Beg kertas berwarna pink itu di pandang lama. Sejak
dari malam tadi masih di tempat yang sama. Dia masih belum ada hati mahu
menjengah isi kandung di dalam beg itu.
“Esok pergi kerja awak dah boleh pakai..”
Dia masih ingat pesanan Umar semalam sebelum lelaki
itu pulang. Keluhan berat terlepas dari bibirnya. Benarlah kata orang perkara
yang baik memang sukar untuk di laksanakan. Cuba perkara yang tak baik. Laju
saja tindakan yang akan di ambil. Syaitan…syaitan. Mahu salahkan syaitan
pulak\! Sedangkan diri sendiri yang tak kuat nak lakukan.
Akhirnya dia bersiap ala kadar. Hari ini lebih
simple dari hari-hari biasa. Cukup mengenakan baju kurung pahang dan bermake up
nipis.
Sedang dia asyik membetulkan maskara pada bulu
mata. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi riuh di luar rumah. Cepat dia
bergegas ke tingkap untuk melihat.
Rasa seperti mahu tercabut biji mata melihat
papanya sedang memarahi seseorang yang cukup di kenali. Tanpa berlengah lagi
dia segera membuka langkah seribu turun ke tingkat bawah.
“Izinkan saya jumpa Ay uncle..”Sudah separuh nanar
Raykarl merayu kepada Tuan Addin. Tapi lelaki itu tegas dengan kata-katanya.
“Kau berhambus! 10 tahun aku beri kau peluang tapi
satu peluang pun kau tak pernah nak gunakan. Sekarang aku dah tunangkan Ayla
dengan pilihan aku sendiri. Sama ada kau suka atau tidak… mereka dah pun
bertunang..” Tegas Tuan Addin serius.
“Maafkan saya uncle.. saya janji lepas ni saya akan
terus nikah dengan Ay…please uncle…saya tak boleh hidup tanpa Ayla uncle..”
“Kau tak faham bahasa ke apa ni?” Tuan Addin
nampaknya sudah mulai hilang sabar dengan kedegilan bekas kekasih anaknya itu.
Raykarl tidak mahu berganjak sehinggalah Ayla mahu
berjumpa dengannya. Tidak mampu lagi untuk dia menanggung rasa sakit kerana
perpisahan itu. Kalau dia tahu sakitnya perpisahan ini, dia pasti akan memujuk
Ayla pada hari yang mereka bertengkar itu. Tapi apa boleh buat. Nasi sudah jadi
bubur.
“Uncle.... maafkan saya atas sikap biadap saya
selama ini. Saya bukan berniat mahu kurang ajar dan membelakangi uncle dan
auntie. Tapi, waktu itu saya memang tak yakin yang saya mampu membahagiakan
anak uncle. Uncle... izinkan saya memperisterikan Ayla uncle. Saya janji saya
akan bahagiakan Ayla dunia dan akhirat...”Ujar Raykarl sambil menggenggam
kedua-dua belah tanganya.
Tuan Addin tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh.
“Karl....!! Ayla melangkah ke arah papanya.
Tuan Addin berpaling kepada Ayla. Begitu juga
Raykarl. Ada senyum di bibir lelaki itu. Tapi Ayla terlebih dahulu membuang
pandang ke arah lain. Bukan jijik jauh sekali tidak sudi tapi dia tak cukup
kuat untuk melihat ke arah lelaki yang tak pernah hilang dari hatinya itu.
“Pergi naik! Arah Tuan Addin.
“Papa.... sudahlah. Jangan marah Karl lagi...”
Pujuk Ayla. Lengan papanya di sentuh lembut.
“Ay.. kita perlu bercakap Ay..” Jerit Raykarl.
Ayla berpaling ke arah Raykarl.”Baliklah Karl...
pergi dari sini. Ay dah jadi tunangan orang. Tak lama lagi kami akan bernikah.
Jadi tak manis Karl ada di sini. Nanti apa pula kata jiran tetangga. Baliklah
Karl...” Dia bersuara perlahan.
Bibir Raykarl bergetar. Sampai hati Ayla
menghalaunya. Dia pasti Ayla juga pasti rasa terkejut bila dia terpacak di sini
dan merayu seperti orang kurang suiman. Sedangkan sewaktu mereka bersama dulu, inilah
perkara yang Ayla selalu suruh dia lakukan.
“Karl tak boleh hidup tanpa cinta Ay.. maafkan
Karl.. Ay..” Rayu Raykarl tanpa rasa segan dan malu pada Tuan Addin.
Ayla mengeluh kasar. Rasa mahu tercabut jantungnya
melihat Raykarl boleh jadi seperti ini. Mati-mati dia ingat dia cuma bermimpi
tadi. Rupa-rupanya memang Raykarl yang sedang merayu-rayu di hadapan rumahnya
ini. Mana Raykarl yang jarang mahu mengakui mencintainya? Inikah Raykarl yang
pernah mengugut mahu meninggalkannya?
“Karl... baliklah dulu. Nanti Ay akan hubungi Karl
ya?! Tolonglah Karl....”
“Ay! Jangan kahwin dengan lelaki tu Ay... tolong
Karl ya sayang?!
Ayla mengetap bibir. Rasa mahu pecah dada mendengar
rayuan itu.
“Dah mari masuk! Jangan layan orang gila ni..”
Putus Tuan Addin sambil menarik lengan anaknya masuk melepasi pintu pagar besi
itu.
“Balik Karl..” Jerit Ayla.
Raykarl hilang arah. Entah rasa gila apa yang
merasuk dirinya saat itu sehinggakan dia boleh jadi seperti sekarang!
Dia menguak rambut ke belakang! Lemah rasa lututnya
saat itu. Jika benar Ayla memang tidak mencintainya lagi apa yang perlu dia
lakukan? Ya Allah....... dia meraup wajah.
***
Ayla menambah kelajuan pada keretanya. Sesekali
matanya mengerling ke arah kereta yang memandu di belakang keretanya. Dia
memang cukup kenal siapa pemilik kereta mewah berwarna merah garang itu.
Entah kenapa dia jadi takut. Seperti biasa. Raykarl
kalau dah marah memang tak ingat dunia. Peluang nak makan pelempang percuma
memang cerah! Tapi kejadian tadi benar-benar mengejutkannya.
Masakan tidak. Raykarl yang di kenalinya memang
sukar mahu mengungkapkan isi hatinya walaupun pada dasarnya dia tahu Raykarl
mencintainya. Sejak dulu lagi Raykarl bukan seorang kekasih yang suka
mengungkapkan kata-kata cinta dan sayang.
Tapi pagi ini dia terkejut melihat sikap Raykarl
dari sisi lain. Mungkin terdesak mahu mendapatkannya kembali.
Ayla menjeling lagi sekali melalui cermin pandang
belakang. Tapi kereta Raykarl sudah tidak ada. Eh! Mana dia pergi ni?
Tiba-tiba…. Kakinya menekan brek secara mengejut tapi dah terlambat.
Dummmm!!!
Sunyi sepi.
“Joe! Kau pergi hantar kereta Ayla ke bengkel Ah
Yong. Bil kemudian aku settle..”
“Baik bos! Akur pemuda yang memakai pakaian serba
hitam itu.
Tanpa berlengah lagi Raykarl segera memecut laju
keretanya meninggalkan kotaraya kuala lumpur.
**
“Macam mana Amri? Tanya Raykarl kepada Amri yang
juga merupakan sahabat baik sewaktu mereka sama-sama belajar di UK 5 tahun yang
lalu. Amri kini sudah mempunyai klinik sendiri. Malah telah membuka lebih dari
5 cawang di sekitar lembang klang.
Amri senyum segaris sambil mengemas peralatan yang
di gunakan untuk memeriksa keaadan Ayla. Ya! Dia cukup kenal dengan Ayla.
“Dia pengsan je mungkin sebab terkejut. Aku dah
beri dia suntikan. Kejap lagi sedarlah tu..”
Raykarl menarik nafas lega sambil melihat ke arah
Ayla yang masih pengsan itu. Risau juga dia kalau-kalau ada kecederaan yang
serius pada Ayla. Kalau dia tidak
bertindak begini jangan harap mereka boleh duduk berbincang untuk menyelesaikan
masalah.
