Laungkauan bab yg melampau. Haha... layan je MMC ni eh. Ini pun iolls update yg belum di edit. Hehhe.. yg dah di edit iolls simpan lah uolls...! Tapi yg edit tak banyak yg berubah pun. Sama sajek. :)
Emeriz memerhatikan ruang tamu kondo
yang banyak menyimpan kenangan indah bersama wanita yang di cintainya itu. Di
situlah tempat dia dan Taliah sama-sama menonton tv tatkala ada kelapangan.
Semua dekorasi di dalam kondo itu adalah idea dan pilihan Taliah. Semua itu
seakan menyeksa jiwa dan raganya.
Betapa dia merindui senyuman dan
kenakalan Taliah. Tapi sayang semua itu sudah lenyap dek kerana perbuatan
Taliah sendiri. Entah apa yang kurang pada dirinya sampaikan sanggup menduakan
cintanya, dia sendiri tidak pasti.
Jika di luar sana berderet perempuan
yang mahu keluar dengannya. Siap ada yang menawarkan diri untuk menjadi kekasih
lagi. Namun dia tidak pernah mahu melayan dek kerana cintanya yang begitu
mendalam buat Taliah. Kesetiaanya itu sekarang sudah mendera perasaan dan
hatinya sendiri.
Emeriz tersandar ke dinding sambil
memegang kepalanya. Entah bila air mata mula keluar dari kelopak mata.
Susahnya.. mahu melupakan wanita itu. Sakitnya sehinggakan dia rasa seperti
mahu mati sahaja. Bayangan Taliah sentiasa ada di mana-mana. Senyuman, layanan
dan keletah Taliah... semua itu mendera perasaannya.
“Ya tuhannn... bantu aku... tolonglah
aku.... sakit sangat menyintai dia.... Emeriz bersuara lemah. Dia terduduk ke
lantai. Kepalanya di letakkan di kepala lutut. Bahunya terhinjut-hinjut menahan
esak yang telah menjadi nanah di dalam dadanya.
Mesej dari Taliah semalam membuatkan
jiwa raganya memberontak. Itu bermakna dia masih cintakan Taliah dengan sepenuh
hati. Dia sanggup lakukan apa saja untuk melupakan Taliah. Namun, semua itu
langsung tidak berjaya. Jasad bersama Scha tapi hati dan fikiran semua
teringatkan Taliah. Mampukah dia hidup begini selamanya?
Daun pintu di tutup perlahan. Ini
merupakan kali terakhir dia akan ke sini kerana hari ini dia sudah mendapat
panggilan dari peguamnya yang mengatakan kondo itu sudah ada pembeli baru. Dia
tiada pilihan lain, melainkan menjual saja rumah yang telah menyimpan banyak
kenangan pahit manis bersama Taliah.
“Emeriz... panggil satu suara dan ia
amat memeranjatkan Emeriz. Jantungnya berdegup kencang.
Dia menoleh ke belakang. Mulutnya
melopong tatkala matanya menjamah sesusuk tubuh yang memakai jubah berwarna
hitam itu.’Taliah? Dia hampir tidak percaya dengan apa yang di lihatnya
sekarang. Taliah sudah berubah 360 darjah!
“I dengar cerita you dah jual kondo
ni...” Kata Taliah yang kini nampak lebih tenang. Dia mengorak langkah
mendekati Emeriz dengan debaran di hati.
“Liah... apa you buat dekat sini...” Soal
Emeriz tanpa menjawab pertanyaan Taliah. Dia cuba menutup getar di hati. Dia
perlu kuat. Mungkin dia akan tertewas jika tidak menguatkan hati.
“Saja... i rindukan you, jadi i datang
sini. Tak sangka pula memang you ada di sini.. kebetulan..!
