Tuesday, July 16, 2013

Perangai manusia yang berbilang jenis.

"Ye..ye... tajuk tu melambangkan BM kau setakat paras hidung saje"

Lokasi : surau di tempat kerja.
Jam : 3.00 petang waktu malaysia.
Jumlah yang sedang bersolat : 2 org termasuk aku.
Tajuk : Sibuk menjaga tepi kain orang, sedangkan tepi kain sendiri pun terkoyak. Ini kes bontot membesar secara luar biasalah ni.

Sesudah solat. Aku berpaling ke belakang. Eh..eh apesal minah ni pakai tudung aku pulak. Cuma bermonolog di dalam hati saje sambil memandang minah ni dengan senyuman pelsu.
Minah tu tersenyum lalu berkata”Kak ain ok tak muka saya kalau pakai tudung?
Aku pun tersenyum lalu menjawab “Ok je…! Pendek. Bengang kot orang pakai tudung kita secara tiba-tiba. Laki kita sendiri pun tak pernah nak pakai dan usik tudung kita tau. Keh keh keh..
 Ok xpelah..berfikiran positif lah. Mana tahu dengan dia pakai tudung aku tu terbukak hati dia nak berhijab pulak kan?!

Minah tu terus bersuara.”Saya nak pakai tudung. Tapi takut pulak apa orang kata. Kak ain faham-faham lah dengan mulut-mulut orang kooka ni. Kooka tu nama kampeni aku ok.

Aku pun mengeluh dalam diam. Sah minah ni nak kena di perbetulkan akidah ni. Jauh sangat bangang dalam diri dia sampai aku rasa nak baling je belekberi di tangan. Tapi ku sabar kan jugak. Dengan nada tegasnya aku kasi dia ceramah sedas dua. Alang-alang dah dalam surau kan.”Kau ni nak peduli kata orang ke kau nak peduli pandangan Allah. Pedulikan apa orang nak cakap. Yang kau nak dengar cakap orang kenapa? Fuhhhhhhhhhh… sekali napas je aku kasi. Puas hati ku!!!!

Minah ni dah tersengih-sengih je kena sound setepek kan. Aku tak tahu pemikiran dia tahap apa. Astafirullah………. Aku mengucap di dalam hati. Habis dia sembahyang tadi untuk apa? Untuk menutup mulut orang takut mereka mengata. Kau puasa tapi tak sembahyang gitu? Sia-sia je penat lelah kau berpuasa dan sembahyang! Choiiiiii….. aku terus berfikiran positif balik. Tak baik ain… mungkin minah ni memang sekolah tak habis. Mungkin barangkali. Hemmmmm….

Lepas tu… dia berkata lagi.”Tu kawan kak ain kat luar tu. Dah sembahyang. Tak pernah-pernah dia sembahyang, hah… bila pulak dia nak pakai tudung??

Glupppppppp!! Pahit sekali air liur yang ku telan ini. Pose kate kan.
Ya Allah… budak ni mereng ke apa? Diri sendiri pun free hair. Lalu ku diam dan berfikir sejenak. Apa pulak kata-kata pedas yang perlu aku kasi kat dia supaya dia sedo.

“Sembahyang… pakai tudung ni… itu hak masing-masing. Dah tua pun. Takkan kita nak tegur… yang kau tu bila nak pakai tudung?

Minah ni sengih-sengih macam orang tak ada perasaan lagi.”Tengoklah lepas raya saya nak pakai tudung? Eh….?

Aku senyum segaris.

“Macam ni lah…. Bertudung ni wajib! Sehelai rambut kita ni bila orang yg bukan muhrim tengok dah berdosa. Kau bayangkanlah dosanya sekepala yang kau tayang tu. Kau buat kau dapat pahala pun ye. insyaAllah. Tapi kalau tak buat kau dapat dosa. Masing-masing dah besar. Perkara wajib macam ni tak payah di ingatkan pun.

Lalu ku bangun dan lipat kain telekung dan keluar dari surau. Budak ni kalau di layan merengnya dengan aku2 mereng. Sengal! Dah kurus puasa aku semalam. Tak memasal!



1 comment:

Karbon Kopie said...

hahhaa.. sengaja la tu nk menguruskan puasa ain