Tuesday, March 18, 2014

10 tahun : Bab 14

Hello....amboi lama nau...ko menyepi kan kiah? hahaha.... setiap malam gua tido lambat pasal nak mengedit si MMC.hehehe.... xpelah slow-slow asalkan berkualiti khens... So, malam tadi otak adelah sgt tepu. Mata dah berat tapi mood nak update 10 tahun sgt berkobar-kobar gitu.

10 tahun ku akui... ayat2nya agak kedewasaan sikit. Terpulanglah pada korang semua nak nilainya mc mana. Lagi-lagi pada hubungan suami isteri. Tak real kalau terbatas tapi masih belum sampai ke tahap lucah la. MMC... pun sama. Bila Emeriz dan Scha kahwin ehemmmm... pastilah ade adegan2 romantis tu kan?! Ade jugak dalam satu bab tu, Emeriz seakan menyesali dia dah hilang keterunaannya sebelum masanya. Hello.... ingat perempuan je ke kena jaga dara...? Lelaki pun sama okeh! Barulah adil kan?


Takut wey naskah aku tu di anggap lucah pada pemikiran orang yg tertentu. Tengok saja Acik Lana. Aku rasa normal je kot penulisan dia tu. Entah lain orang lain penilaiannya...kan.


Hello... dah baca sila lah komen. Kang saye private kan belog ni hahhaha...keji.



Ayla menangis teresak-esak di bahu mamanya Puan Adira.”Ma…. Ay tak bermaksud nak lukakan hati papa dan mama… maafkan Ay..”
Puan Adira cuma membatukan diri. Hatinya benar-benar terluka dengan apa yang telah berlaku. Jelas dia lihat kekecewan di wajah Umar yang menjadi saksi bakal isterinya di tangkap kahlwat.
“Kenapa Ay… kenapa Ay buat kami macam ni? Kasihan Umar… Ay..” Pipi anaknya di pegang kuat.
Ayla menggelengkan kepalanya sambil teresak-esak. Ya dia nampak Umar menundukkan saja wajahnya tadi dan dia nampak Umar mengesat air mata. Ya Allah… pasti lelaki itu menyimpan harapan yang begitu besar untuk memperisterikannya sebelum ini.
“Mama…. Maafkan Ay ma… maafkan Ay..” Hanya itu saja yang mampu dia ucapkan saat itu. Jelas kekecewan terpacar dari raut wajah mamanya.
“Mama tak tahu nak cakap macam mana Ay. Ay satu-satunya anak harapan mama dan papa. Tapi sekarang?! Ya Allah….” Puan Adira mengeluh kesal. Air mata di seka dengan tisu.
Ayla cuma menundukkan wajah dan terus menangis. Nasi sudah jadi bubur. Dia tidak boleh berpatah balik. Nikah sudah di jalankan sebentar tadi. Raykarl yang di kenalinya hampir 10 tahun itu kini sah menjadi suaminya. Langsung tidak menduga semudah ini akhirnya percintaan mereka.
Di suatu sudut dia nampak Datin Athirah memujuk seseorang dan dia pasti wanita itu ialah wanita yang menangkapnya bersama Raykarl sebentar tadi. Dan Raykarl pula sedang berbincang sesuatu dengan papanya dan Umar.
“Dah lama ke korang berdua macam ni?” Tanya Tuan Addin sinis.
Raykarl mengangkat kepala memandang wajah lelaki yang baru saja bergelar bapa mertuanya itu.
“Awak tahu tak dosa besar berzina ni?” Umar pula mencelah.
Raykarl menoleh ke kanan. Kemudian dia menganggukkan kepalanya tanda dia cukup tahu tentang itu.
“Dah berapa lama?” Tuan Addin masih mahu tahu.
Raykarl mengetap bibir. Gentar rasa hati bila berdepan dengan bapa mertuanya itu. Dia tahu Tuan Addin walaupun baik hati tapi sebenarnya seorang yang tegas.
“Pernah terlanjur beberapa kali..” Tulus Raykarl berterus terang.