Selepas menghantar Amri ke tingkat bawah, dia
kembali naik ke tingkat atas Villa yang di belinya 3 tahun lalu. Villa yang
berada di agak jauh dari kesibukan kota ini merupakan tempat persinggahan
mereka bila mahu menghabiskan masa bersama tanpa gagguan dari sesiapa.
Raykarl segera mencari telefon bimbit di dalam tas
tangan Ayla. Ada perkara yang harus di berekan sebelum Ayla sedar. Dia perlu
pantas!
**
Ayla memegang kepalanya yang terasa pening dan
sakit itu.
“Arghhh….” Dia terjerit kecil sambil memerhatikan
keadaan sekeliling.
Terbuntang matanya saat menyedari dia ada di Villa
itu.
“Dah bangun?”
Suara itu mengejutkannya. Dia segera berpaling ke
kiri. Raykarl yang baru keluar dari bilik air dengan hanya bertuala itu
benar-benar memeranjatkannya.
“Karl..”!!
Raykarl tersenyum lalu mencampakkan tuala ke katil.
Serta merta Ayla memejamkan matanya. Gila!! Desis
hati kecilnya.
Raykarl ketawa besar.”Malu?
Ayla mendegus geram. Apa kena dengan perangai
lelaki itu sekarang. Pelik sungguh! Dia segera menarik conferter lalu di tutup
wajahnya.
Raykarl segera menyarung pakaian ke tubuhnya. Rasa
segar sedikit selepas membersihkan diri tadi.
“Ay nak balik..”
“Tak boleh! Semua pintu Villa ni dah berkunci. Kita
spend time dekat sini sampai esok! Putus Raykarl tenang lalu melompat naik ke
atas katil.
Ayla terkejut dengan tindakan itu. Belum pun sempat
dia mahu turun dari katil Raykarl sudah memeluk tubuhnya dari sisi menyebabkan
mereka sama-sama terbaring di atas tilam.
“Lepaslah Karl..” Ayla meronta.
Raykarl tidak mempedulikan reaksi Ayla itu
sebaliknya dia menindih tubuh kecil Ayla membuatkan wanita itu diam terkedu.
“Karl… taknak Karl… kan Karl dah janji..” Ayla
bersuara perlahan. Terlalu faham dengan apa yang sedang di alami lelaki itu
sekarang.
Raykarl tersenyum sinis.”Baik! Dengan syarat……”
“A…apa…?
“Call Umar dan putuskan pertunangan korang sekarang
juga…”
“What!!!! Ayla kaget.
Raykarl angguk kepala.”Kalau tak nak, Karl make
sure Ay mengandung bulan depan..” Ugut Raykarl jahat. Walaupun dia tak pernah
terniat pun mahu mengapa-apakan Ayla.
“Gila! Jerit Ayla sambil menolak tubuh sasa itu.
Tapi apalah kudratnya.
“Gila tak gila. Ini saja jalan terbaik. Ay buat
Karl jadi gila macam ni. So, tanggunglah sendiri…”
“Karl…lepas lah…Karl..lepas! Jerit Ayla. Tidak mahu
kalah ugutan itu. Dia tahu Raykarl cuma cakap kosong. Tapi… lelaki ini adalah
Raykarl! Raykarl kalau dah terdesak apa saja dia sanggup buat.
“Diam! Call sekarang. Karl nekad Ay! Ay cuma milik
Karl sorang. Umar? Pergi mampus dengan dia…”
“Karl…kita bincang dulu. Ini melibatkan keluarga
Karl….”Pujuk Ayla lembut. Cuba bertoleransi dengan sebaik mungkin.
Raykarl ketawa kecil.”Buat apa nak seksa diri
kahwin dengan lelaki yang Ay tak cinta? Karl tahu dalam hati Ay tu cuma ada
Karl…..”
“Habis dah Karl pun main tarik tali dengan Ay. Buat
apa Ay tunggu lagi..”
“10 tahun Ay sanggup tunggu Karl, takkanlah tunggu
sedikit saja lagi masa pun dah tak sanggup..”
