Friday, October 25, 2013

10 TAHUN bab 9

Sakitlah…”

Ayla memegang lengannya yang merah dan lebam itu sambil mengesat air mata. Kulitnya sangat sensitif. Bukan Raykarl tidak tahu. Dialah manusia yang paling banyak meninggalkan 
lebam pada dirinya. Itu belum masuk sakit di hati. Wajah kekasihnya itu di kerling tajam.
Raykarl mengeluh perlahan. Hatinya yang panas tadi kian sejuk secara perlahan-lahan. Lengan Ayla di capai lalu di bawa ke bibir.

Ayla ingin menarik lengannya kembali. Tapi, Raykarl menghalang. Dia segera meniup lengan itu perlahan. Di urutnya pergelangan tangan itu dengan rasa yang bersalah. Air matanya yang mengalir di pipi Ayla di kesat. Tanda simpati.

“Apa salah Ay kali ni? Soal Ayla ingin tahu juga apa kesalahannya sehinggakan kekasihnya itu naik meroyan macam tu sekali.

Raykarl mengangkat wajah menentang pandangan Ayla.”Nothing…” Jawabnya perlahan. Dia tersenyum tawar. Rasa tak ada mood untuk bercakap sekarang.

Ayla mendengus kasar.”Senang je jawapan Karl kan?

“Habis nak bagi jawapan macam mana lagi? Balas Raykarl. Wajah Ayla di pandang lama.
“Kenapa Karl jumpa Muslim tadi?

Raykarl mengeluh lemah. Perlahan-lahan dia melepaskan pegangan pada lengan Ayla. Dia segera menghidupkan enjin kereta sebelum masuk ke tengah jalan raya. Sakit pulak hatinya tatkala Ayla menyebut nama lelaki itu.

Ayla merenung wajah Raykarl masih menanti jawapan. Kenapalah dia masih terus setia di sisi lelaki yang panas baran itu? Kalaulah hati bisa di ubah, ya! Dia mahu lakukannya.
Tapi… dia sudah terikat! Cintanya cuma untuk lelaki itu. Biarpun sakit macam mana pun hati dengan perangai Raykarl, sekelumit dia tidak mampu untuk membenci lelaki itu. Cinta, kasih dan sayang terhadap Raykarl sentiasa mekar di dalam hati.

“Tak ada jawapan. So, tak payahlah pandang Karl macam tu..” Ucap Raykarl tenang.

“Ay tak faham dengan perangai Karl ni. Ay dah cakap banyak kali.. tolonglah kawal sikit panas baran tu. Sikap Ego Karl tu buat Ay sakit hati..” Luah Ayla senafas.

Raykarl cuma mendengar namun dia diam membisu membiarkan Ayla meluahkan perasaan marahnya.

Pap!!

Raykarl tersentak apabila terasa bahunya di tampar oleh Ayla. Dia menoleh sekilas sebelum memberi perhatian terhadap pemanduannya itu. Terkejut tapi tak sakit. Ala… apalah sangat tenaga perempuan. Desis hati kecilnya.

“Karl sengaja nak sakitkan hati Ay kan? Karl buat perangai macam ni sebab nak Ay tinggalkan Ay kan? Cuba cakap siapa perempuan yang dah curi hati Karl tu? Cakap!!! Jerit Ayla sambil menumbuk-numbuk lengan dan bahu Raykarl.

“Karl tengah drive ni Ay…” Raykarl menepis pukulan Ayla yang boleh tahan sakitnya itu. Kalau di tolaknya mahu terpelanting Ayla nanti. Dia cuma bertahan.

“Padan muka! Sakit hati dengan perangai kau ni..” Tengking Ayla sekuat hati. Wajahnya sudah merah padam menahan rasa marah. Untuk pertama kalinya dia rasa, ada kekuatan seperti itu. Selama ini dia sentiasa saja berlembut dengan Raykarl. Kali ini dia rasa sakit hati yang teramat sangat.

Raykarl tersentak dengan bahasa yang di gunakan Ayla saat itu. Dah pandai nak membahasakan dirinya’kau’. Untuk tempoh 10 tahun inilah kali kedua dia mendengar Ayla menyebut perkataan itu selepas 5 tahun yang lalu Ayla pernah ber’aku, kau dengannya. Ataukah Ayla sudah berubah hati. Dia segera memberi signal dan membelok ke kanan. Kereta di berhentikan di satu kawasan lapang.

Raykarl memegang lengannya yang terasa sengal itu. Boleh tahan kuat juga tenaga Ayla tadi.”Ni dah kenapa jadi kurang ajar macam ni? Dah teringin sangat ke nak makan penampar Karl?

