Ayla
memegang lengannya yang merah dan lebam itu sambil mengesat air mata. Kulitnya
sangat sensitif. Bukan Raykarl tidak tahu. Dialah manusia yang paling banyak
meninggalkan
lebam pada dirinya. Itu belum masuk sakit di hati. Wajah
kekasihnya itu di kerling tajam.
Raykarl
mengeluh perlahan. Hatinya yang panas tadi kian sejuk secara perlahan-lahan.
Lengan Ayla di capai lalu di bawa ke bibir.
Ayla
ingin menarik lengannya kembali. Tapi, Raykarl menghalang. Dia segera meniup
lengan itu perlahan. Di urutnya pergelangan tangan itu dengan rasa yang
bersalah. Air matanya yang mengalir di pipi Ayla di kesat. Tanda simpati.
“Apa
salah Ay kali ni? Soal Ayla ingin tahu juga apa kesalahannya sehinggakan
kekasihnya itu naik meroyan macam tu sekali.
Raykarl
mengangkat wajah menentang pandangan Ayla.”Nothing…”
Jawabnya perlahan. Dia tersenyum tawar. Rasa tak ada mood untuk bercakap
sekarang.
Ayla
mendengus kasar.”Senang je jawapan Karl kan?
“Habis
nak bagi jawapan macam mana lagi? Balas Raykarl. Wajah Ayla di pandang lama.
“Kenapa
Karl jumpa Muslim tadi?
Raykarl
mengeluh lemah. Perlahan-lahan dia melepaskan pegangan pada lengan Ayla. Dia
segera menghidupkan enjin kereta sebelum masuk ke tengah jalan raya. Sakit
pulak hatinya tatkala Ayla menyebut nama lelaki itu.
Ayla
merenung wajah Raykarl masih menanti jawapan. Kenapalah dia masih terus setia
di sisi lelaki yang panas baran itu? Kalaulah hati bisa di ubah, ya! Dia mahu
lakukannya.
Tapi…
dia sudah terikat! Cintanya cuma untuk lelaki itu. Biarpun sakit macam mana pun
hati dengan perangai Raykarl, sekelumit dia tidak mampu untuk membenci lelaki
itu. Cinta, kasih dan sayang terhadap Raykarl sentiasa mekar di dalam hati.
“Tak
ada jawapan. So, tak payahlah pandang Karl macam tu..” Ucap Raykarl tenang.
“Ay tak
faham dengan perangai Karl ni. Ay dah cakap banyak kali.. tolonglah kawal sikit
panas baran tu. Sikap Ego Karl tu buat Ay sakit hati..” Luah Ayla senafas.
Raykarl
cuma mendengar namun dia diam membisu membiarkan Ayla meluahkan perasaan
marahnya.
Pap!!
Raykarl
tersentak apabila terasa bahunya di tampar oleh Ayla. Dia menoleh sekilas
sebelum memberi perhatian terhadap pemanduannya itu. Terkejut tapi tak sakit.
Ala… apalah sangat tenaga perempuan. Desis hati kecilnya.
“Karl
sengaja nak sakitkan hati Ay kan? Karl buat perangai macam ni sebab nak Ay
tinggalkan Ay kan? Cuba cakap siapa perempuan yang dah curi hati Karl tu?
Cakap!!! Jerit Ayla sambil menumbuk-numbuk lengan dan bahu Raykarl.
“Karl
tengah drive ni Ay…” Raykarl menepis pukulan Ayla yang boleh tahan sakitnya itu.
Kalau di tolaknya mahu terpelanting Ayla nanti. Dia cuma bertahan.
“Padan
muka! Sakit hati dengan perangai kau ni..” Tengking Ayla sekuat hati. Wajahnya
sudah merah padam menahan rasa marah. Untuk pertama kalinya dia rasa, ada
kekuatan seperti itu. Selama ini dia sentiasa saja berlembut dengan Raykarl.
Kali ini dia rasa sakit hati yang teramat sangat.
Raykarl
tersentak dengan bahasa yang di gunakan Ayla saat itu. Dah pandai nak
membahasakan dirinya’kau’. Untuk tempoh 10 tahun inilah kali kedua dia mendengar
Ayla menyebut perkataan itu selepas 5 tahun yang lalu Ayla pernah ber’aku, kau
dengannya. Ataukah Ayla sudah berubah hati. Dia segera memberi signal dan
membelok ke kanan. Kereta di berhentikan di satu kawasan lapang.
Raykarl
memegang lengannya yang terasa sengal itu. Boleh tahan kuat juga tenaga Ayla
tadi.”Ni dah kenapa jadi kurang ajar macam ni? Dah teringin sangat ke nak makan
penampar Karl?
