Monday, July 1, 2013

My. Mr Che Bab 14

Hello walaupun xdek komen yang menghairah dan memberahikan aku tetap jugak update. Tapi sampai masa...aku stop ok. Dah banyak bab aku taip... ade lagi lebih kurang 300 ms yg perlu di taip utk terjadinya sebuah novel.Ecehhh!!.... aku dah xdek mood ngan mr chef ni tapi aku gagahkan jugak diri ni sebab dah buat segelintir pengunjung blog ini menagih cerita ini. InsyaAllah...aku cuba persembahkan sebaik mungkin..


Kipas syiling yang berpusing dengan kelajuan sederhana itu di pandang sambil terkebil-kebil. Saat mata terbuka itulah objek pertama yang dia lihat. Tangan naik ke dahi. Kepalanya terasa pusing dan pening.’Sakitnya.... keluh Scha dengan jarinya memicit kepala yang terasa sedikit berdenyut-denyut. Seketika kemudian dia mengamati suasana di sekeliling. Dia menarik nafas lega tatkala menyedari yang dia berada di dalam bilik tidurnya sendiri dan bukan di katil hospital. Saat perkataan hospital terlintas dalam kepalanya secara automatik dia bangkit dari pembaringan.

Cuba mengingati satu persatu apa yang telah berlaku malam tadi. Kali terakhir perkara yang dia ingat ialah sewaktu Emeriz sedang menantinya sementara dia di berikan ubat oleh Doktor Amran. Dan kemudian dia langsung tidak ingat apa. Sedar-sedar dia sudah berada di rumah, di dalam biliknya sendiri..!’ Eh apa dah jadi eh? Masa bila aku bangun dan turun dari katil hospital? Scha mengetap bibir. Cuba mengingati. Kepalanya di pegang persis seperti di serang sakit kepala yang amat! Cuba memaksa otaknya berfikir dan mengingati bagaimana dia boleh berada di sini!

‘Huh!! Malas lah nak fikir!! Baik aku mandi.... dan solat...’ Putusnya seraya melangkah turun dari katil. Langsir yang menutupi tingkap di tarik. Perlahan-lahan cahaya masuk ke dalam biliknya membuatkan dia melopong. Serta merta mata tertancap pada jam di dinding!’ Ya Allah sudah jam 10.00 pagi!! MasyaAllah......... aku dah lambat nak ke kolej!!! Mama.............. Jerit Scha sekuat hati.

Semua yang berada di meja makan berpandangan sesama sendiri saat terdengar suara Scha menjerit memanggil mamanya di tingkat atas. Emeriz sembunyi senyum. ‘Nampak lemah lembut, sopan santun tapi kalau menjerit melolong  huh.... macam mak tiri cinderella pulak aku rasa..’ Sempat Emeriz mengutuk Scha di dalam hati.

Puan Sharifah Suraya ketawa kecil melihat reaksi wajah Emeriz.” Biasalah tu Emeriz... kalau dia bangun lambat macam tu feel dia..” Katanya seraya bangkit dari kerusi. Dia mahu naik ke tingkat atas meihat anak daranya.

“Dia tak tahu yang Emeriz ada sini..... kalau dia tahu tak adanya dia nak jadi tarzan pagi-pagi macam ni..” Kata Tuan Syed Moktar pula.

“Selalu ke dia macam tu pakcik? Tanya Emeriz sengaja mahu berbahasa. Sebenarnya dia naik segan apabila di paksa makan satu meja dengan keluarga barunya itu. Walaupun sekadar ikatan pertunangan, semua ahli keluarga Scha merupakan ahli keluarganya juga. Sudahlah adik Tuan Syed Moktar memiliki anak dara yang hampir sebaya dengan Scha. Memang dia benar-benar ketar lutut. Tapi mujur juga Ainirah dan Ainalina peramah orangnya. Jadi, kurang jugalah rasa malunya.

“Dia memang tak senonoh Abang Riz..! Muka saja cantik... tapi huh kalau menjerit memang macam mak tiri...” Sampuk Ainirah sengaja mahu menggamatkan suasana di meja makan itu.

Semua yang berada di situ ketawa. Namun tidak berlaku pada Hajah Sharifah Kamariah. Dia lebih banyak mendiamkan diri. Emeriz perasan dengan riak wajah yang terpamer di wajah wanita yang sudah lebih seabad usianya itu.

“Hihs.. hang ni Nirah... kalau Scha dengar memang mati berdirilah hang!! Marah Ainalina sambil mencubit lengan adiknya itu.

Ainirah segera menepis cubitan Ainalina.” Ala aku gurau saja Kak Lina. Biar lah Abang Riz tau macam mana perangai sebenar tunang dia tu..”

