Sunday, August 25, 2013

Raya yang penuh dengan deraian air mata...

Heyo...! Wassup yo..! terperam entri ni draf dua tiga ari.:)


Seperti kebiasaan pd tahun2 yg sebelum ini we all laki bini akan beraya di pahang dulu. Sbnya hari2 dah dekat puchong kan. So MIL sentiasa baik hari melepaskan we all laki bini beraya dekat pahang sana. Thanks MIL. Lagipula this year raya sgt lain dr raya yg sebelum2 ni. 



Mak nampak sedih menjelang raya. Dia pura-pura tabah depan anak-anak. Kami pun pura-pura hepi, senyum 24 jam tapi hati cuma Allah je lah yang tahu. Terasa macam arwah ada dekat rumah, tu tengok anak cucu buat persiapan raya. Haih.. pilu kot! Jap nak lap air mata.


Lazimnya orang lain lepas je solat raya boleh pergi menziarahi kubur kan? Kami?? Haih... 



Tahun ni menu ade kelainan sikit. Abang ngah bakar lemang. Tapi haram....keras ok. Tapi masih boleh di makan lagi. Mak rebus ketupat dan aku buat menu tambahan iaitu laksa. Kepakaran aku cuma laksa penang. Kuih semua main tunjuk saje. Insha Allah tahun depan kalau di beri keizinan Allah nak cuba buat sendiri. Lebih jimat! Harga kuih sekarang ni pun cekik darah belake. Kuih tak sedap mana pun tapi harga mashaAllah..... mahal nak mamp!!



Pagi raya. Bila terdengar takbir terus lari masuk bilik..meraung! Masa bersalam tu ikut giliran. Ya Allah sedih gila... mak pulak yg dok tenangkan anak-anak. Haih....:(


Abang yang sulung kan xdek. So abang ngah la memula salam mak. Masa tu.. dah lain macam ... bertambah lain macam bila dia menangis kat riba mak....... teresak-esak. Nampak ganas kot abang ngah tu... mulut pun boleh tahan lezernye tapi bila dengan mak ngan arwah abah memang dia angkat bendera putih.

Alhamdulillah didikan arwah abah dan mak pada kami adik beradik membuatkan kami sangat2 hormat dan sayangkan mereka berdua. Lepas arwah abah pergi, kami semua bertambah rapat dan beri perhatian lebih pada mak. Memang la tak dpt jumpa mak 24 jam. Tapi akan cuba sekerap yg mungkin call mak. Insya Allah sebulan sekali pasti balik kampung.







Cuba menjadi seceria yang mungkin. Biarpun hati masing2 tengah kepiluan. Memang tak bertema pun kami adik beradi. Asal boleh... asal langgor.. ahaks!


Keluarga besar kami. Kurang sorang. Abang long.. yang entah ke mana. Haha.... dia sibuk dengan kerja. Nampak tak iolls lentok baik punye.... dekat laki iolls? Gedik kan? 



Adik-beradik iolls. Yang tecik2 tu sb memasing takmo lepas dari mak bapak. Abang Long yang tak ada di situ.

Ni lah keluarga abang Long iollss. Yang paling tua dah ting 3




Ni pulak keluarga abang Ngah. Yang paling tua ting 5. Abang Ngah kawen dulu so anak dia adelah anak saudara yang paling tua. Nampak tu yang berdiri dekat belakang tu? Besar dan sihat kan? Wakil pahang dlm acara lotar peluru tahu. Hebak tak hebak! Abang Ngah duduk dekat kampung. Kerja dekat sana... so lega hati sebab ada yang temankan mak.


Ni abang  no 3. Laki bini muka fotostat je kan? Oi... kawen jiran je ni. Punyalah jauh.... ada anak sorang.. uzma safiyah yg comel lotte!!





Ahah....inilah iolls dan suami. Cantik tak combinasi colour tu? Aha.. plain sgt kan? Serius tahun ni baju raya sehelai je. Selebihnya pakai mana ada. Tak mo la beria sgt menyambut raya tahun ni. Ala kadar sudah... tak sampai hati nak suka2 sgt. 

 Muka tak seiras langsung. Tapi sgt sehati dan sejiwa. Tahun kita beraya berdua lagi lah sayang kan? Sob...sob.. iolls sayang laki iolls ni. Mano nak carik laki yg paham iolls mc dia ni. Sudahlah kacak ( di mata iolls la ) sgt tangkas mengemas rumah... hehe.. abang dah puji lelebih ni ape lagi. Belanja r seoul garden sekali. 


Ini anak no 5. Paling rapat dengan iolls. Dah ade anak sorang tau. Padehal mak bapak muda remaja lagi. Rezeki mereka.... si kecik tu namanya Aishah Qasrina. Asyik2 mulut menyebut.. shimm....? Ahah.. alib ba ta uoolls. Shimmm je lah yg bunyi nye. Aishah ni kalu umi dia xdek dia ok. Kalu ayah yang xdek dia boleh jadi meroyan. Ahaha.. anak bapak uolls.



 Yang tengah2 pakai baju kaler unggu tu adik ioolls no 6. Yang dua org di kanan dan kiri tu tukang sibuk je. Ok... kitaorg panggil topek je. Masih bujang dan duduk dengan mak kt kampung. Dia la ganti arwah jaga mak. Dulu ni panas baran yg amat. Skrg ni.. alhamdulillah... dah besar kan. Dah baik dan matang. Gatal nak kawen. Calon pulak ramai.... tak tahu mana satu nak pilih. Dik oi carik bini yang sayang kat mak ok. Ingat pesan arwah abah..


Alahai sepet sungguh mata korang ni. Kalau senyum memang tak nampak bijik mata.
Sama kan muka dorang? Kembar tak seiras. Ni yang no 7 dan no 8. Tahun ni spm. Masa mak mengandungkan dia waktu tu usia mak dah 40-an. Rileks je oi beranak dekat rumah. Cayalahhhh mak. Arwah abah yg jadi bidan masa tu. Hebat tak hebat. 



Mak nampak tecik di sisi anak menantu yang beso2.. aha.


 Tengoklah anak sedara lagi tinggi mak aiiihhh dari mak sedara. Dah tingkatan 2 tahun ni.



Sayang adik2 iolls ni dunia akhirat tau. Dah beso2 adik akak ni. Jeles pulak tengok dorang ramping2. Dah dekat sama tinggi dengan iolls. Mereka berdua ni agak pandai bergaya jugaklah..... kakaknya? Hentam je labu asal ku pakai baju. Gitu.




Wah gila iollss haruslah nampak lagi beso dari yg lain. hahaa....

 Ini jelah cerita raya keluarga besar iolls. Harap2 kami semua makin tabah dan terima takdir Allah dengan redha.... redha itu ubat hati....

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

2 comments:

Ms. President said...

ain..sedeh la..redha eh ain..doa byk2 utk arwah..sygggg ain..

Ms. President said...

sedeh la ain..doa byk2 utk arwah k..