Wednesday, August 14, 2013

Target...Target 2013 / 2014

Semua orang ade target kan? Macam tu jugak dengan aku. So, untuk mencapai target itu.. kenalah berusaha dari sekarang. Taip di sini sekadar untuk memotivasikan diri sendiri saje. Jom tengok ape target aku.

1.    Mahu jadi penulis.

Dalam proses menyiapkan beberapa manuskrip. MMC dah nak sampai bab 50. Ade lagi lebih kurang 20 bab gitu. Pastikan tahun ni mussstttiii siap!!

2.    Berhenti kerja.

Dah lama nak berhenti tapi tak berani. Ekonomi keluarga tak mengizinkan. Tapi sophian dah kasi green light. Tapi dengan syarat berhenti penuh bergaya. Eceh… maksudnya bukan berhenti bodoh je. Berhenti dengan adanya perancangan. Ikut perancangan tahun depan. Tapi tak tahulah… mampu ke tidak aku duduk kat rumah tu?!

3.    Kereta

Mahu beli kereta baru. Dah aim beberapa model yang rasanya mampu milik. InsyaAllah…

4.    Emas

Sejak barang kemas aku di rompak dek perompak aku cuma ada seutas rantai sajok. Itupun pemberian arwah abah. Lepas ni nak beli emas sikit2. Nak beli yang kecik-kecik saja. Ai bukan datin maimon nak pakai gelang besar2. Serius kalau tengok kawan2 sebaya I pakai emas beso2 mc datin, rasa macam tah……….. apa masalah kau ni? Nak menunjuk eh?? Ingat tau… kalau setakat pakai emas ber kilo-kilo kat badan, tapi tak bayo zakat tak guna tau..!

Itu saje Target aku untuk tahun ni dan tahun depan. Setiap apa yang kita mahu tak semestinya kita bergantung pada suami untuk mendapatkannya. Sama-sama berusaha, sama-sama susah… InsyaAllah hubungan suami isteri itu akan bertambah akrab lagi.eh... tiba-tiba je....:)

3 comments:

Yin Areesa said...

semoga berjaya <3

Karbon Kopie said...

duduk rumah n tumpukan perhatian kat penulisan. mesti boleh. :)

YuNyLoveSYou said...

Semoga berjaya Ain!! Yuni support Ain jadi penulis! U ada bakat jadi jangan sia-siakan! hehehe.. All the best!