Saturday, October 12, 2013

My.Mr. Chef Bab 17


Hajah Sharifah Kamariah mengemas kain baju lalu di masukkan ke dalam bagasi. Hari ini dia akan pulang ke kedah bersama-sama dengan anak bongsunya Ibrahim. Dia juga tidak betah meninggalkan rumah pusaka peninggalan arwah suaminya Haji Syed Kamarudin itu lama-lama. Dia sudah terlalu rindu dengan kampung halamannya.

“Mak..... Tuan Syed Lokman duduk di penjuru katil melihat ibunya yang sedang mengemas kain baju. Hajah Sharifah Kamariah berpaling ke arah belakang.” Hurmmm.... Man. Aku nak balik dah hari ni..”

“Mak... masih marahkan Man? Soal Tuan Syed Lokman perlahan. Walau apa juga yang telah di lakukan oleh Hajah Sharifah Kamariah perempuan itu tetap ibu yang telah melahirkannya.


Hajah Sharifah Kamariah mengeluh kecil. Dia melangkah ke arah anak sulungnya itu. Kemudian dia duduk di sebelahnya. Bahu Tuan Syed Lokman di sentuh lembut.”Man. Mak tak marahkan hang pun. Cuma mak nak hang dan Su selesaikan masalah keluarga kita ni secepat yang mungkin. Lambat laun dia perlu tahu juga siapa diri dia..”

Tuan Syed Lokman menundukkan wajah memandang lantai. Keadaannya benar-benar tersepit. Di sana anak di sini ibu. Dia benci dengan situasi sekarang. “Bagi kami masa mak” Katanya lalu mengangkat wajah memandang wajah ibunya.

“Sampai bila Man? Sampai nak berlangsungnya pernikahan dia? Macam tu?” Hajah Sharifah Kamariah mengeluh kasar. Sebolehnya dia semua yang berlaku ini di selesaikan secepat mungkin. Seperit mana pun yang akan di rasakan oleh cucu angkatnya itu, kenyataan tetap kenyataan!

“Man tak mahu dia rasa rendah diri mak. Selama ni, dia di besarkan sebagai anak Man. Macam mana Man nak terangkan kat dia mak? Susah Mak. Man tak mau dia terluka. Sebab tu Man tak mau dia kahwin sewal begini mak...”

“Man. Hang tau kan pandangan orang sekeliling macam mana? Saudara mara? Mak ni dah jenuh sangat nak cakap depa. Hang ingat senang ka depa nak dengar alasan kita Man? Terang-terangan muka Scha tu masuk surat khabar Man. Takkan lah depa nak diamkan diri?.. Hajah Sharifah Kamariah mahu anak lelakinya itu mengerti mengapa dia lakukan semua ini.

Tuan Haji Lokman mengeluh perlahan. Terasa bebanan itu benar-benar sedang menghempap kepalanya saat itu. “Man tak rasa Scha mampu nak terima semua ini dengan mudah mak..” Wajah ibunya di pandang minta pengertian.

“Man, dah jalankan tanggungjawab Man membesarkan dia penuh dengan kasih sayang, Man berikan dia kehidupan yang baik, pelajaran yang sempurna. Mak tak rasa dia akan marah teruk dengan Man. Lainlah kalau dia tu memang tak sedar diri.. tak reti nak bersyukur. Kalau bukan Man yang kutip dia tepi jalan dulu, sekarang ni entah dekat mana kedudukan dia..”

Tuan Syed Lokman cuba menyabarkan hati mendengar kata-kata ibunya yang memang sejak dulu tidak pernah mengiktiraf Scha sebagai cucunya.”Mak jangan cakap macam tu mak.. Tangan ibunya di sentuh lembut. Seboleh mungkin dia tidak mahu lagi bertekak.

“Mak cakap perkara yang betul Man.....! Kalau susah sangat Man nak cakap dengan dia, biar mak saja yang cakap. Boleh?

“Mak... jangan mak. Scha mungkin lebih terluka kalau dia tahu daripada Mak. Tak mengapa Mak, Man janji dalam masa yang terdekat ni Man akan uruskan semuanya. Mak jangan risau...! Kata Tuan Syed Lokman. Seboleh mungkin dia tidak mahu Scha tahu dari mulut orang lain. Semua itu akan menambahkan lagi luka di hati anak gadis yang cukup di sayanginya itu.

“Suka hati hang lah Man! Mak ni cuma nak menolong saja. Kalau hang boleh cakap sendiri. Itu lebih baik. Tapi hang jangan bagi muka sangat..! Sat lagi dia pijak kepala hang....! Pesan Hajah Sharifah Kamariah lagi.

“Mak.......... Scha bukan macam tu. Man kenal dia mak...” Kata Tuan Syed Lokman perlahan. Mahu di kira terluka sudah terlalu lama dia terluka dengan kata-kata ibunya. Namun, pilihan apakah yang dia ada? Semua kata-kata itu hanya mampu di telan bulat-bulat saja.

“Sudahlah tu. Aku nak balik dah ni. Hang... p angkat beg mak, bawak masuk dalam kereta adik hang..” Arah Hajah Sharifah Kamariah yang sudah tidak mahu lagi bercakap hal itu.

Mereka sekeluarga sudah berkumpul di perkarangan garaj besar itu. Tuan Haji Lokman mengucup tangan ibunya.”Maafkan Man mak..” Ucapnya perlahan.

Hajah Sharifah Kamariah mengusap lembut kepala anak sulungnya itu.” Mak dah lama maafkan Man..” Balasnya sambil tersenyum.

Puan Sharifah Suraya pula mengambil giliran mengucup tangan ibu mertuanya.
“Ingat Su apa yang mak pesan! Kalau masih tak di selesaikan bulan depan mak turun KL lagi..” Kata Hajah Sharifah Kamariah seperti sedang memberi amaran. Puan Sharifah Suraya sekadar mengangguk.

Scha bersalam dengan ibu saudaranya. Sharifah Amirah.”Tahniah dari Mak Ngah sekali lagi ya Scha. Jaga elok-elok tunang Scha yang hot tu ya! Seloroh Sharifah Amirah sambil memeluk tubuh Scha. Scha ketawa kecil.” Eee.... jahat Mak Ngah ni...pandai-pandailah dia nak jaga diri dia Mak Ngah. Dia kan dah besar...” Balas Scha pula.

Sharifah Amirah melepaskan pelukan. Pipi gebu Scha di cubit manja.” Jangan nakal-nakal. Jaga nama baik keluarga kita ya...!

“Yelah Mak Ngah. Scha tahu.... terima kasih sebab mengingatkan Scha...! Ujar Scha sambil tersenyum manis. Dia beralih pula ke arah bapa saudaranya Ibrahim pula. Dia segera mengucup tangan lelaki itu.”Terima kasih Pak Ngah sebab dah banyak tolong papa uruskan majlis Scha..”

“It`s ok Scha! Kita bukan orang lain kan. Scha anak saudara Pak Ngah bukan orang lain pun..” Balas Ibrahim sambil mengusap kepala mesra kepala anak saudaranya itu.
“Scha..............!!!!!! Jerit Ainirah dan Ainalina serentak. Mereka berpelukan lama. Sejak kecil lagi mereka merupakan sepupu yang paling rapat dengannya.

Pipi Scha di kucup bertalu-talu oleh mereka yang begitu gembira dengan pertunangan Scha.”Wahhhh aku yang bertunang hangpa yang happy lebih-lebih ni pasai apa..? Seloroh Scha dengan loghat utaranya. Membesar dengan keluarga yang majoriti memang mengusai loghat utara dengan pekat secara tidak langsung, dia memang pandai menggunakan loghat itu tatkala berkomunikasi dengan keluarganya.

“Wei. Tunang hang tu orang terkenai tau dak!! Aku ni siang malam dok termimpikan dia, last-last hang jugak yang dapat..! Benci tau! Gurau Ainirah sambil mempamer muka sedihnya.

Scha ketawa besar melihat reaksi yang di tunjukkan oleh Ainirah.” Mana aku nak tau, dah jodoh aku dengan dia... awat kacak sangat ka?

“Amboih haih! Tak kacak hang cakap? Ni dalam i phone aku, penuh dengan gambar dia tau. Lepas ni bolehlah aku tunjuk dekat kawan-kawan kolej aku. Mau depa menangis air mata darah... wah... aku bangga dengan hang Scha!! Ainalina pula menyampuk sambil membuat reaksi muka gatalnya.

“Jangan hangpa taq kat facebook aku ok! Aku malas nak tengok muka mamat tu... Lagipun aku tak mau kawan-kawan aku kecoh kat situ nanti” Scha sengaja memberikan berkata begitu. Biar semua tahu yang dia bukan suka dengan pertunangan itu pada dasarnya.

“Hang ni Scha! Menolak tuah haih!! Marah Ainirah. “Punyalah ramai orang terkejar-kejarkan dia Scha. Hang boleh cakap macam tu. Aku ni cuma sepupu, bukan main bangga lagi sebab, sepupu aku yang cantik ni dapat lelaki macam tu..”

Scha mencebik sambil berpeluk tubuh! Betuah? Dekat mana tuahnya? Tak paham aku! Bisik hati kecilnya.”Apa kata hangpa try mengorat dia...? Scha sengaja memberikan idea gila.

“Kami ni tak cantik macam hang Scha oi! Dalam semua sepupu sepapat kita cuma hang saja, muka yang lain dari yang lain. Hang tengok kami semua? Hitam manis. Hang? Putih melepak macam cina...! Kata Ainirah bersungguh membuatkan hati Scha tersentak.

“Betui cakap hang Nirah...! Scha ni kira special sikit dalam keluarga kita. Mungkin masa mengandungkan hang, Mak Long suka sangat tengok cerita cina kot..! Tambah Ainalina pula dengan muka yang di seriuskan. Memang sejak kecil lagi dia dan Ainirah selalu saja cemburu dengan wajah Scha yang cantik dan lain dari keluarga yang lain.

“Yeke? Tu yang aku naik hairan tu...! Tapi, walau apa pun hangpa tetap sepupu aku ok....! Kata Scha cuba menyingkirkan rasa kurang senang yang sudah menyentak hatinya itu. Ikutkan kata-kata gurauan Ainirah itu memang ada logiknya. Semua saudara maranya lebih berwajah seperti peranakan mamak. Macam Ainirah dan Ainalina juga memang muka macam anak mami! Tapi dia? Memang jauh sekali perbezaannya.

“Budak-budak ni. Kalau dah berjumpa tu memang hingar bukan main! Dah jom balik... bertolak awal sampai awal..! Marah Hajah Sharifah Kamariah segera menarik tangan kedua-dua cucunya itu. Terkial-kial Aninirah dan Ainalina masuk ke dalam toyota Alpard itu.

“Bey. Scha... nanti aku text hang ok! Jerit Ainirah dari dalam kereta.

Scha tersenyum dan mengangguk. Dia sebenarnya terkilan dengan neneknya yang langsung tidak mahu memandang wajahnya. Kejadian dia mahu bersalaman dengan wanita itu tadi benar-benar menyentak hatinya. Hajah Sharifah Kamariah menghulurkan tangan tapi belum sempat dia mahu mengucup, dengan pantasnya Hajah Sharifah Kamariah menarik tangannya kembali dan langsung tidak memandang ke arahnya.

Scha masih memandang Hajah Sharifah Kamariah yang duduk di dalam kereta dengan harapan dia mahu melambaikan tangan ke arah neneknya dan dia mahu melihat nenek tersenyum ke arahnya. Namun, sehinggalah kereta yang di bawa oleh pemandu Pak Ngah Ibrahimnya keluar dari pintu pagar itu pun nenek tidak sudi memandang ke arahnya.

Air mata yang sejak dari bertakung menitis tanpa sedar. Dia mengigit bibir cuma menahan esakkan. Puan Sharifah Suraya segera memeluk bahu anak gadisnya. Dia bukan buta tidak nampak bagaimana dinginnya ibu mertuanya melayan Scha. Sebagai ibu dia hatinya juga terguris.

“Sabarlah nak..! Pujuk Puan Sharifah Suraya.
Scha menganggukkan kepalanya. Tidak mahu mamanya turut bersedih.”Scha ok Mama. Salah Scha sebab tu nenek marah”.

“Sudahlah tu sayang. Yang penting mama tetap sayangkan Scha. Scha anak mama yang tabah dan kuat...! Pipi Scha di kucup penuh kasih.

Tuan Syed Lokman mengeluh sambil menggelengkan kepalanya. Kesal mengenangkan layanan dingin ibunya kepada Scha. ‘Maafkan papa Scha....maafkan papa...’

5 comments:

syizac sweet said...

Wahhh...lamanya tunggu n3 ni...cpt2 r upload lg ye....keep it up...

baby mio said...

Best.

persea Gg said...

lama sangat tak upload???,tetp bestlah

AinSophian said...

hehe.. sorry ye sayang2 semua..

Anonymous said...

sis..upload la lagiii...lama sgt da tunggu... :(