“Amboih... hang kalau cakap orang bukan main tak pakai penapis na....! Marah ibunya pula Sharifah Amirah membuatkan kedua-dua orang anak daranya itu menikus.

Emeriz ketawa. Lucu pula melihat keletah mereka dua beradik yang suka saling usik mengusik. Kemesraan itu benar-benar memberikan dia sedikit keseronokan.”It`s ok Mak Ngah. Diaorang ni lucu... suka Riz tengok...! Kata Emeriz membela Ainirah dan Ainalina. Bukan main tersengih lagi mereka berdua. Macam mimpi mereka boleh duduk semeja dengan lelaki terkenal itu. Sudah lah terkenal, kacak pula tu..!

Datuk Muiz dan Ibrahim menggelengkan kepala melihat keletah mereka.”Jangan di layan sangat depa berdua ni Riz... banyak loyar buruk..! Kata Ibrahim.

Emeriz tersenyum.”Tak apa Pak Ngah.... Riz tak kisah. Lagipun Riz seronok pula di sini... dapat berkenalan dengan keluarga Scha. It really happening!

“Ha.... abah, mama dengar tu... Abang Riz pun cakap seronok tau. Kecoh je.. Kata Ainirah sambil mencebik ke arah abah dan mamanya.

Sharifah Amirah menggelengkan kepalanya.” Nirah.... hang ni cubalah bersopan sikit..” Marahnya pada anak dara kembarnya itu. Memang Ainirah dan Ainalina ceria dan peramah. Itu tidak dapat di nafikan lagi.

“Mama...... panggil Scha yang terkocoh-kocoh turun dari tingkat atas menuju ke ruangan makan. Semua mata memandang ke arahnya. Begitu juga dengan Emeriz.

“Scha... meh makan... Kata Sharifah Amirah sambil menarik kerusi di sebelahnya yang masih kosong.

Scha tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Dia hampir teerlupa yang semalam baru saja berlangsung majlis pertunangannya. Selepas kenduri semalam, beberapa orang saudara sudah pulang ke rumah masing-masing. Cuma yang tinggal hanya Pak Ngah ibrahim sekeluarga.

Matanya di kerling ke arah Emeriz yang pura-pura tidak menyedari kehadirannya di situ. Lelaki itu cuma tunduk sedang menikmati sarapan pagi tanpa rasa malu! Apa mamat ni buat dekat sini pagi-pagi buta macam ni? Apa dah tak ada rasa malu ke bertepek dekat rumah orang? Haih.. dia ni...!!

“Sorry sayang.. mama tak sampai hati nak kejutkan Scha tadi. Mama rasa Scha MC je lah hari ni ya sayang? Lagipun Scha masih belum sihat kan?! Soal Puan Sharifah Suraya sambil menuangkan air susu segar untuk anak daranya.

“Tak boleh mama. Scha dah janji dengan Imani semalam...! Lagipun hari ni merupakan hari pertama Scha masuk kelas. Takkan lah nak ponteng kot...! Jawab Scha seraya melabuhkan punggung ke kerusi betul-betul bertentangan dengan Emeriz. Dia menjeling ke kiri mencuri pandang ke arah neneknya yang sibuk membaca surat khabar. Seperti biasa, nenek memang tidak pernah mahu beramah mesra dengannya. Dia sudah tidak hairan lagi.

“Scha awakkan masih tak sihat..! Tiba-tiba Emeriz mencelah pantas memeranjatkan semua orang. Menyedari yang semua sedang memandang ke arahnya cepat-cepat dia menundukkan wajah memandang nasi lemak yang sudah hampir licin di bahamnya itu.

Scha mengetap bibir.” Dah ok lah! Tak nampak, bengkak dah hilang ni..” Bibirnya di muncungkan ke depan.

Emeriz mengangkat wajah melihat reaksi yang di pamerkan oleh Scha!”Doktorkan suruh awak rehat Scha..! Kata Emeriz perlahan.

Ainirah dan Ainalina menyiku sesama sendiri. Tersentuh melihat keperihatinan merpati dua sejoli itu.

“Cuba kalau orang nasihat tu dengar! Puan Sharifah Kamariah melipat helaian akhbar lalu di letakkan di sisi meja. Wajahnya tampak serius dan menggerunkan.

Scha tersentak! Emeriz juga. Tuan Syed Moktar dan isterinya berpandangan sesama sendiri. Harap-harap Madam besar itu tidak buat perangai depan Emeriz. Kalau tidak tak tahu mana mahu letak muka mereka.