Wajah Raykarl kelihatan serius membuatkan Ayla kecut perut. Dia tahu, Raykarl memang pantang apabila dia menggunakan perkataan itu. Sengaja dia buat begitu hanya kerana untuk menarik perhatian lelaki itu yang sengaja buat pekak. Tapi tak sangka pula sebegini teruk reaksinya.

“Tamparlah kalau Karl rasa dah tak sayang Ay. Sekali tangan Karl tu hinggap di pipi Ay, selamanya Karl akan menyesal..”

Raykarl cuba menyabarkan hatinya.”Ay ugut karl?

Ayla mengangguk pantas.”Selama ni Karl fikir Ay takut sebab sayangkan Karl. Tapi Karl kena fikir jugak macam mana kalau tiba-tiba hati Ay berubah hanya dengan kesalahan dan kebodohan yang Karl lakukan!

“Ayla what are you talking about? Raykarl mula mahu naik angin.

Ayla mengangguk pantas.”Hati manusia ni Karl bila tuhan tu nak jentik bila-bila masa je boleh berubah. Ay tak janji Ay akan kembali pada Karl bila tuhan dah jentik hati Ay nanti..” Kata Ayla dengan mata yang berkaca. Entah mengapa begitu ringan bibirnya berkata begitu. Buatnya Raykarl tinggalkannya nanti macam mana? Siapa yang lebih meroyan? Dia jugakkan!

Raykarl terdiam. Wajah mendung Ayla di tenung lama.”Ay dah bosan dengan Karl ke?
Ayla menoleh ke kanan. Sumpah! Dia tak pernah bosan dengan lelaki ini. Malah terasa cukup bahagia saat mereka berdua. Tapi sikap Raykarl yang baran itu kadang kala menguji kesabarannya.

sometimes!

“Ay tak bahagia dengan Karl?”

Ayla mengeluh perlahan. Mahu di gelengnya kepala rasanya dia sengaja mencari pasal. Tapi memikirkan rasa marah dan sakit hati yang dia rasakan sekarang…!

“Cakaplah! Karl tanya ni…”

Ayla angkat kepala membalas renungan mata Raykarl yang mencerlung ke arahnya itu.

“Tak… Ay bahagia dengan Karl. Cuma salahkah Ay marah kalau Karl buat Ay sakit hati?

Raykarl ketap bibir. Tangannya dah menggeletar menahan perkataan yang ingin dia ungkapkan jika Ayla kata dia tak bahagia tadi. Untuk sekian kalinya dia terpaksa berpura-pura lagi. Entah apa yang ada di dalam hatinya sekarang dia sendiri tidak tahu. Kanan pilihan mama, kiri Ayla. Arghhh…. Mana satu yang harus di pilih? Kalau melarikan diri boleh menyelesaikan masalah. Sudah lama dia berbuat demikian. Tapi mengenangkan Ayla yang sudah membazirkan masa untuk dirinya hampir 10 tahun itu, rasanya dia tidak patut melarikan diri. Pasti Ayla akan lebih terluka.

“Karl ada masalah ke?

Pertanyaan Ayla merentap lamunannya. Wajah Ayla di pandang sekilas.”Kenapa Ay tanya macam tu? Nampak muka Karl macam ada masalah ke?

Ayla angguk kepala. Sejak dua menjak ini, dia sering menjadi mangsa amarah Raykarl. Puas di belek apa jeleknya pada dirinya sehinggakan Raykarl sering saja mencari gaduh.”Karl kerap sangat marah Ay sekarang. Karl ada yang lain ke? Berterus teranglah Karl. Jika itu yang lebih baik dari menyembunyikannya. Ay takut bila Ay yang dapat tahu sendiri, masa tu Ay akan lebih terluka..”

Raykarl kematian kata. Wajah itu di tenungnya lama. Ya tuhan. Apalah salah Ayla sehinggakan begini teruk layanannya terhadap gadis itu. Tamakkah dirinya sehinggakan sampai sekarang dia masih belum boleh melepaskan Ayla pergi? Atau sebenarnya memang dia terlalu mencintai Ayla sehinggakan dia tidak boleh melakukannya? Rasa keliru mula mengacau fikirannya.

“Bukan ke Ay pernah cakap yang Ay tak akan tinggalkan Karl walau apa jua keadaan sekalipun? Raykarl bertanya perlahan.
Ayla angguk.

“Pendirian manusia bila-bila masa boleh berubah Karl..”Balasnya pendek.
Dahi Raykarl berkerut. Apa dah jadi dengan Ayla yang dia sendiri tahu seorang yang sangat setia padanya?

“Ay macam dah putus asa je?

