Kelam
kabut Ayla mengesat air matanya. Rasanya dah cukup strategik dia mencari tempat
untuk menghamburkan rasa sedih dan pilu di bawah tangga ini. Tapi kenapa pula
masih ada yang boleh nampak dia di situ? Masih belum cukup sebaldi dia
menangis. Hati masih belum puas melepaskan rasa sedih itu sudah ada yang
menganggu.
Aqash
menjengah kepala mengintai Ayla yang duduk mencangkung di bawah tangga itu.”Are you ok? Soalnya hairan. Sebenarnya
dia nampak Ayla keluar dari sebuah kereta tadi. Terkejut juga apabila melihat
Ayla menangis dan menyelinap di bawah tangga office. Agak lama jugak la dia
perhatikan Ayla di situ.
Terbongkok-bongkok
Ayla keluar dari bawah tangga itu. Dia segera berdiri di hadapan Aqash dengan
wajah yang sembab. Tangannya ligat membetulkan pakaiannya yang sedikit berhabuk
itu.
“Ya
bos?”
Aqash
sembunyi senyum. Rasa kelakar pula apabila mengenangkan perangai Ayla itu.
Menangis bawah tangga?’Hisy. Macam-macam hal..’Desis hati kecilnya.
“Kenapa
ni?”
“Huh?
Ayla mendongak memandang majikannya yang jauh lebih tinggi darinya itu. Wajah
Aqash yang berjambang tipis itu di pandang sekilas sebelum menundukkan
kepalanya memandang high heel
berwarna merahnya.
“Why are you crying down there?”
Ayla
ketap bibir. Sumpah! Dia malu di tangkap seperti itu.
“Er…
saya.. saya ada masalah sikit.” Jawabnya dengan pipi yang sudah merona merah.
Malu.
“Bergaduh
dengan boyfriend you ke? Tebak Aqash dengan senyuman nakal.
Riak
wajah Ayla berubah jadi lain. Boleh tahan kaki sibuk juga majikannya itu.”Err..
tak adalah. Adalah personal problem yang tak boleh saya cakap..” Selamba saja
dia menjawab. Sudahlah hati masih sakit. Sekarang, dengan wajah yang macam
nenek kebayan ni terpaksa berdepan dengan majikannya pula. Kalau tak kacak tu
dia tak peduli sangat. Ini sudah ada iras-iras pelakon hong kong. Mahu dia malu
tak ingat.
Aqash
senyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Mungkin mood Ayla masih ke laut.
Bukan apa, dia rasa sangat berminat untuk mendekati Ayla sebenarnya. Sejak kali
pertama bertentangan mata dengan gadis itu di lobi hotel tempoh hari, hatinya
tak keruan mengingatinya. Wajah, senyuman, cara Ayla bercakap semua menarik
minatnya. Sebagai lelaki rasanya, normal dia menaruh minat pada perempuan
cantik seperti Ayla.
“Sorry
if I busy body…”
“It`s
ok bos. Kalau tak ada apa-apa, saya nak naik ofice dululah..” Ayla berkira mahu
meminta diri. Berlamaan dengan Aqash buat dia rasa tak selesa.
“Ok!
Ay…”
Ayla
yang baru saja mahu memusingkan tubuhnya berpaling semula sambil mengangkat
keningnya.’Apa lagi yang dia nak ni?
Wajah
Aqash yang nampak serba salah itu di perhatikan.”Ada apa?
“Kalau
awak free boleh kita keluar dinner malam ni?”
‘What????Hampir
nak terjojol biji mata Ayla dengan permintaan itu.
Aqash
senyum segaris. Masih menanti jawapan yang positif dari Ayla.
Ayla
mengeluh perlahan. Bohong sunat je lah. ”Sorry bos. Malam ni I ada temu janji.
Err… dengan Muslim. Yeah Muslim…” Bohong sunat je lah.
“Oh!That`s ok Ayla. Maybe next time?”
