Sunday, December 8, 2013

My Mr. Chef bab 19


tadaaaaaaaaaaaaa..... pada yang mintak, pada yang selalu usha Chef Emeriz.. ini dia hadiah untuk kamu..kamu dan kamu..hehhe... tapi  sayang xdek pula part emeriz dalam bab ni. lepas ni jangan mintak lagi okeh..hehe:) gurau je...' nak tanya ni, if lah novel ni berjaya di bukukan..ade ke yang nak membelinye???:) hoih... komen?????



Teko kaca yang berisi air milo panas itu di tuang ke dalam cawan perlahan-lahan. Sebenarnya dia malu berada di situ. Tapi kerana ketiadaan Embak Yanti yang bercuti kerana menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di sebuah negeri di pantai timur menyebabkan dia terpaksa menggantikkannya untuk menyediakan air. Sementara mama dan papa sibuk melayan tetamu yang datang.

“Cantik dah Scha sekarang ni ya..! Tegur Syed Zafrin yang hampir sebaya dengan papanya.
Scha tersenyum malu. Merah padam wajahnya saat itu tatkala di puji seperti itu.’Tahulah aku cantik tapi janganlah puji melambung sangat...! Desis hati kecilnya. Sesudah menyiapkan tugasnya dia mengambil tempat di sebelah mamanya.

“Kalau tak cantik tak adalah Chef Emeriz tu nak buat isteri..” Sampuk Sharifah Kasima yang duduk di sebelah anak lelaki mereka iaitu Aiman yang cuma banyak mendiamkan diri.

“Alahhh Sima.... cantik tak cantik bukan di ukur pada paras rupa. Semua kecantikan harus lahir dari hati yang ikhlas dan jujur.. tak gitu? Kata Puan Sharifah Suraya sambil ketawa.

“Hurmm betul tu..! Melepas betul kami nak bermenantukan Scha....! Selamba saja Sharifah Kasima berkata menyebabkan Aiman tersentak.’Haih...mak ni dia dah mula dah..’ Aiman mengetap bibir.

Scha mengangkat wajah menghala ke arah Aiman dan kemudian Sharifah Kasima. Isteri kepada sepupu papanya itu!’Apa kelancangan sangat mulut makcik ni...! Aku cili kang baru tahu...! Omel Scha di dalam hati. Geram pula melihat keceluparan mulut Sharifah Kasima. Kot ya pun repect lah sikit pada mama dan papa aku ni..’

“Err! Tak ada jodoh Sima..! Semua itu ketentuan Allah...” Balas Tuan Syed Lokman serba salah.

“Man, jangan ambil hati sangat dengan Kasima ni! Dia memang suka cakap lepas je..” Kata  Syed Zafrin sambil menyiku lengan isterinya. Bengang betul dengan sikap isterinya yang tak tahu nak berbahasa!

Tuan Syed Lokman ketawa kecil.”Tak apalah Zaf! Sima tu bergurau saja. Aku tak ambil hatilah..”

Syed Zafrin menarik nafas lega. Aiman juga. Dia tahu ibu sekadar mahu menyakiti hatinya.

“Papa....papa... Jerit anak kecil itu sambil memeluk erat tubuh Aiman.

“Aqil!! Jangan kacau adik...! Marah  Scha sambil menarik Aqil dari terus mengusik Mimi yang baru berusia 3 tahun itu. Mimi nampak begitu comel dengan tubuhnya yang sedikit montel dan memiliki kulit yang putih dan gebu.

“Aqil geram tengok pipi mimi...! Kata Aqil sambil berbisik ke telinga Scha menyebabkan Scha mencubit lengannya.’Haih... jangan cakap macam tu, tak elok..! Nanti marah papa mimi tau..! 

Kata Scha berbisik ke telinga adiknya. Aqil cuma ketawa mengekek.

“Lepas ni bolehlah Mimi datang sini selalu ya sayang?! Main dengan abang Aqil.....” Kata Puan Sharifah Suraya sambil mengusap lembut kepala Mimi.