Emeriz mengangguk perlahan. Serba salah
sebenarnya untuk memberikan reaksi yang bagaimana. Ikutkan hati dia mahu saja
memeluk Taliah meluahkan rasa rindu yang berkepuk-kepuk mendera jiwanya. Tapi,
memikirkan janji dan status diri dia sedaya yang mungkin cuba menyabarkan hati.
Dia perlu membina jurang.
“Boleh kita minum kejap? Pinta Taliah
mengharapkan persetujuan dari lelaki itu.
Emeriz memandang wajah itu hairan.
“Don`t
worry, i bukan datang nak merayu, just
nak ucapkan selamat tinggal pada you...”
Dahi Emeriz berkerut. Selamat tinggal?
Dia menelan air liur. Dadanya berdebar-debar. Kenapa Taliah nak ucap selamat
tinggal pula? Dia tertanya sendiri.
Coklat panas itu di hirup perlahan. Suasana
di dalam cafe nampak agak lenggang memandangkan jam sudah menjengah ke angka
9.30 malam.
“Thanks sebab masih ingat air kegemaran
i...” Ucap Taliah dengan senyuman.
Emeriz sekadar mengangguk dan
tersenyum. Wajah Taliah di telitinya lama. Nampak cengkung dan tidak bermaya.
Sakitkah dia? Emeriz tertanya sendiri.
“You nak kemana Liah? Tanya Emeriz.
Taliah tersenyum tawar.“Tak ada apa
lagi yang tinggal dekat sini Riz... I nak balik sabah..” Jawabnya sambil
mengeluh berat.
Emeriz terkejut mendengar jawapan
itu.“Serius?
Taliah mengangguk pantas. Dadanya yang
sebak cuba di tahan seboleh mungkin. Dia tidak mahu menangis lagi. Cukuplah
untuk beberapa minggu ini separuh mati dia merindui Emeriz. Sudah terlalu
banyak air mata yang tertumpah.
“Riz... i tak tahu macam mana semua ni
boleh berlaku.. perpisahan kita.. i mean..!
“Liah... panggil Emeriz lembut. Tangan
Taliah di genggam lembut. Rasa itu jauh menyelinap ke dasar hatinya.
“Riz... please stop it.. you tunangan orang, i datang bukan mahu
mengeruhkan keadaan Riz...”
Emeriz terpampan. Pasti Taliah sudah
tahu mengenai berita itu. Emeriz mengeluh panjang. Jemari Taliah di lepaskan
perlahan-lahan. Masih terasa hangat seperti dulu.
“Liah... i`m so so sorry... Ucap Emeriz seperti kesal.
“No
Riz.. you dah memilih parents you
jadi you perlu tinggalkan i... i faham !...
cuma apa yang i nak you tahu... yang i tak pernah berhenti mencintai you..”
Emeriz tersandar ke kerusi. Ya
tuhannn...... dia cuba bertenang. Wajah cantik Taliah di renungnya
sedalam-dalam yang mungkin. Jika ini adalah pertemuan yang terakhir biarlah dia
menatap wajah itu sepuas-puasnya.
“Liah.... i.. i.. kecewa dengan
perbuatan you, dan i tak mungkin dapat kembali ke sisi you lagi..”
Taliah mengangguk tanda mengerti. Biar
apa juga alasan dan punca itu datangnya daripada Sein dia tahu Emeriz sudah
membuat keputusan. Jadi biar saja dia yang mengundur diri.
“Riz... apa yang i nak you tahu... i
tak pernah buat perkara yang tak elok dengan lelaki lain. Cuma you lelaki
pertama dan cuma you yang terakhir...”
“Maksud you?
“Sudahlah perkara ni pun dah berlaku.
You pun dah bertunang. Jadi i tak rasa pun alasan i ni nampak logik di mata
you. Just forget it!.. Untuk
menceritakan perkara yang sebenar pada Emeriz dia tahu ianya cuma sia-sia.
Emeriz tidak mungkin akan kembali kepadanya lagi.