Ayla
senyum ala kadar sambil mengangguk pantas. Gila apa mahu keluar dengan majikan
sendiri. Pasti jadi gosip nanti. Sudahlah kebanyakan staf di sini tahu yang dia
sudah ada teman lelaki. Nanti apa pula mereka fikir mengenai dirinya.
‘Playgirl? No…no….’
“Saya
minta diri dulu… assalamualaikum..” Ayla memberi salam.
Aqash
yang terkulat-kulat itu cuma menjawab perlahan. Lenggang lenggok gadis itu di
perhatikan sehinggalah hilang dalam perut lif.’Jual mahal tu lah yang buat aku
rasa tercabar…’
“Ehemmmm!!!
Satu suara berdehem mengejutkan lamunan Ayla. Dia berpaling ke belakang. Muslim
yang memakai blazer bewarna kelabu itu di pandang atas bawah.
“Kadang-kadang
aku pelik lah Muslim..”
Dahi
Muslim berkerut.”Apa yang kau nak pelik?
“Mana
ada aku, dekat situ ada kau kan?”
Muslim
ketawa kecil.”Aku kan bayang-bayang kau Ay..” Dia memerhatikan wajah Ayla lama.
Pasti ada yang tidak kena dengan sahabatnya itu.
“Ay.
Kau menangis ke?”Bahu Ayla di tarik supaya memandang ke arahnya.
“Taklah!
Masuk habuk..” Ayla cuba mengelak.
Ting!
Pintu
lif terbuka di tingkat 5. Cepat-cepat Ayla melarikan diri dari Muslim. Pening
kepala terpaksa melayan soalan-soalan dari lelaki-lelaki tadi. Kenapalah aku
perlu pening kepala sebab lelaki? Argghhhh…..
“Ayla!
Laung Muslim segera mengejar langkah Ayla.
“Kau ni
sibuk lah. Ikut aku lah nak menangis ke, melalak ke. Kau susah apa…! Marah Ayla
sambil menepis tangan Muslim yang mendarat di lengannya itu.
“Ay! I care about you Ay. Sampai hati kau
cakap macam tu dekat aku. Aku merajuk ni…” Sengaja Muslim begurau begitu. Dia
tahu Raykarl pasti melukakan hati Ayla lagi.
Ayla
mencebikkan bibirnya.”Merajuklah. Kau ingat, kau tu boyfriend aku ke aku nak
pujuk-pujuk..” Tempelak Ayla segera melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Muslim mengekori dari belakang.
“Ay!
Nur Ayla… “Panggil Muslim.
Ayla
buat bodoh. Sengaja dia buat-buat sibuk mengemas mejanya. Padahal mejanya kemas
teratur. Memang dia rimas sekarang! Rasa mahu menengking Muslim. Tapi
memikirkan dia tak patut melempiaskan amarahnya itu kepada orang lain. Dia cuba
menyabarkan hati.
“Tell
me. Kenapa Karl marah kau…”?
“Mana
ada. Pandai-pandai je kau ni..”
“Alah.
Macam aku tak nampak kau hempas pintu kereta dia tadi. Aku tak buta ok..! Kata
Muslim yang kebetulan ternampak adegan tadi. Mulanya dia mahu memujuk Ayla yang
menangis di bawah tangga. Tapi hasratnya terbantut tatkala terlihat Aqash yang
terlebih dahulu berada di situ tadi.
“Kau ni
sama je dengan bos tu kan?! Suka sangat menyibuk hal aku. Apa korang ni dah tak
ada kerja lain ke dalam office ni selalin jaga tepi kain aku? Selamba saja Ayla
melezer Muslim.
Muslim
tersentak dengan kata-kata Ayla.”Ayla…. sabarlah sikit. Kau selalu mengeluh
sebab perangai Karl yang angin tu. Sekarang ni kau dengan Karl sama saja. Tak
ada beza. Salah apa aku? Aku cuma take care dekat kau Ay. I love you..” Ujar
Muslim sambil mengeyit mata ke arah Ayla.
