Hello walaupun xdek komen yang menghairah dan memberahikan aku tetap jugak update. Tapi sampai masa...aku stop ok. Dah banyak bab aku taip... ade lagi lebih kurang 300 ms yg perlu di taip utk terjadinya sebuah novel.Ecehhh!!.... aku dah xdek mood ngan mr chef ni tapi aku gagahkan jugak diri ni sebab dah buat segelintir pengunjung blog ini menagih cerita ini. InsyaAllah...aku cuba persembahkan sebaik mungkin..
Kipas
syiling yang berpusing dengan kelajuan sederhana itu di pandang sambil
terkebil-kebil. Saat mata terbuka itulah objek pertama yang dia lihat. Tangan
naik ke dahi. Kepalanya terasa pusing dan pening.’Sakitnya.... keluh Scha
dengan jarinya memicit kepala yang terasa sedikit berdenyut-denyut. Seketika
kemudian dia mengamati suasana di sekeliling. Dia menarik nafas lega tatkala
menyedari yang dia berada di dalam bilik tidurnya sendiri dan bukan di katil
hospital. Saat perkataan hospital terlintas dalam kepalanya secara automatik
dia bangkit dari pembaringan.
Cuba
mengingati satu persatu apa yang telah berlaku malam tadi. Kali terakhir
perkara yang dia ingat ialah sewaktu Emeriz sedang menantinya sementara dia di
berikan ubat oleh Doktor Amran. Dan kemudian dia langsung tidak ingat apa.
Sedar-sedar dia sudah berada di rumah, di dalam biliknya sendiri..!’ Eh apa dah
jadi eh? Masa bila aku bangun dan turun dari katil hospital? Scha mengetap
bibir. Cuba mengingati. Kepalanya di pegang persis seperti di serang sakit
kepala yang amat! Cuba memaksa otaknya berfikir dan mengingati bagaimana dia
boleh berada di sini!
‘Huh!!
Malas lah nak fikir!! Baik aku mandi.... dan solat...’ Putusnya seraya
melangkah turun dari katil. Langsir yang menutupi tingkap di tarik.
Perlahan-lahan cahaya masuk ke dalam biliknya membuatkan dia melopong. Serta merta
mata tertancap pada jam di dinding!’ Ya Allah sudah jam 10.00 pagi!!
MasyaAllah......... aku dah lambat nak ke kolej!!! Mama.............. Jerit
Scha sekuat hati.
Semua yang
berada di meja makan berpandangan sesama sendiri saat terdengar suara Scha menjerit
memanggil mamanya di tingkat atas. Emeriz sembunyi senyum. ‘Nampak lemah
lembut, sopan santun tapi kalau menjerit melolong huh.... macam mak tiri cinderella pulak aku
rasa..’ Sempat Emeriz mengutuk Scha di dalam hati.
Puan
Sharifah Suraya ketawa kecil melihat reaksi wajah Emeriz.” Biasalah tu
Emeriz... kalau dia bangun lambat macam tu feel dia..” Katanya seraya bangkit
dari kerusi. Dia mahu naik ke tingkat atas meihat anak daranya.
“Dia tak
tahu yang Emeriz ada sini..... kalau dia tahu tak adanya dia nak jadi tarzan
pagi-pagi macam ni..” Kata Tuan Syed Moktar pula.
“Selalu ke
dia macam tu pakcik? Tanya Emeriz sengaja mahu berbahasa. Sebenarnya dia naik
segan apabila di paksa makan satu meja dengan keluarga barunya itu. Walaupun
sekadar ikatan pertunangan, semua ahli keluarga Scha merupakan ahli keluarganya
juga. Sudahlah adik Tuan Syed Moktar memiliki anak dara yang hampir sebaya
dengan Scha. Memang dia benar-benar ketar lutut. Tapi mujur juga Ainirah dan
Ainalina peramah orangnya. Jadi, kurang jugalah rasa malunya.
“Dia
memang tak senonoh Abang Riz..! Muka saja cantik... tapi huh kalau menjerit
memang macam mak tiri...” Sampuk Ainirah sengaja mahu menggamatkan suasana di
meja makan itu.
Semua yang
berada di situ ketawa. Namun tidak berlaku pada Hajah Sharifah Kamariah. Dia
lebih banyak mendiamkan diri. Emeriz perasan dengan riak wajah yang terpamer di
wajah wanita yang sudah lebih seabad usianya itu.
“Hihs..
hang ni Nirah... kalau Scha dengar memang mati berdirilah hang!! Marah Ainalina
sambil mencubit lengan adiknya itu.
Ainirah
segera menepis cubitan Ainalina.” Ala aku gurau saja Kak Lina. Biar lah Abang
Riz tau macam mana perangai sebenar tunang dia tu..”
