Wednesday, June 5, 2013

My.Mr.Chef 12


Tetamu sudah memenuhi ruangan khas yang akan berlangsungnya majlis pertunangan di antara Emeriz dan Scha sebentar saja lagi. Kelihatan para petugas sibuk membuat sentuhan terakhir terhadap pelamin mini yang di hiasi bunganan segar itu. Halaman rumah di hias indah. Menjamu mata tetamu yang hadir.

Di bahagian kanan pula terdapat dekorasi yang di cipta khas bersempena dengan kisah pertemua Scha dan Emeriz di kelas masakan. Red velvet dan pavlova di susun cantik di atas piring bertingkat di letakkan di sisi pelamin. Semua manisan mulut itu di buat khas oleh Emeriz sendiri  untuk Scha.

Para jemputan media juga sudah tiba lebih awal untuk membuat liputan di sepanjang majlis berlangsung. Selain itu, Stesen KTV juga telah mendapatkan hak penyiaran exclusive sepanjang berlangsungnya majlis pertunangan itu. Memang majlis itu sentiasa di nanti-nanti dan bakal meletup dan menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini.

Tepat jam 10.00 pagi. Rombongan pihak lelaki tiba dengan membawa 7 dulang hantaran yang di hias cantik bertemakan bungaan segar berwarna putih dan merah. Pihak perempuan pula membalas dengan 9 buah dulang hantaran. Kedua-dua hantaran baik dari pihak Emeriz dan Scha telah di gubah oleh pereka terkenal yang kebetulan juga merupakan kenalan rapat Datin Johana.

Di bahagian luar rumah pula para wartawan sudah mula mengerumuni Emeriz yang di temani oleh Rasul dan Mail yang bertindak menjadi pengawal peribadinya.“Maaf... segala semua pertanyaan anda semua akan di jawab selepas berlangsungnya majlis ini. Harap semua memahami..” Ucap Rasul mewakili Emeriz yang cuma tersenyum manis. Dia memang tidak di benarkan oleh Uminya untuk memberi sebarang kenyataan sehinggalah selesai majlis.

Mail pula bertindak mengawal situasi. Berbekalkan pengalaman menguruskan Emeriz sepanjang 3 tahun ini sudah banyak mengajarnya bagaimana mahu melindungi Emeriz dari pihak media. Dia sudah terlalu biasa dengan situasi ini.

Majlis di mulakan dengan sesi berbalas pantun dari kedua-dua belah pihak yang menggunakan wakil dari pihak keluarga terdekat. Dari bab meminang, wang hantaran dan sehinggalah menetapkan tarikh pernikahan menjadi bahan perbincangan mereka. Setelah mendapatkan persetujuan. Scha di panggil turun untuk majlis menyarungkan cincin oleh Datin Johana.

Scha di iringi oleh Imani melangkah turun dari tingkat atas. Dia nampak anggun dengan baju kurung moden yang di perbuat daripada kain shifon dengan campuran lace yang di import dari indonesia itu benar-benar menyerlahkan lagi kejelitaannya. Liza yang juga merupakan anak saudara Puan Sharifah Suraya bertindak sebagai juru make up hari itu tidak memerlukan kerja keras untuk mencantikkan wajah Scha yang sudah memang sedia cantik itu.

Lensa kamera mula berkerlipan di sana sini di saat jari manis Scha di sarungkan cincin bertahta berlian itu. Scha menundukkan kepala mencium tangan Datin Johana tanda hormat. Untuk pertama kalinya dia merasakan perasaan gementar begitu. Dia benar-benar gugup biarpun pertunangan itu tidak pernah di relakan oleh hatinya.

“Tahniah Scha! Ucap Datin Johana seraya mengucup dahi Scha penuh kasih sebagai seorang anak. Tanpa perlu memupuk kasih sayang terhadap Scha, dengan sekali pandang saja dia sudah jatuh sayang. Dia tahu Scha gadis yang baik dan datang dari keturunan baik-baik. ‘Memang tepat Scha untuk Emeriz... Detik hati kecilnya sambil meneliti wajah cantik bakal menantunya itu.

