Sejujurnya...
aku tak boleh meluahkan kesedihan pada orang lain. Lagi-lagi pada mereka yang
tak pernah merasai kehilangan orang tercinta. Bukan aku nak salahkan mereka sb
tidak memahami bagaimana terseksanya jiwa ini menanggung rindu yang tidak
terperi. Aku faham org di sekeliling
tidak mengerti kerana mereka tidak merasai lagi kehilangan yang memang pasti
itu.Tak tahu nak gambarkan di sini betapa aku rasa kosongnya separuh dari jiwa
ini.;(
Saat
aku menaip entri ini, aku baru je usai solat subuh. Saat bibir ini
menyedekahkan al-fatihah dan beberapa surah buat arwah. Air mata menitik satu
persatu. Untuk sekian kalinya aku menangis lagi. Ya Allah.... kau kurangailah
kesakitan ini.. terlalu berat untuk aku laluinya. 27 tahun lebih aku
bersamanya... aku tak mampu untuk berdiri di saat wajahnya terlintas di ruang
mata ini. Ya Allah... pasrahkan aku... pasrahkan aku ya Allah..
Biarpun
berjuta orang mengatakan betapa betuahnya arwah. Tapi hati kami 8 beradik
termasuk emak tak semudah itu untuk menerimanya. Andailah mampu ku undurkan
masa... aku mahu berbakti.. aku mahu mencurahkan kasih sayang ini sebanyak yang
mungkin.
Biarpun
bibir ini tidak pernah lekang meminta ampun dari arwah... tapi aku masih rasa
bersalah di atas tindakan atau kata-kata yang pernah mengguris perasaan arwah.
Betapa ruginya aku... kerana tidak menanfaatkan masa yang di berikan oleh Allah
untuk di gunakan dengan sebaiknya.
Terlalu
banyak kenangan yang muncul hampir setiap hari kadang kala boleh melemahkan
hati aku ini. Aku pura-pura gembira.. aku berlakon yang aku adalah seorang yang
tabah, seorang yang kuat tapi hakikatnya hatiku menangis.... menjerit... Ya
Allah....;(
Sebelum
arwah meninggal... saban hari aku berdoa. Semoga Allah panjangkan usia arwah.
Berikan dia kesihatan yang baik. Tapi siapa mampu menolak ketentuanNYA. Dia
pergi juga tanpa sempat aku bersedia. Perginya cukup istimewa... perginya hanya
kerana Allah... saat terpandang kota madinah di kaca tv.. saat itu juga hati
ini menangis.
Andailah...
aku ni kejam..andainya aku ini tidak ada iman, Aku mahu meminta supaya di
hilangkan semua memori bersama arwah! Aku sakit! Aku terseksa! Aku lemah! Aku
rasa....betapa sedihnya hidup aku ni... Astafirullah.....mana bisa aku melupakan
dia. Tak mungkin........:(
Setiap
kali pandang Emak..... aku takut perkara yang sama berlaku lagi. Biarpun itu
adalah pasti....!
Ya
Allah..... dugaan ini... kesakitan ini......Ampuni aku Ya Allah... aku insan
yang lemah... aku masih sakit.... sakit yang teramat sangat! Kau tabahkan aku
Ya Allah......
1 comment:
sedih kakjue baca.. sebak.. takde apa boleh kakjue cakap bg nak menyedapkan hati ain. Tapi kakjue turut simpati.
al-fatihah.
Post a Comment