“Tak mahu! Abang Aqil jahat! Dia cubit pipi Mimi...” Adu Mimi sambil mencemikkan wajahnya menyebabkan semua yang ada di situ ketawa melihat keletah Mimi yang petah berkata-kata.

“Mimi rapat sangat dengan papa dia lepas Umairah meninggal dunia... kesian dia sebab sunyi...” Tiba-tiba suasana jadi sunyi tatkala Sharifah Kasima berkata begitu.
“Sima... dah sampai masa dia...”

Sharifah Kasima menganggukkan kepala sambil mengesat air mata. Sebenarnya dia juga masih belum percaya yang Umairah sudah pergi jauh meninggalkan mereka semua. Aiman di sebelah sekadar menundukkan kepala sambil memeluk erat tubuh kecil anaknya itu.

Scha mengerling ke arah Aiman dan Mimi. Dia jatuh kesian melihat dua beranak itu. Pasti Mimi dahagakan kasih sayang seorang ibu.’Kesianya....’ Scha mengeluh perlahan.

“Apa sebab arwah meninggal Sima, Zaf? Tanya Tuan Syed Lokman.

“Sakit abang Man ...! Dia menderita penyakit buang pinggang yang kronik.. memang tak dapat di selamatkan lagi...” Jawab Syed Zafrin.

“Dah ajal dia aucle..! Aiman terima dengan hati yang redha. Kita juga akan ke sana nanti..” Sampuk Aiman yang sejak dari tadi cuma mendiamkan diri.

Tuan Syed Lokman dan isteri sekadar menganggukkan kepala tanda simpati. Wajah Mimi di pandang penuh simpati.

“Mujurlah Mimi masih ada nenek dan atuk... pada korang berdualah dia nak menumpang kasih...” Ujar Puan Sharifah Suraya.

Sharifah Kasima tersenyum.”Dialah penawar duka kami Su..”

Scha cuma menundukkan wajah memandang permaidani tak sanggup rasanya dia mahu melihat wajah Aiman yang tampak mendung itu. Pasti sakitnya masih terasa.’Kesian abang Aiman......’ Desis hati kecilnya.

Gelagat Scha yang sedang asyik melayan Mimi dan Aqil di ruang tamu di pandang tanpa jemu. Scha begitu penyayang dan pandai mengambil hati anaknya. Ikutkan Mimi susah mahu mesra dengan orang yang tidak di kenalinya. Namun, apa yang sedang berlaku di ruang matanya saat itu benar-benar menyentuh hatinya. Mimi begitu manja dengan Scha.

“Ok!! Kita Nyanyi sekali lagi.... Baaa Baaa Black Shep...any any more... yes sir yes sir... Bukan main rancak lagi Mimi dan Aqil menari sambil bertepuk tangan. Scha pula menjadi conductor sambil menggerakkan tubuhnya ke kanan dan ke kiri. Kakinya pula di hentak-hentak mengikut muzik yang terpasang pada i pad.

Aiman ketawa kecil melihat gelagat Scha melayan karenah mereka. Seperti guru taska pula..! Comel...!

“Aiman... tengok apa? Tanya Sharifah Kasima sambil menyentuh lembut bahu anak lelakinya itu. Aiman agak tersentak tatkala mamanya menyoal seperti itu.

“Tengok Scha layan Mimi tu, teringat pula pada arwah Umai ma... persis Umai...! Jawab Aiman sambil tersenyum dengan mata masih melihat Scha sedang menari-nari di ruang tamu.

“Aiman... dia dah nak jadi milik orang lain nak..! Jangan terlalu mengharap nanti Aiman juga yang kecewa nak..” Pujuk Sharifah Kasima yang sepertinya faham apa yang bermain dalam fikiran anaknya itu.

Aiman menggelengkan kepalanya lantas mengeluh berat.” Aiman sedar ma..... dia bukan Scha yang Aiman kenal dulu... dia bukan lagi Scha yang mengharapkan Aiman ma.... Aiman sedar tu..”

“Baguslah tu Aiman...! Mama tak mahu Aiman kecewa..”

Aiman mendongak memandang wajah mamanya kemudian dia tersenyum dan mengangguk.”Mama jangan risau....! Ujarnya lembut.