“Amboih...
hang kalau cakap orang bukan main tak pakai penapis na....! Marah ibunya pula Sharifah
Amirah membuatkan kedua-dua orang anak daranya itu menikus.
Emeriz
ketawa. Lucu pula melihat keletah mereka dua beradik yang suka saling usik
mengusik. Kemesraan itu benar-benar memberikan dia sedikit keseronokan.”It`s ok
Mak Ngah. Diaorang ni lucu... suka Riz tengok...! Kata Emeriz membela Ainirah
dan Ainalina. Bukan main tersengih lagi mereka berdua. Macam mimpi mereka boleh
duduk semeja dengan lelaki terkenal itu. Sudah lah terkenal, kacak pula tu..!
Datuk Muiz
dan Ibrahim menggelengkan kepala melihat keletah mereka.”Jangan di layan sangat
depa berdua ni Riz... banyak loyar buruk..! Kata Ibrahim.
Emeriz
tersenyum.”Tak apa Pak Ngah.... Riz tak kisah. Lagipun Riz seronok pula di
sini... dapat berkenalan dengan keluarga Scha. It really happening!
“Ha....
abah, mama dengar tu... Abang Riz pun cakap seronok tau. Kecoh je.. Kata
Ainirah sambil mencebik ke arah abah dan mamanya.
Sharifah
Amirah menggelengkan kepalanya.” Nirah.... hang ni cubalah bersopan sikit..”
Marahnya pada anak dara kembarnya itu. Memang Ainirah dan Ainalina ceria dan
peramah. Itu tidak dapat di nafikan lagi.
“Mama......
panggil Scha yang terkocoh-kocoh turun dari tingkat atas menuju ke ruangan
makan. Semua mata memandang ke arahnya. Begitu juga dengan Emeriz.
“Scha...
meh makan... Kata Sharifah Amirah sambil menarik kerusi di sebelahnya yang
masih kosong.
Scha
tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Dia hampir teerlupa yang semalam baru
saja berlangsung majlis pertunangannya. Selepas kenduri semalam, beberapa orang
saudara sudah pulang ke rumah masing-masing. Cuma yang tinggal hanya Pak Ngah
ibrahim sekeluarga.
Matanya di
kerling ke arah Emeriz yang pura-pura tidak menyedari kehadirannya di situ.
Lelaki itu cuma tunduk sedang menikmati sarapan pagi tanpa rasa malu! Apa mamat
ni buat dekat sini pagi-pagi buta macam ni? Apa dah tak ada rasa malu ke
bertepek dekat rumah orang? Haih.. dia ni...!!
“Sorry
sayang.. mama tak sampai hati nak kejutkan Scha tadi. Mama rasa Scha MC je lah
hari ni ya sayang? Lagipun Scha masih belum sihat kan?! Soal Puan Sharifah
Suraya sambil menuangkan air susu segar untuk anak daranya.
“Tak boleh
mama. Scha dah janji dengan Imani semalam...! Lagipun hari ni merupakan hari
pertama Scha masuk kelas. Takkan lah nak ponteng kot...! Jawab Scha seraya
melabuhkan punggung ke kerusi betul-betul bertentangan dengan Emeriz. Dia
menjeling ke kiri mencuri pandang ke arah neneknya yang sibuk membaca surat
khabar. Seperti biasa, nenek memang tidak pernah mahu beramah mesra dengannya.
Dia sudah tidak hairan lagi.
“Scha
awakkan masih tak sihat..! Tiba-tiba Emeriz mencelah pantas memeranjatkan semua
orang. Menyedari yang semua sedang memandang ke arahnya cepat-cepat dia
menundukkan wajah memandang nasi lemak yang sudah hampir licin di bahamnya itu.
Scha
mengetap bibir.” Dah ok lah! Tak nampak, bengkak dah hilang ni..” Bibirnya di
muncungkan ke depan.
Emeriz
mengangkat wajah melihat reaksi yang di pamerkan oleh Scha!”Doktorkan suruh
awak rehat Scha..! Kata Emeriz perlahan.
Ainirah
dan Ainalina menyiku sesama sendiri. Tersentuh melihat keperihatinan merpati
dua sejoli itu.
“Cuba
kalau orang nasihat tu dengar! Puan Sharifah Kamariah melipat helaian akhbar
lalu di letakkan di sisi meja. Wajahnya tampak serius dan menggerunkan.
Scha
tersentak! Emeriz juga. Tuan Syed Moktar dan isterinya berpandangan sesama
sendiri. Harap-harap Madam besar itu tidak buat perangai depan Emeriz. Kalau
tidak tak tahu mana mahu letak muka mereka.
