Tuesday, September 17, 2013

10 tahun bab 8



Wah aci tak Fazura adelah Ayla? Hardy adelah Raykarl yg ego itu? Aci lah aci.lah...hehehe...iolls cuma dpt bayangkan Ayla secantik fazura dan Raykarl sekacak Hardy. Owhhhhsemmm...!!
Wah!!wah!! apesal taknak komen ni? kasi sikitlah komenan yg membina...!sigh!

Muslim ternganga tatkala matanya terpandang ke arah sesorang yang amat di kenalinya itu. Lelaki itu nampak rancak berborak dengan seseorang. Apa yang pasti seorang perempuan yang cukup baik  penampilannya jika mahu di bandingkan dengan perempuan di sebelahnya itu.

“Ay..... Fea...!! Dia segera menghalang perjalanan Ayla dan Sofea yang pasti tidak menyedari apa yang dia lihat tadi.

Ayla dan Sofea saling berpandangan. Pelik dengan sikap Muslim yang tak semena-mena itu.
“Kau dah kenapa ? Tanya Ayla.

Muslim gelabah. Dia perasan yang Raykarl nampak mereka tadi. Dia tidak mahu Ayla terluka melihat kekasihnya dengan perempuan lain. Kasihan Ayla.

“Ay.. tekak aku tiba-tiba nak makan ikan salmon la...” Muslim cuba menghalang niat Ayla untuk makan di situ.

Ayla mengeluh kecewa. Sofea juga begitu.

“Kenapa? Kita dah sampai kan?! Ayla menampar lengan Muslim.

“Please Ay. Aku nak makan ikan salmon...” Rayu Muslim sambil mempamerkan wajah kesiannya. Hatinya sudah mau pecah menahan rasa berdebar itu. Dia tak mahu Ayla nampak.  Tak sanggup untuk dia melihat Ayla kecewa. Biarpun dia merasakan ini adalah peluang terbaik untuknya. Tapi bukan dengan cara melukakan hati Ayla.

“Celah mana kita nak cari ikan Salomo Muslim? Kau ni mengarut sungguh...” Marah Ayla.

“Kita pergi sunway hotel ya?! Cadang Muslim segera menarik lengan Ayla. Sofea cuma mengikut mereka berdua tanpa banyak soal. Dia memang tak kisah sebenarnya. Dia juga tidak kisah melihat kemesraan di antara Muslim dan Ayla sebenarnya. Dia sudah sedia maklum yang mereka memang rapat sejak dari zaman universiti lagi.

Ayla terdorang ke depan saat Muslim menarik lengannya pergi dari restoran makanan korea itu. Boleh pula Muslim buat keputusan drastik macam tu saja!

 Muslim yang sedang memandu di sebelah di kerling tajam. Lelaki itu tidak perasan kah yang dia sedang marah?

“Sudah-sudahlah kau jeling aku Ay. Kan aku dah cakap tiba-tiba tekak aku ni nak makan salmon.. lagipun aku yang belanja kan? Dekat hotel lagi..”

Ayla mencebik geram.”Kan kita dah decide nak makan dekat situ..”

“Alahai bab makan pun nak gaduh ke? Sofea yang duduk di bahagian belakang segera mencelah.

Muslim mencebik ke arah Ayla sambil tersenyum.

“Next time lah aku belanja korang dekat dubu-dubu ok?!

Ayla mengeluh perlahan. Malas sebenarnya mahu bergaduh soal remeh temeh seperti ini. Lagipula dia tak rugi apa-apa pun. Muslim yang belanja.

Muslim yg metroseksual

Muslim menoleh sekilas ke kiri. Dia masih tertanya-tanya siapa perempuan yang sedang rancak berbual dengan Raykarl tadi?! Kasihan Ayla jika benar Raykarl memang curang. Ayla cukup setia menunggu Raykarl. Dia sudah dapat bayangkan kekecewaan yang bakal di hadapi oleh wanita itu jika dia nampak apa yang dia nampak tadi.

Mujur juga dia pantas bertindak.  Kadang kala dia terfikir apa lagi yang Raykarl mahu dalam hidupnya? Dia  sudah ada kerjaya yang hebat. Dia juga bertuah sebab mempunyai kekasih yang setia. Susah sangat kah dia mahu menghargai kekasih seperti Ayla? Kalau dia seorang yang pentingkan diri sendiri sudah lama dia dapatkan Ayla dengan cara yang kotor.  Terlalu banyak peluang yang terhidang di depan matanya selama ini tapi dia bukan jenis lelaki seperti itu.

************
Raykarl melangkah laju masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan panggilan mamanya. Saat geting tadi benar-benar membuatkan dadanya berdebar-debar sampai sekarang.

“Karl... Panggil Datin Athirah kuat.

Raykarl langsung tidak menoleh ke belakang malah dia segera mendaki tangga mahu ke bilik. Daun pintu di hempas kuat. Dia melangkah setapak ke arah katil. Dia terduduk di situ.
Tangan kanan di bawa ke dada. Masih seperti tadi. Dadanya masih berdebar-debar. Malah wajahnya juga masih terasa panas membahang. Tindakan Muslim tadi benar-benar menyelamatkannya.

 Biarpun dia memang tidak pernah suka Ayla berkawan rapat dengan lelaki itu tapi kemunculan Sofea di antara kekasihnya dan lelaki itu sedikit melegakan hatinya.
Dia merebahkan tubuh sasanya memandang kipas syiling yang berputar ligat. Pantas dia menggagau i phone di dalam poket seluar. Segera dia membuat panggilan.

“Karl......!! Suara Ayla memeranjatkannya.

Dadanya sudah berdegup kencang. Apakah Muslim sudah menceritakan apa yang dia lihat tadi kepada Ayla? Kalau ya. Muslim memang pantas!

“Ay..! Where are you? Perlahan dia bertanya. Suaranya cuba di kawal sebaik mungkin.

“Ay tengah lunch dekat Sunway hotel ni.. Karl pergi mana? Rengek Ayla di hujung talian.

“Karl busy sayang. Cepat makan. Dalam sejam lagi Karl jemput Ay dekat sana. Tunggu dekat lobi..” Arah Raykarl dengan suara yang agak tegas.

“Errr... tapi.. malam tak boleh ke?Suara Ayla kedengaran tersekat-sekat di talian.
I said now!!..”Tegas Raykarl sebelum mematikan talian.

Telefon di letakkan di atas dadanya. Dia menarik nafas panjang lalu di lepaskan perlahan-lahan. Cuba memberi ketenangan pada diri sendiri. Beberapa minit berkeadaan seperti itu dia segera bangkit dan melangkah ke bilik air.

“Karl nak pergi mana tu? Soal Datin Athirah yang baru saja keluar dari dapur.
Raykarl tidak mempedulikan soalan mamanya. Dia segera menyarung kasut kulit pada kakinya.
Datin Athirah melangkah ke arah anak terunanya. Bahu Raykarl di sentuh lembut. Dia tahu Raykarl marahkannya.

“Karl nak jumpa Ay..” Akhirnya dia memberikan jawapan.

“Karl. Jangan ingat Karl tunjuk keras kepala macam ni mama akan berundur dari keputusan mama? Tegas suara Datin Athirah memberikan amaran.

Raykarl berpaling memandang mamanya.”Ma... Karl tak boleh dengan Safiyah ma..”

“Kenapa? Suara Datin Athirah naik seoktaf. Keras lawannya harus keras!

Raykarl mengeluh perlahan.”Karl langsung tak ada rasa dengan Safiyah Mama. Kosong... walaupun dia baik, dia cantik.. tapi Karl cuma nampak Ayla ma...”

“Karl kita hidup ni tujuannya untuk akhirat Karl. Dunia ini cuma persinggahan... Karl kena pentingkan akhirat juga nak..”

Raykarl mengangguk pantas.”Karl tahu tu ma... tapi Karl janji ma... Ayla akan berubah nanti. Kalau mama nak dia jadi macam Safiyah sebelum dia jadi isteri Karl... Karl akan buat ma..” 
Katanya sunguh-sungguh. Ayla sentiasa mengikut katanya. Jadi, rasanya tak susah mahu mendidik Ayla.

Datin Athirah menggelengkan kepalanya laju.”Mama berkenan dengan Ummu Safiyah Karl. Cuma Ummu Safiyah.. faham!!

“Terpulang pada mama. Karl keluar dulu ma... Karl balik lambat malam ni. Jangan tunggu Karl..” Tangan mamanya di kucup dan tanpa memandang wajah mamanya dia segera beredar ke arah keretanya.

“Karl... kenapa Karl degil nak... mama cuma mahukan yang terbaik untuk Karl nak...” Datin Athirah menggelengkan kepalanya perlahan.
 ****
Raykarl meluru ke arah Ayla yang menantinya di lobi hotel.”Kenapa lunch jauh macam ni? Itulah soalan pertama yang terpacul dari bibir lelaki itu apabila dekat seminggu mendiamkan diri.

