Sunday, January 5, 2014

My.Mr Chef Bab 21


Ramai ke yang suka cerita ni? Takdek yang mengomen pon??!! Kuciwa tahu!
Bab 21
Scha menguap kecil sambil menahan kantukya. Hari ini, selepas makan malam dan solat isyak dia terus terlena namun lenanya terganggu dengan panggilan telefon dari Emeriz. Rasa teruja juga tatkala melihat nama Emeriz tertera di skrin I phonenya sebentar tadi.
Diam tak diam sudah lebih 2 hari batang hidung Emeriz hilang dari matanya. Entah mengapa jauh di sudut hatinya yang paling dalam, dia mahu benar berjumpa dengan lelaki itu. Scha semakin tidak faham dengan rentak hatinya yang sering berlagu getar tatkala sebaris nama itu muncul dalam kepalanya.

“Masuklah...! Pelawa Scha saat Emeriz muncul tepat jam 10.30 malam di pintu pagar rumahnya.

‘It`s ok Scha! Saya sekejap je ni.. Mama dan papa dah tidur?
Emeriz menjengukkan kepala mencuri pandang ke arah dalam bahagian rumah teres sederhana mewah itu.

“Papa tak ada..! Mama pula dah masuk bilik lepas makan malam tadi. Tapi mama dah tahu awak nak datang sini..”

Emeriz mengangguk sambil tersenyum lega. Dia berpeluk tubuh sambil memerhatikan Scha. Dalam diam sebenarnya dia juga rindukan gadis itu. Malam itu Scha nampak begitu simple. Dengan hanya tshirt labuh dan memakai seluar leging. Rambutnya yang lurus dan ikal di bahagian bawah itu di biarkan lepas melepasi paras bahu! Entah mengapa baru dia merasakan Scha terlalu muda untuknya! Emeriz sembunyi tawa!

“Hello! Mengalamun pula dia! Tegur Scha sambil tangannya terawang-awang di hadapan muka Emeriz.’Boleh dia berangan sambil tersengih nakal macam tu! Eee seram...! Scha memengang tengkuk yang terasa meremang itu.

“Errr! Awak apa khabar? Tanya Emeriz. Dia tahu soalan itu nampak begitu bodoh sekali! Habis cuma itu saja yang terlintas dalam kepalanya saat itu.

Scha berpeluk tubuh sambil menggelengkan kepalanya. Jauh-jauh datang cuma nak tanya ini je ke? Haih! Lelaki ni memang sengaja nak menyusahkan aku ke apa? Wajah tampan Emeriz di pandang geram. Raut wajah itu tampak sedikit pucat. Namun, masih lagi tampak kacak di matanya!

“Saya sihat! Kalau tak sihat tak adanya saya terpacak dekat depan awak sekarang ni. Owh... saya nak ucapkan Takziah di atas pemergian arwah...! Tiba-tiba dia teringatkan pemergian Taliah beberapa hari lepas. Patutlah lelaki itu nampak pucat dan tidak bermaya. Rupanya dia sendiri yang lupa, Emeriz masih lagi bersedih..! Kasihan dia..”

Emeriz sekadar mengangguk lemah.”Dah sampai masa dia Scha. Pada akhirnya kita juga akan ke sana juga nanti. Cuma bila itu yang menjadi rahsia Allah swt..”

“Awak ok ke? Saya tengok muka awak pucat sangat ni..! Pergilah balik... awak tentu penat kan?!

“It`s ok! Saya datang ni cuma nak minta maaf pada awak, sebab lupa nak contact awak sepanjang saya ada di sana. Saya betul-betul lupa...”

“Hisy. Tak apalah awak! Saya faham... awak sedih dan sibuk uruskan pengkebumian arwah kan...”

Emeriz mengangguk lagi.” Saya terlupa pada janji saya. Maaflah kalau awak tertunggu panggilan saya..” Sebenarnya dia juga rasa macam tak percaya yang dia boleh terpacak di sini sekarang. Entah rasa gila apa yang menyuruhnya ke sini untuk berjumpa dengan gadis itu.

“Eh! Taklah.... saya sibuk dekat kolejlah. Tak ada masanya saya nak tunggu panggilan awak..” Scha ketawa kecil. Cuba sedaya upaya mempamerkan muka ‘tak kisahnya’ biarpun pada hakikatnya dia sudah seperti cacing kepanasan di sini menanti lelaki itu telefon. Hampir setiap minit dia melihat i phonenya. Seboleh mungkin dia cuba tunjuk egonya.

“Baguslah macam tu.. saya risau sangat tadi. Takut awak tunggu panggilan saya..!
“Eh! Tak apalah... saya ni tak penting pun kan! Balas Scha tanpa mampu sempat berfikir. Eh! Ape pasal aku cakap macam tu? Errr.....!

Emeriz tersenyum segaris. Lain macam benar kata yang di ungkapkan oleh gadis itu. Tapi, dia malas mahu ambil pusing.”Penting Scha! Awak kan tunang saya...”

Scha terkesima. Lidahnya kelu untuk membalas kata-kata itu. Gelaran ‘tunang’ itu sebenarnya bagaikan tiada erti, jika mereka sebenarnya terpaksa dalam perhubungan ini.
“Ehemm... so macam mana dengan semua urusan dah selesai ke? Scha bertanya perlahan.
Emeriz mengangkat wajah menadang Scha.”Alhamdulillah semua ok. Allah permudahkan segala urusan saya di sana...lega rasanya..”

Scha mengangguk perlahan.”Pasti awak masih bersedih lagi kan? Sabarlah.. yang pergi tetap pergi. Kita yang masih Allah pinjamkan nyawa ni..teruskanlah hidup..”

“Tak mudah Scha... tapi saya akan cuba. Awak juga tahu bagaimana saya dengan Taliah sebelum ni.. selama hari ni saya sentiasa cuba untuk melupakan dia. Tapi, tak sangka pada saat ini.... mahu atau tidak saya memang kena lupakan dia..”

“Sabarlah Emeriz...! Hanya doa yang perlu di titipkan supaya arwah tenang dekat sana..”
Emeriz mengangguk lantas menundukkan wajahnya. Tanpa sedar, tubir matanya berair. Namun cepat-cepat di seka sebelum Scha menyedarinya.

“Dia kenangan terindah dalam hidup saya Scha..” Luah Emeriz perlahan.

Scha menganggukkan kepalanya. Entah mengapa, hatinya tersentuh mendengar luahan yang nampak begitu menyeksakan Emeriz. Kasihan lelaki itu. Dia perlukan sokongan! Tak mudah untuk dia menghadapi semua ini sendiri. Aku perlu bantu dia.

“Saya faham.. perlahan-lahanlah Emeriz. Tak mudah nak lupakan dia sekelip mata. Tapi.. awak kena ingat.. dia cuma kembali kepada penciptaNya.. sama seperti kita nanti. Cuma dia pergi awal sedikit daripada kita semua. Mahu atau tidak awak kena redha..” Ujar Scha cuba menenangkan Emeriz. Wajah mendung Emeriz yang sedang menunduk itu di pandang lama. Dia benar-benar kasihan dengan lelaki itu. Namun, fitrah kejadian.. yang hidup pasti akan mati!

“Scha... saya dah lama dengan dia. Saya tak mahu tipu awak. Secara jujurnya, saya terlalu cintakan dia Scha... tapi... Emeriz terdiam seketika cuba mencari kekuatan untuk meneruskan kata-katanya.

Scha mengigit bibir. Sakit hati tatkala mendengar pengakuan jujur lelaki itu. Tapi bukan salah lelaki itu, dia cuma mahu bersikap jujur.. Scha cuba berlagak tenang. Dia tidak boleh mementingkan diri sendiri. Bukan dia tidak tahu Emeriz memang cintakan Taliah. Dia harus terima kenyataan itu.

“Tapi dalam masa yang sama saya tak mahu kehilangan awak!! Luah Emeriz yakin.
Scha yang sudah terpana itu terkebil-kebil melihat Emeriz yang baru saja menutur kata yang benar-benar boleh membuatkan jantungnya seakan mahu terhenti serta merta. Walaupun hanya samar, tapi dia seperti dapat meneka yang dia ada di dalam hati lelaki itu. Air liur di telan perlahan-lahan. Sungguh! Dia memang terkejut dengan pengakuan jujur Emeriz!

“Awak... awak tak boleh tamak Emeriz..! Tiba-tiba Scha berkata perlahan.

Emeriz menganggukkan kepalanya tanda dia faham.”Saya tahu... tapi saya akan cuba...”
“Err... Emeriz. Saya rasa ada baiknya awak balik dulu. Awak dah banyak melalut ni.. awak balik eh! Pujuk Scha. Dia takut meletak harapan. Dia takut Emeriz berkata begitu sebab dia sedang bersedih sekarang!

“Scha.... Panggil Emeriz lembut.

“Awak...baliklah... nanti kita jumpa lagi ya? Dah malam ni. Nanti papa balik, apa pula dia kata...” Cepat-cepat Scha memberikan alasan. Dia mahu Emeriz pergi dari situ dengan segera.

Emeriz mengeluh lantas mengangguk akur.”Awak masuk dulu.... lepas awak masuk saya balik..” Arah Emeriz.