Ayla mula terasa sesak nafas. Bukan ringan objek
yang menghempap tubuhnya sekarang. “Karl… Ay rasa..sesak nafas ni.. please..”
Raykarl menarik Ayla kasar turun dari katil. Ayla
terdorong ke depan.”Karl janganlah buat Ay macam ni… ya! Ay masih cintakan Karl
tapi Ay dengan Umar dah bertunang. Jadi kita tak boleh lagi jadi seperti
dulu..”
Langkah Raykarl terhenti. Dia menarik Ayla ke dalam
pelukannya.”Jangan sebut nama dia bila bersama Karl. Apa pun yang berlaku Ay
cuma untuk Karl. Milik Karl faham?!
Ayla diam membisu. Raykarl segera mengeluarkan
telefon bimbit Ayla dari tas tangan itu lalu di serahkan kepada Ayla.
“Karl…”
“Call dia sekarang. Sekarang ay…!” Suara Raykarl
dah bergema satu Villa.
“Apa kata papa dan mama nanti Karl…”
“Karl tak peduli. Call now!!
Terketar-ketar tangan Ayla mencari no telefon Umar.
Dia segera membuat panggilan.
“Hello!! Sahut Umar dari corong telefon.
Sepantas kilat Raykarl merampas telefon bimbit itu
dari Ayla.
Ayla langsung tidak tahu untuk berbuat apa lagi.
Dia lemah dengan lelaki bernama Raykarl. Berserah saja pada nasib dan
takdirnya selepas ini.
“Aku Raykarl..”
“Siapa? Umar bertanya di hujung sana.
“Raykarl. Kekasih Ayla. Tunang kau. Aku nak kau
tahu sekarang ni Ayla bersama aku di sebuah Villa…”
“Apa…apa maksud kau ni?”
“Dengar sini Umar. Ayla kekasih aku sebelum
bergelar tunang kau. Dia bertunang dengan kau pun sebab nak sakitkan hati aku.
Jadi… kau dengar sini elok-elok. Ayla tak sesuai untuk kau. Dia hak aku..”
“Encik Raykarl. Siapa pun Ayla pada Encik. Dia
masih kepunyaan dan tanggungjawab papa dan mama dia. Saya tak percaya Ayla
sanggup buat macam ni pada saya..”
Raykarl ketawa dalam kemarahan.”Kau dengar suara
Ayla sendiri..” di serahkan telefon itu kepada Ayla.
Ayla sudah tidak tahu untuk berbuat apa. Raykarl benar-benar
menakutkannya.
“Cakaplah…” Arah Raykarl.
Ayla geleng kepala.
“Cakap! Jangan sampai Karl buat apa yang Karl cakap
tadi…”Ugut Raykarl.
Mahu atau tidak. Ayla sudah tiada pilihan.
“Helll..hello..”
“Ayla? Awak ke tu Ayla??? Suara Umar kedengaran di corong
telefon.
“Umar. Saya ni Ayla. Umar maafkan saya Umar….. saya
terpaksa..”
“Awak cakap awak dekat mana? Saya pergi jemput
awak..”
“Umar… saya tak layak untuk awak Umar. Maafkan
saya…maafkan saya….”
Raykarl segera merampas telefon itu dari
Ayla.”Jangan nak melebih-lebih…” Marahnya.
Ayla terlalu kecewa dengan sikap Raykarl. Dia
berlari ke arah katil dan menghamburkan rasa sedihnya di situ.
“Umar. Aku tak mahu cakap lebih-lebih. Apa yang
pasti Ayla bukan untuk kau. Aku harap kau rahsiakan hal ini dari pengetahuan
keluarga Ayla. Jangan risau. Aku tak akan apa-apakan dia. Selama hari ini pun
dia selamat dengan aku..”
I phone itu di campakkan ke atas sofa. Dia menoleh
ke belakang.”Sampai hati Ay bertunang dengan orang lain sedangkan dah banyak
perkara kita lalui 10 tahun ni. Kita pernah terlajur dulu Ay. Takkan semudah
itu Ay nak pergi kepada lelaki lain?”
Ayla teresak di atas katil. Sedih dengan apa yang
sudah berlaku. Pasti mama dan papa kecewa dengannya.
“Karl tak fikir ke semua ni salah Karl? Fikir
kecewa Karl saja. Habis Ay ni macam mana? Apa yang Ay dapat selama 10 tahun
ini? Ay terseksa dengan sikap tarik tali Karl..” Luah Ayla.
Raykarl mengeluh perlahan. Ya! Dia akuinya. Semua
ini salahnya. Tapi sekarang dia serius. Selepas apa yang berlaku sejak akhir-akhir
ini membuatkan dia cukup yakin, yang dia tidak pernah berhenti dari menyintai
Ayla. Dia terlalu sayangkan Ayla. Dia lemah tanpa Ayla.
“Sayang… apa pun yang pernah berlaku sebelum ini..
Karl nak Ay tahu yang Karl cintakan Ay! Karl sayang Ay dunia dan akhirat. Ay…
apa yang akan berlaku selepas ini, Karl harap Ay bersedia. Karl minta maaf,
cuma ini saja jalan terbaik yang Karl boleh fikirkan. Karl dah tak mahu
kehilangan Ay…. Cukup sekali..” Luah Raykarl.
Ayla berhenti menangis. Entah kenapa hatinya
tiba-tiba terpecah kepada dua. Separuh untuk Raykarl dan separuh lagi untuk
Umar. Tapi dia tak layak untuk Umar. Adilkah jika dia terus mengikat Umar dalam
satu hubungan yang penuh dengan rasa bersalah? Takkan selamanya dia mahu
memendam perasaan bersalah itu? Tidak! Tapi kenapa kini dia merasakan ada
perasaan benci untuk Raykarl?!
Lelaki itu di tenung tajam. Dia mengesat baki air
mata di pipi.
Raykarl mendekatinya. Dia duduk di birai katil
sambil mengeluh berat.
“So dah puas hati sekarang?Marah Ayla.
Raykarl tersentak. Wajah masam Ayla di pandang
lembut.”I`m sorry Ay. Kalau Karl tak buat macam tu, karl akan kehilangan Ay..”
“Bukan ke selama hari ini Karl memang sentiasa
mencuba untuk buang Ay dari hidup Karl? Ay nampak selama ini Karl terpaksa
bersama Ay..”
“Siapa cakap sayang?”
“Ay nampak dengan mata Ay sendiri..”
“Sebab tu Karl nak tebus balik kesalahan yang
pernah Karl buat pada Ay. Please sayang... forgive me?”
Ayla tersenyum sinis. Dia berpeluk tubuh. Sakit
sungguh hatinya sekarang. Rasa mahu tumbuk saja muka selamba tak bersalah itu.
Biar lunyai!
“Dah terlalu lama Karl bazirkan masa. Dulu Ay
sentiasa ada untuk Karl. Tapi bila Ay sendiri yang mahu pergi dari hidup Karl
tanpa perlu Karl yang halau, Karl halang pulak! Karl macam lalang!!”
“Karl bukan tak yakin pada cinta Ay! Yakin! Tapi
Karl tak yakin pada diri Karl. Mama pun mendesak Karl. Karl serabut. Karl
keliru..”
“Dah sepuluh tahun masih nak keliru!!!
“Tapi yang pasti sekarang, Ay milik Karl...”
“Jangan mimpi. Karl ingat papa akan mendiamkan saja
perkara ni?”
“Sampai satu tahap, papa Ay akan mengalah juga! Dia
kena tahu apa yang anak dia mahukan! Ay cuma mahukan Karl bukan lelaki lain..”
Kata Raykarl yakin.
“Jangan terlalu yakin Karl. Apa yang ada dalam hati
Ay, Karl tak nampak..”
“Tapi Karl dapat rasa, cinta tu sama seperti
dulu..”
Ayla senyum sinis lagi. Tapi untuk menidakkan
perkara itu dia pun tak pasti. Kalau dulu memang dia tak mampu mahu membenci
Raykarl. Tapi saat ini kenapa dia merasakan ada perasaan itu di hatinya?!
Adakah perasaan sayang sudah bertukar jadi perasaan benci? Kalau betul memang
benarlah apa yang di perkatakan oleh orang sekelilingnya. Perasaan sayang mampu
bertukar jadi perasaan benci! Memang tak mustahil!