Umar ternganga. Ya Allah…… dia mengusap wajahnya kesal.
“Ya Allah….” Tuan Addin ingin rebah tapi Raykarl lebih pantas memegang lengannya. Tuan Addin menepis pegangan itu.
“10 tahun korang berdua bergelumang dengan dosa dan baru sekarang mahu nikah?” Suara Tuan Addin memecah kesunyian di situ.
Datin Athirah dan Saffiyah yang berada tidak jauh dari situ terkejut mendengarnya.
“Kau Raykarl…..” Tuan Addin mencengkam kolar baju Raykarl. Ikutkan hati mahu saja dia menumbuk Raykarl.
Raykarl cuma mendiamkan diri. Membiarkan saja lelaki itu melepaskan marahnya. Biarlah dia rela. Asalkan kini Ayla menjadi miliknya.
“Saya betul-betul sayangkan Ayla uncle..eer.. pa”
“Kalau sayang kenapa kau tak datang secara elok dari dulu lagi? Kenapa dengan cara begini?!” Tengkin Tuan Addin dengan wajah yang merah padam menahan marah yang meluap-luap.
“Saya tak ada kekuatan dulu…” Raykarl membalas perlahan.
“Kurang ajar….” Bukkk……
Tak sampai sesaat Raykarl sudah terjelupuk di atas tanah. Keaadaan jadi tidak terkawal. Datin Athirah meluru ke arah mereka. Dia menolak Tuan Addin ke belakang.
“Hey. Anak kau tu yang sebenarnya salah. Dia yang perangkap Karl… kau ingat aku hingin nak bermenantukan anak kau tu?” Tempelak Datin Athirah. Saffiyah bertindak menyabarkannya. Dia memeluk tubuh Datin Athirah dari belakang.
Menggeletar kepala lutut Ayla mendengar pertuduhan itu. Kalau pun tak suka jangan suka-suka fitnah dia seperti itu.
“Jangan nak tuduh sembarangan…” Tuan Addin nampak tidak boleh mengawal kemarahannya. Umar terlebih dahulu menghalangnya dari terus mara ke arah Datin Athirah.
“Sabar uncle…. Sabar… ingat Allah…” Kata Umar sedaya upaya menghalang pergerakan Tuan Addin yang sepertinya mahu menyerang Datin Athirah.
Raykarl segera bangun.”Umi…. salah Karl Umi… semua ni salah Karl. Bukan salah Ay….” Dia cuba untuk membela Ayla. Semua ini adalah rancangannya bukan Ayla.
“Ya Allah…. sabar semua… Ingat Allah. Semua ini berlaku kerana Izin Allah.. ingat tu..” Kata Umar lantang cuba menenangkan keadaan.
“Betul tu aunti… ini jodoh abang Karl ….” Ujar Saffiyah pula. Air matanya sejak dari tadi tidak mampu di bendung. Sebanyak mana Datin Athirah terluka dengan apa yang berlaku, begitu juga dengan dia. Ini merupakan cinta pertamanya. Rasa sangat menyakitkan. Tak mudah dia mahu menerima semua itu. Tapi dia masih ada iman. Wajib percaya qada dan qadar.
“Tapi bukan begini caranya Saffiyah..” Datin Atirah mengongoi kesedihan.
“Cuma dia anak yang uncle ada Umar… cuma dia. Tapi tergamak dia conteng arang di muka uncle dan aunti. Apa yang uncle nak cakap dengan ayah kamu Umar… uncle malu… uncle malu..” Tuan Addin sudah teresak dan terduduk di atas kerusi yang terdapat di luar pejabat agama itu.
“Umar terima Ayla bukan jodoh Umar uncle.. Umar dah redha…” Umar bersuara perlahan. Dadanya juga sebak. Biarpun perasaan itu masih terlalu awal tapi dia akui Ayla sudah mengusik hati lelakinya.
