“Mahu ke
mana ni? Soal Scha perlahan. Sudah hampir 5 minit mereka berlalu keluar dari
perkarangan rumahnya tiada sebutir perkataan pun yang terpacul dari bibir
masing-masing.
“Huh?
Emeriz yang bagaikan baru tersedar berdehem seketika.”Errr...
“Nak
kemana? Ulang Scha sekali lagi. Wajah Emeriz di kerling sekilas sebelum
membuang pandang ke hadapan.
Emeriz
tidak segera menjawab sebalinya dia melihat jam berjenama di tangannya.”Ok..
dah jam 10.30 pagi. Apakata kita pergi Pavilion ok? Cadang Emeriz.
Scha
tersenyum sinis.”cakap nak pergi jumpa doktor Hadi..”
Emeriz
tersengih kelat.” Saya bohong je tadi. Yelah suasana tegang sangat. Saya tak
rasa awak patut ada di situ sekarang. So, saya sengaja reka ceritalah..
Terangnya lagi.
Scha sudah
dapat meneka dari awal lagi. Tak tahu perkataan apa yang perlu di keluarkan
saat itu. Adakah Emeriz patut tahu bagaimana tegangnya hubungan dia dengan
nenek?
“Ikut
awaklah....” Putus Scha perlahan. Dia sebenarnya masih terasa hati dengan sikap
nenek tadi. Walaupun benci sekurang-kurangnya tak perlulah tunjuk perasaan itu
terangan-terangan depan Emeriz. Dia juga ada muka, ada maruah yang perlu di
jaga.
“Kenapa
nenek macam tu? Maksud saya... kenapa dia macam marahkan awak ye? Emeriz
memberanikan diri menyoal.
Scha
menoleh ke kanan.”Lambat laun awak akan tahu juga. Nenek memang tak pernah
sukakan saya... selebihnya awak akan tahu nanti...”
Emeriz
menganggukkan kepalanya. Walaupun sekadar hint
tapi dia sepertinya sudah dapat meneka apa yang berlaku di antara Scha dengan
nenek.
Selepas
daripada itu mereka lebih banyak mendiamkan diri sehingga kedua-duanya masuk ke
dalam pusat membeli belah terkemuka itu. Sebenarnya masing-masing berasa kekok
untuk berjalan beriringan seperti itu. Tapi mereka cuma mengikut rentak
masing-masing tanpa banyak bicara.
“Kita
makan dulu...boleh? Tanya Emeriz sambil menekan punat kecil yang berada di
sebelah lif itu. Scha mendongak memandang Emeriz yang jauh lebih tinggi
daripadanya itu sambil mengangguk.
Saat pintu
lif terbuka Emeriz dan Scha segera melangkah masuk ke dalamnya. Keadaan agak
sesak menyebabkan mereka terpaksa berdiri dengan kedudukan yang rapat. Tanpa
sengaja Emeriz segera memaut bahu Scha rapat kepadanya. Scha sudah terpinga-pinga
dengan tindakan Emeriz yang nampak bersahaja itu.
Terasa
begitu kebas wajah saat tangan sasa Emeriz mendarat di bahunya. Keadaan yang
agak sesak itu memaksa Scha merelakan saja perlakuan Emeriz.’Haih... pakcik ni
pun tak beragak nak menyendeng dekat aku..’ Omel hati kecil Scha sambil
menjauhi lelaki yang agak berusia itu yang nampak gayanya sengaja berdiri rapat
di sebelahnya.
Emeriz
yang menyedari situasi itu bertindak memeluk bahu Scha lebih kuat lagi dari
tadi.’Amboi.. tak padan dengan tua... ada hati nak menggatal..’ Desis hati
kecilnya. Geram melihat perlakuan lelaki itu yang sengaja cuba mahu menyendeng
di sebelah Scha. Sebelum apa-apa yang berlaku ada baiknya dia selamatkan dulu
Scha daripada menjadi mangsa lelaki itu.
Scha
menggerakkan bahunya sedikit tanda dia tidak suka dengan tindakan Emeriz itu.
“Syuhhh...
pakcik tu cuba nak menggatal..” Bisik Emeriz ke telinga Scha.
“Kalau ya
pun jangan awak pula nak tumpang menggatal sekali..” Balas Scha geram.
