Nafasnya turun naik saat mata terpandang
sesusuk tubuh yang cukup di kenalinya sedang beriringan dengan seorang
perempuan cantik tinggi lampai keluar dari bilik pengurusan kolej. Mereka
tampak mesra dan kelihatan agak rapat. Tapi, siapa perempuan itu? Hatinya
tertanya sendiri. Cepat-cepat dia memandang ke arah lain. Tidak mahu lelaki itu
menyedari yang dia ada di situ.
“Hey Scha..! What are you doing here? Bahunya di tepuk perlahan dari arah
belakang menyebabkan buku di tangan habis jatuh bertaburan ke atas lantai.
“Hey.... buku kau berterabur...eh
berterabur.....! Melalut-lalut bibir comel itu melatah yang bukan-bukan
menyebabkan Aiman ketawa berdekah-dekah.
“Hai... melatah rupanya!! Kata Aiman sambil
menepuk tanganya kuat. Sengaja mahu mengusik Scha. Seronok pula melihat gadis
cantik seperi Scha melatah yang bukan-bukan. Memang satu dalam sejuta betul!
Selalu makcik-makcik je yang melatah...
“Hoi..! Memanglah aku melatah.. habis kau
sibuk kat sini kenapa? Scha melatah lagi sambil membuat aksi bercekak pinggang
dengan kening terangkat-angkat. Ala-ala gangster tapi muka comel gila. Ya Allah...
Ya Allah.... apa aku melalut ni... Astafirullahalazim... setelah tersedar dia
cuba mengawal diri. Teruk sungguh penyakit melatahnya sekarang.
Aiman ketawa sambil menutup mulutnya. Lawak
sungguh melihat aksi Scha yang melatah-latah seperti makcik-makcik di kampung
yang sakan di sakat. Tak sangka sungguh gadis secantik Scha boleh melatah teruk
seperti itu. Siap buat aksi cekak pinggang lagi. Siapa yang tak ketawa..!
‘Kecik...besar kecik besar je aku tengok
mamat ni.. Masa nilah aku boleh nak melatah...! Alahai....malunya......!
Cepat-cepat dia mengutip buku-buku yang
sudah bertaburan di atas lantai cuba untuk menutup malu. Aiman segera membantu
sambil tertawa yang masih belum reda.
“Happy sangat nampaknya abang ketawa kan
Scha..”
“Tak sangka sungguh Scha melatah rupanya.
Hey sejak bila ni??? Tanya Aiman sambil menghulurkan buku ke arah Scha.
Scha menyambut huluran bukunya itu.”Tak
payah sibuk nak tahu...! Balas Scha geram.
“Marah nampak...! Ok..ok...syuhhhhh abang
tak kunci mulut ok?! Syuhhh...
Kata Aiman dengan jari telunjuk melekap ke
bibirnya.
“Seronoklah lepas ni abang boleh menyakat
Scha lagi kan?! Scha mencebik.
“Tak...tak lain kali abang bagi salam
elok-elok ok! Promise...! Janji Aiman
dengan tangan di angkat seperti bersumpah. Akhirnya Scha tersenyum. Tak ada
sebab untuk dia marahkan Aiman. Salahkan diri sendiri sebab ada tabiat buruk
seperti itu. Memang dia tidak boleh langsung untuk kontrol penyakitnya itu. Ia
cuma bermula dari rasa terkejut saja. Lama-kelamaan rasa terkejut itu di
sertakan pula dengan mulut melatah yang bukan-bukan.
“Scha tunggu siapa dekat sini ni? Dah habis
kelas kan? Tanya Aiman apabila Scha sudah boleh bertenang.
“Tak ada tunggu sesiapa pun...”
“Habis terpacak dekat sini sorang-sorang
kenapa? Ke Scha tengah skodeng orang ni? Tanya Aiman lagi sengaja mahu menyakat
Scha.
Scha terkulat-kulat sendiri. Memang dia
tengah skodeng orang pun. Pandai pula lelaki itu meneka! Ahli nujum ke apa?