Ayla
ketawa kecil melihat kelakuan Muslim.”Sorry Muslim. Aku tension sekarang ni…”
“Karl
marah kau keluar makan dengan aku ke?
“Eh!
Kebetulan kau dah tanya ni. Eh…apa pasal dia jumpa kau tadi?” Pertanyaan Muslim
di pandang sepi. Sebaliknya dia pula yang bertanya.
Muslim
kematian kata. “Err… hemmm.. tak ada apa-apalah. Dia cuma salah faham. Dia
ingatkan kau makan dengan aku berdua je..”
“Tipu!
Aku dah cakap dengan dia kita bertiga!
Kantoi!!!
Muslim
terkulat-kulat apabila terkantoi seperti itu.”Errr… tak ada apa-apalah. Masalah
orang lelaki je. Kau jangan nak sibuklah…”
Ayla
mengetap bibir. Dia tertanya-tanya kenapa Raykarl jumpa Muslim tadi. Takkanlah
mahu bertanya khabar? Sedangkan tengok muka Muslim pun dia tak ingin. Ini pasti
ada yang tak kena. Fikirnya.
“Kau
fikir apa tu?”
Bulat
mata Ayla melihat Muslim.”Kalau kau bersubahat apa-apa dengan dia, kau siap
Muslim…” Ugut Ayla yang memang mengagak pasti ada yang tak kena sebenarnya.
Muslim
serba salah. Takkanlah dia mahu berterus terang yang dia nampak Raykarl bersama
perempuan lain tadi. Mahu meroyan sahabatnya tu nanti.”Tak… taklah….” Dia
geleng kepala.
Mencurigakan!!!
Detik hati kecilnya apabila melihat reaksi Muslim itu.”Ala lagipun aku dah tak
heran lah pasal dia Muslim. We are finished..” Kata Ayla selamba.
“Biar
betul??? Muslim kaget mendengar kata-kata Ayla itu. Tapi senyuman pula yang
terukir di bibirnya.”Alah… kau sengaja nak jual cerita kan?
Ayla
mencemikkan wajahnya. “Up to you Muslim..” Dia menjungkitkan bahunya. Terserah
lah mahu percaya atau tidak.
“So…cerahlah
peluang aku kan?
“Kau ni
kenapa? Nak cari gaduh ke?
Muslim
ketawa kecil. Ayla kalau marah makin cantik. Haih…. Raykarl! Kau ni tolak tuah
betul..!
“Dah la
Ay! Kau dengan Karl tu kalau break off, sehari dua je.. paling lama seminggu.
Lepas tu baik semula”
“Kita
tengoklah nanti Muslim. Aku pun tak tahu dia boleh terima aku balik ke tidak..”
Kata Ayla serius.
Muslim
hairan dengan kata-kata itu. Wajah manis itu di pandang lama.”Maksud kau apa ni
Ay?
“Kau
kan tahu aku pernah cerita yang pasal anak ustaz masuk meminang aku hari tu?”
Muslim
angguk.
“Papa
tengah tunggu kata putus dari aku. Karl pulak buat hal, aku rasa aku nak terima
pinangan tu.”
“Kau
gila ke apa Ay?”
Ayla
geleng sambil mengeluh perlahan.
“Jangan
nak buat pasal lah Ay. Kau ingat perkara nikah kahwin boleh di buat main-main
ke?”
“Kalau
itu yang terbaik. Aku redha..” Jawab Ayla tenang dan cukup senang.
Muslim
geleng kepala melihat perangai Ayla. Kadang-kadang kalau bercakap tak pernah
nak fikir baik buruk.”Dari kau kahwin dengan lelaki yang kau tak kenal. Baik
kau kahwin dengan aku. Aku beri kau cinta 100%.. Ay..” Kata Muslim tenang.
Ayla
ketawa mengekek.”100 percent cintakuuuu….uuu…hey hey…”Sempat Ayla bernyanyi
mengikut irama dangdut mengusik Muslim.
