Saturday, December 21, 2013

My Mr. Chef 20

Pada yang baru saja baca Mmc ni. Tasnem bukan heroin tau. Sila baca dari awal.. hehe


Bab 20
Wajah sungul Tasnem di pandang simpati. Kalau gadis itu derita kerana kehilangan satu-satunya saudara kandung yang dia ada di dunia ini, dia juga sama derita kehilangan seorang insan pertama yang mengajarnya erti cinta, erti kasih sayang dan juga erti rindu.

Emeriz menghulurkan sapu tangan kepada Tasnem. Air mata yang tidak berhenti mengalir itu mengundang simpatinya. Sewaktu menerima jenazah Taliah di air port pagi tadi, Tasnem cuma bersendirian tanpa di temani sesiapa pun. Itu sudah cukup menambahkan lagi perasaan bersalah Emeriz kepada Tasnem. Benarlah cerita Taliah dulu. Dia cuma ada Tasnem dan Tasnem cuma ada dirinya.

“Anem dah tak ada sesiapa lagi abang.... Luah Tasnem dengan esakkan.
Emeriz menggengam tangan Tasnem erat. Dia akan cuba memberikan Tasnem kekuatan. 

Bukan mudah menanggung derita itu sendiri.

“Anem masih ada abang... Pujuk Emeriz simpati.

Tasnem mengangkat wajahnya memandang Emeriz. Wajah Tasnem yang nampak agak seiras dengan Taliah itu di pandang lama.

“Kakak dah tak ada... jadi Anem sebatang kara di dunia ini... kenapa terlalu cepat kakak tinggalkan Anem...”

“Anem.. percaya pada qada dan qadar Allah dik... abang akan lindungi Anem, abang akan jaga Anem... Anem jangan takut ya?

Anem berhenti menangis. Cuba menenangkan dirinya. Sapu tangan yang di berikan oleh Emeriz itu di gunakan untuk mengelap air matanya. Sejak menerima perkhabaran duka itu malam tadi dia masih belum berhenti menangis.

“Anem tak mahu menyusahkan abang..”

Emeriz menggelengkan kepalanya.

“Tak... Anem tak menyusahkan abang. Abang nak Anem ikut abang balik kl, rumah yang abang beri pada kakak masih ada. Anem boleh duduk di situ. Anem boleh sambung belajar kalau Anem nak.. abang akan uruskan semuanya. Lagipun kakak dah wariskan insurans dan segala harta yang dia ada pada nama Anem..” Ujar Emeriz.

Tasnem memandang wajah Emeriz yang begitu bersungguh mahu membantunya.
“Anem.. kena fikir dulu abang Riz…” Balas Tasnem perlahan.

Emeriz tersenyum lalu mengangguk. Meninggalkan tempat kelahiran bukanlah sesuatu perkara yang mudah buat Tasnem. Mungkin dia perlu berfikir sehabis mungkin. Fikir Emeriz.

Take your time Anem. Abang sentiasa mengalu-alukan kedatangan Anem ke Kuala Lumpur.. and please don`t think you are alone ..hurmmm…” Kata Emeriz lembut dan seperti memujuk.

Tasnem mengangguk lemah. Keperihatinan Emeriz memberikan dia sedikit semangat untuk meneruskan kehidupan. Emeriz begitu baik dan bertanggungjawab. Jika tiada lelaki itu entah macam mana dia mahu menguruskan pengkebumian kakaknya. Sudahlah dia sebatang kara di dunia ini. Pemergian Taliah benar-benar meragut kebahagiaanya. Pada siapa lagi dia mahu menumpang kasih?

Selepas selesai urusan pengkebumian Taliah. Emeriz dan Rasul membawa Tasnem pulang ke rumah sewanya yang terletak tidak jauh dari hotel yang di sewa oleh mereka.

“Anem... ini ada sikit duit belanja, sementara abang uruskan hal insurans dan akaun bank arwah kakak ya... Sampul berisi RM 5000 di hulurkan kepada Tasnem namun dia cuma membiarkan sampul itu tidak berusik.

Emeriz menyedari raut wajah Tasnem sedikit berubah. “Anem.. kenapa ni? Soalnya lembut.