“Ehemmmm apa dua beranak ni sembang. Siap berbisik-bisik lagi...! Tegur Puan Sharifah Suraya dengan tangan membawa dulang berisi kek lapis pelangi yang sempat di buatnya petang tadi.

Aiman dan mamanya serentak memandang ke arah belakang.”Ehh tak...Su..! Ni Aiman ni hah.... bukan main ralit sangat dia tengok Scha layan budak-budak tu..”

Aiman malu sendiri.’Adoi mama memang tak pandai nak cover line!! Gumamnya di dalam hati. Malu pula dia rasakan! Bimbang apa pula kata wanita itu nanti.

“Scha tu memang sukakan budak-budak. Silap hari bulan dia pun macam budak-budak Sima. Tengok lah tu... dah jadi tunangan orang tapi masih dok terkinja-kinja macam tu..” 

Kata Puan Sharifah Suraya sambil menggelengkan kepalanya dengan mata melihat anak 
gadisnya itu. Bukan main seronok melompat-lompat macam kera kena belacan. Kalah Mimi dan Aqil..!

“Dah... jom makan kek...! Red Velvet pun ada... dah jom...! Katanya segera berpaling dan menapak ke ruang tamu.

Sharifah Kasima mencuit bahu anak lelakinya.”Jom...! Sudahlah tu mengintai anak dara orang..!

Aiman ketawa kecil dan kemudian dia bangkit membontoti langkah mamanya. Sebenarnya kalau boleh dia mahu lebih lama memerhati keletah Scha melayan Mimi dan Aqil tapi memikirkan apa pula kata kedua orang tua Scha nanti, hasratnya itu terbantut serta merta.

Sementara semua tetamu sedang menikmati pemanis mulut di ruang tamu. Dia pula terus menyelinap keluar rumah dan menyusuri laluan kecil yang di bina daripada batu-batu kecil itu menuju ke arah kolam renang. Dia mahu sendiri di gazebo yang menjadi tempat kegemarannya melepak.

I phone yang di sengaja di silentkan sejak dari tadi di keluarkan dari poket seluar yang di pakainya. Hampir terjojol biji matanya melihat yang tertera di atas skrin leper itu. 20 miscall dan 1 mesej. Dia membuka inbox untuk membaca mesej yang di kirimkan oleh Emeriz.

“Scha... Taliah dah meninggal dunia tadi. Excident! Saya akan ke sabah untuk beberapa hari ni.. awak jaga diri...nanti dah sampai sana saya call awak..! Hati-hati ke kolej..! 

Pesanan ringkas itu di baca berkali-kali untuk kepastian. Rasa seperti mimpi yang Taliah sudah tiada.’Innalillahiwainnailahirojiun..’ Dia mengucap perlahan.

Air mata jatuh tanpa di sedari. Dia sedih menerima perkhabaran itu biarpun dia memang tidak pernah kenal rapat dengan wanita bernama Taliah itu. Pastinya Emeriz sedang berduka sekarang. Bukan dia tidak tahu bagaimana cintanya Emeriz terhadap Taliah.’Ya Allah.... kau permudahkan urusan pengkebumian arwah Taliah..’ Scha berdoa di dalam hati.

Aiman melangkah ke arah Scha yang sedang duduk termanggu di gazebo. Puas di cari kelibat Scha di dalam tadi rupa-rupanya dia di sini duduk termenung.

“Scha...” Panggilnya perlahan.

Scha tersentak dan berpaling ke ke kiri. Air mata yang mengalir segera di kesat. Tidak mahu Aiman menyedari yang dia sememangnya sedang menangis. Biarpun dia tidak mengenali Taliah secara rapat. Tapi, dia tetap bersedih dengan pemergian anak adam yang dia sendiri tidak tahu sejauh mana amalan yang telah di bawa. Kematian seseorang itu sebenarnya memberi banyak pengajaran bagi yang masih hidup.

Aiman duduk di sebelah Scha. Pandangan di halakan ke tengah kolam renang yang nampak tenang itu.”Kenapa ni Scha? Tanyanya lembut. Dia bukan buta tidak nampak Scha teresak sendiri di sini.

Scha tersentak dan menoleh ke kiri sekilas.”Errr... Serba salah untuk menjawab.
“Cakaplah abang sedia untuk mendengarnya..”

Scha menggigit bibir.”Taliah Gibson meninggal dunia sebentar tadi..” Ucapnya perlahan.
Dahi Aiman berkerut seribu. Cuba mengingati nama itu. Taliah Gibson?”Taliah model terkenal tu? Tanya Aiman inginkan kepastian.

Scha mengangguk pantas.” Emeriz mesej saya tadi..”

Aiman menganggukkan kepalanya dengan bibir yang bergerak .’Innalillahiwainnailahirojiun...Ucapnya perlahan.

“Bukan ke arwah tu dulu bersama Emeriz? Duga Aiman. Ada kala masa lapang. Dia juga gemar melayari internet. Sana sini orang memperkatakan mengenai Emeriz dan arwah. Siapa yang tidak kenal dengan Taliah. Model cantik tinggi lampai berwajah kacukan itu. Sesiapa pun mengimpikan untuk mendapat pasangan secantiknya.

Scha mengangguk perlahan dengan rasa serba salah. Sebenarnya dia tidak selesa berbicara mengenai arwah Taliah sewaktu dia bersama Emeriz dulu. Itukan sejarah!

“Cerita lama tu... Katanya perlahan.

Aiman mengangguk pantas. Dia perasan riak wajah Scha yang nampak tidak selesa saat dia memulakan bicara perihal Emeriz itu.

“Scha...! Panggi Aiman perlahan. Dia perlu mengubah topik untuk meredakan suasana.
Scha menoleh sekilas.

“Betul ke apa yang saudara mara kita cerita mengenai pertemua Scha dengan Emeriz tu?
Scha terkejut. Bagaimana Aiman boleh tahu pula? Siapa pula yang gatal mulut menceritakan perkara itu kepada Aiman? Takkan mama kot?! Mungkin juga mama yang bercerita pada  aunty Sima dan perkara itu sampai ke telinga Aiman.’Hurmm mungkin juga!

“Dah jodoh agaknya..” Balas Scha pendek.

Aiman mengeluh kecil.”Scha...masih muda. Perjalanan Scha masih jauh. Scha rasa keputusan yang Scha buat ni betul ke?

Aiman merenung wajah Scha di sebelah. Gadis itu nampak tenang sekali.
Scha tersenyum kecil.”Entahlah abang Aiman. Scha pun tak sama ada keputusan Scha ni betul atau sebaliknya. Tapi, Scha mahu abang Aiman tahu... seperkara.
Aiman mendengar dengan teliti apa yang bakal di ungkapkan oleh gadis itu.

“Scha tak mampu nak bantah keputusan mama dan papa. Nenek yang mendesak... Emeriz dan Uminya yang tak pernah mahu faham perasaan Scha.. Scha tak berdaya untuk menolak semuanya. Tak ada sesiapa yang memihak pada Scha. Scha sendiri.... Luah Scha perlahan dan tenang.

Aiman mengeluh kasar.”Abang dah agak semua ni di atur. Scha... masih belum terlambat untuk Scha berpatah balik. Kalau Scha tak kisah abang boleh tolong Scha..”

Scha tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.”Scha tak rasa yang Scha mampu untuk lukakan hati sesiapa. Hati mama, papa dan nenek... Scha membawa nama keluarga. Abang pun tahu papa orang yang di kenali di sini..”

Aiman menganggukkan kepalanya tanda dia faham. Namun, dia jatuh kasihan dengan apa yang menimpa Scha. Benarlah cerita mamanya sebelum ini. Pertunangan itu di aturkan oleh nenek saudaranya.

“Ini tidak adil untuk diri Scha. Abang tahu Scha terluka..”

Scha menggelengkan kepalanyaa”Hati Scha.... biarlah Scha sendiri yang tanggung abang. Terima kasih sebab memahami Scha...” Ucap Scha sambil tersenyum tawar. Dia tidak menyangka Aiman begitu perihatin dengan apa yang menimpanya sekarang.

