Tuesday, September 10, 2013

Korean Drama Master’s Sun

Psssttt…. Kate belog ni campur aduk kan? Tempat berkongsi cerita,berkarya dan juga untuk menceritakan betapa addictnya aku pada cerita korea! ( sebenarnya nak cerita pasal drama korea lah ni )MASTER`S SUN.

Paling penting heronya adelah Oppa so ji sub. I like!! Uishhhh….beliau jarang nak berlakon. Drama terakhir beliau adelah Ghost. Adoi… drama tu xdek cintan2 punyo tp iolls gigih tau menengoknye. Incik laki sukalah…. Sb drama tu genre crimes siber. Memula alahai bohsan tahu! Tapi lelama makin di layan makin best pulak. So motif nye banyak nak menemankan incik laki lah.

Berbalik kepada drama master`s sun ni pulak. Ok… lain sgt sisi watak so ji sub yang berperanan sbg master dan heroinnye adelah sun. drama ni genre seram,cinta dan komedi.
Jom baca sinopsis drama ni menarik ke idok bagi korang.

Tae Yang/ Tae Gong Sil seorang wanita yang memiliki kelebihan/kemampuan( aku tak tau tang mana mende ni di namakan kelebihan)untuk melihat hantu ataupun roh. Kemampuan itu sebenarnya menyebabkan kehidupan Tae Yang jadi tak normal. Siang dia tidur, malam pulak dia terpaksa berkerja sambil membantu roh-roh yang memerlukan bantuan.
Selagi Tae Yang ni tak bantu, selagi tu lah roh itu akan ikut dia. Sampaikan dia di anggap gila kerana nampak bercakap sorang diri. Padahal dia dok bercakap dengan roh tu.


Ini antara hantu yg suka kacau Tae yang. Yang hantu lelaki belakang belah kiri tu hantu yg hari2 ikut Tae Yang mintak belanja air kopi. Over kan? hahaa

Tae Yang sebenarnya seorang wanita yang berpendidikan tinggi. Pernah kerja best2,semua ni berlaku selepas dia excident. Bangun dari koma tulah dia mampu tengok hantu. Sejak dari tu hidup dia jadi macam tak normal sampai kena penyakit insomia. Dia kena buang kerja sebab selalu menjerit tak tentu pasal. Pade hal orang tak tau dia nampak hantu. Dunia dia cuma di kelilingi hantu. Tengah makan…semua nampak hantu. Gila betui. Sapa punya idea lah buat drama tak masuk akai macam ni. Kah kah kah.

Suatu hari, Tae Yang di takdirkan bertemu dengan lelaki kacak dan kaya bernama Joo Joong Won ( so ji sub ) watak adelah gila2. Joo Joong Won lelaki kaya raya yang gilakan duit dia merupakan CEO bagi pusat membeli belah bernama KINGDOM.

 Tengah usha pusat membeli belah yang nak bukak kat sebelah.. !!


Pertemuan tu merubah hidup Tae Yang sekaligus. Asal saja dia sentuh Joo Joong won roh dan hantu yang ikut dia tu akan hilang. Ceh ceh ceh… nak di jadikan ceritakan. Sb tu nama drama ni Master Sun khen?!

Di sebabkan kelebihan Joo Joong won yg boleh buat roh lari tu. Tae yang sanggup kerja cleaner dekat shopping mall dia. Asalkan dia dekat dengan lelaki tu. Asal nampak hantu je dia sentuh Joo Joong won. Berbulu rrrr laki tu kan!

Memula dia langsung tak percaya Tae Yang ni boleh nampak hantu. Bukan setakat tu je, dia memang tak percayakan hantu pun. Sampailah satu ketika Tae Yang dapat tengok roh kekasih Joo Joong won yang mati dalam kebakaran 15 tahun lepas.15 eh? Asyik mengekori Joo Joong won.
ni roh kekasih Joo Joong won
Bila roh kekasih Joo Joong won masuk dlm tubuh Tae Yang barulah dia percaya. Dan lelaki tu merupakan satu2nya orang yang percaya dengan cerita hantu Tae Yang. Sampaikan dia dah biasa dan tak heran bila nampak Tae yang berkelakuan pelik. Bercakap dengan hantu, tapi dia tak nampak. Tak kepelik namanya. Tengah2 berjalan tiba Tae Yang peluk dia. Semua tu jadi gosip dekat KINGDOM.

Kebetulan pulak ada seorang lelaki yang bekerja sebagai ketua security suka dekat Tae Yang tapi laki ni takut hantu tahap cipan!! Tae Yang memang dah fall in love dekat laki tu. Tapi sebenarnya dalam tak sedar dia sukakan Joo Joong won. Sebab cuma Joo Joong won saje yang percaya dan faham keadaan diri dia.
Google

So… berlangsunglah hari2 Joo Joong won dengan hantu dan roh yang ganggu Tae Yang tu. Bermacam hantu yang Tae Yang terpaksa hadap dengan bantuan Joo Joong won. Kelakar, sedih dan yang pasti seram tu semua ada. Tak kiralah roh manusia ataupun haiwan semua pakat dok carik dia nak selesaikan masalah. Paling tak boleh blah bila ada roh anjing yang suka dengan lagu I want nobody nobody but you! Siap ada tarian segala. Tak boleh blah betui…. Kah kah… Roh gila marathon pun ada, yang ni paling kelakar. Dalam seram ade kelakar ahaha.Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikat dlm drama ni. Tengoklah wey… best tahu!!!

Anjing peminat kumpulan wondergirl...bengong ahaha



 Hantu marathonnn.... kesian dua manusia tu yg kena pegang tali. Padahal dorang tak nampak hantu yg pakai baju kaler ijau tu. 


Aku cuma dah tengok sampai bab 10 sajek. Sb dekat korea pun masih belum habis tayang. Sinopsis kat sini pun haruslah tergantung macam ni kan?! Bab 11 nanti Joo Joong won luahkan perasaan kat Tae Yang. Waaaahhhh tak sabar iolls!!! Esok esok esokkkk…!!!



Ep 1 masa nilah pertemua pertama dorang. Kelakar gila



 Manalah lelaki ni tak berbulu bila Tae Yang asyik nak pegang, asyik nak peluk dia. Padahal suka!!




Masuk penjara sebab terpaksa selamatkan budak kecik dari jadi mangsa dera. Sumpah kelakar.. !!haha Wp marah tp lelaki tu.. bangga sb tae yang selalu menyelamatkan orang.



itu sajek.sekian.

2 comments:

Unknown said...

kak pun tengok saya memang suka giler best x ingat saya pun tengah tunngu bab 11.

Su Ann said...

HEHE... best sb so ji sub boleh ahaha