Tasnem mengangkat wajah. “Anem tak rasa yang Anem perlu terima duit ni dari abang. Anem cuma orang luar dalam hidup abang... Anem tak mahu menyusahkan abang lagi..” 
Jawab Tasnem yang sebelum ini sudah mengetahui yang lelaki itu banyak membantu arwah kakaknya dan juga yuran pengajiannya.

Emeriz mengeluh perlahan. “Anem... abang sangat cintakan arwah Taliah. Abang tahu sejarah hidup arwah macam mana. Jadi tak salah abang membantu Anem. Arwah pasti dapat bersemadi dengan tenang kalau dia tahu abang jaga Anem dengan baik..” Ujar Emeriz cuba meyakinkan Tasnem.

“Abang Riz. Terima kasih sebab ada di sini menemani Anem untuk menghadapi jasad arwah kakak. Kalau abang tak ada, Anem tak tahu nak buat apa. Anem sayangkan kakak sangat-sangat. Sejak arwah daddy dan mummy meninggal dunia 10 tahun yang lepas, cuma pada kakak tempat Anem menumpang kasih sayang. Semua ni tak mudah untuk Anem....” Luah Tasnem sambil teresak-esak.

Emeriz mengusap bahu Tasnem lembut. Cuba memberikan ketenangan.”Syuhhh... sabar ya Anem... arwah kakak tak mahu Anem bersedih macam ni. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup Anem.. kita masih ada tanggungjawab pada masa depan kita..” Emeriz cuba memberikan sedikit kata-kata semangat. Dia tahu Tasnem terasa kehilangan.

Tasnem cuma menganggukkan kepalanya sambil menahan sendu.’Ya tuhan mengapa berat dugaanMu... tabahkan aku Ya Allah...’ Bisik hati kecilnya. Dia perlu kuat untuk diri sendiri..!
Selepas memastikan Tasnem sedikit tenang. Emeriz segera meminta diri untuk pulang ke hotel. Dia berjanji akan datang melawat Tasnem lagi sebelum pulang ke semenanjung besok malam.

Dia masih menanti kata putus dari Tasnem, sama ada gadis itu mahu ikut dia pulang ke kuala Lumpur atau tidak. Jika, Tasnem bersetuju. Setibanya di sana nanti, dia akan menguruskan kemasukan Tasnem ke kolej yang sama. Bezanya cuma berlainan cawangan sahaja.

**

Rasul yang baru melangkah keluar dari bilik air tergamam melihat Emeriz menangis teresak-esak sambil menadah tangan di atas sejadah.

“Alhamdullilah... Dada bidangnya di usap perlahan sambil tersenyum. Pemergian Taliah membuatkan Emeriz berubah 360 darjah. Walaupun mereka bersahabat baik tetapi Rasul sebenarnya tidak gemarkan cara hidup Emeriz yang terlalu bebas. Memanglah dia bukan jenis lelaki playboy tetapi sejak mengenali Taliah, Emeriz sudah pandai minum arak, kaki disko dan mereka duduk serumah tanpa ikatan yang sah.

Rasul melangkah perlahan-lahan lalu duduk di penjuru katil sambil menggeringkan rambutnya yang basah dengan tuala.

Emeriz meraup wajah tanda dia sudah selesai berdoa. Sejadah kecil itu di lipat lalu di letakkan ke atas meja. Dia menoleh ke belakang dan jelas Emeriz sedang merenung ke arahnya. Tanpa banyak bicara dia melangkah ke arah Rasul dan duduk di sebelah sahabatnya itu.

Bahu Emeriz di tepuk-tepuk perlahan. Emeriz pula menundukkan wajah sunggul.
“Riz, yang hidup pasti mati. Itulah putaran kehidupan kita di dunia...”

Emeriz mengangguk lemah.

“Ajal dia sudah sampai, kita doakan saja semoga Allah terima dia...ermm...” Kata Rasul lagi.
Air mata Emeriz mengalir lesu. Hilang  segala rasa malu dan egonya sebagai seorang lelaki. Rasul dan dia sudah lama berkawan. Jadi, Rasul memang sudah faham sangat dengan perangai dan sikapnya.

“Aku sebenarnya terharu dengan pemergian dia Rasul....”

Rasul kaget. Terharu? Sedih dengan terharu tu kan lain rasanya..pelik dengan apa yang di ungkapkan oleh sahabatnya itu.

