Wednesday, October 30, 2013

10 tahun bab 10

“Ayla..”

Kelam kabut Ayla mengesat air matanya. Rasanya dah cukup strategik dia mencari tempat untuk menghamburkan rasa sedih dan pilu di bawah tangga ini. Tapi kenapa pula masih ada yang boleh nampak dia di situ? Masih belum cukup sebaldi dia menangis. Hati masih belum puas melepaskan rasa sedih itu sudah ada yang menganggu.

Aqash menjengah kepala mengintai Ayla yang duduk mencangkung di bawah tangga itu.”Are you ok? Soalnya hairan. Sebenarnya dia nampak Ayla keluar dari sebuah kereta tadi. Terkejut juga apabila melihat Ayla menangis dan menyelinap di bawah tangga office. Agak lama jugak la dia perhatikan Ayla di situ.

Terbongkok-bongkok Ayla keluar dari bawah tangga itu. Dia segera berdiri di hadapan Aqash dengan wajah yang sembab. Tangannya ligat membetulkan pakaiannya yang sedikit berhabuk itu.

“Ya bos?”

Aqash sembunyi senyum. Rasa kelakar pula apabila mengenangkan perangai Ayla itu. Menangis bawah tangga?’Hisy. Macam-macam hal..’Desis hati kecilnya.

“Kenapa ni?”
“Huh? Ayla mendongak memandang majikannya yang jauh lebih tinggi darinya itu. Wajah Aqash yang berjambang tipis itu di pandang sekilas sebelum menundukkan kepalanya memandang high heel berwarna merahnya.
Why are you crying down there?”

Ayla ketap bibir. Sumpah! Dia malu di tangkap seperti itu.

“Er… saya.. saya ada masalah sikit.” Jawabnya dengan pipi yang sudah merona merah. Malu.
“Bergaduh dengan boyfriend you ke? Tebak Aqash dengan senyuman nakal.

Riak wajah Ayla berubah jadi lain. Boleh tahan kaki sibuk juga majikannya itu.”Err.. tak adalah. Adalah personal problem yang tak boleh saya cakap..” Selamba saja dia menjawab. Sudahlah hati masih sakit. Sekarang, dengan wajah yang macam nenek kebayan ni terpaksa berdepan dengan majikannya pula. Kalau tak kacak tu dia tak peduli sangat. Ini sudah ada iras-iras pelakon hong kong. Mahu dia malu tak ingat.

Aqash senyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Mungkin mood Ayla masih ke laut. Bukan apa, dia rasa sangat berminat untuk mendekati Ayla sebenarnya. Sejak kali pertama bertentangan mata dengan gadis itu di lobi hotel tempoh hari, hatinya tak keruan mengingatinya. Wajah, senyuman, cara Ayla bercakap semua menarik minatnya. Sebagai lelaki rasanya, normal dia menaruh minat pada perempuan cantik seperti Ayla.

“Sorry if I busy body…”

“It`s ok bos. Kalau tak ada apa-apa, saya nak naik ofice dululah..” Ayla berkira mahu meminta diri. Berlamaan dengan Aqash buat dia rasa tak selesa.
“Ok! Ay…”

Ayla yang baru saja mahu memusingkan tubuhnya berpaling semula sambil mengangkat keningnya.’Apa lagi yang dia nak ni?
Wajah Aqash yang nampak serba salah itu di perhatikan.”Ada apa?

“Kalau awak free boleh kita keluar dinner malam ni?”

‘What????Hampir nak terjojol biji mata Ayla dengan permintaan itu.

Aqash senyum segaris. Masih menanti jawapan yang positif dari Ayla.
Ayla mengeluh perlahan. Bohong sunat je lah. ”Sorry bos. Malam ni I ada temu janji. Err… dengan Muslim. Yeah Muslim…” Bohong sunat je lah.
“Oh!That`s ok Ayla. Maybe next time?”

Ayla senyum ala kadar sambil mengangguk pantas. Gila apa mahu keluar dengan majikan sendiri. Pasti jadi gosip nanti. Sudahlah kebanyakan staf di sini tahu yang dia sudah ada teman lelaki. Nanti apa pula mereka fikir mengenai dirinya. ‘Playgirl? No…no….’

“Saya minta diri dulu… assalamualaikum..” Ayla memberi salam.

Aqash yang terkulat-kulat itu cuma menjawab perlahan. Lenggang lenggok gadis itu di perhatikan sehinggalah hilang dalam perut lif.’Jual mahal tu lah yang buat aku rasa tercabar…’

“Ehemmmm!!! Satu suara berdehem mengejutkan lamunan Ayla. Dia berpaling ke belakang. Muslim yang memakai blazer bewarna kelabu itu di pandang atas bawah.

“Kadang-kadang aku pelik lah Muslim..”
Dahi Muslim berkerut.”Apa yang kau nak pelik?