Muslim
yang tadinya mahu serius, terus ketawa terbahak-bahak. Seperti Syarikat itu
mereka yang punya. Mengular di waktu begini memang sengaja cari pasal!
Hilang
sedikit rasa sedih di hati melayan kerenah Muslim. Sahabatnya itu memang
sentiasa ada di saat susah dan senangnya.’Maafkan aku Muslim… kau memang bukan
untuk aku…’ Hati merintih sendiri. Apabila Muslim cuba serius membicarakan soal
hati dan perasaan dia akan cuba mengalih topik secepat mungkin. Dia tahu mahu
ada jurang di antara mereka, hanya kerana perasaan cinta itu.
**
Puan
Adira dan Tuan Addin menanti anak tunggal mereka pulang dari kerja sebelum
makan malam bersama. Ayla sempat menghubungi Puan Adira tadi memberitahu yang
dia ada perkara yang mahu di bincangkan nanti.
“Abang
rasa apa yang Ayla nak bincang tu?? Puan Addira meletakkan air kopi o panas di
atas meja.
“Entahlah
Dira. Agaknya anak awak tu nak kahwin kot..”Jawab Tuan Addin berseloroh.
“Alhamdulillah.
Dah nak kertu anak kita tu bang menunggu anak Datuk tu..”
“Apa
yang dia gila sangat dengan budak tu pun saya tak faham..”
“First love dia, memang macam tu..” Balas
Puan Adira seraya mengambil kuih seri muka lalu di kunyah perlahan.
“Allah…
First love lah sangat. Saya berkenan
sangat dengan Umar tu Adira. Budaknya baik, berilmu agama… kacak. Apa yang
kurangnya dia jika mahu di bandingkan dengan Raykarl tu?
“Cinta!!!
Kata Puan Adira.
“Awak
kahwin dengan saya sebab cinta ke? Bukan kan? Habis bahagia je sampai
sekarang..”
“Kita
dulu tak pandai nak memberontak abang oi. Budak sekarang ni, manalah nak kahwin
dengan pilihan mak bapak…”
Tuan
Addin mencebik. Setiap hari dia melihat Umar mengimankan solat di surau semakin
dia tertarik untuk menjodohkan dia dengan anaknya. Susah mahu mencari cacat
celanya Umar yang sangat bersopan santun dengan orang tua, Selain tinggi ilmu
agamanya. Dia rasa cukup berbesar hati apabila Ustaz Hafis bertanyakan mengenai
Ayla. Katanya, Umar berkenan mahu memperisterikan Ayla. Rasa seperti mimpi pula
lelaki sebaik Umar jatuh hati pada anaknya yang serba kekurangan itu.
“Mama..papa..
Ay terima pinangan Umar tu..” Kata Ayla senafas.
Puan
Adira dan Tuan Addin tergaman dan saling berpandangan. Kemudian wajah anak
tunggal mereka itu di perhatikan lama. Normal kah? Atau di luar kewarasan akal.
“Ay
sihat ke tidak ni? Tanya Puan Adira yang nyata masih kaget dengan apa yang di
perkatakan oleh anaknya itu.
Ayla
angguk kepala. Yakin dengan keputusannya. Lantak. Dia malas mahu fikir lagi.
Cinta tolak tepi janji puas hati.
Tuan
Addin sudah senyum sampai ke telinga.”Papa on je..” Katanya selamba.
Puan
Adira menepuk peha suaminya.”Awak ni bang. Mesti ada yang tak kena dengan anak
awak ni…”
“Habis
dia sendiri yang buat keputusan tu. Takkan lah kita nak menolak pulak. Benda
baik kan?”
Ayla
cuma tersenyum tawar. Kalau ini yang mampu mengembirakan papa dan mamanya apa
salahnya jika dia berkorban. Mengharapkan pada Raykarl selamanya pun tak ke
mana. Semakin lama, semakin gelap harapan pada hubungan mereka yang sudah
mencecah 10 tahun itu. Mungkin juga Raykarl sudah mulai bosan dengannya.
