Saturday, August 3, 2013

My Mr. Chef bab 15

“Mahu ke mana ni? Soal Scha perlahan. Sudah hampir 5 minit mereka berlalu keluar dari perkarangan rumahnya tiada sebutir perkataan pun yang terpacul dari bibir masing-masing.
“Huh? Emeriz yang bagaikan baru tersedar berdehem seketika.”Errr...
“Nak kemana? Ulang Scha sekali lagi. Wajah Emeriz di kerling sekilas sebelum membuang pandang ke hadapan.
Emeriz tidak segera menjawab sebalinya dia melihat jam berjenama di tangannya.”Ok.. dah jam 10.30 pagi. Apakata kita pergi Pavilion ok? Cadang Emeriz.
Scha tersenyum sinis.”cakap nak pergi jumpa doktor Hadi..”
Emeriz tersengih kelat.” Saya bohong je tadi. Yelah suasana tegang sangat. Saya tak rasa awak patut ada di situ sekarang. So, saya sengaja reka ceritalah.. Terangnya lagi.
Scha sudah dapat meneka dari awal lagi. Tak tahu perkataan apa yang perlu di keluarkan saat itu. Adakah Emeriz patut tahu bagaimana tegangnya hubungan dia dengan nenek?
“Ikut awaklah....” Putus Scha perlahan. Dia sebenarnya masih terasa hati dengan sikap nenek tadi. Walaupun benci sekurang-kurangnya tak perlulah tunjuk perasaan itu terangan-terangan depan Emeriz. Dia juga ada muka, ada maruah yang perlu di jaga.
“Kenapa nenek macam tu? Maksud saya... kenapa dia macam marahkan awak ye? Emeriz memberanikan diri menyoal.
Scha menoleh ke kanan.”Lambat laun awak akan tahu juga. Nenek memang tak pernah sukakan saya... selebihnya awak akan tahu nanti...”
Emeriz menganggukkan kepalanya. Walaupun sekadar hint tapi dia sepertinya sudah dapat meneka apa yang berlaku di antara Scha dengan nenek.
Selepas daripada itu mereka lebih banyak mendiamkan diri sehingga kedua-duanya masuk ke dalam pusat membeli belah terkemuka itu. Sebenarnya masing-masing berasa kekok untuk berjalan beriringan seperti itu. Tapi mereka cuma mengikut rentak masing-masing tanpa banyak bicara.
“Kita makan dulu...boleh? Tanya Emeriz sambil menekan punat kecil yang berada di sebelah lif itu. Scha mendongak memandang Emeriz yang jauh lebih tinggi daripadanya itu sambil mengangguk.
Saat pintu lif terbuka Emeriz dan Scha segera melangkah masuk ke dalamnya. Keadaan agak sesak menyebabkan mereka terpaksa berdiri dengan kedudukan yang rapat. Tanpa sengaja Emeriz segera memaut bahu Scha rapat kepadanya. Scha sudah terpinga-pinga dengan tindakan Emeriz yang nampak bersahaja itu.
Terasa begitu kebas wajah saat tangan sasa Emeriz mendarat di bahunya. Keadaan yang agak sesak itu memaksa Scha merelakan saja perlakuan Emeriz.’Haih... pakcik ni pun tak beragak nak menyendeng dekat aku..’ Omel hati kecil Scha sambil menjauhi lelaki yang agak berusia itu yang nampak gayanya sengaja berdiri rapat di sebelahnya.
Emeriz yang menyedari situasi itu bertindak memeluk bahu Scha lebih kuat lagi dari tadi.’Amboi.. tak padan dengan tua... ada hati nak menggatal..’ Desis hati kecilnya. Geram melihat perlakuan lelaki itu yang sengaja cuba mahu menyendeng di sebelah Scha. Sebelum apa-apa yang berlaku ada baiknya dia selamatkan dulu Scha daripada menjadi mangsa lelaki itu.
Scha menggerakkan bahunya sedikit tanda dia tidak suka dengan tindakan Emeriz itu.
“Syuhhh... pakcik tu cuba nak menggatal..” Bisik Emeriz ke telinga Scha.
“Kalau ya pun jangan awak pula nak tumpang menggatal sekali..” Balas Scha geram.