“Mana ada aku, dekat situ ada kau kan?”
Muslim ketawa kecil.”Aku kan bayang-bayang kau Ay..” Dia memerhatikan wajah Ayla lama. Pasti ada yang tidak kena dengan sahabatnya itu.

“Ay. Kau menangis ke?”Bahu Ayla di tarik supaya memandang ke arahnya.
“Taklah! Masuk habuk..” Ayla cuba mengelak.

Ting!

Pintu lif terbuka di tingkat 5. Cepat-cepat Ayla melarikan diri dari Muslim. Pening kepala terpaksa melayan soalan-soalan dari lelaki-lelaki tadi. Kenapalah aku perlu pening kepala sebab lelaki? Argghhhh…..

“Ayla! Laung Muslim segera mengejar langkah Ayla.

“Kau ni sibuk lah. Ikut aku lah nak menangis ke, melalak ke. Kau susah apa…! Marah Ayla sambil menepis tangan Muslim yang mendarat di lengannya itu.

“Ay! I care about you Ay. Sampai hati kau cakap macam tu dekat aku. Aku merajuk ni…” Sengaja Muslim begurau begitu. Dia tahu Raykarl pasti melukakan hati Ayla lagi.

Ayla mencebikkan bibirnya.”Merajuklah. Kau ingat, kau tu boyfriend aku ke aku nak pujuk-pujuk..” Tempelak Ayla segera melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Muslim mengekori dari belakang.

“Ay! Nur Ayla… “Panggil Muslim.

Ayla buat bodoh. Sengaja dia buat-buat sibuk mengemas mejanya. Padahal mejanya kemas teratur. Memang dia rimas sekarang! Rasa mahu menengking Muslim. Tapi memikirkan dia tak patut melempiaskan amarahnya itu kepada orang lain. Dia cuba menyabarkan hati.

“Tell me. Kenapa Karl marah kau…”?
“Mana ada. Pandai-pandai je kau ni..”

“Alah. Macam aku tak nampak kau hempas pintu kereta dia tadi. Aku tak buta ok..! Kata Muslim yang kebetulan ternampak adegan tadi. Mulanya dia mahu memujuk Ayla yang menangis di bawah tangga. Tapi hasratnya terbantut tatkala terlihat Aqash yang terlebih dahulu berada di situ tadi.

“Kau ni sama je dengan bos tu kan?! Suka sangat menyibuk hal aku. Apa korang ni dah tak ada kerja lain ke dalam office ni selalin jaga tepi kain aku? Selamba saja Ayla melezer Muslim.

Muslim tersentak dengan kata-kata Ayla.”Ayla…. sabarlah sikit. Kau selalu mengeluh sebab perangai Karl yang angin tu. Sekarang ni kau dengan Karl sama saja. Tak ada beza. Salah apa aku? Aku cuma take care dekat kau Ay. I love you..” Ujar Muslim sambil mengeyit mata ke arah Ayla.

Ayla ketawa kecil melihat kelakuan Muslim.”Sorry Muslim. Aku tension sekarang ni…”
“Karl marah kau keluar makan dengan aku ke?

“Eh! Kebetulan kau dah tanya ni. Eh…apa pasal dia jumpa kau tadi?” Pertanyaan Muslim di pandang sepi. Sebaliknya dia pula yang bertanya.

Muslim kematian kata. “Err… hemmm.. tak ada apa-apalah. Dia cuma salah faham. Dia ingatkan kau makan dengan aku berdua je..”

“Tipu! Aku dah cakap dengan dia kita bertiga!

Kantoi!!!

Muslim terkulat-kulat apabila terkantoi seperti itu.”Errr… tak ada apa-apalah. Masalah orang lelaki je. Kau jangan nak sibuklah…”

Ayla mengetap bibir. Dia tertanya-tanya kenapa Raykarl jumpa Muslim tadi. Takkanlah mahu bertanya khabar? Sedangkan tengok muka Muslim pun dia tak ingin. Ini pasti ada yang tak kena. Fikirnya.

“Kau fikir apa tu?”

Bulat mata Ayla melihat Muslim.”Kalau kau bersubahat apa-apa dengan dia, kau siap Muslim…” Ugut Ayla yang memang mengagak pasti ada yang tak kena sebenarnya.
Muslim serba salah. Takkanlah dia mahu berterus terang yang dia nampak Raykarl bersama perempuan lain tadi. Mahu meroyan sahabatnya tu nanti.”Tak… taklah….” Dia geleng kepala.

Mencurigakan!!! Detik hati kecilnya apabila melihat reaksi Muslim itu.”Ala lagipun aku dah tak heran lah pasal dia Muslim. We are finished..” Kata Ayla selamba.