Ayla pamer reaksi tidak puas hatinya. Entah kenapa kali ini dia rasa mahu berkeras dengan Raykarl. Biar lelaki itu tahu yang dia juga manusia biasa. Ada perasaan mahu merajuk dan mahu di pujuk oleh kekasih.

“Tak payah nak tayang muka ketat macam tu..” Kasar Raykarl menutur kata.

“Habis nak sengih macam ni? Ayla buat-buat tersengih mempamerkan barisan giginya yang tersusun cantik itu sebelum kembali menunjukkan reaksi tidak puas hatinya.

Raykarl mengeluh dan membuang pandang ke arah lain.’Ni minta nak pujak lah ni? Hati aku ni masih sakit masa Muslim cuit pipi dia tu ape kes?

“Karl datang sini bukan nak cari gaduh. Karl nak jumpa Muslim..mana dia? Matanya melilau mencari kelibat lelaki maskulin yang selalu mendampingi kekasihnya itu.
Ayla kaget. Dadanya dah berdebar-debar.

“Nak buat apa jumpa dia?

“Adalah hal sikit. Ay tunggu sini jangan pergi mana-mana” Raykarl melangkah meninggalkan Ayla terkontnag-kanting di lobi. Dia terus menapak masuk ke dalam restaurant hotel itu. Dia nampak Muslim sedang menjamu selera bersama Sofea di suatu sudut. Dia melangkah mendapatkan Muslim. Sebelum lelaki itu menceritakan perkara yang bukan-bukan pada Ayla, ada baiknya dia memberikan amaran terlebih dahulu.

“Bro aku nak cakap dengan kau sekejap..” Bahu Muslim di cuit dari belakang. Muslim berpaling. Mujur juga dia tak tersedak apabila melihat wajah itu tiba-tiba muncul di belakangnya.

Sofea sudah ternganga. ‘Nak bergaduh ke ni? Dia sudah rasa tidak senang duduk.
Muslim mencapai napkin lalu mengelap bibinya yang sedikit berminyak itu sebelum bangkit mengikuti langkah lelaki tinggi lampai itu.

Raykarl berhenti di suatu sudut yang agak terlindung dari pandangan orang ramai.

“Ada apa? Soal Muslim dengan kening yang terjungkit.

Raykarl menyandarkan belakang tubuhnya pada dinding batu itu.”Aku nak kau tutup mulut dengan apa yang kau nampak tadi! Katanya serius.

Muslim ketawa.”Kenapa? Kau takut? Dia bertanya berani. Sakit hati betul dengan perangai lelaki itu. Orang dah tolong, lagi nak sound-sound. Macam nak cari pasal je ni..’ Omelnya di dalam hati. Geram betul dia melihat reaksi belagak dan ego Raykarl itu. Macam nak minta penumbuk sedas dua!

Raykarl memandang lelaki berpenampilan kemas itu dengan tajam.”Aku tak nak gunakan kesempatan ni untuk rapat dengan Ayla.. She is mine..”

“Bro.. kau dah buat salah, lagi kau warning aku dekat sini..” Muslim mulai hilang sabar. Wajahnya sudah merona merah menahan rasa yang meluap-luap.

“Aku cuma nak ingatkan kau. Walau apa pun yang terjadi, aku tak akan lepaskan Ayla..”

“Kalau macam tu, kau jagalah dia elok-elok. Jangan layan dia nak tak nak je..” Bidas Muslim 
kasar. Dia sudah berpeluk tubuh. Rasa terketar-ketar kepala lututnya saat itu.

“Itu hal aku! Kau jangan ikut campur. Kau ingat mudah ke Ayla nak pergi pada lelaki lain?

“Itu kelebihan kau Karl.. aku tak nafikan. Tapi Allah tu kalau dia nak jentik hati manusia ni… senang je Karl. Kau jangan nak cakap besar..”

Raykarl menggengam penumbuknya geram betul dengan kelancangan mulut Muslim membidasnya. Macam manalah Ayla boleh kenal dengan lelaki seperti itu. Ikutkan hatinya mahu saja dia mengharamkan Ayla dari terus berkawan dengan Muslim. Tapi , selagi Ayla bekerja di situ, selagi itu mereka akan terus jadi kawan baik.

“Ahhh aku tak peduli apa kau nak cakap. Apa yang penting…. Kalau kau masih nak berkawan dengan Ayla, better shut your mouth!!!

“Apa maksud kau ni? Muslim agak terkejut dengan amaran itu.

Raykarl tersenyum sinis. “Kalau aku nak Ayla keluar dari syarikat tu, bila-bila masa je aku boleh buat Muslim..”

Muslim menggelengkan kepalanya. Melampau betul perangai Raykarl sekarang. Nampak macam tak sayang tapi cemburunya bukan kepalang.

“Kalau kau sayang dia, tolonglah jangan sakiti dia Karl..” Muslim mengendurkan intonasi suaranya.

Raykarl yang ego!!


i`ve my own way Muslim.. kau jangan nak sibuk. Dia aku punya! Tahulah aku buat macam mana. Jadi kau jangan nak ajar aku..”

Muslim mengetap bibirnya. Sakit jiwa cakap dengan lelaki ego seperti Raykarl!” 

Terpulanglah dekat kau nak buat macam mana Karl…”! Kata Muslim kasar sebelum mengangkat kaki dan melangkah pergi dari situ. Dia khautir, lama-lama di situ pasti akan mencetuskan pergaduhan. Dia bukanlah jenis orang yang penyabar. Silap hari bulan makan penumbuk pula lelaki itu. Mahu Ayla tidak bercakap dengannya nanti.

 Ayla mundar mandir di lobi tanpa mempedulikan mata yang memandang ke arahnya. Dia takut Raykarl mengapa-apakan Muslim. Ikutkan hati mahu saja dia masuk ke dalam restaurant itu . Tapi mengenangkan amaran keras kekasihnya tadi, di tahankan juga hati dari melangkahkan kaki.

Saat Raykarl melangkah keluar dari restaurant, pantas Ayla mendapatkan kekasihnya. Dia mahu tahu apa yang berlaku. Jelas dia lihat wajah Raykarl berubah jadi mendung dan cukup menakutkan.

“Berapa kali Karl nak cakap jangan dekat dengan dia. Kenapa Ay ni degil sangat? Kasar Raykarl memarahi Ayla. Dia merentap lengan Ayla keluar dari Hotel itu. Penyambut tetamu yang berada di pintu masuk tercengang-cengang melihat situasi itu.

“Eh kau tercegat apa lagi! Buka lah pintu ni..” Marah Raykal sambil menjegilkan biji matanya.

“Maaa maaf Encik!! Cepat-cepat penyambut tetamu itu membukakan pintu untuknya. ‘Ya Allah… garang sungguh! Kesian dengan perempuan cantik tu dapat lelaki mereng macam dia..’

Ayla di campakkan masuk ke dalam sebelum dia menutup rapat pintu kereta. Dengan rasa marah yang meluap-luap di halakan kaki ke bahagian memandu. ‘Sial kau Muslim!!
“Kenapa ni tiba-tiba nak mengamuk macam ni? Ayla bertanya sambil memegang lengannya. Sakit sungguh di cengkam Raykarl.

Just shut up! Balas Raykarl kasar. Dia masih marahkan Muslim. Mengenangkan keberanian Muslim menyentuh pipi Ayla minggu lalu membuatkan dia bertambah sakit hati. Kenapalah Ayla tak tahu menjaga diri? Atau Ayla sendiri yang suka di perlakukan seperti itu?

Berdesup Raykarl memecut Audi nya. Dalam keadaan jalan yang banyak kereta pun lelaki itu berani menyelit sana sini. Kenderaan lain pula yang terpaksa menekan brek untuk memberikan laluan. 

Ayla yang hott an spicy!! 

Ayla menikus. Sentap hatinya dengan kelakuan Raykarl. Entah bila air matanya gugur membasahi pipi.’Sampai hati Karl buat Ay macam ni..’Pilu mengenangkan perangai Raykarl.

“Ay tak faham dengan Karl ni. Karl buat Ay macam sampah..”
Raykarl menoleh sekilas tanpa mempedulikan air mata itu. Dia cuba kukuhkan benteng egonya. Amarahnya masih meluap!

“Kan Karl dah cakap diam! Ay tak faham bahasa ke? Jerkah Raykarl lagi. Kali ini dia menumbuk stereng sekuat hati. Malah di tambahkan lagi kelajuan keretanya yang sudah sedia laju itu.

Ayla memejamkan matanya rapat. Rasa mahu gugur jantungnya apabila Raykarl menukar laluan dengan kelajuan yang maksimum. Lebih baik dia mendiamkan diri kalau mahu hidup lama.







1 comment:

Unknown said...

hi geram ada pakwe macam tu dia buat salah x apa pulak.