“Nek... Scha
dah ok!! Kata Scha perlahan antara dengar dengan tidak. Kecut melihat wajah
masam neneknya itu. Ah.... nenek mana pernah mahu senyum bila melihat wajahnya!
“Dah tahu
diri tu alah dengan ketam, pi makan juga buat apa? Lepas tu... sakit,menyusahkan
orang nak hantar p hospital..”
Emeriz
menoleh ke kanan ke arah Hajah Sharifah Kamariah.”Nek.... salah Riz sebab tak alert dengan Scha..”
Hajah
Sharifah Kamariah sekadar mencebik.”Alah dia ni memang sejak kecil memang suka
menyusahkan orang Riz...! Balasnya kasar menyebabkan semua yang ada di meja
makan terkedu terutama sekali Scha.
Hampir
menitik air mata tatkala mendengar kata-kata pedas itu. Namun, dia cuba bawa
bertenang. Bukan dia tidak biasa dengan situasi seperti itu. Kata-kata hinaan
perlian sudah sebati dalam dirinya sejak dari kecil lagi.
“Mak...!
Panggil Tuan Syed Moktar cuba mengingati ibunya. Kadangkala Hajah Sharifah
Kamariah juga perlu di beri peringatan supaya mengawal diri. Dia terlalu risau
jika ibunya terlepas kata!
Scha
menundukkan wajah memandang roti planta yang masih belum terusik di pinggannya.
Emeriz mengerling ke arah Scha. Dia benar-benar rasa bersalah sekarang. Kerana
kehadirannya di situ pagi ini, Scha yang menjadi mangsa. Rasa menyesal pula
kerana tidak berkeras mahu pulang malam tadi. Desakan bakal mertuanya
menyebabkan dia bermalam di situ. Memandangkan jam sudah menjengah ke angka
3.30 pagi jadi dia terpaksa bersetuju.
“Dah tak
payah nak p kolej. Duduk saja rumah.... esok bukan ka hang boleh p kolej..!
Bagi sihat dulu badan tu... sat lagi mai pula penyakit gila hang tu. Semua
orang susah! Hiys!!! Marah Hajah Sharifah Kamariah dengan wajah yang serius.
Semua di meja makan cuma mendiamkan diri.
“Nenek...
sudahlah tu. Kesian Scha tak pasal-pasal kena marah sebab Riz...! Emeriz cuba
memujuk nenek dengan nada yang lembut. Kasihan Scha! Dia dapat lihat betapa
mendungnya wajah gadis itu tatkala di marahi nenek di hadapan semua orang.
“Alah ini
bukan sebab Riz pun! Ni memang sebab dia... memang dah perangai suka
menyusahkan orang.... dah jadi tabiat agaknya! Sambung Hajah Sharifah Kamariah
tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Tuan Syed
Moktar mendengus perlahan. Dia mengerling wajah isterinya di sebelah yang
sedang memandang ke arahnya. Tangan isterinya kejap menggenggam jemarinya di
bawah meja. Sebagai isyarat menyuruhnya bersabar.
“Errr...
sebenarnya. Ikutkan Doktor Amran suruh bawa Scha ke klinik hari ni... Riz ingat
nak mintak izin auncle dan aunti nak bawa Scha ke klinik sejejap lagi..” Pinta
Emeriz sopan. Dia cuba mengalih topik tidak mahu Scha terus menerus di marahi
nenek. Emeriz hairan melihat layanan wanita itu terhadap Scha! Apa masalah
mereka berdua ni..!
Scha
mengangkat wajah memadang Emeriz. Dia tahu sebenanrnya Emeriz mahu
menyelamatkan keadaan sekarang.;Nenek... tak boleh ke nenek jaga maruah Scha
depan orang lain? Kenapa nenek buat Scha
macam ni... Lirih hati Scha bertanya sendiri.
“Hurrm.
Boleh! Tapi Riz hantar Scha balik nanti ya?! Jawab Tuan Syed Moktar.
Emeriz
mengangguk pantas. Seketika kemudian dia mengalih pandangan ke arah Scha. Mata mereka
bertembung seketika sebelum Scha melarikan anak matanya ke arah lain.
6 comments:
salam kak......besh arr cter2 akak ni..dua2 nvel sye minat..xsabr tggu smbungan...keep it up kak...hehehe ^_^
best sangat nak lagi.
suka citer nie... jgnlah la stop ye. sian kat saye...hehe
Kesian Scha.. apa agaknya perasaan dia kalau dia tau status dirinya yg sebenar.. hurmm
miz aida,baby mio and jayda :thanks a lot.. InsyaAllah... doakan MMC akan jadi senaskah novel.
Ixora : eheh...kesian dia kan.
best sangat ! upload la banyak lagi hehe
Post a Comment