Friday, September 27, 2013

My Mr. Chef Bab 16

Hehe.. sambung balik ke bab 16 okeh. Mintak mahap ler sb banyak yang telah di rombak. Nama pun dah banyak iolls tukar bersesuaian dgn watak. Kali ni xde scene ( eceeecehhh ) Scha dengan Emeriz. Sikit je lagi nak habis uollss... insyaAllah tahun ni mussssstiiii siap!


Bab 16

Taliah mengesat air mata sambil menyaksikan sendiri kebahagian Emeriz dan gadis cantik yang kini sudah bergelar tunangan kepada bekas kekasihnya itu. Sekuat manapun dia menerima perpisahannya dengan Emeriz tetapi perkhabaran itu benar-benar melukakan hatinya. Emeriz benar-benar sudah melupakannya.’Mungkin ini balasan dari tuhan untukku.…’ Bisik hati kecilnya.

Senaskah al-quran yang di letakkan di atas meja kecil di capainya. Perlahan-lahan dia membuka helaian yang sudah bertanda itu. Taliah nekad dia mahu khatam al-quran dalam masa yang terdekat. Dia tidak mahu berlengah lagi. Masa tidak pernah mahu menunggu. Dia akan ketinggalan jauh jika terus hanyut dengan perasaan sedihnya itu.

“Cik Taliah…. Kami dapati sel kanser sudah merebak jauh ke dalam tisu-tisu badan Cik Taliah. Kami khautir ia akan terus merosakkan organ dalam badan cik Taliah jika kita tidak menjalankan sesi kimotrapi..” Keterangan Doktor Hadi yang pernah menjadi doktor peribadinya sewaktu dia bersama Emeriz dulu sebenarnya langsung tidak memeranjatkannya.

Dia seakan redha dengan apa saja ketentuan yang sudah tertulis buatnya. Mungkin ini adalah pembalasan terhadap kesilapan-kesilapan yang pernah dia lakukan. Bagaimana tergamaknya dia memisahkan kasih sayang ibu dan anak sewaktu Emeriz tergila-gilakannya suatu ketika dahulu. Dan betapa tidak malunya dia pada tuhan apabila dia dan Emeriz bersekedudukan lebih dari 3 tahun.

‘Aku redha Ya Allah… jika ini adalah balasan terhadap dosa-dosa ku….’ Taliah mengetap bibir menahan esakkan.

Taliah telah menolak sesi kimotrapi. Dia mahu berserah sepenuhnya kepada tuhan. Dia tidak kisah jika penyakit ini penyebab kepada ajalnya. Dia sudah redha.

Bibirnya mula mengalunkan ayat suci itu penuh tertib dan bersungguh-sungguh. Dengan itu hatinya begitu tenang dan terasa dekat dengan Allah. Dalam hati terasa begitu sebak memikirkan masa lalu yang telah di bazirkan dengan perkara-perkara yang penuh dosa dan noda. Mengapa dia tidak pernah sedar yang hidup ini akan lebih bahagia jika sentiasa dekat dengan penciptaNya.

Sedang dia asyik menikmati keindahan al-quran itu tiba-tiba pembacaannya terhenti saat bell berbunyi menandakan ada seseorang di luar rumah. Dia segera menyudahkan baris yang terakhir dan mengucup kitab suci itu sebelum di letakkan di atas papan rehal. Dia segera melangkah menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Dia menekan punat kecil pada skin yang di letakkan di sebelah pintu masuk itu.

“Liah...! Aku ni Tasya...! Open the door please...! Suara manja sahabat baiknya itu membuatkan dia tersenyum. Pantas dia membukakan pintu untuk Tasya.

“Hey.. Liah! I miss you....! Tasya meluru masuk ke dalam rumah dan terus memeluk erat tubuh Taliah yang kian mengecil itu.

Taliah membalas pelukan itu lama.”I miss you to Tash!

Pipi gebu Tasya di kucup seperti selalu. Hubungan dia dan Tasha yang sudah seperti adik beradik itu memang tidak boleh di sangkal lagi. Sudah lebih dua minggu mereka tidak bertemu. Cuma pada Tasha saja dia meluahkan segela kesepian hidupnya setelah Emeriz meninggalkannya.

Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam banglo dua tingkat itu. Mata Tasya melilau melihat hiasan dalaman yang nampak kemas dan cantik itu.”Pandai kau hiasa rumah.. ya! Pujinya sambil tersenyum.

“Hurm. Semua ni idea Riz kot. Entah, masuk-masuk saja rumah ni, dah memang cantik macam ni. Kau tahu kan Riz tu macam mana? Dia memang teror bab deco-deco rumah ni..” Kata Taliah cuba menceriakan wajahnya yang tidak seceria hatinya.

Tasha perasan riak wajah Taliah saat menyebut nama lelaki itu.”Hurmm apa kes kau dengan model tu? Sengaja dia menukar topik tidak mahu Taliah sedih.

“Belum selesai lagi kes aku dengan dia. Insha Allah... sebulan dua lagi selesai lah. Aku malas lah nak banyak bunyi Tash! Aku berserah je pada Allah. Dia tahu siapa yang salah siapa yang di aniaya.. aku tak dah penat nak jawab pertanyaan orang luar. Mujurlah adik aku Tasnem tu percaya kan aku..! Lega hati aku ni bila dia cakap yang dia sentiasa percaya pada aku.. Alhamdullilah..” Kata Taliah yang mendapatkan semangatnya kembali dengan kata-kata Tasnem iaitu satu-satunya saudara kandung yang dia ada di dunia ini.

Tasha agak terkejut melihat perubahan diri Taliah. Namun, dia percaya apa yang berlaku bukan kerana kesilapan Taliah. Dia tahu Taliah amat mencintai Emeriz.

“Liah...! Aku harap kau tabah hidup sendiri sekarang...”
Taliah tersenyum.”Aku tak sendiri Tash. Aku bersama-sama Allah....” Ujarnya perlahan dan tenang. 
Tasha benar-benar terharu melihat perubahan yang sedang berlaku pada sahabat baiknya itu. Wajah pucat Taliah di pandang lama.

“Liah!! Setiap apa yang berlaku ada hikmah. Kesakitan yang Allah beri tu sebenarnya bukanlah pembalasan tapi itu sebagai tanda DIA sayangkan kau. Aku harap kau bersabar dan terima dengan hati yang redha ya Liah..”

Air mata Taliah mengalir lesu. Dia benar-benar terharu kerana mempunyai sahabat yang sentiasa ada di waktu susah dan senangnya.”Aku dah lama redha Tash! Aku bersyukur sebab Allah beri aku masa. Biarpun sedikit, tapi aku tetap akan gunakan masa yang DIA beri ni untuk aku manfaatkan dengan sebaik-baiknya..”

“Alhamdulillah...... inilah hikmahnya Liah..! DIA tak kejam Liah...” Aku akan sentiasa membantu dan menyokong kau walaupun orang di luar sedang menghukum kau..”

“Biarlah mereka Tash! Aku dah lama maafkan mereka. Dan aku dah maafkan Sein.... kalau tak kerana aku dengan Sien di tangkap sampai sekarang aku masih terus hanyut dengan duniawi yang tak pernah ada penghujungnya. Emeriz pergi dari hidup aku.... aku dah terlalu redha. Biarlah dia memilih wanita yang baik-baik. Dia bukan lelaki jahat. Dia jadi jahat sebab cintakan aku! Aku yang merubah dia jadi jahat. Jadi, tak ada sebab aku nak halang dia dengan wanita lain..” Ujar Taliah tenang namun air mata masih mengalir.

Tasha mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Taliah itu. Dia belum pernah melihat Taliah setabah ini. Alhamdulillah..... Allah masih sayangkan Taliah.”Liah kau dah cakap dengan Anem penyakit yang sedang kau deritai ni?

Taliah menggelengkan kepalanya pantas.”Aku takut Anem sedih. Lagipun dia tengah ada exam. Nantilah lepas dia exam aku akan cuba cakap perlahan-lahan dengan dia. Tash...” 

Jemari Tasha di pegang lembut. Anak mata Tasha di pandang tepat.
“Aku harap, jika aku dah tak ada di dunia ini. Kau tolong jagakan Anem untuk aku ya? Semua yang aku ada ni, aku dah wasiatkan atas nama dia. Semua ini pemberian Emeriz.... tapi aku tak ada pilihan. Anem perlukan semua ini untuk meneruskan hidup dia..”