Puan Sharifah Suraya dan Tuan Syed Moktar tersenyum sambil mengesat air mata, Terharu yang anak mereka kini sudah menjadi tunangan orang. Scha sudah melangkah ke satu tahap yang baru dalam kehidupannya. Persoalan yang dia bukanlah wali untuk Scha langsung tidak mahu di fikirkan buat masa ini. Apa yang penting dia mahu Scha bahagia biarpun bagaimana anak dan bakal menantunya itu berjumpa. Dia pasti Emeriz mampu membahagiakan Scha. Dia mahu Emeriz mengotakan janji-janjinya.

“Tahniah Scha..! Ucap Imani sambil merangkul tubuh sahabat baiknya itu.

“Imani... kau jangan nak over sangat sedih-sedih bagai ok! Aku ni bertunang dengan mamat tu bukan sebab cinta tau...! So, tak payah nak drama sangat..! Sempat Scha berbisik ke telinga Imani geram.

Kenapalah Imani masih boleh bergembira di saat dia sedang berduka cita? Bagai nak luruh jantungnya sebab terpaksa mengadap semua perkara yang tak pernah terlintas dalam kepala otaknya sepanjang hampir 21 tahun dia hidup di muka bumi ini. Bertunang kot! Majlis dan sambutannya sama seperti dia dan Emeriz bakal di satukan. Lensa kamera ada di mana-mana.

Wartawan pula memenuhi ruang di hadapannya saat itu. Dan sebentar lagi dia dan Emeriz bakal di temu ramah secara siaran langsung untuk rancangan wanita di sebuah tv swasta.’Mati hidup semula pun aku tak percaya apa yang sedang aku hadapi sekarang ni. Kalau ia cuma mimpi tolong jagakan aku tuhan! Aku tak mahu mensia-siakan hidupku hanya untuk orang yang tak pernah aku cintai..’ Bisik hati kecilnya.

Imani sekadar mencebik.” Tunang kau sikit punya kacak, sudahlah terkenal.. apa lagi yang kau nak ni Scha..? Imani mengetap bibir geram.

Love!!! Balas Scha perlahan.

Imani menggelengkan kepalanya mendengar kata yang di ungkapkan oleh Scha.

“Scha!!! Congratulation....! Entah dari mana datangnya Diana tanpa mempedulikan semua hadirin yang ada dia segera memeluk Scha.

“Kak D... Ingatkan tak datang...! Rengek Scha sambil membalas pelukan itu. Pipi Diana di kucup tanda dia benar-benar rindukan wanita yang sudah di anggap seperti saudara kandungnya itu.

Diana melepaskan pelukan. Dia menggenggam kedua-dua belah tangan Scha. Wajah itu di renung dalam-dalam.”Kak D mesti datang sayang...! Tak sangka akhirnya Scha dengan Chef bakal di satukan juga...siapalah mampu untuk menindakkan ketentuan Allah..! Kata Diana sedikit terharu.

“Kak D... Scha terpaksalah...! Bisik Scha dengan dahi yang berkerut. Takkan lah Kak Diana masih tak faham-faham. Hisy! Mujur juga saat itu Datin Johana sudah turun dari mini pelamin itu.

Whateverlah dik. Yang pasti Chef tu menjadi kegilaan wanita di luar sana. Siapa sangka Scha juga yang di pilihnya..” Ujar Diana dengan senyuman lebar. Apa lagi yang Scha mahukan dia sendiri tidak pasti. Sudahlah kacak, berkerjaya, pandai masak lagi. Sempurna!

Scha mencebik.”Kak D...ni.. sebab Kak D juga Scha terpaksa bertunang dengan dia tau..! Nada suaranya sengaja di buat seperti merajuk.

Diana ketawa kecil sambil menutup mulut.”Suatu hari nanti Scha pasti akan berterima kasih dengan Kak D tau..” Bisik Diana sengaja mahu menyakat Scha.