Emeriz
tersengih mempamerkan barisan giginya yang tersusun dan bersih itu. Pantas
tangan di turunkan rapat ke peha.
Beberapa
minit kemudian mereka sampai ke tingkat yang di tuju. Cepat-cepat langkah di
atur keluar dari perut lif. Namun sebelum pintu itu tertutup Emeriz sempat
memberi jelingan tajam kepada lelaki tua tadi.
“Dah....
la tu. Karang naik juling biji mata awak tu...” Tegur Scha yang menyedari
Emeriz baru lepas memberi amaran kepada lelaki itu tadi.
Emeriz
segera menyaingi langkah Scha.”Tak padan dengan tua...! Gatalnya.... Gumam Emeriz
sambil menghela nafas geram.
“Haih
cemburu ke apa!”
“Cemburu? Please... saya cuma nak selamatkan awak
dari lelaki miang. Itu aje! Pantas Emeriz menjawab.
Scha
sembunyi ketawa. Seronok pula menyakat lelaki itu.”Yelah tu.... Scha mencebik.
“Jangan
cuba nak mencebik macam saya ni memang miang eh? Awak tunang saya Scha. Salah
ke saya nak bertanggungjawab atas diri awak?
Saya cuma jalankan tanggungjawab yang di amanahkan kat bahu ni je. So,
terpulanglah pada awak nak fikir apa..”
“Yeke?
Kening Scha terangkat sebelah.”Tanggungjawab menjaga tunang? Hurrrmm.. Scha
memegang dagu sambil kepalanya terangguk-angguk sengaja mahu memerli Emeriz.
“Awak
ni... tak sportif langsung lah Scha. Ok lepas ni jangan salahkan saya kalau ada
lelaki cuba nak menggatal tapi saya biarkan aje. Saya cuma ikut arahan awak
je...”
“Nak protec pun ada cara yang lebih manis dan
elok..! Sindir Scha lagi.
Emeriz
mengeluh perlahan.”Haih.. susah betul nak ambil hati awak ni kan?
“Senang
kalau betul caranya! Balas Scha pendek sambil kaki membawa kaki melangkah masuk
ke dalam butik terkenal. Saja mahu cuci mata.
Emeriz
membontoti langkah Scha masuk ke dalam butik yang tertera perkataan louis
vuitton itu . Dia memang sudah arif dengan jenama itu. Malah dia juga memiliki
beberapa koleksi beg dan kasut berjenama terkemuka itu.”Hurmmm berminat ke?
Tegur Emeriz saat melihat Scha begitu ralit membelek sebuah beg tangan berwarna
koko gelap itu.
Scha
sedikit tersentak. Mujur tak termelatah.” Hisy. Terkejut tahu! Marah Scha
sambil meletakkan kembali beg itu ke tempat asalnya.
Emeriz
mencebik.”Awak ni elok saya panggil “Cha latah..” Sweet kan? Seloroh Emeriz
sambil ketawa kecil.
“Hoho tak
lawak ok!! Scha mengerling tajam. Kemudian dia melangkah ke arah lain pula.
Banyak betul pilihan dan harga yang tertera memang tidak masuk akal dan tak
mungkin akan di belinya! Mungkin bagi sesetengah orang yang memilik duit
lebihan yang banyak memang berbaloi juga, jika di habiskan untuk memberli
berangan berjenama seperti itu. Tetapi tidak untuknya yang cuma seorang pelajar.
Duit belanja pun minta dengan mak ayah. Lagi ada hati mahu melaram pakai
barangan branded seperti itu! Baik lupakan saja.
Emeriz
segera mengikuti langkah Scha.”Kalau awak suka ambil lah satu..” Kata Emeriz
apabila mendapati Scha begitu leka membelek sebuah beg tangan yang sederhana
besar itu. Scha nampak seperti berminat. Dua kali pusing pun beg itu juga yang
di pegangnya.
“Hisy.
Tengok je lah... tak mampu nak beli pun. Awak ingat saya ada cash sebanyak ini?
“Pakai kad
kredit lah....”
“Kad
kredit? Awak fikir saya ni bekerja ke nak pakai kad kredit segala? Atm kad ada!
Itu pun berbaki RM10 tau!! Balas Scha lagi geram pula melihat reaksi dan
jawapan senang Emeriz. Lelaki banyak duit memang kekwat macam ni eh?
“Tahu!
Maksud saya pakai kad kredit saya...! Adoi... apa masalah awak ni ya?! Emeriz
menepuk dahi sendiri. Takkan lah dia nak biarkan Scha yang membayar pula.
Jatuhlah maruahnya sebagai lelaki!
Mulut Scha
melopong. Tanda harga di tepi beg itu di belek sekali lagi untuk
kepastian.“Awak nampak harga ni? Soal Scha sambil menunjukkan tanda harga tepat
pada muka Emeriz.
“8ribu! Kenapa
pulak? Soal Emeriz sambil mengangguk. Apa yang hairannya dengan harga itu? Dia
pernah membelanjakan hampir 30 ribu untuk sebuah beg tangan sempena hari jadi
Taliah yang ke 23 tahun. Setakat harga yang Scha tunjukkan itu rasanya dia
terlebih mampu!
“Ohhh! My
God!! Awak ni sah sah dan sah... buta kan! Harga ni boleh buat down payment vios sebijik tau...! Kata
Scha bersungguh-sungguh.
“Habis
awak nak beg ke kereta? Tanya Emeriz yang
masih belum paham apa masalah yang sedang melanda diri Scha saat itu. Pegang
beg tapi mulut sebut kereta. Mana satu ni?
Scha
meletakkan balik beg itu ke tempat asal.”Awak... perlu ke awak membazir
sebanyak ini hanya untuk beg tangan yang saya boleh beli di tempat lain dengan
harga tak sampai RM100..?
“Scha....
standard lah LV ok! Bukan Lv petaling atau sempadan siam. Setiap beg ni ada
value yang tersendiri..” Emeriz menggelengkan kepalanya. Kalau perempuan lain,
bukan main teruja lagi jika dapat memilik beg semahal itu. Scha? Jadi terbalik
pula. Siap nak berhujah bagai lagi.’Aku yang bayar kan? So? Alahai minah
ni..... macam- macam hal...’ Omelnya di dalam hati.
“Huh...
saya rela pergi beli dekat petaling street ok kalau begini harganya...! Bidas
Scha sambil menapak keluar dari kedai berjenama itu.
“Thanks.. please come again! Ucap staf di
situ sambil menundukkan sedikit kepalanya.
“Ok welcome! Balas Emeriz seraya segera
mengejar Scha yang sudah terlebih dahulu melangkah keluar.
Bahu Scha
di sentuh lembut.
Scha
berpaling ke belakang.”Apa?
“Laju
sangat awak berjalan..”
“Awak tu
yang lembab..” Scha sudah tersengih.
Emeriz
mengetap bibir.
“Awak nak
tak beg tadi? Kalau nak saya belikan. Serius ni..”
Scha
tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.”Tak perlulah. Beg saya ni ok lagi.
Boleh pakai lagi. Selamba saja dia mengangkat beg tangan yang di beli dengan
harga yang tak sampai RM 100 itu lalu di goyangkan di depan muka Emeriz.
**
Bukan main
teruja lagi tatkala makanan yang masih mentah itu di panggang di atas pembakar
itu. Udang dan kepah pula di masukkan ke dalam periuk kecil yang di letakkan di
tengah-tengah pembakar berbentuk bulat itu.
Emeriz
meneguk ais lemon tea untuk membasahkan tekaknya.”Dalam banyak-banyak restauran
dekat sini.... seoul garden ni juga yang awak suka kan? Emeriz menggelengkan
kepalanya melihat keghairaan Scha membakar isi daging kambing dengan wajah yang
cukup ceria.
Scha
mengangkat wajah memandang Emeriz dan tersenyum.” Masa nilah awak nak rasa
masakan saya Chef Emeriz oiii..”!
Emeriz
ketawa kecil.”Owh.... inilah bakat memasak awak sebenarnya ya? Ok...fine... bapaklah pandainya awak memasak macam ni kan! Perli Emeriz.
Scha
tersengih sambil menyepit kimchi pedas itu lalu di masukkan di dalam
mulut.”Hohho.... saya paling suka kimchi....!
Emeriz
tersenyum melihat aksi Scha dengan mulut penuh makanan tapi sibuk nak
bercakap.” Makan dulu baru cakap! Marah Emeriz sambil menggelengkan kepalanya.