“Liah. Kau jangan risau. Emeriz bukan kejam untuk tinggalkan kau tanpa apa-apa. Lagipun... selama korang bersama, kau juga bekerja. Bukan mengharapkan duit dia semata-mata kan?
Taliah mengangguk.” Tapi dia dah banyak berhabis untuk aku..” Taliah menundukkan wajah. Malu dengan sikapnya dulu.

“Liah.... yang lepas biarkan lepas. Aku tahu Emeriz ikhlas beri kau semua ini. Kau kena terima pemberian dia..” Pujuk Tasha cuba menenangkan hati Taliah.

Taliah mengigit bibir sebak.”Andai masa boleh di undurkan kembali. Aku mahu merubah semuanya. Aku tak akan memisahkan Emeriz dengan Umi dia. Aku bersalah dengan Datin Zahra. Aku kejam Tash...! Luah Taliah tersedu-sedu kesedihan.

Tasha merangkul tubuh Taliah. Cuba menenangkannya.”Nanti, kita pergi jumpa Datin Zahra.... kau boleh minta maaf dengan dia. Sama ada dia maafkan atau tidak, itu terpulang pada dia. Janji kau dah minta maaf..! Ok!

Taliah menyeka air mata dengan selendang yang di pakai untuk menutup rambutnya yang kian gugur itu.”Aku harap dia maafkan aku. Kalau aku perlu berlutut sekalipun aku sanggup Tash!

“Liah! Dia bukan tuhan untuk kau berlutut semua. Kau cuma perlu minta maaf. Sama ada dia maafkan atau tidak.. itu terpulang pada dia..” Kata Tasha. Kalau boleh dia tidak mahu Taliah merendahkan maruahnya lagi.

“Aku dah pisahkan dia dengan anak dia Tash! Aku terlalu banyak buat dosa dengan dia...”
Tasha mengangguk tanda mengerti.”Ok. Nanti kita pergi minta maaf. Aku akan temankan kau ya...!

Taliah mengangguk sambil mengesat air matanya. Dia berharap Datin Zahra akan memaafkan semua dosa yang pernah dia lakukan kerana memisahkan kasih sayang seorang ibu dengan anak.

Sebenarnya Tasha sedih mengenangkan nasib yang menimpa Taliah. Sepatutnya Datin Zahra yang patut di salahkan. Jika dia tidak menghalang perhubungan Taliah dan Emeriz dulu, pastinya mereka tidak bersekedudukan.

 Apalah sangat dengan kedudukan dan harta yang mereka ada. Semua itu hanya pinjaman dari Allah semata. Harta, pangkat dan kedudukan itu cuma ujian dari Allah untuk hambaNYA. Sejauh mana hambaNYA mampu menguruskan amanah itu, terpulang pada mereka. Kalau buruk, maka buruklah hasilnya. Jika di uruskan dengan baik tanpa ada rasa riak,takbur dan sombong pasti hasilnya juga baik dan akan peroleh kebahagiaan dunia dan bekal untuk akhirat.

**
Suasana dalam Naab restaurant itu agak lengang dan sunyi. Sengaja dia memilih tempat privacy seperti itu. Baginya suasana seperti ini lebih sesuai untuk berbincang dengan Datin Zahra.  Dia nekad untuk meminta maaf dan selebihnya dia serahkan kepada wanita itu sendiri.

Hampir 15 minit menunggu, akhirnya tetamu yang di nanti-nanti tiba jua. Datin Zahra tampak jelita dengan sepersalinan jubah moden yang di padankan dengan pashmina yang berwarna kontra dengan jubahnya. Wanita itu memang nampak begitu pandai bergaya sesuai dengan statusnya sebagai Datin.

Datin Zahra menganggalkan spek mata hitam guccinya lantas di letakkan di atas meja. 

Sebenarnya dia agak terkejut apabila menerima panggilan telefon dari perempuan yang pernah menjahamkan hidup anaknya itu. Namun, Taliah begitu bersungguh-sungguh mahu berjumpa dan berjanji pertemuan itu merupakan pertemua terakhir. Kerana janji itulah dia berada di situ.

“Hurmmm... ada apa awak nak jumpa saya? Soalnya dingin.

Taliah menarik nafas panjang dan di lepaskan perlahan-lahan. Dia perlu bijak menyusun kata. Silap langkah wanita itu akan beredar dari situ tanpa sempat dia meminta maaf.”Sebelum tu, saya nak berterima kasih pada Datin sebab sudi datang ke sini..”