Scha cuma tersengih tak tahu mahu jawab apa.”Errr... hurmmm
Scha....Scha..Errr... abang Aiman dah makan? Scha cuba mengalih topik.
Sebenarnya dia sudah malu tahap gaban di tangkap seperti itu.
Aiman mencebik.”Abang dah makan. Baru balik
dari cafe... dahlah abang nak ke office ni..”
Scha mengangguk pantas. Lega! Cepat-cepatlah
mamat ni pergi dari sini..’ Desis hati kecilnya.
“Scha! Panggil satu suara.
Scha mengetap bibir. Suara itu amat di
kenalinya. Dia berpaling ke belakang perlahan-lahan. Aiman sekadar senyum
segaris sebelum mengerling kepada seorang gadis yang berdiri di sisi Emeriz.
Anak mata Scha dan Emeriz saling
bertentangan. Emeriz mengangkat kening seolah-olah dia bertanya menggunakan
bahasa isyarat, apa yang dia buat di sini dengan lelaki itu. Itulah tanggapan
Scha.
Scha mengusap tengkuk.”Errr... saya... saya
terserempak dengan abang Aiman..tadi” Pantas dia memberi jawapan pada soalan
yang cuma di isyaratkan dengan pandangan mata itu saja.
Aiman pula sengaja membuang pandang ke arah
lain. Entah kenapa, dia rasa tidak mahu pun bertentang mata dengan Emeriz.
“Awak tak ada kelas ke? Soal Emeriz sambil
mempamerkan wajah seriusnya.
“Kelas dah habis...! Jawab Scha pantas. Anak
matanya ligat memerhatikan gadis cantik tinggi lampai yang berdiri di sebelah
Emeriz. Gadis itu sekadar tersenyum lantas menundukkan sedikit kepalanya. Scha
sekadar membalas dengan senyuman juga.
“Scha... abang pergi dulu! Aiman meminta
diri. Dia menoleh ke arah Emeriz sambil mengangkat tangan. Emeriz membalas
dengan senyuman dan anggukan.
Aiman memandang ke arah Scha pula.”Nanti
abang call Scha” Katanya perlahan.
‘Call? Untuk apa? Scha menggaru kepalanya
yang tidak gatal sambil memerhati gerak langkah lelaki yang sudah beredar dari
situ itu.
“Ehemmm! Scha ini Tasnem...! Ujar Emeriz
memperkenalkan Tasnem kepada Scha.
“Tasnem! Kata Tasnem memperkenalkan diri
sambil menghulurkan tangan.
“Scha...! Balas Scha pula.Wahh cantiknya
perempuan ni... Hati kecilnya memuji sendiri.
“Nice
to meet you Scha..! Ucap Tasnem yang nampak agak ramah itu.
“Nice
to meet you to..! Scha tersenyum manis. Sebenarnya dia masih tertanya
siapakah gadis itu?!
“Tasnem akan habiskan pengajian dia di sini
untuk satu semesta lagi... jadi bolehlah awak tolong dia apa yang patut..” Kata
Emeriz.
Scha sekadar mengangguk. Tidak tahu hujung
pangkal cerita dia suruh aku tolong minah ni pulak! Siapa dia? Takkanlah adik perempuan
dia pulak? Ke kekasih gelap dia?
“Jom... saya hantarkan awak balik...”
Pandangan teralih kepada Emeriz.”Errr...
saya nak ke mall cari buku..”
Emeriz melihat jam di pergelangan
tangan”Hisy. Dah pukul 2.00 petang ni Scha. Kat luar tu panas... marilah saya
hantarkan balik..”
“Emeriz...! Panggil Scha perlahan tanda dia
tidak suka di paksa seperti itu.
“Anem sekejap ya..!
Emeriz menarik lengan Scha ke arah satu
sudut yang sedikit tersorok.
“Eh lepas lah..! Tak nampak ke orang tengok
tu..! Marah Scha sambil merentap kembali tangannya yang di pegang oleh Emeriz.
Lelaki ini memang suka mengambil kesempatan! Entah berapa kali dia dah pegang
tangan aku ni tau! Sempat dia mengomel di dalam hati.
Emeriz yang berdiri sambil bercekak pinggang
itu menentang pandangan mata Scha.”Awak buat apa dengan ‘abang’ awak tu?
Soalnya geram. Bukan main lagi dia tengok bertepuk tampar bagai. Mesra sangat
lagaknya. Bebulu betul matanya terpaksa menyaksikan adegan itu tadi.
“Buat apa? Kami cuma borak-borak kosong
je..! Jawab Scha dingin. Pandangan mata di halakan ke arah lain. Malas melayan
perangai entah apa-apa lelaki itu.
“Borak kosong sambil bertepuk tampar macam
tu? Perli Emeriz dengan kening yang terangkat.
“Awak ni kenapa? Tak fahamlah saya..!
“Tak sangka pulak mamat tu pensyarah dekat
sini. Hurmm makin merenyamlah awak kan!
‘Eh mamat ni apa kena? Nak cari gaduh ke apa
ni? Emeriz di pandang atas bawah. Memang hari ini penampilan lelaki itu nampak
lebih santai. Tapi kacaknya tetap ada! Sempat pula Scha meneliti di dalam hati.
“Merenyam? Wah-wah... sedap betul mulut awak
bercakap eh?!
“Habis, apa tak betul saya cakap? Ni mata
saya sendiri nampak dia sentuh bahu awak.. lepas tu siap gelak macam orang
kurang siuman.. Eh.. tak merenyam ke namanya?! Geram betul mengenangkan perangai
Aiman yang tak tahu nak hormat status gadis itu sebagai tunangannya.
“Awak ni sengaja nak cari pasal ya? Awak tak
dengar pun butir bicara saya dengan dia. Suka suka hati awak je nak judge dia macam tu eh? Lancang mulut
Scha membidas.
Emeriz mengetap bibir.”Awak nak bela dia
kenapa?
“Awak jangan nak mengarutlah Emeriz..!
Cemburu tak bertempat...!
Emeriz terpampan. “Cemburu? Eh... awak dah
tak betul eh? saya nak cemburu kenapa pulak?
Scha tersenyum sinis. Cemburu tapi tak mahu
mengaku! Kesian betul mamat ni.. kepalanya tergeleng-geleng perlahan.”Sudahlah
saya malas nak bertekak dengan awak hanya di sebabkan cemburu awak yang tak
bertempat tu..”
Bulat mata Emeriz memandang Scha. Tercalar
sungguh egonya mendengar kata-kata Scha itu. Dia cemburu? Bila masa pulak? Dia
cuma meluat dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Emeriz cuba menindakkan
detak hatinya.
“Saya hantar awak balik! Putus Emeriz.
“Tak payah susah-susah! Tu... perempuan mana
awak angkut pulak tu? Mangsa seterusnya ke? Scha menyindir pedas dengan mulut
yang di muncungkan ke arah Tasnem.
“Awak ni cakap main sedap ikut mulut awak
saja kan?!
“Apa betul cakap saya kan? Seksi semacam je!
Kata Scha dengan reaksi wajah yang sedikit menjengkelkan.
“Tak baik awak macam tu.. seksi tu tak
semestinya dia gadis yang tak baik..!
“Wah...wah membela nampak!
Emeriz ketawa kecil sambil menutup mulut
dengan tangan kanan.
Scha melihat reaksi itu dengan pandangan
hairan.”Lawak ke? Keningya terangkat sebelah.
“Awak tu yang sebenarnya cemburu kan? Usik
Emeriz sambil mengenyitkan matanya.
“Eh sorry sikit ok! Tak ada masa saya nak
cemburu ok! Tak ada nilai langsung...! Scha berpeluk tubuh sambil menggigit
bibir. Kalau tak cemburu kenapa aku rasa jantung aku ni berdenyut-denyut je
bila tengok gadis tu? Memang tak di nafikanlah gadis itu ada pakej lengkap
seorang model dengan wajah yang cukup jelita..! Eh.... tapi kenapa aku rasa,
muka dia ada iras dengan Taliah eh?
Emeriz mencebikkan bibir.”Sudahlah buang air
liur je bertekak dengan awak ni Scha. Dah lah jom saya hantar awak balik. Cuaca
panas sangat kat luar tu Scha. Saya takut awak sakit nanti..”
Scha memandang wajah Emeriz sebelum
mengangguk. Sebenarnya dia tidak mahu mengangguk pun. Tapi apabila mendengat
bait bicara lelaki itu yang tampak begitu ikhlas mengambil berat mengenai
dirinya membuatkan hatinya tersentuh.Hisy. Scha! Kenapa kau mudah sangat....
cair dengan dia? Kenapa Scha! Kenapa...! Jerit hati kecilnya.
**
Dadanya yang berbalut tshirt berwarna pink
itu di usap perlahan-lahan dan secara sembunyi. Tidak mahu manusia dua orang
yang duduk di bahagian depan itu perasaan keadaan hatinya yang nampak gaya
macam mahu meletup saja!Dadanya itu berdebar-debar dan terasa sakit melihat
Emeriz dan Tasnem yang nampak rancak berbual. Dia pula di suruh Emeriz duduk di
bahagian belakang tempat penumpang. Perit sungguh menahan perasaan itu. Rasa
seperti mahu meraung sambil hentak kaki pun ada. Jari jemarinya bertaut sesama
sendiri sudah berpeluh-peluh. Puas sudah di kesat pada seluar jeans yang di
pakainya itu. Tapi masih berpeluh juga!
Mata bundarnya mencuri pandang ke arah
Emeriz dari cermin pandang belakang. Saat melihat wajah itu, rasa marah terbang
melayang entah ke mana. Tapi tatkala terdengar suara gadis di sebelah yang
ketawa mengekek itu kembali membuatkan dia marah tanpa sebab!’Oi perempuan, kau
sopan sikit boleh? Aku ni tunang dia tahu! Respect
sikit aku ni boleh? Marah Scha geram. Namun semua itu cuma bergema di dalam
hati saja.
Cepat-cepat dia memejamkan mata sambil memekakkan telinga! Rasa
boleh bernanah telinganya mendengar gelak tawa mereka yang tak tahu nak hormati
perasaanya itu. Sepatutnya tempat yang di duduki oleh Tasnem itu dia yang
duduk! Memang logik la dia adalah tunang Emeriz. Tasnem tu siapa? Istimewa
sangat ke sampaikan Emeriz sanggup tolak aku duduk tercongok macam orang bodoh
tuli kat belakang ni? Ya Allah..... sakitnya hati akuuuu.......!
Tok!Tok!... Cermin kereta di ketuk dari
luar.
Scha membuka mata yang masih lagi berat itu.
Terasa baru saja dia melelapkan mata. Entah mengapa dia rasa kereta yang dia
naiki itu sudah berhenti. Segera mata di buka seluasnya! Dia melihat
sekeliling.’Eh...kat mana ni?? Dia tertanya sendiri.
Tok!tok! Cermin di ketuk lagi.
Scha melihat ke luar kereta. Dia nampak
Emeriz berdiri di luar sambil mengetuk cermin kereta. Emeriz memberi arahan
supaya dia duduk di bahagian depan!
Scha mencebik.’Mana pulak minah tu pergi?
Dia membuka lock dari dalam dan melangkah keluar. Sempat matanya melihat
sekeliling. Kawasan perumahan itu tampak mewah. Kemudian matanya menala ke arah
sesusuk tubuh yang baru melangkah masuk melepasi pagar sebuah rumah mewah jenis
semi D di bahagian kiri tempatnya berdiri. Pantas matanya memandang ke arah
Emeriz yang sudah pun bergerak ke sebelah sana.
“Masuklah. Panas ni! Arah Emeriz mengejutkan
lamunannya.
Scha tersentak sedikit. Kemudian dia segera
melangkah masuk ke bahagian depan dengan seribu satu pertanyaan. Siapakah
Tasnem? Wajah Tasnem nampak begitu familiar di matanya. Tapi siapa? Jenuh dia
bersoal jawab di dalam kepala.
“Pakai seat
belt tu! Tegur Emeriz seperti memberi arahan.
Scha cuma akur dengan menarik tali seat belt melingkari tubuhnya.
Emeriz menarik handbreak lalu menekan
pedal minyak meninggalkan perkarang perumahan mewah itu.
“Nyenyak awak tidur! Sampai ke depan ni
dengar awak mendengkur... Kata Emeriz tergelak kecil. Dia menggelengkan
kepalanya. Sebenarnya dia nampak dengan jelas reaksi Scha sepanjang perjalanan
mereka menghantar Tasnem pulang tadi. Kasihan Scha!
“Eh mana ada! Saya tidur-tidur ayam je!
Dalih Scha sambil membuang pandang ke luar tingkap. Sebenarnya dia malu. Mana
tahu dia benar-benar berdengkur! Ah.... memang malulah....
“Scha... saya nak awak temankan saya sekejap
boleh?
Scha mengerling sekilas.”Ke mana?
“Sebenarnya saya ada shooting dekat KTV. Tak
lama satu scene saja. Awak temankan saya sekejap boleh? Lembut betul Emeriz
menutur kata.
Scha melihat jam di pergelangan tangan.Sudah
menjengah ke angka 2.45 petang. Mujur juga dia sudah zohor selepas makan
tadi.”Satu scene tu agak-agak berapa lama?
“Around
half hour..”
Scha terdiam seketika.” Ok..! Balasnya
perlahan.
“Thanks Scha.. inilah yang buat saya
sayangkan awak..! Ucap Emeriz spontan.
Scha di sebelah sudah terkedu tak terkata.
Tapi dia pandai’cover line’. Buat-buat pekak.. itukan kepakarannya!
Mereka tiba di perkarangan banggunan KTV tepat
jam 3.00 petang. Mujur juga KTV berada di dalam kawasan damansara. Jadi,
perjalanan mengambil masa yang agak pendek. Scha dan Emeriz beriringan masuk ke
dalam banggunan KTV.
Mereka menjadi tumpuan staf-staf KTV yang
sedang bertugas. Tidak kurang juga ada yang curi-curi mengambil gambar mereka.
Apa boleh buat, bertunang dengan orang terkenal memang itu adalah rencah hidup.
Bukan dia tidak tahu!
Pada mulanya memang Scha rasa agak tertekan sentiasa
menjadi perhatian orang ramai. Tapi, lama kelamaan dia sudah terbiasa.
Adakalanya seronok juga melihat Emeriz melayan peminat-peminatnya yang minta
bergambar dan autograf. Pernah juga beberapa kali dia pula yang di suruh untuk
mengambil gambar! Memang macam-macam perangai.
“Awak ok? Tanya Emeriz sewaktu mereka tiba
di set pengambaran.
Scha mengangguk kecil.”Dah biasa... Jawabnya
sambil tersenyum.
“Baguslah tu..! Biasa-biasakan... jangan
terkejut, kalau awak tengah beli sayur nanti, ada makcik minta ambil gambar..!
Seloroh Emeriz membuatkan Scha ketawa kecil.
“Oklah awak tunggu saya sekejap ya.. paling
lama 1 jam. Nak kena make up dulu, hafal skip sekejap...baru on camera... awak
tak kisah kan?
“Pergilah Emeriz. Saya tunggu awak dekat
sini... lagipun ada sofa kan? So, saya boleh tidur kalau mengantuk..!