“Liah.. kenapa ni? Ada yang tak kena
ke? Cuba you ceritakan pada i..”
Taliah menggelengkan kepalanya. Cukup 3
tahun dia menjadi pemisah di antara anak dan ibu. Cukup untuk kali ini. Dia
nekad mahu meninggalkan Emeriz dan pulang ke sabah. Biarpun suatu hari nanti
Emeriz pasti akan tahu kebenarannya. Mungkin juga mereka sudah tidak ada
jodoh.“Riz... maafkan i, jika selama kita bersama, i ada lukakan hati you.
Maafkan i Riz.."
“Liah.. sudahlah. I dah maafkan you
pun. I tak mahu ada dendam di antara kita. Biarlah semua jadi sejarah..”
Taliah tersenyum lagi. Kali ini nampak
lebih manis.
“I cinta you sangat-sangat Riz...
sampai mati i akan cintakan you... Luah Taliah perlahan. Menyebabkan Emeriz
tidak mampu langsung untuk bersuara. Hatinya di paut kepiluan.
“I love you more Taliah..
tapi...kita...”Kata-Kata Emeriz terhenti di situ. Dia tahu, dia tidak boleh
melebih-lebih. Takut terberi harapan pada Taliah.
“It`s ok sayang... i tahu you cintakan
i pun dah buat i rasa bahagia sangat. Thanks..."
Malam itu Emeriz melihat Taliah dari
sudut yang berbeza dari Taliah yang dia kenali sebelum ini. Siapa tidak kenal
Taliah Shazlan model terkenal yang cantik dan cukup berani beraksi daring pada
setiap persembahan modelling dan iklannya. Tapi tidak siapa pun menduga sejauh
ini Taliah boleh berubah. Perubahan yang
cukup drastik! Berita persaraan Taliah yang di ketahui dari media baru-baru ini
benar-benar memeranjatkannya.
Emeriz melihat cek dan kunci rumah yang
di tinggalkan oleh Taliah kepadanya sebentar tadi. Hatinya tertanya-tanya.
Bukan kah dulu Taliah sering memaksanya untuk meletakkan namanya sebagai
pemilik kondo, kereta dan juga pewaris bagi insuransnya yang bernilai jutaan
ringgit. Tapi sekarang kenapa dia menolak semuanya? Atau benarkah selama ini
dia memang di perangkap?Emeriz menelan air liurnya. Dadanya di sentuh perlahan.
Dia rasa tidap sedap hati. Dadanya berdebar-debar.‘Liah.. kenapa dengan you? Hatinya
berbisik perlahan.
“Tuannnn............ Panggil Mail yang
nampak terkocoh-kocoh masuk ke dalam Cafe.
“Eh.. kau kenapa Mail? Kena kejar hantu
ke? Tanya Emeriz kehairanan melihat keadaan Mail yang termengah-mengah berdiri
di hadapanya.
“Taliahhhh Tuan...." Mail
menunjukkan sesuatu di luar.
“Taliah??? Kenapa dengan Taliah???
Emeriz sudah bingkas bangun melihat keluar cafe. Kelihatan orang ramai
berkerumun di tengah jalan. Dadanya sudah berdegup kencang.
‘Taliah kena langgar!.. Jawab Mail
kuat.
“Hah?!! Lemah seluruh urat dan sendi
Emeriz saat itu.
Tanpa berlengah lagi dia segera berlari keluar Cafe... dia
meluru ke arah Taliah yang sudah terbaring berlumuran darah di atas jalan.
“Taliahhhhh........ Jeritnya tidak
keruan. Kepala Taliah di pangkunya.
“Ya Allahhhh Taliahhhhh..... bangun
Taliah.... Jerit Emeriz sambil menggoncang bahu Taliah. Rasa seperti mahu
melayang jiwanya melihat keadaan Taliah. Kecederaanya begitu parah.