“Ok! Drive elok-elok. Dah malam ni..” Pesan Scha sebelum berlalu masuk ke dalam perkarangan halaman rumahnya. Selangkah dua dia menoleh ke belakang dan dia nampak Emeriz masih tegak memerhatikannya. Pandangan mata mereka bersatu, terus merenung di antara satu dengan yang lain. Kakinya seakan terpaku di situ tanpa mampu di gerakkan. Dia keliru dengan apa yang dia rasakan sekarang. Apakah perasaan sebenarnya terhadap lelaki itu? Sesaat dua.. dia berpaling ke depan dan terus melangkah tanpa berpaling lagi.
**
Pintu besar yang menjadi laluan utama di dalam rumah agam itu di tolak dari luar. Dia melangkah masuk ke dalam sambil menarik bagasi kecil bersamanya. Saat itu dia benar-benar rasa mengantuk dan memerlukan rehat secukupnya. Lebih banyak kerja yang sudah sedia menanti setelah 2 hari bercuti. Mujur juga dia mempunyai pembantu peribadi yang cekap seperti Mail. Jika, tidak memang operasi cafe restorannya tergendala.

“Riz...! Suara Umi sedikit mengejutkannya. Dia berhenti dari melangkah dan berpaling ke belakang.

“Eh! Apa Umi buat di situ? Soal Emeriz. Pelik pula melihat Umi duduk di sofa ruang tamu sendiri. Nak kata sedang menonton televisyen, tidak pula di pasangnya. Dia melangkah ke arah Datin Zahra dan duduk di hadapan Uminya itu.

“Dah selesai semua urusan arwah? Tanya Datin Zahra sambil memandang tepat wajah kusut anak terunanya itu.

Emeriz sekadar mengangguk. Marahkah Umi dengan aku? Dia tertanya sendiri.

“Lepas ni, Umi nak Riz tumpukan perhatian pada Scha. Umi rasa Scha pasti sedih dan berkecil hati dengan apa yang sudah Riz buat ni..”

Dahi Emeriz berkerut. Pelik!”Apa Umi cakapkan ni? Scha nak sedih kenapa? Riz baru balik dari jumpa dia, Riz tengok dia ok je..”

“Hati perempuan Riz, sedikit sebanyak pasti terguris bila tunang sendiri begitu mengambil berat perihal perempuan lain. Lagi-lagi bekas kekasih...”

“Umi! Arwah Taliah tak ada sesiapa di dunia ni Umi..... Riz sayangkan dia, Riz cintakan dia... jadi dah jadi tanggungjawab Riz untuk uruskan pengkebumian dia. Apa salahnya kalau Riz berjasa untuk kali terakhir pada arwah? Riz... tak sangka sampai macam tu sekali tanggapan Umi pada Riz dan arwah..” Ujar Emeriz kesal dengan sikap Uminya yang tak pernah habis dari membenci Taliah.

Datin Zahra sekadar mencebik sambil memandang ke arah lain.” Riz kena lupakan dia...! Berhenti mencintai dia..faham? Umi nak Riz bahagia dengan Scha... bukan perempuan macam dia..”

“Umi!!! Jerit Emeriz kuat. Dia bingkas bangun dan berdiri tegak di hadapan Uminya dengan perasaan yang cukup marah.

“Emeriz! Jangan jadi anak kurang ajar! Suara Datin Zahra pula melengking tinggi. Dia juga bangkit dan menentang pandangan anaknya.

Bibir Emeriz nampak terketar-ketar menahan rasa marah yang kian meluap-luap.’Emeriz.... dia ibu kau... dia insan yang melahirkan kau... neraka tempat kau jika dia terluka lagi...’

Emeriz menarik nafas perlahan dan di lepaskan laju. Cuba menahan rasa amarah itu dari terkeluar. Bukankah dia sudah berjanji pada diri sendiri, yang dia tidak akan menyakiti hati Uminya lagi..? Kenapa terlalu mudah dia melenting di saat hati dan jiwa mula mahu mencari sinar?

“Maafkan Riz Umi... Riz naik dulu..” Ucap Emeriz seraya terus mengangkat bagasinya dan berlalu naik ke tingkat atas. Itu jalan yang paling baik dari dia terus melayan amarah Umi yang nampaknya seperti sengaja mahu menguji sabarnya.


“Huh! Nasib juga perempuan tu dah mati..! Kalau tidak selamanya dia akan jadi anak kurang ajar...! Rengus Datin Zahra dengan nafas turun naik menahan amarahnya.

3 comments:

IzZ said...

kite suke je cite ni tapi xsempat komen2..hehe..selalu dok tnggu je alya dgn scha..keep writing sis..all d best..^^

kamilah said...

suka citer ni tp terlalu laa utk baca sambungannya. kalo boleh bairlah tiap2 minggu.. x sabar nk taw kesudahannya Riz & Scha

kamilah said...

suka citer ni tp selalu lambat utk bca sambungannya, kalo leh tiap2 hari nk, huhuhu