“Ok..! Jangan nakal-nakal... abang nak kerja
sekejap eh! Usik Emeriz sambil mengenyitkan matanya ke arah Scha.
“Apa-apa ajalah awak ni! Dah pergi sana..”
Scha menolak tubuh Emeriz supaya pergi dari situ. Padahal dia sudah malu di
sakat Emeriz.
Emeriz berlalu ke belakang stage. Set
pengambaran yang di hias cantik itu di pandang satu persatu. Cuma ada sofa,
meja kecil dan dua buah kerusi di tengah-tengah stage yang di belakangnya di
letakkan dinding kayu.’Macam ni rupanya set pengambaran eh? Scha
mengangguk-anggukkan kepalanya tanda dia sudah belajar satu perkara.
Dari jauh dia nampak dengan jelas keceriaan
yang cuba di pamerkan oleh Emeriz. Walhal dia tahu sebenarnya lelaki itu sedang
cuba menyembunyikan kesedihannya. Dia tahu lelaki itu sedaya upaya cuba
memulihkan diri dari terus bersedih dengan kehilangan Taliah. Adakalanya dia
nampak Emeriz seperti mengeluh. Kasihan Emeriz! Keluh Scha.
Sepotong red velvet dan pavlova di bawa ke
sebuah meja lalu dia meletakkannya di atas meja. Scha nampak teruja melihat
hidangan yang terhidang di depan mata. Steak daging kambing yang masih berasap
itu pun belum sempat habis di makannya, kini dia di hidangkan pula dengan
pencuci mulut yang amat menyelerakan!
“Upah awak temankan saya hari ni..” Kata
Emeriz seraya duduk di bertentangan dengan Scha.
“Lain kali minta saya temankan lagi eh?
Seronoklah dapat makan macam ni selalu..” Scha bertepuk tangan kecil tanda
seronok dapat makan enak hanya dengan menemani lelaki itu saja.
“Amboi..! Hari-hari macam ni gemuklah awak
Scha!
“Saya memang nak gemuk. Tapi tulah nak buat
macam mana, metabolisma badan saya ni berkerja aktif setiap hari. So, memang
tak sempat nak bentuk lemak pun..”
“Pandailah awak kan! Bab makan memang serah
dekat awak lah kan..” Emeriz menggelengkan kepalanya melihat keletah Scha.
Gadis itu nampak gembira sekali. Bukan apa, sebenarnya dia mahu menebus rasa
bersalahnya pada gadis itu dengan sikapnya yang melebihkan Tasnem tadi.
“Eh dah jam 5.00 petang ni. Awak jangan lupa
hantar saya balik tau. Nanti mama dan papa risau..”
“Don`t
worry, saya dah call mama awak tadi..”
Scha kaget.”Biar betul?
Emeriz mengangguk pantas.” Ingat senang nak
jaga anak dara orang ke? Keningnya terangkat sebelah.
Scha mencebik. Nampak belagak pula Emeriz
waktu itu.”Nasib nenek dekat kampung. Kalau dia dekat sini, jangan harap saya
dapat keluar macam ni..”
“Oh ya! Cakap pasal nenek awak tu. Apa
sebenarnya masalah dia dengan awak Scha? Tanya Emeriz ingin tahu. Dia asyik
tertanya-tanya mengapa Hajah Sharifah Kamariah nampak dingin dengan Scha.
Scha mengeluh kecil. Air jus strawberry di
sedut perlahan. Tampak berat pula gayanya mahu menceritakan permasaalahan nenek
yang sentiasa mahu mencari gaduh dengannya itu.
“Saya pun tak faham Emeriz dengan sikap
nenek tu. Asal nampak je muka saya ni, ada saja yang tak kena. Sejak dari kecil
sampailah sekarang saya memang tak pernah rasa kasih sayang seorang nenek.
Macam cucu terbuang pun ada..” Scha tertawa kecil biarpun hati di paut rasa
sedih tatkala mengingati sikap neneknya.