“Apa maksudkan kau dengan terharu tu Riz, aku tak faham...”Rasul bertanya.

“Malam sebelum arwah meninggal. Dia ada datang jumpa aku. Emeriz terdiam sejenak. Mengumpul segala kekuatan untuk membuka cerita. Rasul perlu tahu yang Taliah sudah berubah sebelum ajal menjemputnya.

“Aku sangat berharap yang dia sempat bertaubat Riz... Kata Rasul perlahan. Takut juga Emeriz terasa hati dengan kata-katanya.

“InsyaAllah Rasul, aku tengok dia dah berubah sangat-sangat malam tu. Aku terkejut tengok dia pakai tudung dan memakai baju yang menutup aurat. Kau kan tahu sebelum ni Taliah macam mana..”

Rasul mengucap panjang.“Alhamdulliah Riz.... Allah berikan dia waktu..”

Emeriz mengangguk sambil tersenyum tawar.”Aku harap macam tulah Rasul..”

“Balik KL nanti aku nak tolong arwah selesaikan hutang dia semasa hidup. Aku nak dia tenang di sana... aku terlalu sayang dan cintakan dia Rasul.. tapi dalam masa yang sama aku gembira sebab dia sempat berubah sebelum pergi...”

Rasul menarik nafas lega.“Aku akan bantu kau Riz, kita bayar fidyah dan upah haji untuk arwah... selain tu kita boleh buat kenduri doa selamat dekat cafe kau... dengan cara ni saja kita dapat membantu arwah.

Emeriz memandang Rasul dengan rasa terharu.“Thanks Rasul.. sebab kau banyak beri aku peluang untuk menjadi insan yang baik. InsyaAllah... aku akan cuba berubah perlahan-lahan. Aku dah penat hidup penuh dengan dosa...”

“Riz... ketika Allah ambil sesuatu dalam hidup kita. Kau yakinlah bahawa DIA akan berikan kita sesuatu yang lebih baik daripada apa yang DIA ambil. DIA tak kejam pada hambaNYA..”

Emeriz mengetap bibir menahan sebak di dada tatkala mendengar kata-kata yang di ucapkan oleh Rasul. Ya Allah.... aku berdosa kepadaMU... aku berdosa Ya Allah... air matanya menitis setitik dan lama kelamaan ia menjadi deras tanpa mampu di bendung lagi.

“Terlalu banyak dosa yang dah aku buat selama aku hidup di muka bumi ini Rasul.. aku derhaka pada kedua orang tua, aku bermaksiat, aku minum arak... Ya Allah.. Rasul masihkan ada ruang untuk Allah menerima taubat aku??

Rasul tersenyum lega. Ya Allah terima kasih... kerana KAU bukakan pintu hati sahabat ku ini untuk kembali ke jalan MU Ya Allah..”

“Allah sentiasa akan mengampunkan dosa hambanya Riz, melainkan kau menyekutukan DIA... bertaubatlah Riz... aku tahu Allah sedang memberikan kau peluang. Tak semua orang akan dapat peluang ni Riz. Allah tak pernah membezakan kasih sayangNYA pada kita. Melainkan kita yang alpa dan lupa padaNYA..”

Emeriz teresak-esak sambil menekup wajah dengan kedua belah telapak tangannya. Tanpa rasa malu dan segan dia menghamburkan segala kesedihan.

Rasul memandang simpati. Makin lama makin kuat tangisan Emeriz. Syukur alhamdullilah Emeriz sudah kembali ke pangkal jalan. Dia harapkan perubahan ini akan memberikan seribu rahmat kepada hidup Emeriz. Emeriz juga berhak untuk bahagia!

Untuk sekian kalinya, Tasnem menoleh ke belakang sebelum dia melangkahkan kaki masuk ke balai berlepas. Dia cuma berharap keputusannya itu adalah keputusan yang terbaik. Cadangan dan pelawaan Emeriz sudah di fikirkan semasak-masaknya. Dia tidak mahu terus bersedih. Dia mahu terus berjalan tanpa henti lagi.

Tiket di serahkan kepada pegawai yang memakai uniform berwarna hijau itu.
“Thanks you..Enjoy your journey..! Ucap pegawai itu ramah.