“Abang boleh tolong Scha kalau Scha nak...” Tiba-tiba Aiman menawarkan diri tanpa berfikir panjang.

Scha tersentak. Wajah Aiman di pandang minta pengertian.” Abang nak tolong Scha? Soalnya inginkan kepastian.

Aiman mengangguk pantas dengan pandangan yang sangat memberi harapan.

“Maksud abang?

“Ada beberapa perkara yang terlintas dalam kepala abang sekarang. Tapi, abang tak rasa Scha akan bersetuju..”

Scha mengetap bibir. Apa yang sedang di fikirkan oleh lelaki tinggi lampai itu ya? Jenuh pula dia tertanya sendiri. Jangan idea yang mengarut lagi mencarut sudahlah. Bukan main sakit kepala lagi dia sekarang memikirkan masa depannya. Harapan kehadiran Aiman yang secara tiba-tiba dalam hidupnya itu bukanlah bertujuan untuk menambahkan lagi beban. Cukup-cukuplah beban yang di sedang pikul sekarang ni.

“Apa yang abang fikirkan? Soalnya ingin tahu.

“Scha masih cintakan abang? Soalan yang di jawab dengan soalan itu membuatkan Scha terperanjat beruk. Rasa nak melompat mendengar soalan itu. Hisy. Soalan apakah ini? Wajah putih gebunya sudah merona merah. Segan pula.

“Errr... Scha.. Scha tak fahamlah abang. Apa yang cuba abang sampaikan ni? Scha sudah tidak keruan. Wajah tampan Aiman sudah tidak mampu di pandang lagi. Malu sangat!

“Kalau Scha masih berperasaan macam dulu, lebih memudahkan keadaan..”

Eh! Apa yang dia cuba sampaikan pada aku ni? Kenapa dia tak tanya soalan ni 5 atau 6 tahun lalu. Kalau waktu itu soalan itu yang dia ajukan pada aku. InsyaAllah aku boleh jawap dengan jayanya. Hisy. Masalah apa pula ni.... Gusar hati Scha memikirkannya.

“Scha... Scha tak tahu nak jawab macam mana..! Pendek Scha memberi jawapan. Dia pasti yang ada di dalam hatinya sekarang hanya perasaan suka dan bukan cinta. Kalau pun 6 tahun lepas, itu cuma cinta monyet! Rasa kelakar pula memikirkan soalan Aiman itu!

Please stay with me...Scha. Abang akan lepaskan Scha dari cengkaman Emeriz..” Tenang Aiman menyusun kata membuatkan Scha terperanjat bagai nak gila.

“Abang! Suara Scha sudah naik seoktaf!”Scha tak terfikir nak buat macam tu pada Emeriz..! Sambungnya sambil menggelengkan kepala. Meroyan apa si Aiman ni.. fikirnya.

“Scha pasti yang Scha akan teruskan juga hubungan tu? Duga Aiman.

Scha angguk kepala tanpa mampu sempat memproses soalan Aiman itu. Biarlah...dia tidak mahu mengusutkan keadaan! Cukuplah keadaan yang semakin haru biru ini. Dia mahu tenang untuk sehari dua.

“Ok! Abang tak paksa Scha. Just tell me when you change your mind..” Kata Aiman.

Wajah Aiman di pandang lama. Nak kata dia bergurau senda, tak nampak pula pada reaksi wajahnya sekarang ni! Hisy. Scha menggigit bibir musykil dan masih belum mampu percaya dengan apa yang di tawarkan oleh Aiman. Apa jenis tawaran pun dia tak faham. Macam tak cukup waras pun ada.

6 comments:

baby mio said...

Kalau novel keluar mestilah saya beli.

AinSophian said...

Baby mio : awak sll kmen kt sini.tq dik..insyaAllah dengan izin..Allah.tq tau...keep in reading.thanKs 4 ur support.sob sob....terharu kak ton.

Farhana San said...

ades kak..ini yg di tunggu tunggu, di nanti nanti..
kalau buat novel mmg kite beli kak :D

Anonymous said...

Sokong:]

persea Gg said...

suka suka ssuka sangat,mulai timbul konfliklaa ni

Anonymous said...

sure beli..