***
Umar melihat jam di pergelangan tangan. Dia sudah
bersiap sedia di hadapan pejabat agama itu setelah di hubungi oleh Ustaz Amin.
“Umar...! Panggil satu suara.
Dia berpaling ke belakang.”Safiyyah!! Dia kaget
melihat wanita itu berada di situ pada waktu begini.
“Eh! Apa Saf buat dekat sini?”
“Ustazah Sarimah mintak Saf sertai operasi malam
ni. Lagipula Saf memang buat part time dengan Ustazah. Tadi Ustaz Amin ada
beritahu Saf yang Umar pun turut serta untuk operasi cegah ni..”
Umar menganggukkan kepalanya.”Umar pun free jadi
tak salah kalau Umar boleh berikan beberapa nasihat kepada mereka-mereka nanti.
InsyaAllah semoga operasi malam ni berjalan dengan lancar. Harap-harap kita
semua boleh cegah maksiat dari terus berleluasa di sini..”
“Betul tu Umar. Gejala maksiat mampu merosakan
akidah remaja dan umat islam. Kalau bukan kita yang lakukan siapa lagi. Betul
tak?!”
Umar akui Safiyah seorang gadis yang cukup baik.
Malah mereka memang selalu jadi bahan usikan rakan seuniversiti sewaktu
sama-sama belajar di mesir dulu. Tapi dia memang tidak pernah menaruh perasaan
pada gadis itu. Yang pasti Safiyah juga begitu. Cuma kebaikan mereka sering di
salah tafsir oleh rakan-rakan.
“Oklah. Safiyah nak masuk dalam dulu. Nak prepare
beberapa dokumen untuk operasi kita malam ni. Minta diri dulu ya Umar.
Assalamualaikum..” Ucap Safiyah sebelum berlalu meninggalkan Umar di situ.
Umar senyum sambil segaris sambil menjawab salam.
Sebenarnya dia tengah risaukan Ayla. Dia cuma mampu berdoa semoga Ayla selamat
dan telah pulang ke rumah. Dia tak mahu syak yang bukan-bukan. Menurut
firasatnya, Raykarl seperti yang di ceritakan oleh Tuan Addin memang bekas
kekasih Ayla. Masakan Ayla boleh bersama Raykarl kembali. Menurut Tuan Addin
mereka sudah lama putus. Dia yakin Ayla selamat.
Semua petugas di pejabat agama itu di berikan
taklimat sebelum berlepas ke berapa lokasi di sekitar lembah kelang berpandukan
laporan dan aduan yang di terima. Kebetulan Umar dan Safiyah di tugaskan dalam
satu kumpulan.
Untuk melepasi masuk ke kawasan elit itu mereka
memerlukan pas dan beberapa surat untuk di tunjukkan kepada pengawal. Mujur
juga pengawal di situ yang berbangsa melayu dan memahami yang mereka sedang
menjalankan tugas dan tanggungjawab pada agama.
“Terima kasih Pakcik..” Ucap Ustaz Amin kepada
pengawal yang lengkap dengan cota di tangan itu.
“Sama-sama Encik! Ikutkan undang-undang syarikat
kami memang kawasan ni kawasan larangan masuk tanpa pas. Memandangkan pihak
Encik ada pas saya tak keberatan untuk benarkan Encik masuk. Oh! Ya siapa yang
berikan Encik pas ni ya?”
“Saya pun dapat sampul ni dari seseorang. Jadi
pasti orang ini mahu identiti dia di rahsiakan. Tak kisahlah Pakcik. Asalkan
kita dapat maklumat. Maksiat perlu di hentikan sebelum menjadi barah dan
bangkai pada agama dan bangsa kita..” Terang Ustaz Amin.
Pengawal itu segera menaikkan palang memberi laluan
kepada van berwarna putih itu masuk ke kawasan perumahan mewah itu.
“Umar... Manaf dah sedia? Tanya Ustaz Amin.
Umar dan Manaf menganggukkan kepala mereka. Safiyah
dan beberapa orang pegawai sudah bersiap sedia dengan beberapa dokumen penting.
Raykarl bergegas turun dari tingkat atas saat
loceng berbunyi. Dia menarik nafas panjang sebelum di lepaskan perlahan-lahan.
Semoga semuanya berjalan seperti yang telah di rancang. Dia pasti Ayla tidak
akan menghidu ini adalah salah satu dari rancangannya.’Maafkan Karl sayang...
cuma ini jalan untuk membolehkan kita nikah dengan segera biarpun orang tua
kita menghalang.’ Desis hati kecilnya.
Dia menekan remote pada tepi pintu untuk membuka
pintu automatik itu. Saat pintu terbuka beberapa dia melihat sekumpulan pegawai
agama menyerbu masuk ke perkarangan villanya. Ya! Dia sudah bersedia menghadapi
semua ini.
Dia sudah pasti Ayla masih berada di dalam bilik
air. Dia sudah merancang dengan baik. Bila semua pegawai naik ke tingkat atas
pasti Ayla masih bertuala atau memakai pijama. Mungkin cara ini nampak jijik
tapi ianya mudah untuk menghalalkan hubungan mereka.
“Kami menerima laporan bahawa ada sepasang kekasih
telah berdua-duaan di sini dalam keadaan yang mencurigakan. Sila beri kerja
sama..” Kata lelaki berkopiah hijau itu.
Raykarl cuma mendiamkan diri. Memberi laluan kepada
semua pegawai masuk ke dalam villanya. Tapi pandangannya terkaku pada sesusuk
tubuh yang cukup di kenalinya. Dia tergamam.
Bagaikan kaca yang berderai. Itulah yang dia
rasakan saat ini. Remuk redam hatinya saat terpandang wajah lelaki itu. Ya
Allah... Ujian apakah ini!!! Air mata serta merta keluar dari kelopak mata.
“Ada sesiapa lagi di dalam rumah ini?” Tanya Umar
kepada lelaki yang cuma memakai seluar pendek dan bersinglet itu.
Raykarl segera menoleh ke kanan.”Errr... saya...
saya dengan...”
“Pergi ke tingkat atas sekarang!! Arah Umar kepada
pegawai wanita.
“Baik!!! Jawab semua pegawai itu sebelum meluru
naik ke tingkat atas.
Safiyah menjeling Raykarl atas bawah. Jijik! Jika
benar ada wanita bukan muhrim bersama lelaki itu di dalam rumah ini, memang
jelas Raykarl sedang berkhalwat. Walaupun dia kecewa dengan apa yang di lakukan
lelaki itu tapi dia perlu menjalankan tanggungjawabnya. Yang salah tetap salah.
“Awak dengan siapa? Apa hubungan kamu berdua?
Tahukah awak apa hukum kepada orang yang bermaksiat?” Bertalu-talu soalan
keluar dari mulut Umar. Tapi lelaki itu cuma mendiamkan diri dari tadi.
“Ya Allah!!!! Pakai baju ni!! Arah Ustazah Sarimah
kepada wanita yang cuma memakai tuala dan kelihtannya baru lepas mandi.
Ayla terpinga-pinga melihat bilik itu di penuhi
oleh beberapa orang wanita lengkap bertudung dan berunifom.
Safiyah mendekati wanita yang bersekedudukan dengan
Raykarl itu. Dia memandang wanita itu tajam.”Siapa lelaki dengan awak di dalam
rumah ini?” Tanya Safiyah.
“Huh?! Ayla tergamam.
“Tutup pintu tu..! Arah Ustazah Sarimah kepada
seorang lagi pegawainya. Dia tidak mahu ada pegawai lelaki yang nampak aurat
wanita ini.
“Jawab! Siapa lelaki dengan awak di dalam rumah
ini? Suami? Kalau ya suami tunjukkan kad nikah awak..” Arah Safiyah tegas dan
sedikit beremosi.
“Errrr.....Errr...”Tergagap-gagap Ayla mahu
menjawab. Yang pasti dia sudah tidak mampu untuk berdiri lagi saat ini. Dalam
kepalanya cuma teringatkan papa dan mama. Ya Allah!! Dia mula teresak.