Wajah
Raykarl kelihatan serius membuatkan Ayla kecut perut. Dia tahu, Raykarl memang
pantang apabila dia menggunakan perkataan itu. Sengaja dia buat begitu hanya
kerana untuk menarik perhatian lelaki itu yang sengaja buat pekak. Tapi tak
sangka pula sebegini teruk reaksinya.
“Tamparlah
kalau Karl rasa dah tak sayang Ay. Sekali tangan Karl tu hinggap di pipi Ay,
selamanya Karl akan menyesal..”
Raykarl
cuba menyabarkan hatinya.”Ay ugut karl?
Ayla
mengangguk pantas.”Selama ni Karl fikir Ay takut sebab sayangkan Karl. Tapi
Karl kena fikir jugak macam mana kalau tiba-tiba hati Ay berubah hanya dengan
kesalahan dan kebodohan yang Karl lakukan!
“Ayla what are you talking about? Raykarl mula
mahu naik angin.
Ayla
mengangguk pantas.”Hati manusia ni Karl bila tuhan tu nak jentik bila-bila masa
je boleh berubah. Ay tak janji Ay akan kembali pada Karl bila tuhan dah jentik
hati Ay nanti..” Kata Ayla dengan mata yang berkaca. Entah mengapa begitu
ringan bibirnya berkata begitu. Buatnya Raykarl tinggalkannya nanti macam mana?
Siapa yang lebih meroyan? Dia jugakkan!
Raykarl
terdiam. Wajah mendung Ayla di tenung lama.”Ay dah bosan dengan Karl ke?
Ayla
menoleh ke kanan. Sumpah! Dia tak pernah bosan dengan lelaki ini. Malah terasa
cukup bahagia saat mereka berdua. Tapi sikap Raykarl yang baran itu kadang kala
menguji kesabarannya.
“sometimes!
“Ay tak
bahagia dengan Karl?”
Ayla
mengeluh perlahan. Mahu di gelengnya kepala rasanya dia sengaja mencari pasal.
Tapi memikirkan rasa marah dan sakit hati yang dia rasakan sekarang…!
“Cakaplah!
Karl tanya ni…”
Ayla
angkat kepala membalas renungan mata Raykarl yang mencerlung ke arahnya itu.
“Tak…
Ay bahagia dengan Karl. Cuma salahkah Ay marah kalau Karl buat Ay sakit hati?
Raykarl
ketap bibir. Tangannya dah menggeletar menahan perkataan yang ingin dia
ungkapkan jika Ayla kata dia tak bahagia tadi. Untuk sekian kalinya dia
terpaksa berpura-pura lagi. Entah apa yang ada di dalam hatinya sekarang dia
sendiri tidak tahu. Kanan pilihan mama, kiri Ayla. Arghhh…. Mana satu yang
harus di pilih? Kalau melarikan diri boleh menyelesaikan masalah. Sudah lama
dia berbuat demikian. Tapi mengenangkan Ayla yang sudah membazirkan masa untuk
dirinya hampir 10 tahun itu, rasanya dia tidak patut melarikan diri. Pasti Ayla
akan lebih terluka.
“Karl
ada masalah ke?
Pertanyaan
Ayla merentap lamunannya. Wajah Ayla di pandang sekilas.”Kenapa Ay tanya macam
tu? Nampak muka Karl macam ada masalah ke?
Ayla
angguk kepala. Sejak dua menjak ini, dia sering menjadi mangsa amarah Raykarl.
Puas di belek apa jeleknya pada dirinya sehinggakan Raykarl sering saja mencari
gaduh.”Karl kerap sangat marah Ay sekarang. Karl ada yang lain ke? Berterus
teranglah Karl. Jika itu yang lebih baik dari menyembunyikannya. Ay takut bila
Ay yang dapat tahu sendiri, masa tu Ay akan lebih terluka..”
Raykarl
kematian kata. Wajah itu di tenungnya lama. Ya tuhan. Apalah salah Ayla
sehinggakan begini teruk layanannya terhadap gadis itu. Tamakkah dirinya
sehinggakan sampai sekarang dia masih belum boleh melepaskan Ayla pergi? Atau
sebenarnya memang dia terlalu mencintai Ayla sehinggakan dia tidak boleh
melakukannya? Rasa keliru mula mengacau fikirannya.
“Bukan
ke Ay pernah cakap yang Ay tak akan tinggalkan Karl walau apa jua keadaan
sekalipun? Raykarl bertanya perlahan.
Ayla
angguk.
“Pendirian
manusia bila-bila masa boleh berubah Karl..”Balasnya pendek.
Dahi
Raykarl berkerut. Apa dah jadi dengan Ayla yang dia sendiri tahu seorang yang
sangat setia padanya?
“Ay
macam dah putus asa je?
Ayla
menentang pandangan Raykarl. Anak mata berwarna hazel itu di renung dalam.
Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya. Hatinya bergetar sama seperti 10
tahu yang lepas. Maknanya dia memang masih mencintai Raykarl. Tidak pernah
langsung berkurang tapi mengapakah hari ini dia seakan mula rasa jemu dengan
perangai Raykarl?
“Ay
rasa sekarang masa yang sesuai Ay berterus terang Karl..”
Jantung
Raykal bagai di palu. Wajah serius Ayla di perhatikan lama. “Berterus terang? Apa
maksud Ay ni, Karl tak faham? Kepalanya di geleng-gelengkan.
Ayla
menundukkan wajah memandang jemarinya yang saling bertaut. Selama ini dia cuma
diamkan saja perihal beberapa kenalan papa dan mamanya yang datang merisik. Tapi
hari ini dia mahu Raykarl tahu, tak selamanya dia boleh janjikan kesetiaan jika
Raykal masih berdiam diri mengenai status perhubungan mereka.
“Papa
dan mama desak Ay terima pinangan Umar…” Senafas Ayla berterus terang.
“Siapa
Umar? Siapa ? Raykarl mula hilang sabar. Nafasnya jadi sesak. Tangan yang
berpaut pada stereng kuat.
Ayla
telan air liur melihat reaksi Raykarl.
“Anak
kawan papa. Anak Ustaz Hakim. Imam dekat kawasan taman perumahan Ay..”
“Ooo
anak Imam…” Raykarl senyum sinis.
“Kenapa
senyum macam tu? Tanya Ayla ada rasa sedikit sakit hati.
“Sebab
anak Imam maka dah cukup baiklah untuk jadi suami Ay? Macam tu?
“Apa
yang Karl mengarut ni?
“Karl
tahu papa Ay, memang dah lama bencikan Karl betul tak?”
Ayla menggelengkan
kepalanya perlahan.”Tak baik tuduh papa macam tu Karl..”
“Jadi
papa Ay terima pinangan tu? Raykal terdesak mahu tahu.
“Dalam
dua. Papa masih menunggu kata putus Ay…”
Raykarl
menumbuk streng sekuat hatinya. Ayla menikus. Takut melihat reaksi Raykarl. Dia
nampak wajah Raykarl merah padam. Pasti lelaki itu marah yang teramat sangat.
“Habis
Ay nak terima dia? Suara Raykal meninggi tak ingat dunia.
“Sabarlah
sikit Karl. Ay tak cakap Ay nak terima dia. Ay cuma nak kasi warning dekat
Karl.
Jangan cuba nak sakitkan hati Ay… Ay penat nak bergaduh dengan Karl
lagi..”!
Raykarl
mengetap bibirnya.”Habis apa motif Ay cerita semua ni pada Karl?
“Ay nak
Karl tahu, yang Ay ni masih ada yang mahu untuk jadikan isteri dan menantu.
Jadi karl jangan cuba nak mempermainkan hati Ay macam ni? Masa suka bukan main
romantis lagi. Tapi bila marah… asyik nak memaki orang je. Ay rimas! Ay bosan!”
Luah Ayla. Puas hatinya.
“Ok! Baik.
Ay boleh terima je pinangan Umar tu.. Kita tengok siapa yang lebih kecewa
nanti..”
“Apa
Karl mengarut ni? Kening Ayla tejungkit sebelah.
“Alang-alang
dah sakit hati. Biar sama-sama sakit. Biar sama-sama menderita. Baru fair..”
Ayla
menarik nafas panjang. Agaknya inilah masa yang sesuai untuk mengajar lelaki
itu. Raykarl sedang bermain dengan api sekarang. Memang tahap kesabarannya tinggal
kosong sekarang ini.
“Ok!
Baik! Ay setuju. Ini semua permintaan Karl. Baik! Ay akan tunaikan. Biar kita
berdua mati kering…!!” Putus Ayla nekad.
Raykarl
merenung Ayla tajam. Kalau Ayla boleh. Dia juga boleh! Kalau Ayla ada Umar, dia
ada Sufiyah. Apa susah!
Tanpa
menunggu lagi Raykarl segera menekan pedal minyak menghantar Ayla kembali ke
pejabatnya.
Dum!!!!
Pintu
kereta di hempas sekuat hati. Raykarl cuma membantu diri membina ego
setebal-tebalnya. Jika Ayla berpaling dan memohon maaf, mungkin saat itu dia
akan berlembut hati. Tapi jika sebaliknya. Ya!
let's start the game. Dia mahu tengok siapa yang kalah. Siapa yang melutut
mahu kembali kepadanya nanti.
2 comments:
lets the game heart begin.... huhu sian kt ayla
Ya kesian ayla x suka lah raykarl tu ego miss cepat sambung ya tq.
Post a Comment