Perlahan-lahan dia mengangkat wajah memandang Ayla yang sudah bergelar isteri kepada Raykarl dari kejauhan.’Ay… bertaubatlah Ay….. terlalu besar dosa berzina Ay….’ Desis hati kecilnya yang penuh dengan rasa kecewa.
“Mama….. kesian papa Ma….” Keluh Ayla dalam tangisan hiba.
“Ay…. Buat masa sekarang, biarlah papa tenangkan diri dulu. Ay pun dah jadi isteri Karl… Ay bukan lagi di bawah tanggungjawab papa dan mama.. kami lepaskan Ay pada Karl…”Perlahan Puan Adira bersuara memeranjat Ayla.
Ayla memegang lengan mamanya.” Ma… Ay tak ready lagi nak hidup dengan dia ma..”
“Tak ready? Habis 10 tahun korang bersama tu apa Ay?” Tenang Puan Addira menempelak anaknya.
Ayla terdiam tapi masih teresak.
“Mama dah tak boleh tolong Ay. Ini jalan yang Ay pilih, jadi susah senang Ay kena tanggung sendiri..”
“Ma…..” Ayla cukup sedih mendengar kata-kata mamanya yang kedengaran begitu kecewa dengannya itu. Sekarang dia benar- benar rasa kehilangan. Salahnya juga kerana mengikut Raykarl siang tadi. Atau adakah Raykarl sebenarnya yang memerangkapnya? Jika betul, rasanya dia tidak akan boleh memaafkan lelaki itu lagi.
**
BMW 4series milik papanya itu di pandang dari kejauhan sehinggalah ia hilang dari pandangan matanya.
Raykarl memeluk bahu Ayla erat. Ayla di tarik ke dalam rangkulannya. Teresak-esak Ayla yang nampak begitu tertekan dengan apa yang telah menimpanya itu.
“Hey… perempuan!!!” Pantas Datin Athirah menarik lengan Ayla menyebabkan dia terdorong ke depan.
Raykarl kaget dengan tindakan Uminya.
Pang!!!!
Satu tamparan hinggap ke pipi Ayla menyebabkan tubuh kurusnya terduduk ke atas tanah.
Raykarl terpana. Tidak sempat dia untuk melindungi Ayla.
“Umi……” Raykarl menjerit kuat langsung tidak menyangka tergamak Uminya melakukan Ayla seperti itu.
“Sayang……. sayang…..” Raykarl segera mendapatkan Ayla yang sudah terbaring itu.
“Aunti…. Apa yang aunti dah buat ni?” Saffiyah begitu terkejut melihat apa yang telah di lakukan Datin Athirah.
Umar yang menyaksikan kejadian itu dari jauh cuma mampu menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Ayla sudah bersuami. Jadi Ayla adalah tanggungjawab suaminya. Dengan ini pertunangan mereka sudah putus serta merta. Tanpa mampu menoleh lagi dia terus melangkah masuk ke dalam banggunan dua tingkat itu. Dia tidak sanggup lagi melihat keadaan Ayla.
“Sepatutnya Karl yang Umi tampar bukan Ayla…” Raykarl berdiri menentang pandangan tajam Uminya.
Saffiyah meriba kepala Ayla yang nampaknya sudah pengsan tidak sedarkan diri. Bibirnya pecah dan berdarah. Marah betul Datin Athirah dengan Ayla.
“Sebab dia Karl jadi macam ni. Sebab dia Karl  sanggup conteng arang di muka Umi… semua sebab dia..” Jerit Datin Athirah seperti orang hilang pedoman.
“Salah Karl Umi… Karl yang bawa dia ke rumah Karl.. Karl lega sebab dia sah jadi milik Karl..” Kata Raykarl lagi.
“Raykarl..!!!” Kaget Datin Athirah mendengar kata-kata anaknya itu.
“Umi… Karl cintakan Ay dari usia Karl 20 tahun lagi Umi. Mana mungkin Karl dapat lupakan dia dengan menikahi Saffiyah. Semua ini tidak adil bagi Saffiyah Umi….”
“Umi tak akan maafkan Karl….”
“Umi…. Restui pilihan Karl Umi…. Karl cintakan Ayla Umi… cuma dia dunia dan akhirat..”