“Ok! Di persilakan bakal pengantin lelaki untuk sama-sama bergambar dengan bakal pengantin perempuan! Suara juru acara majlis bergema mengejutkan Scha dan Emeriz.

“Weh!! Perlu ke semua ni? Bisik Scha ke telinga Imani. Dia memang tidak tahu menahu langsung yang majlis ini akan di akhiri dengan sesi bergambar begini. Sumpah! Dia tidak selesa dan malu!

“Sini ramai wartawan Scha. Semua ni kehendak merekalah. Ikut jelah....! Balas Imani.

“Betul tu Scha..! Jangan nak buat pasal ok! Diana memberikan amaran.

“Kenapa pula mamat tu boleh ada kat sini? Ikutkan dia tak boleh nak tunjuk muka dia kat sini...”Tokok Scha dengan perasaan yang agak sebal.

“Kata tunang kau selebirit Scha... apa nak buat!Haih. Gigit jarilah perempuan kat luar sana!!! Balas Imani seperti mengeluh.

Scha mengeluh kecil. Anak matanya tertancap ke arah sesusuk tubuh yang segak memakai baju melayu berwarna sedondon dengannya sedang menapak ke arahnya di iringi oleh Rasul. Dadanya bagai di palu-palu saat pandangan matanya berlaga dengan pandangan mata Emeriz. Sumpah! Dia rasa seperti mimpi yang lelaki itu kini bergelar tunangannya! Siapa sangka selama ini lelaki itu cuma di kenali melalui kaca tv dan sekarang mereka bakal di satukan sebagai suami isteri tidak kurang dari tempoh setahun! Nothing impossible!!!


Emeriz seakan terpaku melihat kejelitaan Scha dalam persalinan itu. Kenapa selama ini dia seakan tidak menyedari yang Scha juga memiliki seraut wajah yang cantik dan jelita? Mugkin juga selama ini Scha jenis bukan yang suka ber make up. Jadi, dia  sampai tidak perasan yang wajah itu sebenarnya sangat cantik biarpun tiada calitan make up yang tebal. Ada sedikit rasa bangga yang tunangannya itu boleh tahan juga!

Emeriz duduk di sebelah Scha. Masing-masing terasa begitu kekok. Scha cuba mengawal rasa debar. Memang dia tampak bodoh kerana tidak mampu untuk menyembunyikan rasa itu. Emeriz pula nampak lebih tenang kerana dia memang sudah terbiasa dengan suasana seperti ini.

“Chef! Awak jangan cuba nak ambil kesempatan ok! Bisik Scha sambil merapatkan sedikit tubuhnya ke arah Emeriz.

Emeriz tersenyum lalu mengangguk. Sesaat dua mata mereka bertentangan. Namun, cepat-cepat Scha membuang pandang ke arah lain. Dan perlakuan mereka itu di rakamkan oleh jurukamera.

‘Fuhhh!!! Mamat ni memang sengaja nak mengenakan aku! Dah tahu aku ni gabra gila dia sengaja nak tenung-tenung menggoda macam tu pulak! Ngomel Scha di dalam hati.

Selepas berlangsungnya sesi bergambar para wartawan mula mengerumuni Emeriz dan Scha untuk upacara temubual pula seperti yang sudah di janjikan oleh Emeriz sebelum ini. Lagipula, pihak KTV akan mengadakan siaran langsung sebentar lagi untuk rancangan Hits TV.

Scha cuma mendiamkan diri sepanjang sesi temubual berlangsung seperti yang di arahkan oleh Emeriz sebelum ini. Lagipun dia memang tidak pernah berminat untuk menjawab semua soalan yang akan di ajukan kepadanya.’Bukan aku yang jadi selebriti!!! Detik hati kecilnya sambil mencuri pandang ke arah Emeriz di sebelah yang rancak menjawab semua soalan. Dia mencebik kecil apabila terdapat beberapa perkara auta yang keluar dari bibir lelaki itu.’ Haih!! Nak berbohong pun agak-agaklahhhh.... ada ke patut dia cakap dia memang cintakan aku! Eh!! Aku tak tahu pun? Lawak betul mamat ni..’ Hurrrmmm ke dia memang ada hati kat aku ni...!!

“Apa pula ucapan Cik Scha untuk Chef Emeriz? Tiba-tiba wartawan dengan nama samaran sebagai Antu itu bertanya. Sudahlah nama seram semacam. Soalan pun boleh tahan seram...’ Adoii.. apa nak jawab ni...’

“Ucapan?? Eerrrr... Scha menoleh ke arah Emeriz meminta pertolongan. Namun, Emeriz memberi isyarat menyuruhnya menjawab soalan itu.

“Ehemmm. Scha membetulkan duduknya.” Semoga perhubungan ini sentiasa di terima ramai dan saya amat berharap yang Emeriz dapat tahan dengan perangai saya ni..” Jawab Scha secara spontan. Emeriz sedikit kaget tapi dia cepat-cepat mengawal diri sambil tersenyum lega dengan jawapan dari mulut Scha yang bijak memainkan peranannya

Emeriz mengerling ke arah Scha. Scha cuma mengangkat kening. Sengja dia mahu mengenakan Emeriz sebenarnya. Lepas ni....kita tengok.. siapa dulu yang minta mahu putuskan pertunangan ni..’ Scha tersenyum sinis.

“Sayang... sebelum kita sampai ke tahap ini, saya dah bersedia untuk itu semua. Don`t Worry sayang..” Balas Emeriz selamba menyebabkan suasana menjadi kecoh. Bukan main lagi mereka bersorak melihat keromantikan Emeriz yang memanggil Scha dengan perkataan sayang itu.

Scha menelan air liur. Terasa pahit dan kesat! Sayang? Bibirnya terketar-ketar. Kepala lutut dah mengigil. Mujur juga mereka sedang duduk. Kalau tidak boleh tumbang dia di situ. Dasyat betul mamat ni mengenakan aku!

**

“Panggil saya Emeriz tak pun Riz. Saya bukan Chef awak lagi..” Kata Emeriz berbaur arahan kepada Scha sewaktu gadis itu menghantarnya ke kereta.

Scha mencebik. “Ada apa dengan panggilan! Sama saja maksudnya kan!! Chef ke, Emeriz ke, Riz ke, orang itu tetap awak kan?? So apa yang peliknya??? Soal Scha bersahaja. Sengaja mempamerkan riak wajah berlagaknya.

Emeriz tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.” Tak mesralah kalau awak panggil saya Chef! Panggil Emeriz ok? Pinta Emeriz lembut.

Scha mendengus geram.”What Everlahhh!! Balas Scha kasar sambil mempamerkan riak wajah mencuka. Kalau boleh dia mahu lelaki itu cepat-cepat beredar dari situ. Bukan tak selesa. Cuma dia risau jika Emeriz dapat menyedari apa yang sedang melanda hatinya sekarang. Mahu atau tidak, lelaki itu sudah menjadi tunangannnya. Wajarkah hatinya langsung tidak tersentuh untuk Emeriz? Tipulah kalau dia tidak merasa getar walau sekelumit pun! Emeriz lelaki sempurna yang punya segalanya. Dia punya raut wajah yang mendamaikan... matanya saja sudah mampu menimbulkan rasa getar saat bertentang mata! Boleh tahan hebat mamat ni kan..!

Emeriz menggelengkan kepalanya melihat keletah Scha. Wajah cantik itu di pandang lama.

Scha memandang hairan. Rasa tidak selesa apabila Emeriz merenungnya seperti itu.”Apa masalah awak pandang saya macam tu??? Soalnya dingin. Cuba bereaksi tenang walaupun jantung di dalam sana bagai mahu tercabut.

“Kenapalah sebelum ni saya tak perasan yang awak sebenarnya cantik dan menawan?

Scha mengetap bibir geram. Sempat! Nak mengata aku!”Awak ni kenapa? Nak sakitkan hati saya? Cakap je lah yang awak sebenarnya nak perli saya..! Saya tahu saya ni tak secantik Taliah awak tu..” Bidasnya selamba.