“Welcome..” Jawab Emeriz sambil menjinjit beg kecil di bahu kiri. Dia, Tasnem dan Rasul masuk ke balai berlepas.

Mereka beriringan menuju ke lapangan pesawat yang sudah siap bersedia menerima kemasukan penumpang untuk berlepas lebih kurang 15 minit lagi.

Tasnem dan Emeriz duduk bersebelahan. Sementara Rasul duduk di bahagian depan. Emeriz mengerling Tasnem di sebelah yang sejak dari tadi hanya memandang ke luar tingkap pesawat.”Anem ok? Soalnya perihatin.

Tasnem menoleh ke kanan dan tersenyum. Emeriz terpana saat terpandang senyuman itu. Persis Taliah! Tasnem dan Taliah memang tidak jauh bezanya. Wajah Taliah nampak lebih sombong dan serius. Berlainan dengan Tasnem yang air wajah nampak lebih tenang dan lembut.

“Abang...! Panggil Tasnem yang mula rasa tidak selesa apabila Emeriz merenungnya seperti itu.

Emeriz kelam kabut. Rasa malu segera menerpa dalam diri. Bukan main ralit lagi dia merenung wajah itu tanpa sedar yang empunya badan sudah mulai rasa tidak selesa!
“Errr... Anem.. pakai selt belt. Pramugari dah buat penguguman tu...” Arah Emeriz cuba menutup getar. Kebetulan pula dia nampak seorang peramungari yang memakai kebaya itu sedang memeriksa penumpang.

Tasnem cuma mengangguk dan mengikut arahan. Dia juga sebenarnya rasa malu tatkala diri di tenung seperti itu.’Ah mungkin abang Riz terkejut tengok wajah aku yang tak jauh beza dengan arwah kakak! Dia cuba menyedapkan hati.

Beberapa minit kemudian pesawat mula berlepas dari landasan dan mula menerbangkan badan pesawat naik ke atas awan. Selepas beberapa minit mendaki ke atas, kedudukan kapal terbang mulai berada di dalam keadaan asal.

“Anem ok? Soal Emeriz lagi. Wajah Tasnem di pandang lama. Dia tahu Tasnem masih lagi bersedih. Jelas sekali pada air wajahnya.

Tasnem mengangguk. “Cuma pening sikit. Anem tak biasa naik kapal terbang..” Ujarnya sambil memicit dahi.

“Ada minyak angin? Abang memang tak standby sebab abang dah biasa naik flight..!

“It`s ok! Anem ok... cuma Anem nak tidur sekejap!! Kata Tasnem sambil memejamkan mata. Dia keletihan kerana asyik memikirkan nasibnya di perantauan nanti. 100 peratus harapan di letakkan di tangan Emeriz. Dia percaya lelaki itu mampu menjaganya dengan baik.

Emeriz membantu merendahkan tempat duduk Tasnem. Kasihan pula melihat keadaan gadis itu yang nampak tidak biasa dengan keadaan mereka yang sudah beribu batu jauh dari daratan.

Rasul menoleh ke belakang. Dia jadi risau melihat layanan Emeriz terhadap Tasnem. Entah mengapa dia di serbu rasa risau yang berlebihan. Tasnem dan arwah Taliah tidak banyak beza. Dia bimbang akan kemungkinan Emeriz menganggap Tasnem adalah Taliah.’Mungkin juga Emeriz kasihankan Tasnem yang sebatang kara di dunia ini! Mungkin! Jadi, aku tak boleh salah sangka dan fikir yang bukan-bukan. Rasul cuba menyedapkan hati sendiri.

Tasnem membontoti langkah Emeriz masuk ke dalam rumah banglo semi d yang di beli untuk Taliah beberapa bulan yang lalu. Matanya melilau melihat keindahan hiasan dalaman yang nampak begitu kemas dan cantik. Dia sudah sedia maklum yang arwah kakaknya memang  pandai dan teliti dalam bab menghias rumah. Jadi, tidak hairanlah dia begitu terpegun melihat susun atur dan warna dalam rumah itu.

“Anem... inilah rumah Anem sekarang..! Abang harap Anem sukakannya.” Emeriz bersuara sambil menyerahkan kunci kepada Tasnem.