“Tak guna awak menangis lagi. Nasi sudah jadi
bubur. Kalau dia suami awak tunjukkan kad nikah kamu berdua..” Ujar Ustazah
Sarimah.
Ayla terduduk di atas katil sambil menekup wajahnya
dengan tuala. Dia menagis semahu-mahunya.
“Nampaknya mereka bukan suami isteri Ustazah..”
Kata Safiyah lemah. Biarpun hakikatnya dia sudah mengetahuinya dari awal lagi.
Ustazah Sarimah menganggukkan kepalanya.”Sudah!
Pakai baju yang menutup aurat dan turun ke bawah...” Arahnya tegas.
Ayla masih kaku di situ sambil teresak-esak. Ya
Allah!!!
Safiyah menarik nafas panjang lalu di lepaskan
perlahan-lahan. Cuma Allah saja yang tahu betapa dia kecewa dengan Raykarl.
Sayang sekali, dia sudah jatuh cinta dengan lelaki itu. Tapi dia tak boleh
kalah dengan perasaan itu untuk simpati kepadanya. Raykarl dan wanita ini perlu
di hukum!
“Dia kekasih saya..” Jawab Raykarl sambil
menundukkan kepalanya memandang lantai. Malu dengan pegawai agama itu.
Umar mengucap panjang.”Kalau awak ni dekat tanah
arab selayaknya awak di rejam sampai mati. Tapi sekarang kita di malaysia. Mahu
atau tidak kamu berdua akan di denda dan jika di sabitkan kesalahan berkhalwat
Encik dan pasangan wajib bernikah malam ini juga..”
“Maaf Encik...”
“Jangan minta maaf pada saya. Minta ampun dari
Allah! Semoga Allah mengampunkan dosa awak ni. Ingat Encik... jika kita
terlepas di sini, jangan ingat kita boleh terlepas di sana nanti...” Kata Umar
yang begitu sedih dengan kejadian ini. Islam cuma pada nama. Desis hati
kecilnya.
Raykarl mengangguk-anggukkan kepalanya dengan riak
wajah bersalah. Malu cuma tuhan saja yang tahu. Tapi inilah jalan yang sudah di
pilih. Dia tak pernah menyesal dengan keputusannya.
“Umar! Panggil Ustaz Amin.
Umar berpaling ke belakang.
“Umar?????!!! Raykarl sedikit kaget mendengar
lelaki yang sedikit berusia itu memanggil lelaki yang sedang berdiri di
hadapannya ini dengan panggilan nama itu.’Ah! Mungkin kebetulan saja! Dia cuba
menyedapkan hati.
“Ambil kad pengenalan dia..” Arah Ustaz Amin.
“Baik Ustaz.”!! Dia kembali berpaling kepada lelaki
yang cuma memakai singlet itu.”Tolong serahkan kad pengenalan Encik..”
Raykarl segera mengeluarkan mykadnya lalu di
serahkan kepada lelaki bernama Umar itu.
“Raykarl??? Umar mengangkat wajah memandang Raykarl
tepat.
“Ya saya!!
Umar tergamam. Pandangan mata dua lelaki itu
bersatu. Seperti ada sesuatu yang ingin di luahkan dari bibir mereka sehinggalah
mereka berdua sama-sama menoleh ke arah tangga utama yang menghubungkan tingkat
bawah dan atas. Seorang wanita yang memakai pakaian lengkap dengan rambut yang
masih kelihatan basah itu menoleh ke arah mereka berdua.
Umar terkaku! Ayla terkaku. Safiyah dan Raykarl
saling berpandangan sesama sendiri. Suasana yang tadinya riuh jadi sunyi sepi.
Untuk sekian kalinya Ayla terjelupuk ke atas lantai
bersama tangisan hiba. Umar hilang arah, lututnya menggeletar.
Raykarl yang tadi nampak kebingungan sudah mulai
mengerti. Safiyah? Umar? Kebetulan???!!
To be continue. Seharian i menaip tau! Bahasa
lintang pukang. Tapi rasanya masih boleh di fahami. Enjoy. Please
komennnnn.....
2 comments:
BEST NAK LAGI.
yep..still faham..yeaa..kawen2!!
Post a Comment