Thursday, June 27, 2013

Resepi cencaru bakar ( versi pemanggang ajaib )



Heyo. Wah lamanye tak update entri makanan khens? Ok sebenarnya dah lama mengidam nak makan cencaru bakar. Tapi maaaalas... sgt nak buat. Dah beli pemanggang ajaib pun still malas lagi. Then.. hari ni sebelum balik kerja godek-godek kat google carik resepi ikan bakar ni. Selama hari ini tahu bakar bodoh je tak payah nak letak bahan2 lain. Hari ni cuba cari kelainan pulak kan! Ok jom main masak2.



Bahan utama : Haruslah ade ikan cencaru ataupun ikan jaket. Kau nak pakai ikan keli ke, pari , kembong atau ikan jaws pon boleh.. Ikut kesuaian tekak kau lah kan. Pada aku ikan yang sedap di bakar ialah ikan cencaru dan ikan keli. Dapat keli lah.. kau bakar sekolam pun aku boleh ratah!





Bahan2 utk di blander. Bawang kecik 3 ulas, bawang putih 2 ulas, lengkuas,halia,kunyit hidup. cili api lebih kurang 7 bijik. Ikut kepedasan lah,cili boh ( pasai aku tak ada cili kering, malas nak potong pun ye ) dan serai 2 batang. Ukuran halia,lengkuas dan kunyit tu kau agak lah. Mc aku, aku suka makanan berhalia. So aku lebihkan halia. Boleh main kentut2 dgn sophian kan?! Haha. Ok... blander ke semua bahan kecuali cili boh ok! Lepas siap kau tuangkan bahan2 tu kat atas cili boh. Spt gambar kat atas sana. Kacau then letak garam, pak aji dan gula. 


Daun kunyit tu kau jgn blander pulak. Kang apa jadi aku pun tak tau! Daun kunyit untuk jadi penyedap!





Ok selepas itu, kau letaklah ikan atas pemanggang. Titiskan minyak masak sikit. Pas tu, kau lumur lah ikan tu dengan bahan blander tadi dan letaklah daun kunyit mc tu. Ikutlah nak letak macam mana. Pic belah kanan tu ikan dah half cook. Cara nak sedap kau bakar sebelah lepas tu yg atas tu kau letak bahan kisar, then terbalikkan letak lagi. Pastu bakar lebih kurang 3 ,4 minit kau tambah lagi bahan kisar bakar lagi, kau tambah lagi.. bakar lagi kau tambah lagi... begitulah kisahnya sampai bahan kisar kau tu habis. Yeay!!! Aku dah tau... macam mana nak bakar ikan sesedap kat restoran ikan bakar tu!!! Cubalah resepi aku ni...ok. Cubalahhhhhhh..........


Aku masak dengan api yang kecik je. Around 1/2 hour.. gitulah. Pandai2 lah kau nak bajet kan? Nak masak dua jam pon boleh.. tapinya bukan ikan bakar dah. Ikan terbakar namanya. Gitu.....!




Tadaaaaaaaaaaaaaaaa.. inilah hasilnya. Hahha... ikan tu dah hancur tang kepala. Jadi mc tu masa proses pembalik-balikan. Tapi rasanya...perghhhhhhhh.... bertambah mantop kalau ada air asam. macam biasa, aku kan pemalas... tak kose nak berair asam segala. Nak suruh Sophian tunggu pun dah ketar kaki lutut tak sabar nak makan. Hehe.. kebetulan tadi pun seharian aku tak makan nasik. So sgtlah ke laparan.. tanpa air asam pun licin jugak. Pic, Sebelah kanan tu buncis goreng dgn telur. Aku kalau masak... memang sikit. Untuk sekali makan je. Malas nak simpan. Kompem tak akan makan lagi. So masak sikit... terus habiskan! 

oklah.... itu saja untuk resepi kak ton hari ni. Babai...


1 comment:

Karbon Kopie said...

mcm bagus je pemanggang ajaib tu