Tasnem menoleh ke arah Emeriz dan menyambut anak kunci dari pegangan lelaki itu. Dia melemparkan senyuman.”Terima kasih abang! Ucapnya pendek.

Emeriz tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Dia melabuhkan punggung di sofa, lantas melepaskan lelah. Tubuh badannya kelesuan. Di tambah pula dengan fikiran yang masih terganggu. Bukan mudah untuk menghadapi pemergian yang cukup tragis itu. Selama beberapa minggu ini, walaupun dia dan Taliah sudah berpisah. Hatinya tidaklah sekosong ini. Mungkin waktu itu, dia menganggap Taliah dapat hidup dengan baik. Tapi, kini..... sejak pemergiaan Taliah jiwanya kosong sekosong kosongnya. Semangatnya di rentap!

Tasnem meletakkan beg tangannya ke sofa. Dia melangkah ke bahagian dapur. Terdapat 2 bahagian dapur di situ. Satu untuk dapur kering dan satu lagi untuk dapur basah. Terdapat meja berbentuk mini bar yang memisahkan ruangan memasak dan ruangan makan. Dia melangkah ke dapur kering menuju ke arah peti sejuk yang bersaiz besar. Teruja tatkala melihat peti sejuk sebesar almari itu. Pantas tangannya menarik pintu peti sejuk dan mencari sesuatu yang boleh di minum untuk membasahkan tekak. Dia tahu Emeriz pasti haus. Setelah sampai di air port tadi, mereka terus berlalu ke sini. Jadi, memang mereka tidak singgah di mana-mana! Tekaknya juga terasa haus.

Botol air mineral di bawa keluar. Pantas dia mencapai gelas yang di letakkan di atas meja lalu dia menuangkan air untuk dua orang minum. Dia segera membawa gelas ke bahagian ruang tamu.

“Abang! Air.......! Tasnem menghulurkan gelas kepada Emeriz.

Emeriz mendongak lalu menyambut huluran air. Tahu-tahu saja tekak aku ni tengah kering! Dia tersenyum sendiri. Pantas dia meneguk rakus! Fuh!!! Lega.....!

Gelas di letakkan di atas meja kecil.”Anem... ok ke tinggal sendiri kat sini? Risau juga Tasnem sendiri di sini.

Tasnem tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.”Abang jangan risaukan Anem. Anem tak mahu menyusahkan abang. Terima kasih sebab abang sudi tolong Anem...!

Emeriz menegakkan letak duduknya.”Anem... abang dah janji dengan Anem kan. Hari isnin kita pergi uruskan pendaftaran kolej Anem..”

Tasnem mengangguk tanpa banyak bicara. Sebenarnya dia kekok tatkala berduan dengan lelaki itu. Rasa begitu janggal.

“Abang..!

“Emm...! Emeriz mengangkat wajah memandang wajah cantik Tasnem.

“Betul ke abang dah bertunang?

Emeriz terkaku dengan soalan yang tidak terduga itu.”Errr...

“It`s ok! Anem tahu abang dengan arwah kakak dah berpisah sebelum ni.. Anem tahu apa yang terjadi...”

Emeriz tidak tahu untuk memberikan reaksi yang bagaimana.

“Tahniah! Wanita tu pasti bertuah kan! Abang baik dan bertanggungjawab..
Emeriz sekadar tersenyum tawar dan mengusap tengkuknya sambil mengeluh kecil. Saat Tasnem mengajukan soalan itu, baru dia tersedar yang dia langsung tidak menghubungi Scha untuk beberapa hari ini.

“Kalau tak ada apa-apa lagi. Abang balik dululah... nanti risau pula Umi abang..! Nanti, kita jumpa lagi ya.. Anem rehat lah. Apa-apa masalah, Anem boleh call abang atau Mail..”
Emeriz bangun dan melangkah ke muka pintu. Dia memakai kasut sebelum berlalu keluar ke arah kereta mewah yang sudah tersedia di garaj.


Tasnem melambai-lambaikan tangan ke arah Emeriz yang semakin lama semakin hilang dari pandangan mata. Dia mengeluh kecil.”Kau sebatang kara di sini Anem...! Tanpa sedar air mata mengalir untuk sekian kali. Percaturan hidupnya terasa begitu perit dan menyakitkan!

No comments: