Friday, July 12, 2013

Pasrahkan aku Ya Allah...



Sejujurnya... aku tak boleh meluahkan kesedihan pada orang lain. Lagi-lagi pada mereka yang tak pernah merasai kehilangan orang tercinta. Bukan aku nak salahkan mereka sb tidak memahami bagaimana terseksanya jiwa ini menanggung rindu yang tidak terperi.  Aku faham org di sekeliling tidak mengerti kerana mereka tidak merasai lagi kehilangan yang memang pasti itu.Tak tahu nak gambarkan di sini betapa aku rasa kosongnya separuh dari jiwa ini.;(

Saat aku menaip entri ini, aku baru je usai solat subuh. Saat bibir ini menyedekahkan al-fatihah dan beberapa surah buat arwah. Air mata menitik satu persatu. Untuk sekian kalinya aku menangis lagi. Ya Allah.... kau kurangailah kesakitan ini.. terlalu berat untuk aku laluinya. 27 tahun lebih aku bersamanya... aku tak mampu untuk berdiri di saat wajahnya terlintas di ruang mata ini. Ya Allah... pasrahkan aku... pasrahkan aku ya Allah..

Biarpun berjuta orang mengatakan betapa betuahnya arwah. Tapi hati kami 8 beradik termasuk emak tak semudah itu untuk menerimanya. Andailah mampu ku undurkan masa... aku mahu berbakti.. aku mahu mencurahkan kasih sayang ini sebanyak yang mungkin.

Biarpun bibir ini tidak pernah lekang meminta ampun dari arwah... tapi aku masih rasa bersalah di atas tindakan atau kata-kata yang pernah mengguris perasaan arwah. Betapa ruginya aku... kerana tidak menanfaatkan masa yang di berikan oleh Allah untuk di gunakan dengan sebaiknya.
Terlalu banyak kenangan yang muncul hampir setiap hari kadang kala boleh melemahkan hati aku ini. Aku pura-pura gembira.. aku berlakon yang aku adalah seorang yang tabah, seorang yang kuat tapi hakikatnya hatiku menangis.... menjerit... Ya Allah....;(

Sebelum arwah meninggal... saban hari aku berdoa. Semoga Allah panjangkan usia arwah. Berikan dia kesihatan yang baik. Tapi siapa mampu menolak ketentuanNYA. Dia pergi juga tanpa sempat aku bersedia. Perginya cukup istimewa... perginya hanya kerana Allah... saat terpandang kota madinah di kaca tv.. saat itu juga hati ini menangis.

Andailah... aku ni kejam..andainya aku ini tidak ada iman, Aku mahu meminta supaya di hilangkan semua memori bersama arwah! Aku sakit! Aku terseksa! Aku lemah! Aku rasa....betapa sedihnya hidup aku ni... Astafirullah.....mana bisa aku melupakan dia. Tak mungkin........:(
Setiap kali pandang Emak..... aku takut perkara yang sama berlaku lagi. Biarpun itu adalah pasti....!

Ya Allah..... dugaan ini... kesakitan ini......Ampuni aku Ya Allah... aku insan yang lemah... aku masih sakit.... sakit yang teramat sangat! Kau tabahkan aku Ya Allah......

1 comment:

Karbon Kopie said...

sedih kakjue baca.. sebak.. takde apa boleh kakjue cakap bg nak menyedapkan hati ain. Tapi kakjue turut simpati.

al-fatihah.