Friday, July 5, 2013

Ramadhan datang lagi.

Maaf di pinta andai sepanjang aku berbelog ni ada mengguris perasaan sesiapa. Mungkin kadang2 saya terlalu lantang bersuara. Saya memohon sepuluh jari, memohon kemaafan.

Marilah kita sama-sama menunaikan rukun islam ke 4 dengan penuh keinsafan dan mensyukuri di atas peluang yang di berikan oleh Allah untuk sekali lagi mengecap nikmat  puasa untuk tahun ini. Entah tahun depan kita masih di beri peluang? Kita sendiri pun tak tahu kan?

Rasa sedih sebab tahun ni, buat pertama kalinya berpuasa tanpa arwah abah. Biarlah yang pergi biarkan dia pergi dengan tenang. Mahu atau tidak yang hidup ni, masih ada tanggungjawab dan perlu meneruskan kehidupan sehinggalah tiba masanya nanti.

Apa yang paling penting hanya doa anak-anak utk arwah. Semoga arwah abah tenang di sana. L

Insha Allah tahun ini.. akan cuba untuk beramal ibadat sebanyak yang mungkin. Mana tahu ada rezeki bertemu lailatul qadar.

Bercakap pasal lailatul qadar ni…. Org yg bertuah je yang dpt bertemu dengan malam yg menjadi impian setiap daripada kita. Tak semestinya orang yg alim atau ahli ulama` tu yang di pilih Allah utk bertemu dengan malam tu. Kita orang biasa pun kalau dah di pilih oleh Allah utk merasai nikmat tu, insha Allah kita akan dapat juga.

Ok… selamat menyambut ramadhan semua…J
Kejap lagi nak balik kampung. Doakan lah perjalanan kami sentiasa di lindungi Allah.



1 comment:

Karbon Kopie said...

selamat berpuasa ain..