Ayla menentang pandangan Raykarl. Anak mata berwarna hazel itu di renung dalam. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya. Hatinya bergetar sama seperti 10 tahu yang lepas. Maknanya dia memang masih mencintai Raykarl. Tidak pernah langsung berkurang tapi mengapakah hari ini dia seakan mula rasa jemu dengan perangai Raykarl?

“Ay rasa sekarang masa yang sesuai Ay berterus terang Karl..”

Jantung Raykal bagai di palu. Wajah serius Ayla di perhatikan lama. “Berterus terang? Apa maksud Ay ni, Karl tak faham? Kepalanya di geleng-gelengkan.

Ayla menundukkan wajah memandang jemarinya yang saling bertaut. Selama ini dia cuma diamkan saja perihal beberapa kenalan papa dan mamanya yang datang merisik. Tapi hari ini dia mahu Raykarl tahu, tak selamanya dia boleh janjikan kesetiaan jika Raykal masih berdiam diri mengenai status perhubungan mereka.

“Papa dan mama desak Ay terima pinangan Umar…” Senafas Ayla berterus terang.
“Siapa Umar? Siapa ? Raykarl mula hilang sabar. Nafasnya jadi sesak. Tangan yang berpaut pada stereng kuat.

Ayla telan air liur melihat reaksi Raykarl.

“Anak kawan papa. Anak Ustaz Hakim. Imam dekat kawasan taman perumahan Ay..”
“Ooo anak Imam…” Raykarl senyum sinis.

“Kenapa senyum macam tu? Tanya Ayla ada rasa sedikit sakit hati.

“Sebab anak Imam maka dah cukup baiklah untuk jadi suami Ay? Macam tu?

“Apa yang Karl mengarut ni?

“Karl tahu papa Ay, memang dah lama bencikan Karl betul tak?”

Ayla menggelengkan kepalanya perlahan.”Tak baik tuduh papa macam tu Karl..”

“Jadi papa Ay terima pinangan tu? Raykal terdesak mahu tahu.

“Dalam dua. Papa masih menunggu kata putus Ay…”

Raykarl menumbuk streng sekuat hatinya. Ayla menikus. Takut melihat reaksi Raykarl. Dia nampak wajah Raykarl merah padam. Pasti lelaki itu marah yang teramat sangat.

“Habis Ay nak terima dia? Suara Raykal meninggi tak ingat dunia.

“Sabarlah sikit Karl. Ay tak cakap Ay nak terima dia. Ay cuma nak kasi warning dekat Karl.
 Jangan cuba nak sakitkan hati Ay… Ay penat nak bergaduh dengan Karl lagi..”!

Raykarl mengetap bibirnya.”Habis apa motif Ay cerita semua ni pada Karl?

“Ay nak Karl tahu, yang Ay ni masih ada yang mahu untuk jadikan isteri dan menantu. Jadi karl jangan cuba nak mempermainkan hati Ay macam ni? Masa suka bukan main romantis lagi. Tapi bila marah… asyik nak memaki orang je. Ay rimas! Ay bosan!” Luah Ayla. Puas hatinya.

“Ok! Baik. Ay boleh terima je pinangan Umar tu.. Kita tengok siapa yang lebih kecewa nanti..”

“Apa Karl mengarut ni? Kening Ayla tejungkit sebelah.

“Alang-alang dah sakit hati. Biar sama-sama sakit. Biar sama-sama menderita. Baru fair..”
Ayla menarik nafas panjang. Agaknya inilah masa yang sesuai untuk mengajar lelaki itu. Raykarl sedang bermain dengan api sekarang. Memang tahap kesabarannya tinggal kosong sekarang ini.

“Ok! Baik! Ay setuju. Ini semua permintaan Karl. Baik! Ay akan tunaikan. Biar kita berdua mati kering…!!” Putus Ayla nekad.

Raykarl merenung Ayla tajam. Kalau Ayla boleh. Dia juga boleh! Kalau Ayla ada Umar, dia ada Sufiyah. Apa susah!

Tanpa menunggu lagi Raykarl segera menekan pedal minyak menghantar Ayla kembali ke pejabatnya.

Dum!!!!

Pintu kereta di hempas sekuat hati. Raykarl cuma membantu diri membina ego setebal-tebalnya. Jika Ayla berpaling dan memohon maaf, mungkin saat itu dia akan berlembut hati. Tapi jika sebaliknya. Ya! let's start the game. Dia mahu tengok siapa yang kalah. Siapa yang melutut mahu kembali kepadanya nanti.












2 comments:

rockheart said...

lets the game heart begin.... huhu sian kt ayla

Unknown said...

Ya kesian ayla x suka lah raykarl tu ego miss cepat sambung ya tq.