“Ok...
hari ni.. saya akan tunjukkan skill masakan saya yang sebenarnya! Chef cuma
makan saja ok!!! Seloroh Scha gembira. Dia memang suka betul bila makan di
seoul garden. Ini semua gara-gara terlalu suka dengan cerita korea. Sampaikan
kimchi yang masam tu boleh menjadi makanan kegemarannya!
“Ye...
ye... saya faham. Saya beri awak peluang tunjuk bakat terbenam awak tu! Jangan
nanti awak hidangkan daging hangit sudahhhh....”! kata Emeriz sambil membalik-balikkan
daging kambing itu.
“Awak nak
rumpai laut? Tanya Scha sedikit teruja.
Emeriz
mengangguk”Boleh juga...!
“Sekejap
saya ambilkan ya? Oh ya awak nak apa lagi?
Emeriz
mendongak ke arah Scha yang sudah bangkit mahu melangkah ke tempat letak
barang-barang mentah yang terletak tidak jauh daripada meja mereka
itu.”Cukuplah... semua ni pun dah banyak tau Scha...”
Scha
mencebik.”Ala awak ni takut gemuk kan? Kan? Baik mengaku?
Emeriz
mendengus perlahan. Kenapa pula dia ni terlebih ceria pula eh? Tadi bukan main
ketat lagi muka tu.”Haihhh ..... apa-apa aje lah Scha... dah pergilah ambil rumpai
laut tu..”
“Ok!!!
Tunggu kejap eh??!!!
Scha
berlalu dengan perasaan yang gembira. Sebenarnya dia sengaja mahu menimbulkan
suasana ceria bagi menutup rasa kekok yang tidak langsung memberi keselesaaan.
Lagipula kejadian di meja makan dengan nenek tadi benar-benar menyentap
perasaannya. Jadi, dia mahu menghilangkan rasa sakit hati yang sedang melanda
dirinya saat itu. Dia mahu gembira!
Emeriz
menyentuh skrin yang menandakan ada satu mesej yang masih belum di bacanya.
Saat melihat nama yang tertera di situ. Tangannya terketar-ketar. Nafasnya jadi
tidak keruan. Dia membuka mesej itu lalu di baca perlahan-lahan.
‘Riz... i nak jumpa You esok di cafe! Please i
janji ini permintaan terakhir i...’
‘Taliah?
Emeriz menahan rasa getar di hati saat membaca mesej itu. Dia menarik nafas
panjang lalu di lepaskan perlahan-lahan.
“ok..” jari nya
pantas menekan icon send. Kenapa dia nak jumpa aku? Apa tak cukup lagi ke yang
aku berikan? Hurmm.. Emeriz penasaran ingin tahu. I phone itu segera di
masukkan ke dalam poket seluar saat Scha sampai dengan tangan yang penuh dengan
pinggan berisi makanan.
“Hurmmm...
mesej dengan siapa? Soal Scha sengaja busy
body.
“Er...!
Emeriz tersentak dengan soalan itu.
‘Eh...
patut ke aku soal macam tu? Scha bertanya dirinya sendiri apabila menyedari
raut wajah Emeriz berubah saat dia bertanya seperti itu.
“Abaikan
jelah.. saya saja je nak menyibuk..! Ya Alllahhhhhh.............. terbuntang
matanya saat terpandang pada tempat pembakar itu.
“Huh
kenapa??? Emeriz terpinga-pinga saat melihat Scha kalut membalikkan daging yang
sudah bertukar warna itu.
Pantas
Emeriz mencapai pengepit itu dan membantu Scha membalik-balikkan isi daging dan
ayam yang sudah jadi arang itu.
“Apa yang
awak dah buat ni Emeriz...! Marah Scha sambil menjegilkkan biji matanya.
Emeriz
tersengih”Maaf salah saya..” Balasnya dengan rasa bersalah.
Scha
mengetap bibir.”Awak sengaja nak spoil kan
mood memasak saya kan! Dengki betul!!
“Sorry... ok. Now my turn pula masakkan
untuk my princess ! Usik Emeriz
sambil mengenyitkan matanya. Scha terpana melihat perlakuan selamba Emeriz yang
baginya begitu sweet sekali. Alahai hati... tenang-tenang saja di dalam sana
ok....! Fuhhhh!!
2 comments:
Nak lagi...thank you!
BEST NAK LAGI TQ.
Post a Comment