“Ay
serius ke ni? Soal papanya.
Ayla
angguk lagi.
“Serius
pa. Ay dah taknak harapkan Karl lagi. Mungkin dah tak ada jodoh antara kami..”
Jawab Ayla lemah. Jika ini yang terbaik. Ayla seakan pasrah. Sudah hilang
semangat untuk mempertahankan cintanya pada lelaki itu lagi. ‘Karl… mungkin ini
bermulanya nokhtah cinta kita. Pergilah Karl jika ini yang terbaik untuk Karl
dan Ay… pergilah sayang…’
“Kalau
macam tu, esok papa bincang dengan Ustaz Hafis. Kita percepatkan perkara yang
baik. Ay pun bukan muda lagi. Dah sesuai sangat untuk berumah tangga..” Putus
Tuan Addin dengan perasaan yang cukup teruja dan gembira.
Ayla
cuma angguk dan tersenyum. Biarpun hatinya sendiri yang terluka.
**
Datin
Athirah senyum melebar saat Raykarl menyuruhnya meminang Safiyah.
“Karl
tak menyesal?”
Raykarl
geleng kepala.
“Karl takut
Sufiyah je yang menyesal terima Karl jadi suami dia..”
“Hisy.
Karl anak mama. Mama tahu Karl mampu bahagiakan Safiyah..”
Raykarl
cuma mengangguk tanpa memberikan reaksi pada wajahnya. Entahlah… perasaannya
kini kosong. Apakah betul apa yang dia lakukan ini? Ayla? Kenapa dia perlu ego
dengan Ayla sedangkan sejak dari dulu sampai sekarang cuma Ayla saja yang dia
cintai. Tapi kenapa bila bersama Ayla hubungan mereka sentiasa panas dan
berantakan?
‘Ay……
Karl tak tahu apa yang Karl buat ni. Kenapalah susah sangat untuk kita bersama
Ay? Apa yang kita buat selama 10 tahun ini cuma sia-sia.Ay…. jika ini
takdirnya…… kita perlu redha…’ Rintih hati kecilnya.
“Safiyah
pasti gembira dengan perkhabaran ni. Karl.. percayalah nak… Safiyah adalah
wanita terbaik untuk Karl. Mama jamin…” Kata Datin Athirah yang nampak begitu
gembira dengan keputusan yang di ambil anaknya itu.
Raykarl
cuma memandang sepi apa yang di katakan mamanya. Jika itu yang membahagiakan
mama… buatlah mama… teruskanlah…. Karl dah tak tahu nak buat apa sekarang. Karl
dan Ay…. Dah tak ada apa-apa….!
Raykarl
bangkit dengan perasaan yang cukup kosong sedangkan mamanya masih belum habis
bercakap.
“Eh!Karl…
nak ke mana ni? Tanya Datin Athirah sambil mendongak memandang anak lelakinya
itu.
“Huh???
Raykarl terpinga-pinga.
“Mama
tengah cakap dengan Karl ni kan??”
“Sorry
ma. Karl tak boleh nak concentrate sekarang. Mama buatlah apa yang terbaik
untuk Karl ya. Karl percaya kan mama…” Ujar Raykarl sambil melangkah naik ke
tingkat atas.
Datin
Athirah memandang anaknya dari kejauhan. Agaknya apa yang membuatkan anaknya
itu berubah fikiran? Benarkah Raykarl sudah putus dengan Ayla? Kalau benar,
dialah orang yang paling gembira di dunia ini.
Hajatnya
mahu menyunting Sufiyah menjadi menantunya kian menjadi kenyataan. Wajah polos
gadis berhijab itu muncul di benaknya. ‘Bertuah Karl dapat memperisterikan
Sufiyah…’ Dia menarik nafas lega.
p/s : hello dears......sorry la kalau ade kesalahan ejaan mahupun susunan ayat yg terlintang pukang. Selamat membaca uolls..
1 comment:
best nk lgi...
Post a Comment