“Saya rasa pasti ada cerita kenapa dia macam
tu Scha..” Emeriz seperti merasakan ada sesuatu yang menyebabkan Hajah Sharifah
Kamariah bersikap dingin dengan Scha. Kalau tak ada sebab, bolehkah begitu
caranya layanan seorang nenek kepada cucu? Memang tak patut! Fikir Emeriz
sendiri.
“Saya pun rasa macam tu. Pernah juga tanya
mama dan papa. Tapi macam biasalah.. mama dan papa tak pernah nak ceritakan apa
masalah nenek tu. Dengan cucu lain bukan main baik baik dia layan. Aqil tu,
cukup dia sayang. Padahal saya ni kakak Aqil, sedarah lagi.Tapi kenapa dia tak
boleh layan saya sebaik dia layan Aqil! Itu yang saya tak faham...”
Emeriz menganggukkan kepalanya.
Entah-entah... Scha bukan...Eh... apa aku mengarut ni! Emeriz cuba menindakkan
perasaan yang timbul dalam kepalanya itu. Takkanlah... Scha anak Tuan Syed Lokman
dan Puan Sharifah Suraya. Itu adalah kenyataan! “Awak rasa ada yang tak kena ke
dengan nenek awak tu? Soalnya lagi.
Scha menjungkitkan bahu.”Entahlah..!
“Cubalah awak siasat. Setiap persoalan pasti
ada jawapannya Scha. Saya rasa macam tak adil pula dia layan awak macam tu.
Nampak sangat dia sedang memilih kasih..”
“Lantak dialah Emeriz. Saya malas nak fikir.
Janji saya ada mama, papa dan Aqil yang sayang saya itu sudah cukup besar buat
saya”
“Ada seorang lagi..” Emeriz memotong
kata-kata Scha.
“Huh? Siapa? Soal Scha lurus bendul.
Jari telunjuknya terarah ke dadanya.”Saya..!
“Eerrr! Scha termalu sendiri. Boleh pulak
dia nak bergurau macam ni..’Wajahnya sudah merona merah menahan malu.
Emeriz sembunyi ketawa melihat reaksi
Scha.”Kita kena cuba Scha..”
Scha berdehem dan mengangguk.”Muda lagilah
nak terjebak dengan semua ni..”
“Muda tak muda. Masalahnya awak dengan saya
selangkah lagi nak ke alam perkahwinan...”
“Ya..ya saya tahu! Tapi, awak jangan lupa
janji awak ok!
Dahi Emeriz berkerut sambil memuncungkan
bibir.
Scha ketawa melihat reaksi wajah Emeriz.
Nampak kelakar tapi comel.”Janji awak yang tak akan menyekat cita-cita dan masa
depan saya!
Emeriz menepuk dahi sendiri. Hampir terlupa
pula dengan janji yang telah di katakan kepada Scha.”Ok! Saya janji...tapi
jangan ambil masa lama sangat ok!
“InsyAllah...! Balas Scha sambil tersenyum.
“Dah makan kek tu cepat. Lepas ni saya
hantar awak balik rumah..”Arah Emeriz sambil menolak piring kecil itu ke arah
Scha.
6 comments:
BEST...
saya suka saya suka..menarik..agak2 bila boleh dapat novel ni?xsabar nk tunggu ni..
nur, perak
baby Mio : tq
Nur perak : Sikit lagi dear. Sabar okeh :)
best tp selalu lambat update new3, plsssssssssssssssss.. x sabar tunggu novel di pasaran...hari2 sya on blog ini...huhuhu
nak lg.....selalu lamabt update, x sabar nk tunggu kisah scha dgn emeriz, huhuhu
kamila :hehe...sabar ye. Saya tengah edit. MMC dah siap. Cuma nak semak je lagi. Lepas tu saya akan cuba hantar ke mana2 penerbit. If mereka berminat boleh la novel ni keluar. Kalau tak berminat what can i do???hehe..terima kasih kerana menyokong...hargai sangat2
Post a Comment