Datin Zahra tersenyum sinis.

”Aku datang sebab kau dah berjanji yang kau tak akan ganggu Emeriz lagi. Kalau tidak bayang kau pun aku tak mahu tengok! Bidasnya angkuh. Perasaan benci benar-benar meluap-luap sehinggakan dia tidak mampu untuk menyorok dari raut wajahnya. Apa yang pernah di lakukan Taliah dulu benar-benar buat dia dan suaminya terseksa! Wajarlah dia di benci seperti itu!

Taliah mengangguk kecil. Namun, belum sempat dia mahu membuka mulut. Pelayan yang memakai uniform lengkap itu datang untuk mengambil oder.

Orange jus please..! Jawab Datin Zahra. Selang beberapa minit pelayan datang dengan membawa dulang berisi segelas jus orange seperti yang di minta.

Datin Zahra memandang Taliah yang duduk bertentangan dengannya itu. Dia nampak yang wanita itu sudah jauh berubah dari Taliah yang di kenalinya sebelum ini. Apa mimpi wanita itu mengenakan hijab seperti itu? Bukan dia tidak tahu penampilan model itu sebelum ini! Apa saja pakaian yang menampakkan lurah dada dan betisnya saja yang menjadi pembalut tubuh tinggi lampai itu suatu ketika dahulu. Tapi sekarang? Apa sudah jadi? Sedikit sebanyak hatinya tertanya-tanya jua.

“Saya mahu jumpa Datin ni bersebab! Kata-Kata Taliah terhenti seketika.

Datin Zahra memasang telinga dengan teliti. Dia menanti penuh sabar dengan apa yang bakal di ungkapkan oleh wanita itu. ‘Apa sebenarnya tujuan dia mahu jumpa aku ni?

“Saya tahu, saya tak layak di maafkan! Luah Taliah pantas.

Datin Zahra ketawa sinis.”Baru tahu? Keningnya terangkat sebelah.

Taliah mengangkat wajah menentang pandangan mata Datin Zahra dengan kelopak mata yang berkaca.”Ampunkan saya Datin! Ampunkan segala dosa yang pernah saya lakukan pada Datin dulu...” Rayu Taliah tanpa rasa malu lagi.

Datin Zahra terkedu sebentar. Apa mimpi wanita itu minta maaf daripadanya. Setahunya Taliah seorang wanita yang penuh ego. Sombong. Keras kepala. Itulah perangainya yang sebenarnya.

“Apa maksud kau ni Taliah?

“Saya sudah insaf Datin! Saya kesal kerana memisahkan Emeriz dari Datin dan Datuk dulu..” Air matanya mengalir deras membasahi pipi.

“Dengan apa yang telah kau lakukan pada kami sekeluarga selama ini, cuma dengan perkataan maaf saja, mampukah menyebuhkan luka di hati aku ni? Tengking Datin Zahra sambil menepuk meja kuat.

Mujur juga tempat makan itu privacy. Memang orang luar tak akan tahu apa yang berlaku di situ melainkan mereka di panggil untuk mengambil tempahan dan membuat pembayaran.

Taliah tersentak!Dia menggigit bibir.”Saya tahu saya tak layak di maafkan..!

“Habis kalau dah tahu kenapa kau nak jumpa aku lagi? Aku memang tak akan maafkan kau sampai bila-bila. Kerana kau, hidup aku yang sebelum ni ceria dengan kawan-kawan jadi suram serta merta. 3 tahun aku berkurung dalam rumah sebab malu, kisah hidup bebas aku di canang sana sini, mereka cakap aku tak pandai didik anak sehinggakan anak nekad keluar rumah dan bersekedudukan dengan perempuan murah seperti kau!  Kerana kau juga... suami aku sakit teruk, tinggal tak mati saja! Kau rasa, layakkah kau di maafkan??? Herdik Datin Zahra sehinggakan dia tidak mampu lagi untuk mengawal sebak di dada. Akhirnya esaknya pecah juga. Dia menompang tangan ke aats meja dan menangis teresak-esak. Jika di kenang kesakitan itu, dia memang tidak mampu langsung untuk menahan diri dari menangis!