Emeriz tersengih mempamerkan barisan giginya yang tersusun dan bersih itu. Pantas tangan di turunkan rapat ke peha.
Beberapa minit kemudian mereka sampai ke tingkat yang di tuju. Cepat-cepat langkah di atur keluar dari perut lif. Namun sebelum pintu itu tertutup Emeriz sempat memberi jelingan tajam kepada lelaki tua tadi.
“Dah.... la tu. Karang naik juling biji mata awak tu...” Tegur Scha yang menyedari Emeriz baru lepas memberi amaran kepada lelaki itu tadi.
Emeriz segera menyaingi langkah Scha.”Tak padan dengan tua...! Gatalnya.... Gumam Emeriz sambil menghela nafas geram.
“Haih cemburu ke apa!”
“Cemburu? Please... saya cuma nak selamatkan awak dari lelaki miang. Itu aje! Pantas Emeriz menjawab.
Scha sembunyi ketawa. Seronok pula menyakat lelaki itu.”Yelah tu.... Scha mencebik.
“Jangan cuba nak mencebik macam saya ni memang miang eh? Awak tunang saya Scha. Salah ke saya nak bertanggungjawab atas diri awak?  Saya cuma jalankan tanggungjawab yang di amanahkan kat bahu ni je. So, terpulanglah pada awak nak fikir apa..”
“Yeke? Kening Scha terangkat sebelah.”Tanggungjawab menjaga tunang? Hurrrmm.. Scha memegang dagu sambil kepalanya terangguk-angguk sengaja mahu memerli Emeriz.
“Awak ni... tak sportif langsung lah Scha. Ok lepas ni jangan salahkan saya kalau ada lelaki cuba nak menggatal tapi saya biarkan aje. Saya cuma ikut arahan awak je...”
“Nak protec pun ada cara yang lebih manis dan elok..! Sindir Scha lagi.
Emeriz mengeluh perlahan.”Haih.. susah betul nak ambil hati awak ni kan?
“Senang kalau betul caranya! Balas Scha pendek sambil kaki membawa kaki melangkah masuk ke dalam butik terkenal. Saja mahu cuci mata.
Emeriz membontoti langkah Scha masuk ke dalam butik yang tertera perkataan louis vuitton itu . Dia memang sudah arif dengan jenama itu. Malah dia juga memiliki beberapa koleksi beg dan kasut berjenama terkemuka itu.”Hurmmm berminat ke? Tegur Emeriz saat melihat Scha begitu ralit membelek sebuah beg tangan berwarna koko gelap itu.
Scha sedikit tersentak. Mujur tak termelatah.” Hisy. Terkejut tahu! Marah Scha sambil meletakkan kembali beg itu ke tempat asalnya.
Emeriz mencebik.”Awak ni elok saya panggil “Cha latah..” Sweet kan? Seloroh Emeriz sambil ketawa kecil.
“Hoho tak lawak ok!! Scha mengerling tajam. Kemudian dia melangkah ke arah lain pula. Banyak betul pilihan dan harga yang tertera memang tidak masuk akal dan tak mungkin akan di belinya! Mungkin bagi sesetengah orang yang memilik duit lebihan yang banyak memang berbaloi juga, jika di habiskan untuk memberli berangan berjenama seperti itu. Tetapi tidak untuknya yang cuma seorang pelajar. Duit belanja pun minta dengan mak ayah. Lagi ada hati mahu melaram pakai barangan branded seperti itu! Baik lupakan saja.
Emeriz segera mengikuti langkah Scha.”Kalau awak suka ambil lah satu..” Kata Emeriz apabila mendapati Scha begitu leka membelek sebuah beg tangan yang sederhana besar itu. Scha nampak seperti berminat. Dua kali pusing pun beg itu juga yang di pegangnya.
“Hisy. Tengok je lah... tak mampu nak beli pun. Awak ingat saya ada cash sebanyak ini?
“Pakai kad kredit lah....”
“Kad kredit? Awak fikir saya ni bekerja ke nak pakai kad kredit segala? Atm kad ada! Itu pun berbaki RM10 tau!! Balas Scha lagi geram pula melihat reaksi dan jawapan senang Emeriz. Lelaki banyak duit memang kekwat macam ni eh?
“Tahu! Maksud saya pakai kad kredit saya...! Adoi... apa masalah awak ni ya?! Emeriz menepuk dahi sendiri. Takkan lah dia nak biarkan Scha yang membayar pula. Jatuhlah maruahnya sebagai lelaki!
Mulut Scha melopong. Tanda harga di tepi beg itu di belek sekali lagi untuk kepastian.“Awak nampak harga ni? Soal Scha sambil menunjukkan tanda harga tepat pada muka Emeriz.
“8ribu! Kenapa pulak? Soal Emeriz sambil mengangguk. Apa yang hairannya dengan harga itu? Dia pernah membelanjakan hampir 30 ribu untuk sebuah beg tangan sempena hari jadi Taliah yang ke 23 tahun. Setakat harga yang Scha tunjukkan itu rasanya dia terlebih mampu!
“Ohhh! My God!! Awak ni sah sah dan sah... buta kan! Harga ni boleh buat down payment vios sebijik tau...! Kata Scha bersungguh-sungguh.
“Habis awak nak beg ke kereta? Tanya  Emeriz yang masih belum paham apa masalah yang sedang melanda diri Scha saat itu. Pegang beg tapi mulut sebut kereta. Mana satu ni?
Scha meletakkan balik beg itu ke tempat asal.”Awak... perlu ke awak membazir sebanyak ini hanya untuk beg tangan yang saya boleh beli di tempat lain dengan harga tak sampai RM100..?
“Scha.... standard lah LV ok! Bukan Lv petaling atau sempadan siam. Setiap beg ni ada value yang tersendiri..” Emeriz menggelengkan kepalanya. Kalau perempuan lain, bukan main teruja lagi jika dapat memilik beg semahal itu. Scha? Jadi terbalik pula. Siap nak berhujah bagai lagi.’Aku yang bayar kan? So? Alahai minah ni..... macam- macam hal...’ Omelnya di dalam hati.
“Huh... saya rela pergi beli dekat petaling street ok kalau begini harganya...! Bidas Scha sambil menapak keluar dari kedai berjenama itu.
Thanks.. please come again! Ucap staf di situ sambil menundukkan sedikit kepalanya.
“Ok welcome! Balas Emeriz seraya segera mengejar Scha yang sudah terlebih dahulu melangkah keluar.
Bahu Scha di sentuh lembut.
Scha berpaling ke belakang.”Apa?
“Laju sangat awak berjalan..”
“Awak tu yang lembab..” Scha sudah tersengih.
Emeriz mengetap bibir.
“Awak nak tak beg tadi? Kalau nak saya belikan. Serius ni..”
Scha tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.”Tak perlulah. Beg saya ni ok lagi. Boleh pakai lagi. Selamba saja dia mengangkat beg tangan yang di beli dengan harga yang tak sampai RM 100 itu lalu di goyangkan di depan muka Emeriz.
**
Bukan main teruja lagi tatkala makanan yang masih mentah itu di panggang di atas pembakar itu. Udang dan kepah pula di masukkan ke dalam periuk kecil yang di letakkan di tengah-tengah pembakar berbentuk bulat itu.
Emeriz meneguk ais lemon tea untuk membasahkan tekaknya.”Dalam banyak-banyak restauran dekat sini.... seoul garden ni juga yang awak suka kan? Emeriz menggelengkan kepalanya melihat keghairaan Scha membakar isi daging kambing dengan wajah yang cukup ceria.
Scha mengangkat wajah memandang Emeriz dan tersenyum.” Masa nilah awak nak rasa masakan saya Chef Emeriz oiii..”!
Emeriz ketawa kecil.”Owh.... inilah bakat memasak awak sebenarnya ya? Ok...fine... bapaklah pandainya awak memasak macam ni kan! Perli Emeriz.
Scha tersengih sambil menyepit kimchi pedas itu lalu di masukkan di dalam mulut.”Hohho.... saya paling suka kimchi....!
Emeriz tersenyum melihat aksi Scha dengan mulut penuh makanan tapi sibuk nak bercakap.” Makan dulu baru cakap! Marah Emeriz sambil menggelengkan kepalanya.
“Ok... hari ni.. saya akan tunjukkan skill masakan saya yang sebenarnya! Chef cuma makan saja ok!!! Seloroh Scha gembira. Dia memang suka betul bila makan di seoul garden. Ini semua gara-gara terlalu suka dengan cerita korea. Sampaikan kimchi yang masam tu boleh menjadi makanan kegemarannya!
“Ye... ye... saya faham. Saya beri awak peluang tunjuk bakat terbenam awak tu! Jangan nanti awak hidangkan daging hangit sudahhhh....”! kata Emeriz sambil membalik-balikkan daging kambing itu.
“Awak nak rumpai laut? Tanya Scha sedikit teruja.
Emeriz mengangguk”Boleh juga...!
“Sekejap saya ambilkan ya? Oh ya awak nak apa lagi?
Emeriz mendongak ke arah Scha yang sudah bangkit mahu melangkah ke tempat letak barang-barang mentah yang terletak tidak jauh daripada meja mereka itu.”Cukuplah... semua ni pun dah banyak tau Scha...”
Scha mencebik.”Ala awak ni takut gemuk kan? Kan? Baik mengaku?
Emeriz mendengus perlahan. Kenapa pula dia ni terlebih ceria pula eh? Tadi bukan main ketat lagi muka tu.”Haihhh ..... apa-apa aje lah Scha... dah pergilah ambil rumpai laut tu..”
“Ok!!! Tunggu kejap eh??!!!
Scha berlalu dengan perasaan yang gembira. Sebenarnya dia sengaja mahu menimbulkan suasana ceria bagi menutup rasa kekok yang tidak langsung memberi keselesaaan. Lagipula kejadian di meja makan dengan nenek tadi benar-benar menyentap perasaannya. Jadi, dia mahu menghilangkan rasa sakit hati yang sedang melanda dirinya saat itu. Dia mahu gembira!
Emeriz menyentuh skrin yang menandakan ada satu mesej yang masih belum di bacanya. Saat melihat nama yang tertera di situ. Tangannya terketar-ketar. Nafasnya jadi tidak keruan. Dia membuka mesej itu lalu di baca perlahan-lahan.
‘Riz... i nak jumpa You esok di cafe! Please i janji ini permintaan terakhir i...’
‘Taliah? Emeriz menahan rasa getar di hati saat membaca mesej itu. Dia menarik nafas panjang lalu di lepaskan perlahan-lahan.
“ok..” jari nya pantas menekan icon send. Kenapa dia nak jumpa aku? Apa tak cukup lagi ke yang aku berikan? Hurmm.. Emeriz penasaran ingin tahu. I phone itu segera di masukkan ke dalam poket seluar saat Scha sampai dengan tangan yang penuh dengan pinggan berisi makanan.
“Hurmmm... mesej dengan siapa? Soal Scha sengaja busy body.
“Er...! Emeriz tersentak dengan soalan itu.
‘Eh... patut ke aku soal macam tu? Scha bertanya dirinya sendiri apabila menyedari raut wajah Emeriz berubah saat dia bertanya seperti itu.
“Abaikan jelah.. saya saja je nak menyibuk..! Ya Alllahhhhhh.............. terbuntang matanya saat terpandang pada tempat pembakar itu.
“Huh kenapa??? Emeriz terpinga-pinga saat melihat Scha kalut membalikkan daging yang sudah bertukar warna itu.
Pantas Emeriz mencapai pengepit itu dan membantu Scha membalik-balikkan isi daging dan ayam yang sudah jadi arang itu.
“Apa yang awak dah buat ni Emeriz...! Marah Scha sambil menjegilkkan biji matanya.
Emeriz tersengih”Maaf salah saya..” Balasnya dengan rasa bersalah.
Scha mengetap bibir.”Awak sengaja nak spoil kan mood memasak saya kan! Dengki betul!!
Sorry... ok. Now my turn pula masakkan untuk my princess ! Usik Emeriz sambil mengenyitkan matanya. Scha terpana melihat perlakuan selamba Emeriz yang baginya begitu sweet sekali. Alahai hati... tenang-tenang saja di dalam sana ok....! Fuhhhh!!

2 comments:

Marina said...

Nak lagi...thank you!

Unknown said...

BEST NAK LAGI TQ.