Sunday, July 14, 2013

Murtabak Megi ( Versi pemanggang Ajaib )

 Bagi yang  tak pandai nak memasak macam aku ni. Simple dish macam ni memang layak untuk anda. Percayalah. Sbelah mata pun korang boleh buat ok! Hehe…
 Sesuai jugak bagi mereka yang tak nak pahala kurang. Yelah beli murtabak kat luar tu… nama je murtabak daging, murtabak ayam. Padehal isinye cuma bawang. So.. masa tu kita akan menyumpah seranah bagai. Jadi baiklah bikin murtabak sendiri. Lagi puas hati. Suka hati korang je lah nak taruk apa kat murtabak korang tu. Ayam sekor, daging sekor. Semua tak ada hal. Hahaha..
Peniaga sekarang ni memang sekadar nak carik untung. Tak ade ke peniaga yang nak berniaga sambil beramal jariah? Susah nak carik wp hakikatnya ada. Selalunya peniaga yang mengamalkan konsep macam ni…kebanyakan mereka akan bertahan lama.
Dekat puchong misalnya. Ada satu gerai kelantan ni. Kitaorang panggi nasi bawah pokok je. Ada jual nasi lemak, mee,mehoo,nasi berlauk,nasi kerabu… dan pelbagai jenis kuih. Betul2 depan tadika kemas 
kat puchong indah dan balai raya. Dah lama kot makcik tu meniaga. Kalau beli makanan tempat dia… nah kau nasik selambak dia kasi. Pakej kenyang tok makan tengah hari sekali. Gerai dia… tak payah cakaplah… memang laku. Setiap pagi ramai je org kerumun sampai jalan kat situ jam..!
Ok..ape aku membebel ni kan? Haha…. Ok jom kita tengok resipe murtabak megi ni.

Bahan2
Megi sebungkus
Telur 4 biji
Bawang besar ( kaler kuning )
Bawang putih
Garam secukup rasa
Cili api
Daun sup
Isi ayam ( ikutlah nak banyak mana )
Bebola ikan ( pastik kaler biru. Nak letak boleh… xnak letak pun boleh )
Cara masak.
Rebus megi tanpa perencahnya.
Sambil tu.
Tumis isi ayam,bawang besar,bawang putih dan cili. Taruk garam sikit.
Dalam bekas lain.
Kacau telur kasi kembang sikit. ( kacau ngan sudu je ) masukkanlah bahan tumis tadi, daun sup, perencah megi dan last skali taruk megi tu. Gaul kasi rata semua bahan ok.
Lepas tu.. panaskan sikit minyak then tuang semua bahan dalam pemanggang ajaib. So..agak-agak dah masak sikit. Terbalikkanlah pemanggang tu. Aku masak lebih kurang 15 minit dengan api yang sederhana.
Lepas tu..siap utk di hidang. Makan time panas. Letak pulak sos and mayonis. Uiiiyoo.. laki panggil masuk bilik pun kau tak pandang dah! EK?

Masukkan begini 


Selepas di balikkan


Siap!!!!

Aku letak gambar kecik sb nak mengurangkan rasa terliur. 

1 comment:

Karya Mahirah said...

Boleh buat juga ya dlm pemanggang ajaib ni? nak trylah hehe..