Taliah turut sama menangisi kesalahannya. Dia tidak menduga sehebat itu penangan sikap pentingkan dirinya sendiri dulu. Ya Allah layakkah aku di maafkan?!! Terhinjut-hinjut bahunya menagis. Dia benar-benar sedih melihat keadaan Datin Zahra yang nampak begitu terseksa.

Suasana sunyi itu cuma di temani dengan tangisan dan esakan sahaja. Datin Zahra memejamkan mata cuba untuk mengawal diri. Dia benar-benar tidak mampu mengawal sebak yang menyesakkan dadanya tadi. Dia mengesat air mata. Wajah gebu Taliah yang merah padam itu di tenung lama. Dia tahu wanita itu sudah bertaubat! Dia sangat kenal siapa Taliah. Taliah yang di kenalinya dulu tak akan mudah menyerah kalah. Taliah dulu penuh ego!

“Saya ikhlas untuk minta maaf Datin...! Rayu Taliah lagi. Dia akan cuba merayu dan terus merayu memohon keampunan. Benarlah... bukan mudah jika seorang manusia membuat dosa kepada manusia lain! Ya Allah permudahkan aku Ya Allah. Lembutkan hatinya.

Datin Zahra menarik nafas panjang dan di lepaskan perlahan-lahan.”Aku tak tahu nak cakap apa lagi untuk menggambarkan perasaan marah dan kecewa aku pada kau Taliah! Tapi yang aku harapkan satu...!

Taliah mengangkat wajah dan memandang wajah Datin Zahra.

“Kau biarkan Emeriz hidup dengan dunia dia sendiri. Jangan sesekali kau muncul dalam hidup dia... lagi untuk merosakkan segala yang telah di rancang! Terima kasih sebab kerana kau, anak aku bertemu dengan seorang gadis yang jauh lebih baik daripada kau...! Kalau tidak kerana kes khalwat kau tu, sampai bila-bila pun Emeriz akan terus sujud pada kaki kau..! Ujar Datin Zahra

Taliah tersenyum dalam kesedihan.”Alhamdulillah..... akhirnya doa saya supaya Emeriz di ketemukan dengan gadis-gadis yang baik termakbul juga...”

Datin Zahra ingin ketawa. Dialah orang yang telah berdoa siang malam pagi petang selama Emeriz meninggalkan rumah boleh pula Taliah berkata seperti itu!

“Aku Umi dia.... doa aku yang lebih mujarab! Kau.... bersihkan dulu noda dan dosa yang pernah kau buat Taliah! Kata Datin Zahra sinis.

Taliah menganggukkan kepala.”Apa juga kata Datin saya terima. Tapi.... apa yang saya mahu Datin tahu... saya benar-benar dah bertaubat! Saya mahu membersihkan dosa sesama manusia. Antara saya dengan Allah... biarlah cuma saya saja yang tahu..”

“Baik! Aku akan maafkan kau... bersyarat!

Taliah lega! Biarpun bersyarat... dia akur. Dia akan tetap setuju.

“Aku nak kau pergi jauh dari sini. Dari Kuala Lumpur! Jangan tinggalkan jejak kau lagi di sini...! Mampu kau lakukan untuk mendapatkan kemaafan aku???

Taliah menarik nafas lega. Masa yang di berikan oleh Doktor mengenai penyakitnya itu membuatkan dia benar-benar lega. Cuma dengan pemergiannya dari dunia ini saja yang akan membuatkan dosanya terhapus! Dia rasa begitu bertuah sekali. Cuma dengan wanita itu dia rasa cukup berdosa. Jadi, pemergiannya nanti pasti membuatkan Datin Zahra gembira.!

Taliah mengangguk pantas dan tersenyum sambil mengesat air matanya. Wajahnya yang tadinya mendung tiba-tiba bercahaya kegembiraan.

Datin Johan berasa pelik melihat reaksi yang di tunjukkan oleh Taliah! Apa sebenar yang berlaku ni?? Dia tertanya sendiri.

“Cuma, sebelum saya pergi dari sini..... saya mahu minta izin dari Datin seperkara lagi..” Pinta Taliah takut-takut.

“Baik! Apa dia...!

Taliah menggemgam jari jemarinya yang bertaut sesama sendiri. Takut!”Saya mahu berjumpa Emeriz buat kali terakhir. Dan saya bersumpah Datin... ini adalah pertemua terakhir. Saya nak minta maaf sendiri dengan Emeriz. Saya mahu dia halalkan segala yang telah dia berikan pada saya dulu...”

