Saturday, January 11, 2014

10 tahun Bab 13


Beg kertas berwarna pink itu di pandang lama. Sejak dari malam tadi masih di tempat yang sama. Dia masih belum ada hati mahu menjengah isi kandung di dalam beg itu.
“Esok pergi kerja awak dah boleh pakai..”

Dia masih ingat pesanan Umar semalam sebelum lelaki itu pulang. Keluhan berat terlepas dari bibirnya. Benarlah kata orang perkara yang baik memang sukar untuk di laksanakan. Cuba perkara yang tak baik. Laju saja tindakan yang akan di ambil. Syaitan…syaitan. Mahu salahkan syaitan pulak\! Sedangkan diri sendiri yang tak kuat nak lakukan. 

Akhirnya dia bersiap ala kadar. Hari ini lebih simple dari hari-hari biasa. Cukup mengenakan baju kurung pahang dan bermake up nipis.

Sedang dia asyik membetulkan maskara pada bulu mata. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi riuh di luar rumah. Cepat dia bergegas ke tingkap untuk melihat.
Rasa seperti mahu tercabut biji mata melihat papanya sedang memarahi seseorang yang cukup di kenali. Tanpa berlengah lagi dia segera membuka langkah seribu turun ke tingkat bawah.

“Izinkan saya jumpa Ay uncle..”Sudah separuh nanar Raykarl merayu kepada Tuan Addin. Tapi lelaki itu tegas dengan kata-katanya.

“Kau berhambus! 10 tahun aku beri kau peluang tapi satu peluang pun kau tak pernah nak gunakan. Sekarang aku dah tunangkan Ayla dengan pilihan aku sendiri. Sama ada kau suka atau tidak… mereka dah pun bertunang..” Tegas Tuan Addin serius.

“Maafkan saya uncle.. saya janji lepas ni saya akan terus nikah dengan Ay…please uncle…saya tak boleh hidup tanpa Ayla uncle..”

“Kau tak faham bahasa ke apa ni?” Tuan Addin nampaknya sudah mulai hilang sabar dengan kedegilan bekas kekasih anaknya itu.

Raykarl tidak mahu berganjak sehinggalah Ayla mahu berjumpa dengannya. Tidak mampu lagi untuk dia menanggung rasa sakit kerana perpisahan itu. Kalau dia tahu sakitnya perpisahan ini, dia pasti akan memujuk Ayla pada hari yang mereka bertengkar itu. Tapi apa boleh buat. Nasi sudah jadi bubur.

“Uncle.... maafkan saya atas sikap biadap saya selama ini. Saya bukan berniat mahu kurang ajar dan membelakangi uncle dan auntie. Tapi, waktu itu saya memang tak yakin yang saya mampu membahagiakan anak uncle. Uncle... izinkan saya memperisterikan Ayla uncle. Saya janji saya akan bahagiakan Ayla dunia dan akhirat...”Ujar Raykarl sambil menggenggam kedua-dua belah tanganya.

Tuan Addin tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh.

“Karl....!! Ayla melangkah ke arah papanya.

Tuan Addin berpaling kepada Ayla. Begitu juga Raykarl. Ada senyum di bibir lelaki itu. Tapi Ayla terlebih dahulu membuang pandang ke arah lain. Bukan jijik jauh sekali tidak sudi tapi dia tak cukup kuat untuk melihat ke arah lelaki yang tak pernah hilang dari hatinya itu.

“Pergi naik! Arah Tuan Addin.

“Papa.... sudahlah. Jangan marah Karl lagi...” Pujuk Ayla. Lengan papanya di sentuh lembut.
“Ay.. kita perlu bercakap Ay..” Jerit Raykarl.

Ayla berpaling ke arah Raykarl.”Baliklah Karl... pergi dari sini. Ay dah jadi tunangan orang. Tak lama lagi kami akan bernikah. Jadi tak manis Karl ada di sini. Nanti apa pula kata jiran tetangga. Baliklah Karl...” Dia bersuara perlahan.