“Tolong... call ambulans.... Pinta
Emeriz kepada orang ramai yang berada di situ. Emeriz meraung bagai orang gila.
“Rizzzz....... Taliah bersuara dalam
kepayahan. Tanganya terawang-awang mencari Emeriz.
“Sayang i ada di sini sayang.. bertahan
sayang.... bertahan...." Emeriz memegang tangan Taliah malah di peluknya tubuh
itu seerat-eratnya.
“I cintakan.... you.. ..sayang... i..
takk.. per...pernah curang...." Kata Taliah dalam kepayahan yang teramat sangat.
Nafasnya juga tidak menentu. Kesakitan yang Taliah rasakan sekarang seakan
menyiat-nyiat hati Emeriz. Tidak sanggup rasanya melihat Taliah menanggung
kesakitan yang bukan sedikit.
Emeriz meraung sekuat hati. Dia
menangis semahu-mahunya.“Maafkan i Liah... maafkan i.. Pipi Taliah di pegang
lembut.
Taliah cuba mengukir senyuman, namun
hambar.“Rizzz... i nak pergi dulu......" Pinta Taliah seakan meragut jiwa Emeriz
pergi.
Emeriz mengangguk dengan linangan air
mata. Dia cuba menguatkan hati untuk membantu memudahkan perjalanan Taliah.
“Ikut i mengucap sayang..." Ucap Eemriz sambil berbisik ke telinga Taliah. Air
matanya berjujuran membasahi pipi. Bibirnya terketar-ketar.
Orang ramai yang berada di tempat
kejadian memandang sayu ke arah mereka. Ada di antara mereka turut sama
bersedih dan mengalirkan air mata. Tak sanggup rasanya melihat keadaan mangsa yang
cedera parah dan sedang menghadapi sakaratul maut. Sedikit sebanyak
kejadian itu memberi keinsafan kepada mereka.
Mail duduk berlutut di sebelah Emeriz.
Cuba memberi Emeriz kekuatan.
“AshaduallahilahaillaAllah.... Emeriz
berbisik ke telinga Taliah perlahan dan penuh sendu. Taliah di dakap seerat
yang mungkin.
Bibir Taliah mengikutinya dalam
kepayahan. Tangannya mencengkam kuat lengan Emeriz menandakan betapa sakitnya
menghadapi saat-saat kematian. Air mata Emeriz pula merambu keluar dari kelopak
mata tatkala melihat keadaan Taliah yang sedang nazak itu.
Mail memegang bahu
Emeriz kuat.
“Waashaduannamuhamaddadarusullah...
Sambung Emeriz di susuli dengan Taliah sebelum tanganya terkulai dari
mencengkam lengan Emeriz.
Emeriz melihat sendiri mata Taliah yang memandang ke arahnya sebelum tertutup rapat. Ingin saja dia menghalang Taliah dari menutup mata. Tapi siapalah dia yang mampu melawan takdir.
Tubuh kaku itu di peluk seerat-eratnya.”Liahh....................
jangan tinggalkan i sayang......!! Jerit Emeriz sekuat hati.
“Innalillahiwainailahirojiunnn... Mail
mengucap panjang setelah mengesan nadi di pergelangan tangan Taliah sudah tidak
berdenyut lagi. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.”Sabar Tuan..... Taliah
dah tak ada......” Bahu Emeriz di tepuk-tepuk perlahan.
Emeriz memeluk erat jasad yang sudah
tidak bernyawa itu. Remuk redam hatinya saat itu. Seluruh urat sendinya lemah
longlai.. Akhirnya
Taliah pergi di pangkuannya.
“Jangan tinggalkan i Liahhhh..... i
tahu you tak bersalahhh... maafkan i..........." Raung Emeriz tanpa mempeduikan
mata yang memandang ke arahnya.
2 comments:
best...sedih pulak.
huft...sedih sangat!!!,how the next en3??? please cpet dilanjut eaaaaa
Post a Comment