Datin Zahra terdiam tatkala mendengar permintaan itu.Boleh percayakah dengan janji dan sumpah dia ni?? Tapi Taliah sekarang betul-betul nampak sudah berubah! Datin Zahra serba salah. Dia takut Taliah membohonginya. Dan setelah Emeriz termakan dengan rayuannya itu, Emeriz akan kembali kepangkuanya! Tidak!!!

Pantas kepala di gelengkan.”Aku tak yakin dengan janji dan sumpah kau!

“Datin dengan nama Allah yang mahu berkuasa... pertemuan itu merupakan pertemuan terkahir. Dan selepas itu jika Datin mahu saya lenyap dari dunia ini... saya akan tunaikan juga! Berikan saya kesempatan ini Datin.....”Tolonglahhhh... Rayu Taliah sesungguh hati.

Datin Zahra mengetap bibir. Melihat kesungguhan itu dia tidak sampai hati biarpun wanita itu pernah membuat onar dalam keluarganya. Tapi dia bukanlah langsung tidak berhati perut.”Baiklah!! Pastikan pertemuan ni pertemuan terkahir!! Putusnya ikhlas.

Taliah tersenyum gembira. “Alhamdulillah Ya Allah....!

Aksi Taliah yang baru saja menadah tangan dan bersyukur itu di pandang dengan pandangan pelik.”Apa yang sudah berlaku pada dia sampai ke tahap ini dia berubah???? Bisik hati kecilnya.

Taliah membontoti langkah Datin Zahra ke kereta. Langkah mereka terhenti tatkala sampai ke perkarangan tempat letak kereta.

Taliah berdiri sambil menundukkan kepala di hadapan Datin Zahra.
“Aku harap kau pegang dengan janji kau tu...! Kata Datin Zahra mengingatkan wanita itu.

Taliah mengangkat wajah.” Saya janji Datin...! Taliah tersenyum.

Wajah pucat Taliah di pandang lama. Dia pasti ada yang tidak kena dengan wanita itu.

“Datin....... saya gembira... pada akhirnya hubungan kita akan jernih seperti ini...”

Datin Zahra diam tidak memberikan sebarang reaksi.

“Dulu saya pernah menanam impian mahu menjadi menantu yang terbaik untuk Datin. Tapi, apa boleh buat... Emeriz bukan untuk saya...!  Kata Taliah sambil tersenyum

Hati Datin Zahra tersentak mendengar kata-kata itu. Entah mengapa dia boleh jatuh kasihan mendengarnya.”Percaya pada ketentuanNYa... Balasnya pendek.

Taliah mengangguk tanda dia sudah lama redha.”Datin....... panggil Taliah lembut.
Datin Zahra mengangkat kening sebagai tanda dia menyahut panggilan itu. Dia masih berasa was-was melihat perubahan mendadak itu.

Sesaat sahaja Taliah sudah merangkul Erat tubuh Datin Zahra. Dia memeluk Datin Zahra seerat-eratnya. Datin Zahra terkaku untuk seketika. Dia membiarkan saja perlakuan Taliah itu tanpa melarangnya.

Taliah melangkah setapak ke belakang.” Saya tak pernah peluk perempuan yang bernama ibu. Jadi, saya mahu rasa..... hangatnya pelukan seorang ibu biarpun Datin bukan ibu saya...” 
Ucap Taliah sebak. Datin Zahra sekadar mengangguk kecil. Dia memang tak tahu untuk memberikan reaksi apa. Yang ada di dalam hatinya saat itu cuma rasa sebak. Entah mengapa dia merasakan perasaan itu.

“Hurrrmm baiklah aku balik dulu..! Pinta Datin Zahra pantas. Dia mahu segera beredar dari situ. Jantungnya berdebar-debar. Tindakan Taliah tadi benar-benar membuatkan dia kaget sehinggakan tak tahu nak memberikan reaksi bagaimana.


Taliah melambai-lambaikan tangannya tatkala kereta bwm itu berlalu dari situ. Walaupun cuma lambaian yang tidak berbalas. Dia rasa lega kerana hutangnya dengan Datin Zahra akan selesai setelah dia pergi meninggalkan dunia ini.”Syukur Ya Allah...”

No comments: