..” Arah Emeriz sambil membantu Scha berbaring.

Scha menggerakkan tubuhnya untuk berbaring seperti yang di arahkan. Dia ada rasa mengantuk sedikit. Mungkin kesan daripada suntikan dan ubat-ubatan yang di telannya tadi. Emeriz berdiri sambil membetulkan selimut supaya menutupi tubuh gadis itu.

Tanpa sedar, Emeriz mengusap lembut kepala Scha. Dalam keadaan mamai itu Scha tidak mampu untuk menghalang sebaiknya dia membiarkan saja perlakuan Emeriz itu. Mungkin juga lelaki itu rasa bersalah terhadapnya! Lantak kau lah Emeriz....! Fikirnya.

Scha yang sudah pun menutupkan matanya itu di pandang lama. Entah mengapa dia baru sedar seperkara lagi mengenai gadis itu. Ya... Scha sangat menghormati perasaan orang lain. Dia jatuh simpati melihat keadaan Scha! Mengenangkan apa yang telah dia lakukan terhadap gadis itu sepanjang tempoh perkenalan mereka dia jadi begitu bersalah.

“Maafkan saya Scha..! Saya janji saya akan jaga awak macam nyawa saya sendiri...! Bisik Emeriz perlahan. Pipi mulus yang sedikit membengkak itu di usap perlahan-lahan. Dengkuran halus yang tercetus dari bibir gadis itu menandakan yang dia sudah terlena sedikit melegakannya.

Wajah itu di tenung dalam-dalam. Benar kata Umi mengenai peribadi Scha sewaktu mereka di dapur sebentar tadi. Semua kata-kata Umi ada benarnya! Dia akuinya kebenaran itu. Kejujuran seseorang itu memang akan terpancar dari wajah. Sama seperti apa yang di lihatnya sekarang!

Antara sedar dan tidak Emeriz berjanji dengan dirinya sendiri. Dia akan cuba untuk menerima Scha di dalam hidupnya. Sudah terlalu banyak yang di korbankan oleh gadis itu untuk dirinya yang  bukan siapa-siapa dalam hidupnya. 

Jadi, tidak salah jika dia mencuba...! Bayangan Taliah mulai hilang sedikit demi sedikit...

2 comments:

Unknown said...

nak lagi .

Ixorariana said...

Nasib baik sy blh mkn semua.. takde alergik apa2.. huhu