“Nek... Scha dah ok!! Kata Scha perlahan antara dengar dengan tidak. Kecut melihat wajah masam neneknya itu. Ah.... nenek mana pernah mahu senyum bila melihat wajahnya!

“Dah tahu diri tu alah dengan ketam, pi makan juga buat apa? Lepas tu... sakit,menyusahkan orang nak hantar p hospital..”

Emeriz menoleh ke kanan ke arah Hajah Sharifah Kamariah.”Nek.... salah Riz sebab tak alert dengan Scha..”

Hajah Sharifah Kamariah sekadar mencebik.”Alah dia ni memang sejak kecil memang suka menyusahkan orang Riz...! Balasnya kasar menyebabkan semua yang ada di meja makan terkedu terutama sekali Scha.

Hampir menitik air mata tatkala mendengar kata-kata pedas itu. Namun, dia cuba bawa bertenang. Bukan dia tidak biasa dengan situasi seperti itu. Kata-kata hinaan perlian sudah sebati dalam dirinya sejak dari kecil lagi.

“Mak...! Panggil Tuan Syed Moktar cuba mengingati ibunya. Kadangkala Hajah Sharifah Kamariah juga perlu di beri peringatan supaya mengawal diri. Dia terlalu risau jika ibunya terlepas kata!

Scha menundukkan wajah memandang roti planta yang masih belum terusik di pinggannya. Emeriz mengerling ke arah Scha. Dia benar-benar rasa bersalah sekarang. Kerana kehadirannya di situ pagi ini, Scha yang menjadi mangsa. Rasa menyesal pula kerana tidak berkeras mahu pulang malam tadi. Desakan bakal mertuanya menyebabkan dia bermalam di situ. Memandangkan jam sudah menjengah ke angka 3.30 pagi jadi dia terpaksa bersetuju.

“Dah tak payah nak p kolej. Duduk saja rumah.... esok bukan ka hang boleh p kolej..! Bagi sihat dulu badan tu... sat lagi mai pula penyakit gila hang tu. Semua orang susah! Hiys!!! Marah Hajah Sharifah Kamariah dengan wajah yang serius. Semua di meja makan cuma mendiamkan diri.

“Nenek... sudahlah tu. Kesian Scha tak pasal-pasal kena marah sebab Riz...! Emeriz cuba memujuk nenek dengan nada yang lembut. Kasihan Scha! Dia dapat lihat betapa mendungnya wajah gadis itu tatkala di marahi nenek di hadapan semua orang.

“Alah ini bukan sebab Riz pun! Ni memang sebab dia... memang dah perangai suka menyusahkan orang.... dah jadi tabiat agaknya! Sambung Hajah Sharifah Kamariah tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Tuan Syed Moktar mendengus perlahan. Dia mengerling wajah isterinya di sebelah yang sedang memandang ke arahnya. Tangan isterinya kejap menggenggam jemarinya di bawah meja. Sebagai isyarat menyuruhnya bersabar.

“Errr... sebenarnya. Ikutkan Doktor Amran suruh bawa Scha ke klinik hari ni... Riz ingat nak mintak izin auncle dan aunti nak bawa Scha ke klinik sejejap lagi..” Pinta Emeriz sopan. Dia cuba mengalih topik tidak mahu Scha terus menerus di marahi nenek. Emeriz hairan melihat layanan wanita itu terhadap Scha! Apa masalah mereka berdua ni..!

Scha mengangkat wajah memadang Emeriz. Dia tahu sebenanrnya Emeriz mahu menyelamatkan keadaan sekarang.;Nenek... tak boleh ke nenek jaga maruah Scha depan orang lain? Kenapa nenek buat  Scha macam ni... Lirih hati Scha bertanya sendiri.

“Hurrm. Boleh! Tapi Riz hantar Scha balik nanti ya?! Jawab Tuan Syed Moktar.

Emeriz mengangguk pantas. Seketika kemudian dia mengalih pandangan ke arah Scha. Mata mereka bertembung seketika sebelum Scha melarikan anak matanya ke arah lain.

6 comments:

miz aida said...

salam kak......besh arr cter2 akak ni..dua2 nvel sye minat..xsabr tggu smbungan...keep it up kak...hehehe ^_^

Unknown said...

best sangat nak lagi.

jayda said...

suka citer nie... jgnlah la stop ye. sian kat saye...hehe

Ixorariana said...

Kesian Scha.. apa agaknya perasaan dia kalau dia tau status dirinya yg sebenar.. hurmm

Su Ann said...

miz aida,baby mio and jayda :thanks a lot.. InsyaAllah... doakan MMC akan jadi senaskah novel.

Ixora : eheh...kesian dia kan.

Anonymous said...

best sangat ! upload la banyak lagi hehe