Bibir Raykarl bergetar. Sampai hati Ayla menghalaunya. Dia pasti Ayla juga pasti rasa terkejut bila dia terpacak di sini dan merayu seperti orang kurang suiman. Sedangkan sewaktu mereka bersama dulu, inilah perkara yang Ayla selalu suruh dia lakukan.

“Karl tak boleh hidup tanpa cinta Ay.. maafkan Karl.. Ay..” Rayu Raykarl tanpa rasa segan dan malu pada Tuan Addin.

Ayla mengeluh kasar. Rasa mahu tercabut jantungnya melihat Raykarl boleh jadi seperti ini. Mati-mati dia ingat dia cuma bermimpi tadi. Rupa-rupanya memang Raykarl yang sedang merayu-rayu di hadapan rumahnya ini. Mana Raykarl yang jarang mahu mengakui mencintainya? Inikah Raykarl yang pernah mengugut mahu meninggalkannya?

“Karl... baliklah dulu. Nanti Ay akan hubungi Karl ya?! Tolonglah Karl....”

“Ay! Jangan kahwin dengan lelaki tu Ay... tolong Karl ya sayang?!

Ayla mengetap bibir. Rasa mahu pecah dada mendengar rayuan itu.

“Dah mari masuk! Jangan layan orang gila ni..” Putus Tuan Addin sambil menarik lengan anaknya masuk melepasi pintu pagar besi itu.

“Balik Karl..” Jerit Ayla.

Raykarl hilang arah. Entah rasa gila apa yang merasuk dirinya saat itu sehinggakan dia boleh jadi seperti sekarang!

Dia menguak rambut ke belakang! Lemah rasa lututnya saat itu. Jika benar Ayla memang tidak mencintainya lagi apa yang perlu dia lakukan? Ya Allah....... dia meraup wajah.

***
Ayla menambah kelajuan pada keretanya. Sesekali matanya mengerling ke arah kereta yang memandu di belakang keretanya. Dia memang cukup kenal siapa pemilik kereta mewah berwarna merah garang itu.

Entah kenapa dia jadi takut. Seperti biasa. Raykarl kalau dah marah memang tak ingat dunia. Peluang nak makan pelempang percuma memang cerah! Tapi kejadian tadi benar-benar mengejutkannya.

Masakan tidak. Raykarl yang di kenalinya memang sukar mahu mengungkapkan isi hatinya walaupun pada dasarnya dia tahu Raykarl mencintainya. Sejak dulu lagi Raykarl bukan seorang kekasih yang suka mengungkapkan kata-kata cinta dan sayang.

Tapi pagi ini dia terkejut melihat sikap Raykarl dari sisi lain. Mungkin terdesak mahu mendapatkannya kembali.

Ayla menjeling lagi sekali melalui cermin pandang belakang. Tapi kereta Raykarl sudah tidak ada. Eh! Mana dia pergi ni? Tiba-tiba…. Kakinya menekan brek secara mengejut tapi dah terlambat.

Dummmm!!!

Sunyi sepi.

“Joe! Kau pergi hantar kereta Ayla ke bengkel Ah Yong. Bil kemudian aku settle..”
“Baik bos! Akur pemuda yang memakai pakaian serba hitam itu.

Tanpa berlengah lagi Raykarl segera memecut laju keretanya meninggalkan kotaraya kuala lumpur.
**
“Macam mana Amri? Tanya Raykarl kepada Amri yang juga merupakan sahabat baik sewaktu mereka sama-sama belajar di UK 5 tahun yang lalu. Amri kini sudah mempunyai klinik sendiri. Malah telah membuka lebih dari 5 cawang di sekitar lembang klang.
Amri senyum segaris sambil mengemas peralatan yang di gunakan untuk memeriksa keaadan Ayla. Ya! Dia cukup kenal dengan Ayla.

“Dia pengsan je mungkin sebab terkejut. Aku dah beri dia suntikan. Kejap lagi sedarlah tu..”
Raykarl menarik nafas lega sambil melihat ke arah Ayla yang masih pengsan itu. Risau juga dia kalau-kalau ada kecederaan yang serius pada Ayla.  Kalau dia tidak bertindak begini jangan harap mereka boleh duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah.

Selepas menghantar Amri ke tingkat bawah, dia kembali naik ke tingkat atas Villa yang di belinya 3 tahun lalu. Villa yang berada di agak jauh dari kesibukan kota ini merupakan tempat persinggahan mereka bila mahu menghabiskan masa bersama tanpa gagguan dari sesiapa.

Raykarl segera mencari telefon bimbit di dalam tas tangan Ayla. Ada perkara yang harus di berekan sebelum Ayla sedar. Dia perlu pantas!

**
Ayla memegang kepalanya yang terasa pening dan sakit itu.
“Arghhh….” Dia terjerit kecil sambil memerhatikan keadaan sekeliling.
Terbuntang matanya saat menyedari dia ada di Villa itu.

“Dah bangun?”

Suara itu mengejutkannya. Dia segera berpaling ke kiri. Raykarl yang baru keluar dari bilik air dengan hanya bertuala itu benar-benar memeranjatkannya.

“Karl..”!!

Raykarl tersenyum lalu mencampakkan tuala  ke katil.

Serta merta Ayla memejamkan matanya. Gila!! Desis hati kecilnya.

Raykarl ketawa besar.”Malu?

Ayla mendegus geram. Apa kena dengan perangai lelaki itu sekarang. Pelik sungguh! Dia segera menarik conferter lalu di tutup wajahnya.

Raykarl segera menyarung pakaian ke tubuhnya. Rasa segar sedikit selepas membersihkan diri tadi.

“Ay nak balik..”

“Tak boleh! Semua pintu Villa ni dah berkunci. Kita spend time dekat sini sampai esok! Putus Raykarl tenang lalu melompat naik ke atas katil.

Ayla terkejut dengan tindakan itu. Belum pun sempat dia mahu turun dari katil Raykarl sudah memeluk tubuhnya dari sisi menyebabkan mereka sama-sama terbaring di atas tilam.

“Lepaslah Karl..” Ayla meronta.

Raykarl tidak mempedulikan reaksi Ayla itu sebaliknya dia menindih tubuh kecil Ayla membuatkan wanita itu diam terkedu.

“Karl… taknak Karl… kan Karl dah janji..” Ayla bersuara perlahan. Terlalu faham dengan apa yang sedang di alami lelaki itu sekarang.

Raykarl tersenyum sinis.”Baik! Dengan syarat……”

“A…apa…?

“Call Umar dan putuskan pertunangan korang sekarang juga…”
“What!!!! Ayla kaget.

Raykarl angguk kepala.”Kalau tak nak, Karl make sure Ay mengandung bulan depan..” Ugut Raykarl jahat. Walaupun dia tak pernah terniat pun mahu mengapa-apakan Ayla.

“Gila! Jerit Ayla sambil menolak tubuh sasa itu. Tapi apalah kudratnya.

“Gila tak gila. Ini saja jalan terbaik. Ay buat Karl jadi gila macam ni. So, tanggunglah sendiri…”

“Karl…lepas lah…Karl..lepas! Jerit Ayla. Tidak mahu kalah ugutan itu. Dia tahu Raykarl cuma cakap kosong. Tapi… lelaki ini adalah Raykarl! Raykarl kalau dah terdesak apa saja dia sanggup buat.

“Diam! Call sekarang. Karl nekad Ay! Ay cuma milik Karl sorang. Umar? Pergi mampus dengan dia…”

“Karl…kita bincang dulu. Ini melibatkan keluarga Karl….”Pujuk Ayla lembut. Cuba bertoleransi dengan sebaik mungkin.

Raykarl ketawa kecil.”Buat apa nak seksa diri kahwin dengan lelaki yang Ay tak cinta? Karl tahu dalam hati Ay tu cuma ada Karl…..”

“Habis dah Karl pun main tarik tali dengan Ay. Buat apa Ay tunggu lagi..”
“10 tahun Ay sanggup tunggu Karl, takkanlah tunggu sedikit saja lagi masa pun dah tak sanggup..”

Ayla mula terasa sesak nafas. Bukan ringan objek yang menghempap tubuhnya sekarang. “Karl… Ay rasa..sesak nafas ni.. please..”

Raykarl menarik Ayla kasar turun dari katil. Ayla terdorong ke depan.”Karl janganlah buat Ay macam ni… ya! Ay masih cintakan Karl tapi Ay dengan Umar dah bertunang. Jadi kita tak boleh lagi jadi seperti dulu..”

Langkah Raykarl terhenti. Dia menarik Ayla ke dalam pelukannya.”Jangan sebut nama dia bila bersama Karl. Apa pun yang berlaku Ay cuma untuk Karl. Milik Karl faham?!

Ayla diam membisu. Raykarl segera mengeluarkan telefon bimbit Ayla dari tas tangan itu lalu di serahkan kepada Ayla.

“Karl…”
“Call dia sekarang. Sekarang ay…!” Suara Raykarl dah bergema satu Villa.
“Apa kata papa dan mama nanti Karl…”
“Karl tak peduli. Call now!!

Terketar-ketar tangan Ayla mencari no telefon Umar. Dia segera membuat panggilan.

“Hello!! Sahut Umar dari corong telefon.
Sepantas kilat Raykarl merampas telefon bimbit itu dari Ayla.

Ayla langsung tidak tahu untuk berbuat apa lagi. Dia lemah dengan lelaki bernama Raykarl. Berserah saja pada nasib dan takdirnya  selepas ini.

“Aku Raykarl..”

“Siapa? Umar bertanya di hujung sana.

“Raykarl. Kekasih Ayla. Tunang kau. Aku nak kau tahu sekarang ni Ayla bersama aku di sebuah Villa…”

“Apa…apa maksud kau ni?”

“Dengar sini Umar. Ayla kekasih aku sebelum bergelar tunang kau. Dia bertunang dengan kau pun sebab nak sakitkan hati aku. Jadi… kau dengar sini elok-elok. Ayla tak sesuai untuk kau. Dia hak aku..”

“Encik Raykarl. Siapa pun Ayla pada Encik. Dia masih kepunyaan dan tanggungjawab papa dan mama dia. Saya tak percaya Ayla sanggup buat macam ni pada saya..”

Raykarl ketawa dalam kemarahan.”Kau dengar suara Ayla sendiri..” di serahkan telefon itu kepada Ayla.

Ayla sudah tidak tahu untuk berbuat apa. Raykarl benar-benar menakutkannya.
“Cakaplah…” Arah Raykarl.

Ayla geleng kepala.

“Cakap! Jangan sampai Karl buat apa yang Karl cakap tadi…”Ugut Raykarl.
Mahu atau tidak. Ayla sudah tiada pilihan. “Helll..hello..”

“Ayla? Awak ke tu Ayla??? Suara Umar kedengaran di corong telefon.

“Umar. Saya ni Ayla. Umar maafkan saya Umar….. saya terpaksa..”

“Awak cakap awak dekat mana? Saya pergi jemput awak..”

“Umar… saya tak layak untuk awak Umar. Maafkan saya…maafkan saya….”

Raykarl segera merampas telefon itu dari Ayla.”Jangan nak melebih-lebih…” Marahnya.
Ayla terlalu kecewa dengan sikap Raykarl. Dia berlari ke arah katil dan menghamburkan rasa sedihnya di situ.

“Umar. Aku tak mahu cakap lebih-lebih. Apa yang pasti Ayla bukan untuk kau. Aku harap kau rahsiakan hal ini dari pengetahuan keluarga Ayla. Jangan risau. Aku tak akan apa-apakan dia. Selama hari ini pun dia selamat dengan aku..”

I phone itu di campakkan ke atas sofa. Dia menoleh ke belakang.”Sampai hati Ay bertunang dengan orang lain sedangkan dah banyak perkara kita lalui 10 tahun ni. Kita pernah terlajur dulu Ay. Takkan semudah itu Ay nak pergi kepada lelaki lain?”

Ayla teresak di atas katil. Sedih dengan apa yang sudah berlaku. Pasti mama dan papa kecewa dengannya.

“Karl tak fikir ke semua ni salah Karl? Fikir kecewa Karl saja. Habis Ay ni macam mana? Apa yang Ay dapat selama 10 tahun ini? Ay terseksa dengan sikap tarik tali Karl..” Luah Ayla.

Raykarl mengeluh perlahan. Ya! Dia akuinya. Semua ini salahnya. Tapi sekarang dia serius. Selepas apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini membuatkan dia cukup yakin, yang dia tidak pernah berhenti dari menyintai Ayla. Dia terlalu sayangkan Ayla. Dia lemah tanpa Ayla.
“Sayang… apa pun yang pernah berlaku sebelum ini.. Karl nak Ay tahu yang Karl cintakan Ay! Karl sayang Ay dunia dan akhirat. Ay… apa yang akan berlaku selepas ini, Karl harap Ay bersedia. Karl minta maaf, cuma ini saja jalan terbaik yang Karl boleh fikirkan. Karl dah tak mahu kehilangan Ay…. Cukup sekali..” Luah Raykarl.

Ayla berhenti menangis. Entah kenapa hatinya tiba-tiba terpecah kepada dua. Separuh untuk Raykarl dan separuh lagi untuk Umar. Tapi dia tak layak untuk Umar. Adilkah jika dia terus mengikat Umar dalam satu hubungan yang penuh dengan rasa bersalah? Takkan selamanya dia mahu memendam perasaan bersalah itu? Tidak! Tapi kenapa kini dia merasakan ada perasaan benci untuk Raykarl?!

Lelaki itu di tenung tajam. Dia mengesat baki air mata di pipi.

Raykarl mendekatinya. Dia duduk di birai katil sambil mengeluh berat.

“So dah puas hati sekarang?Marah Ayla.

Raykarl tersentak. Wajah masam Ayla di pandang lembut.”I`m sorry Ay. Kalau Karl tak buat macam tu, karl akan kehilangan Ay..”

“Bukan ke selama hari ini Karl memang sentiasa mencuba untuk buang Ay dari hidup Karl? Ay nampak selama ini Karl terpaksa bersama Ay..”

“Siapa cakap sayang?”

“Ay nampak dengan mata Ay sendiri..”

“Sebab tu Karl nak tebus balik kesalahan yang pernah Karl buat pada Ay. Please sayang... forgive me?”

Ayla tersenyum sinis. Dia berpeluk tubuh. Sakit sungguh hatinya sekarang. Rasa mahu tumbuk saja muka selamba tak bersalah itu. Biar lunyai!

“Dah terlalu lama Karl bazirkan masa. Dulu Ay sentiasa ada untuk Karl. Tapi bila Ay sendiri yang mahu pergi dari hidup Karl tanpa perlu Karl yang halau, Karl halang pulak! Karl macam lalang!!”

“Karl bukan tak yakin pada cinta Ay! Yakin! Tapi Karl tak yakin pada diri Karl. Mama pun mendesak Karl. Karl serabut. Karl keliru..”

“Dah sepuluh tahun masih nak keliru!!!

“Tapi yang pasti sekarang, Ay milik Karl...”

“Jangan mimpi. Karl ingat papa akan mendiamkan saja perkara ni?”

“Sampai satu tahap, papa Ay akan mengalah juga! Dia kena tahu apa yang anak dia mahukan! Ay cuma mahukan Karl bukan lelaki lain..” Kata Raykarl yakin.

“Jangan terlalu yakin Karl. Apa yang ada dalam hati Ay, Karl tak nampak..”

“Tapi Karl dapat rasa, cinta tu sama seperti dulu..”

Ayla senyum sinis lagi. Tapi untuk menidakkan perkara itu dia pun tak pasti. Kalau dulu memang dia tak mampu mahu membenci Raykarl. Tapi saat ini kenapa dia merasakan ada perasaan itu di hatinya?! Adakah perasaan sayang sudah bertukar jadi perasaan benci? Kalau betul memang benarlah apa yang di perkatakan oleh orang sekelilingnya. Perasaan sayang mampu bertukar jadi perasaan benci! Memang tak mustahil!

***
Umar melihat jam di pergelangan tangan. Dia sudah bersiap sedia di hadapan pejabat agama itu setelah di hubungi oleh Ustaz Amin.

“Umar...! Panggil satu suara.

Dia berpaling ke belakang.”Safiyyah!! Dia kaget melihat wanita itu berada di situ pada waktu begini.

“Eh! Apa Saf buat dekat sini?”

“Ustazah Sarimah mintak Saf sertai operasi malam ni. Lagipula Saf memang buat part time dengan Ustazah. Tadi Ustaz Amin ada beritahu Saf yang Umar pun turut serta untuk operasi cegah ni..”

Umar menganggukkan kepalanya.”Umar pun free jadi tak salah kalau Umar boleh berikan beberapa nasihat kepada mereka-mereka nanti. InsyaAllah semoga operasi malam ni berjalan dengan lancar. Harap-harap kita semua boleh cegah maksiat dari terus berleluasa di sini..”

“Betul tu Umar. Gejala maksiat mampu merosakan akidah remaja dan umat islam. Kalau bukan kita yang lakukan siapa lagi. Betul tak?!”

Umar akui Safiyah seorang gadis yang cukup baik. Malah mereka memang selalu jadi bahan usikan rakan seuniversiti sewaktu sama-sama belajar di mesir dulu. Tapi dia memang tidak pernah menaruh perasaan pada gadis itu. Yang pasti Safiyah juga begitu. Cuma kebaikan mereka sering di salah tafsir oleh rakan-rakan.

“Oklah. Safiyah nak masuk dalam dulu. Nak prepare beberapa dokumen untuk operasi kita malam ni. Minta diri dulu ya Umar. Assalamualaikum..” Ucap Safiyah sebelum berlalu meninggalkan Umar di situ.

Umar senyum sambil segaris sambil menjawab salam. Sebenarnya dia tengah risaukan Ayla. Dia cuma mampu berdoa semoga Ayla selamat dan telah pulang ke rumah. Dia tak mahu syak yang bukan-bukan. Menurut firasatnya, Raykarl seperti yang di ceritakan oleh Tuan Addin memang bekas kekasih Ayla. Masakan Ayla boleh bersama Raykarl kembali. Menurut Tuan Addin mereka sudah lama putus. Dia yakin Ayla selamat.

Semua petugas di pejabat agama itu di berikan taklimat sebelum berlepas ke berapa lokasi di sekitar lembah kelang berpandukan laporan dan aduan yang di terima. Kebetulan Umar dan Safiyah di tugaskan dalam satu kumpulan.

Untuk melepasi masuk ke kawasan elit itu mereka memerlukan pas dan beberapa surat untuk di tunjukkan kepada pengawal. Mujur juga pengawal di situ yang berbangsa melayu dan memahami yang mereka sedang menjalankan tugas dan tanggungjawab pada agama.
“Terima kasih Pakcik..” Ucap Ustaz Amin kepada pengawal yang lengkap dengan cota di tangan itu.

“Sama-sama Encik! Ikutkan undang-undang syarikat kami memang kawasan ni kawasan larangan masuk tanpa pas. Memandangkan pihak Encik ada pas saya tak keberatan untuk benarkan Encik masuk. Oh! Ya siapa yang berikan Encik pas ni ya?”

“Saya pun dapat sampul ni dari seseorang. Jadi pasti orang ini mahu identiti dia di rahsiakan. Tak kisahlah Pakcik. Asalkan kita dapat maklumat. Maksiat perlu di hentikan sebelum menjadi barah dan bangkai pada agama dan bangsa kita..” Terang Ustaz Amin.

Pengawal itu segera menaikkan palang memberi laluan kepada van berwarna putih itu masuk ke kawasan perumahan mewah itu.

“Umar... Manaf dah sedia? Tanya Ustaz Amin.

Umar dan Manaf menganggukkan kepala mereka. Safiyah dan beberapa orang pegawai sudah bersiap sedia dengan beberapa dokumen penting.

Raykarl bergegas turun dari tingkat atas saat loceng berbunyi. Dia menarik nafas panjang sebelum di lepaskan perlahan-lahan. Semoga semuanya berjalan seperti yang telah di rancang. Dia pasti Ayla tidak akan menghidu ini adalah salah satu dari rancangannya.’Maafkan Karl sayang... cuma ini jalan untuk membolehkan kita nikah dengan segera biarpun orang tua kita menghalang.’ Desis hati kecilnya.

Dia menekan remote pada tepi pintu untuk membuka pintu automatik itu. Saat pintu terbuka beberapa dia melihat sekumpulan pegawai agama menyerbu masuk ke perkarangan villanya. Ya! Dia sudah bersedia menghadapi semua ini.

Dia sudah pasti Ayla masih berada di dalam bilik air. Dia sudah merancang dengan baik. Bila semua pegawai naik ke tingkat atas pasti Ayla masih bertuala atau memakai pijama. Mungkin cara ini nampak jijik tapi ianya mudah untuk menghalalkan hubungan mereka.

“Kami menerima laporan bahawa ada sepasang kekasih telah berdua-duaan di sini dalam keadaan yang mencurigakan. Sila beri kerja sama..” Kata lelaki berkopiah hijau itu.

Raykarl cuma mendiamkan diri. Memberi laluan kepada semua pegawai masuk ke dalam villanya. Tapi pandangannya terkaku pada sesusuk tubuh yang cukup di kenalinya. Dia tergamam.

Bagaikan kaca yang berderai. Itulah yang dia rasakan saat ini. Remuk redam hatinya saat terpandang wajah lelaki itu. Ya Allah... Ujian apakah ini!!! Air mata serta merta keluar dari kelopak mata.

“Ada sesiapa lagi di dalam rumah ini?” Tanya Umar kepada lelaki yang cuma memakai seluar pendek dan bersinglet itu.

Raykarl segera menoleh ke kanan.”Errr... saya... saya dengan...”

“Pergi ke tingkat atas sekarang!! Arah Umar kepada pegawai wanita.

“Baik!!! Jawab semua pegawai itu sebelum meluru naik ke tingkat atas.

Safiyah menjeling Raykarl atas bawah. Jijik! Jika benar ada wanita bukan muhrim bersama lelaki itu di dalam rumah ini, memang jelas Raykarl sedang berkhalwat. Walaupun dia kecewa dengan apa yang di lakukan lelaki itu tapi dia perlu menjalankan tanggungjawabnya. Yang salah tetap salah.

“Awak dengan siapa? Apa hubungan kamu berdua? Tahukah awak apa hukum kepada orang yang bermaksiat?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Umar. Tapi lelaki itu cuma mendiamkan diri dari tadi.

“Ya Allah!!!! Pakai baju ni!! Arah Ustazah Sarimah kepada wanita yang cuma memakai tuala dan kelihtannya baru lepas mandi.

Ayla terpinga-pinga melihat bilik itu di penuhi oleh beberapa orang wanita lengkap bertudung dan berunifom.

Safiyah mendekati wanita yang bersekedudukan dengan Raykarl itu. Dia memandang wanita itu tajam.”Siapa lelaki dengan awak di dalam rumah ini?” Tanya Safiyah.

“Huh?! Ayla tergamam.

“Tutup pintu tu..! Arah Ustazah Sarimah kepada seorang lagi pegawainya. Dia tidak mahu ada pegawai lelaki yang nampak aurat wanita ini.

“Jawab! Siapa lelaki dengan awak di dalam rumah ini? Suami? Kalau ya suami tunjukkan kad nikah awak..” Arah Safiyah tegas dan sedikit beremosi.

“Errrr.....Errr...”Tergagap-gagap Ayla mahu menjawab. Yang pasti dia sudah tidak mampu untuk berdiri lagi saat ini. Dalam kepalanya cuma teringatkan papa dan mama. Ya Allah!! Dia mula teresak.

“Tak guna awak menangis lagi. Nasi sudah jadi bubur. Kalau dia suami awak tunjukkan kad nikah kamu berdua..” Ujar Ustazah Sarimah.

Ayla terduduk di atas katil sambil menekup wajahnya dengan tuala. Dia menagis semahu-mahunya.

“Nampaknya mereka bukan suami isteri Ustazah..” Kata Safiyah lemah. Biarpun hakikatnya dia sudah mengetahuinya dari awal lagi.

Ustazah Sarimah menganggukkan kepalanya.”Sudah! Pakai baju yang menutup aurat dan turun ke bawah...” Arahnya tegas.

Ayla masih kaku di situ sambil teresak-esak. Ya Allah!!!

Safiyah menarik nafas panjang lalu di lepaskan perlahan-lahan. Cuma Allah saja yang tahu betapa dia kecewa dengan Raykarl. Sayang sekali, dia sudah jatuh cinta dengan lelaki itu. Tapi dia tak boleh kalah dengan perasaan itu untuk simpati kepadanya. Raykarl dan wanita ini perlu di hukum!

“Dia kekasih saya..” Jawab Raykarl sambil menundukkan kepalanya memandang lantai. Malu dengan pegawai agama itu.

Umar mengucap panjang.”Kalau awak ni dekat tanah arab selayaknya awak di rejam sampai mati. Tapi sekarang kita di malaysia. Mahu atau tidak kamu berdua akan di denda dan jika di sabitkan kesalahan berkhalwat Encik dan pasangan wajib bernikah malam ini juga..”

“Maaf Encik...”
“Jangan minta maaf pada saya. Minta ampun dari Allah! Semoga Allah mengampunkan dosa awak ni. Ingat Encik... jika kita terlepas di sini, jangan ingat kita boleh terlepas di sana nanti...” Kata Umar yang begitu sedih dengan kejadian ini. Islam cuma pada nama. Desis hati kecilnya.

Raykarl mengangguk-anggukkan kepalanya dengan riak wajah bersalah. Malu cuma tuhan saja yang tahu. Tapi inilah jalan yang sudah di pilih. Dia tak pernah menyesal dengan keputusannya.

“Umar! Panggil Ustaz Amin.

Umar berpaling ke belakang.

“Umar?????!!! Raykarl sedikit kaget mendengar lelaki yang sedikit berusia itu memanggil lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ini dengan panggilan nama itu.’Ah! Mungkin kebetulan saja! Dia cuba menyedapkan hati.

“Ambil kad pengenalan dia..” Arah Ustaz Amin.

“Baik Ustaz.”!! Dia kembali berpaling kepada lelaki yang cuma memakai singlet itu.”Tolong serahkan kad pengenalan Encik..”

Raykarl segera mengeluarkan mykadnya lalu di serahkan kepada lelaki bernama Umar itu.
“Raykarl??? Umar mengangkat wajah memandang Raykarl tepat.

“Ya saya!!

Umar tergamam. Pandangan mata dua lelaki itu bersatu. Seperti ada sesuatu yang ingin di luahkan dari bibir mereka sehinggalah mereka berdua sama-sama menoleh ke arah tangga utama yang menghubungkan tingkat bawah dan atas. Seorang wanita yang memakai pakaian lengkap dengan rambut yang masih kelihatan basah itu menoleh ke arah mereka berdua.

Umar terkaku! Ayla terkaku. Safiyah dan Raykarl saling berpandangan sesama sendiri. Suasana yang tadinya riuh jadi sunyi sepi.

Untuk sekian kalinya Ayla terjelupuk ke atas lantai bersama tangisan hiba. Umar hilang arah, lututnya menggeletar.

Raykarl yang tadi nampak kebingungan sudah mulai mengerti. Safiyah? Umar? Kebetulan???!!

To be continue. Seharian i menaip tau! Bahasa lintang pukang. Tapi rasanya masih boleh di fahami. Enjoy. Please komennnnn.....




2 comments:

Unknown said...

BEST NAK LAGI.

IzZ said...

yep..still faham..yeaa..kawen2!!