Emeri menggelengkan kepalanya. Scha memang kepala angin ! Itu adalah kenyataannya. Memang benar kata Puan Sharifah Suraya yang tunanganya itu pantang di usik! Muka dah nampak lembut tapi boleh tahan barannya.

“Scha.. awak ni... janganlah asyik nak marah aja! Inikan hari bahagia kita...!

Scha mencebik”Bahagialah sangat..... matanya sudah di naikkan ke atas dengan tangan naik ke bahu.

Emeriz ketawa melihat keletah Scha. Kadang kala Scha boleh jadi lucu juga.”Awak ni macam-macamlah Scha...! Oh ya..... jangan lupa malam nanti kita ada date...!

Dahi Scha berkerut seribu. Date??? Bila masa pula?? Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Kan saya dah cakap dengan awak semalam. Nenek saya tak sempat nak tengok kita bertunang. Jadi, malam ni dia baru sampai dari singapore..

“Owhhhh !! Ok!! Ingat! Tapi perlu ke? Tak manis lah nak ke rumah awak. Kitakan baru bertunang...! Apa pula kata orang nanti..”

Emeriz tersengih.”It`s ok. Saya dah minta kebenaran mama dan papa awak..”

Scha mengangguk-angguk. Emeriz melihat aksi itu dengan pandangan hairan.

“So, dah pandai gunakan orang tua saya lah untuk kepentingan diri awak ek? So.... bijak!

“Scha...! Salah ke nenek nak jumpa bakal cucu menantu dia. Sejak beberapa hari ni nenek asyik call saja, katanya tak sabar nak jumpa awak..”

Scha mencebik kecil. Sudahnya semua orang di sekelilinganya di gunakan oleh Emeriz. Nenek, papa, mama.... Aqil pun sudah di pancingnya. Baru semalam Aqil di berikan i pad samsung. Wah... Scha sudah rasa seperti semua orang di dalam rumah itu, sudah memihak kepada Emeriz dengan sekelip mata!

“Kenapa nenek awak tak boleh nak attend majlis kita hari ni? Soalnya pelik. Ikutkan singapore sahaja bukan London pun.

“Nenek ada medical check up. Sudah buat temujanji awal lagi. Jadi dah tak boleh nak cancel..” Jawab Emeriz memberikan alasan yang sama di berikan oleh neneknya. Puan Jasmin.

Scha mengeluh kecil.”Oklah.... semua rombongan dah beransur pulang pun. Awak ni, yang tercongok dekat sini lagi kenapa? Dah tak sabar nak bernikah ke apa? Selamba Scha mengeluarkan kata-katanya. Dengan lelaki ini dia tidak boleh nak berlembut lagi. Lama-lama boleh pijak kepala.

Emeriz tersengih lebar. Baru tersedar yang semua sudah pun berlalu dari kawasan perumahan mewah itu. Rasul dan Mail sedang menantinya di dalam kereta.

“Ok! Saya minta diri dulu. Jangan lupa malam ni. Pakai cantik-cantik sikit ok!

“Tengoklah! Balas Scha malas.

Dalam keadaan serba salah Emeriz melangkah juga dari situ dan masuk ke dalam perut kereta milik Rasul. Dia melambaikan tangannya ke arah Scha yang masih lagi setia menantinya di hadapan pintu pagar rumah.

Saat kereta mewah itu hilang dari pandangan matanya. Dia merenung cincin silver bertahta yang tersemat cantik di jari manisnya. Entah mengapa tiba-tiba bibirnya mengukir senyuman. Hatinya berdebar-debar. Rasa itu sama seperti saat pertama dia jatuh cinta kepada Aiman 5 tahun lalu. Aiman?? Arggghhh mengapa lelaki itu baru muncul sekarang? Scha mengetap bibir. Saat ini tatkala memikirkan Aiman juga jantungnya sudah berdegup kencang.’Mana satu ni?

1 comment:

Unknown said...

Best nak lagi boleh.