“Biar betul??? Muslim kaget mendengar kata-kata Ayla itu. Tapi senyuman pula yang terukir di bibirnya.”Alah… kau sengaja nak jual cerita kan?

Ayla mencemikkan wajahnya. “Up to you Muslim..” Dia menjungkitkan bahunya. Terserah lah mahu percaya atau tidak.

“So…cerahlah peluang aku kan?

“Kau ni kenapa? Nak cari gaduh ke?

Muslim ketawa kecil. Ayla kalau marah makin cantik. Haih…. Raykarl! Kau ni tolak tuah betul..!

“Dah la Ay! Kau dengan Karl tu kalau break off, sehari dua je.. paling lama seminggu. Lepas tu baik semula”

“Kita tengoklah nanti Muslim. Aku pun tak tahu dia boleh terima aku balik ke tidak..” Kata Ayla serius.

Muslim hairan dengan kata-kata itu. Wajah manis itu di pandang lama.”Maksud kau apa ni Ay?

“Kau kan tahu aku pernah cerita yang pasal anak ustaz masuk meminang aku hari tu?”
Muslim angguk.

“Papa tengah tunggu kata putus dari aku. Karl pulak buat hal, aku rasa aku nak terima pinangan tu.”

“Kau gila ke apa Ay?”
Ayla geleng sambil mengeluh perlahan.

“Jangan nak buat pasal lah Ay. Kau ingat perkara nikah kahwin boleh di buat main-main ke?”

“Kalau itu yang terbaik. Aku redha..” Jawab Ayla tenang dan cukup senang.

Muslim geleng kepala melihat perangai Ayla. Kadang-kadang kalau bercakap tak pernah nak fikir baik buruk.”Dari kau kahwin dengan lelaki yang kau tak kenal. Baik kau kahwin dengan aku. Aku beri kau cinta 100%.. Ay..” Kata Muslim tenang.

Ayla ketawa mengekek.”100 percent cintakuuuu….uuu…hey hey…”Sempat Ayla bernyanyi mengikut irama dangdut mengusik Muslim.

Muslim yang tadinya mahu serius, terus ketawa terbahak-bahak. Seperti Syarikat itu mereka yang punya. Mengular di waktu begini memang sengaja cari pasal!
Hilang sedikit rasa sedih di hati melayan kerenah Muslim. Sahabatnya itu memang sentiasa ada di saat susah dan senangnya.’Maafkan aku Muslim… kau memang bukan untuk aku…’ Hati merintih sendiri. Apabila Muslim cuba serius membicarakan soal hati dan perasaan dia akan cuba mengalih topik secepat mungkin. Dia tahu mahu ada jurang di antara mereka, hanya kerana perasaan cinta itu.

**
Puan Adira dan Tuan Addin menanti anak tunggal mereka pulang dari kerja sebelum makan malam bersama. Ayla sempat menghubungi Puan Adira tadi memberitahu yang dia ada perkara yang mahu di bincangkan nanti.

“Abang rasa apa yang Ayla nak bincang tu?? Puan Addira meletakkan air kopi o panas di atas meja.

“Entahlah Dira. Agaknya anak awak tu nak kahwin kot..”Jawab Tuan Addin berseloroh.
“Alhamdulillah. Dah nak kertu anak kita tu bang menunggu anak Datuk tu..”

“Apa yang dia gila sangat dengan budak tu pun saya tak faham..”

First love dia, memang macam tu..” Balas Puan Adira seraya mengambil kuih seri muka lalu di kunyah perlahan.

“Allah… First love lah sangat.  Saya berkenan sangat dengan Umar tu Adira. Budaknya baik, berilmu agama… kacak. Apa yang kurangnya dia jika mahu di bandingkan dengan Raykarl tu?

“Cinta!!! Kata Puan Adira.

“Awak kahwin dengan saya sebab cinta ke? Bukan kan? Habis bahagia je sampai sekarang..”
“Kita dulu tak pandai nak memberontak abang oi. Budak sekarang ni, manalah nak kahwin dengan pilihan mak bapak…”

Tuan Addin mencebik. Setiap hari dia melihat Umar mengimankan solat di surau semakin dia tertarik untuk menjodohkan dia dengan anaknya. Susah mahu mencari cacat celanya Umar yang sangat bersopan santun dengan orang tua, Selain tinggi ilmu agamanya. Dia rasa cukup berbesar hati apabila Ustaz Hafis bertanyakan mengenai Ayla. Katanya, Umar berkenan mahu memperisterikan Ayla. Rasa seperti mimpi pula lelaki sebaik Umar jatuh hati pada anaknya yang serba kekurangan itu.

“Mama..papa.. Ay terima pinangan Umar tu..” Kata Ayla senafas.
Puan Adira dan Tuan Addin tergaman dan saling berpandangan. Kemudian wajah anak tunggal mereka itu di perhatikan lama. Normal kah? Atau di luar kewarasan akal.

“Ay sihat ke tidak ni? Tanya Puan Adira yang nyata masih kaget dengan apa yang di perkatakan oleh anaknya itu.

Ayla angguk kepala. Yakin dengan keputusannya. Lantak. Dia malas mahu fikir lagi. Cinta tolak tepi janji puas hati.

Tuan Addin sudah senyum sampai ke telinga.”Papa on je..” Katanya selamba.
Puan Adira menepuk peha suaminya.”Awak ni bang. Mesti ada yang tak kena dengan anak awak ni…”

“Habis dia sendiri yang buat keputusan tu. Takkan lah kita nak menolak pulak. Benda baik kan?”

Ayla cuma tersenyum tawar. Kalau ini yang mampu mengembirakan papa dan mamanya apa salahnya jika dia berkorban. Mengharapkan pada Raykarl selamanya pun tak ke mana. Semakin lama, semakin gelap harapan pada hubungan mereka yang sudah mencecah 10 tahun itu. Mungkin juga Raykarl sudah mulai bosan dengannya.

“Ay serius ke ni? Soal papanya.

Ayla angguk lagi.

“Serius pa. Ay dah taknak harapkan Karl lagi. Mungkin dah tak ada jodoh antara kami..” Jawab Ayla lemah. Jika ini yang terbaik. Ayla seakan pasrah. Sudah hilang semangat untuk mempertahankan cintanya pada lelaki itu lagi. ‘Karl… mungkin ini bermulanya nokhtah cinta kita. Pergilah Karl jika ini yang terbaik untuk Karl dan Ay… pergilah sayang…’

“Kalau macam tu, esok papa bincang dengan Ustaz Hafis. Kita percepatkan perkara yang baik. Ay pun bukan muda lagi. Dah sesuai sangat untuk berumah tangga..” Putus Tuan Addin dengan perasaan yang cukup teruja dan gembira.

Ayla cuma angguk dan tersenyum. Biarpun hatinya sendiri yang terluka.
**
Datin Athirah senyum melebar saat Raykarl menyuruhnya meminang Safiyah.

“Karl tak menyesal?”

Raykarl geleng kepala.

“Karl takut Sufiyah je yang menyesal terima Karl jadi suami dia..”

“Hisy. Karl anak mama. Mama tahu Karl mampu bahagiakan Safiyah..”

Raykarl cuma mengangguk tanpa memberikan reaksi pada wajahnya. Entahlah… perasaannya kini kosong. Apakah betul apa yang dia lakukan ini? Ayla? Kenapa dia perlu ego dengan Ayla sedangkan sejak dari dulu sampai sekarang cuma Ayla saja yang dia cintai. Tapi kenapa bila bersama Ayla hubungan mereka sentiasa panas dan berantakan?

‘Ay…… Karl tak tahu apa yang Karl buat ni. Kenapalah susah sangat untuk kita bersama Ay? Apa yang kita buat selama 10 tahun ini cuma sia-sia.Ay…. jika ini takdirnya…… kita perlu redha…’ Rintih hati kecilnya.

“Safiyah pasti gembira dengan perkhabaran ni. Karl.. percayalah nak… Safiyah adalah wanita terbaik untuk Karl. Mama jamin…” Kata Datin Athirah yang nampak begitu gembira dengan keputusan yang di ambil anaknya itu.

Raykarl cuma memandang sepi apa yang di katakan mamanya. Jika itu yang membahagiakan mama… buatlah mama… teruskanlah…. Karl dah tak tahu nak buat apa sekarang. Karl dan Ay…. Dah tak ada apa-apa….!

Raykarl bangkit dengan perasaan yang cukup kosong sedangkan mamanya masih belum habis bercakap.

“Eh!Karl… nak ke mana ni? Tanya Datin Athirah sambil mendongak memandang anak lelakinya itu.

“Huh??? Raykarl terpinga-pinga.

“Mama tengah cakap dengan Karl ni kan??”

“Sorry ma. Karl tak boleh nak concentrate sekarang. Mama buatlah apa yang terbaik untuk Karl ya. Karl percaya kan mama…” Ujar Raykarl sambil melangkah naik ke tingkat atas.
Datin Athirah memandang anaknya dari kejauhan. Agaknya apa yang membuatkan anaknya itu berubah fikiran? Benarkah Raykarl sudah putus dengan Ayla? Kalau benar, dialah orang yang paling gembira di dunia ini.

Hajatnya mahu menyunting Sufiyah menjadi menantunya kian menjadi kenyataan. Wajah polos gadis berhijab itu muncul di benaknya. ‘Bertuah Karl dapat memperisterikan Sufiyah…’ Dia menarik nafas lega.

p/s : hello dears......sorry la kalau ade kesalahan ejaan mahupun susunan ayat yg terlintang pukang. Selamat membaca uolls..