Saffiyah yang mendengar segala perbalahan itu cuma menahan rasa. Kecewa sedih dan sakit semua rasa itu bercampur menjadi satu. Begini rasanya sakit cinta bertepuk sebelah tangan.
“Dah… Saffiyah mari kita balik…” Pantas Datin Athirah merentap tangan Saffiyah.
Raykarl segera mencampung Ayla dan dia memandang ke arah Saffiyah. Dia nampak dengan jelas kekecewan di wajah polos itu.
“Saffiyah… maafkan abang ya?”
Saffiyah tersenyum dalam keterpaksaan dan akhirnya dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Umi… nanti Karl balik rumah..” Kata Raykarl kepada Uminya. Tapi Datin Athirah cuma menjeling tajam dan terus berlalu tanpa menoleh ke arah anaknya itu lagi.

Tubuh itu di letakkan perlahan-lahan di atas katil. Luka di dahi yang sudah di bersihkan oleh Doktor tadi di perhatikan lama sebelum matanya turun melihat bibir Ayla yang pecah di tampar Umi tadi.
Hatinya jadi sayu. Kasihan Ayla terpaksa tanggung semua kesakitan ini hanya kerana sikapnya yang mementingkan diri. Apakah pilihan yang dia ada selain cara ini?
‘Maafkan Karl sayang…. Karl janji Karl akan jaga Ay seumur hidup Karl..’ Dahi itu di kucup perlahan.
Selepas itu, dia segera mengambil tuala basah untuk membersihkan tubuh Ayla.  Walau apa jua penerimaan Ayla selepas ini dia akan terima. Jika Ayla marahkannya, dia tidak akan berhenti memohon kemaafan. Dia sudah nekad, cuma Ayla insan pertama dan terakhir.
**
Lenanya terganggu saat terasa seperti ada benda yang bergerak-gerak di kulit wajahnya. Dia menggeliat kecil. Perlahan-lahan mata di buka. Entah kenapa kepalanya terasa sakit dan pusing.
Saat mata terbuka dia ternampak seseorang yang sedang tersenyum ke arahnya. Senyuman itu cukup manis. Senyuman yang sentiasa dia mahu lihat, senyuman yang bisa mencairkan hatinya. Tapi senyuman itu kian pudar dari hari ke sehari tanpa sebab yang nyata. Dia tahu Raykarl semakin dingin dengannya. Ada saja kesalahan yang nampak di mata lelaki itu.
Tapi dia tidak pernah berhenti mencintai lelaki itu. Itulah cinta pertama dan dia begitu meletakkan harapan yang tinggi agar dia menjadi lelaki terakhir di dalam hidupnya. Mampukan harapan dan impian itu menjadi kenyataan sedangkan cinta Raykarl terhadapnya kian pudar?
“Ayla.... bangun sayang..” Suara itu berbisik lembut di telinganya.
Ayla tersenyum sendiri. Hampir saban waktu suara itulah yang selalu mahu dia dengar. Sampaikan terbawa-bawa di dalam mimpi.
“Ayla.... please open your eye sayang...” Bisik suara itu lagi.
Ayla kaget. Ini bukan ilusi mahupun mimpi. Dia rasa pelik lantas tanpa menunggu lagi di luaskan kelopak mata.
“Karl...!!!!” Dia terjerit lalu bangkit dari pembaringannya.
Raykarl bergerak ke belakang sambil mengusap dada. Terperanjat betul melihat reaksi Ayla itu.
Ayla kalut melihat batang tubuhnya. Eh!! Kenapa dia cuma memakai baju tidur nipis ini? Baju yang menampakkan tubuhnya itu membuatkan dia rasa malu. Cepat-cepat dia menarik comferter lalu menutupi tubuhnya. Tiba-tiba Ayla terfikir yang baju ini di belikan Raykarl dulu? Eh!! Dia di mana sebenarnya? Pantas dia melihat sekeliling mengamati keadaan bilik serba mewah itu.
“Kenapa ni Ay?” Tanya Raykarl mengejutkan lamunan Ayla.
“Karl??”
Raykarl mengesot ke depan mendekati Ayla. Jemari Ayla di sentuh lembut lalu di bawa ke bibir. Pantas dia mengucup jemari itu penuh rasa kasih.
Ayla kaget melihat sikap Raykarl yang jarang mahu menunjukkan sikap romantis itu. Bukan dia tak tahu Raykarl sudah mulai jemu dengannya. 10 tahun bersama tanpa apa-apa ikatan, siapa yang tidak jemu. Ayla tersenyum sinis. Di biarkan saja Raykarl dengan perbuatannya itu.
“Ay...”
“Apa?” Sahut Ayla dingin. Di halakan pandangannya ke arah lain. Entah kenapa dia rasa mahu merajuk dengan Raykark.
“Ay dah sedar sepenuhnya ke belum ni?” Tanya Raykarl yang nampak risau dengan keadaan Ayla. Takkan lah kena tampar dengan Umi semalam boleh menyebabkan Ayla hilang ingatan. Mustahil betul.
“Soalan apa ni? Dah lah Karl, Ay nak balik. Nanti Papa dan Mama bising. Ay tak sempat nak beritahu mereka semalam..”
Raykarl mengetap bibir. Dadanya berdebar-debar.
Ayla bergegas turun dari katil. Dia berjalan setapak. Cuba mencari kelainan pada tubuhnya. Dia tersenyum sendiri. Tidak ada yang sakit, maksudnya Raykal tidak mengapa-apakannya. Pantas dia mencapai pakaiannya yang terletak elok di atas sofa.
“Karl... lepas ni kita dah tak boleh jumpa macam ni lagi. Ay dah jadi tunangan orang Karl..” Kata Ayla seraya terus menyarung pakaian ke tubuhnya.
Raykarl melompat turun dari katil. Dia segera merentap baju yang di pakai Ayla menyebabkan Ayla kaget.
“Karl... please. Kita dah tak boleh jadi macam dulu.. kenapa Karl tak faham-faham lagi ni?”
Raykarl sudah hilang sabar. Memang Ayla sudah hilang ingatan agaknya. Memang hebat betul tamparan Umi malam tadi.
Raykarl memegang kuat kedua-dua belah pipi Ayla. Tapi Ayla menepis tangannya.
“Ay.... please wake up! Please wake up Ay! We a married right now... please Ay...” Tengking Raykarl sekuat hati.
Ayla kaku tidak lagi menepis. Dia betul-betul bingung. Wajah Raykarl yang merah padam itu di renung minta penjelasan.”A...apa Karl cakap tadi?”
Anak mata Raykarl kelihatan berkaca.”Kita dah bernikah malam tadi Ay. Kita di tangkap khalwat..!!”
Seluruh tubuhnya seakan menggigil. Jadi benarlah ia bukan mimpi. Malam tadi dalam lenanya yang panjang, dia nampak wajah papa dan mamanya menangis. Dia nampak Umar. Jadi??? Ya tuhan......
Ayla terduduk.
Raykarl meraup wajahnya dengan keluhan kasar. Ayla yang kaku di lantai di perhatikan lama. Dia terduduk sama.
Ayla mula menangis. Dari perlahan terus ke tangisan itu kedengaran cukup menyedihkan.
“Apa Karl dah buat ni...” Jerit Ayla bersama tangisan hiba.
“Ay... kita dah memang di takdirkan bersama..”
“Senanglah Karl cakap..”
Raykarl menumpang kepalanya dengan tangan yang di letakkan di atas lutut.
“Karl tak boleh hidup tanpa Ay....”
“Tapi bukan dengan cara gila macam ni Karl..” Lantas Ayla memukul lengan Raykarl sekuat hati.
Raykarl tidak mengelak sebaliknya di biarkan saja Ayla melepaskan amarahnya itu. Memang benar dia yang bersalah cuma untuk akui dialah dalang di sebalik apa yang berlaku itu, rasanya dia belum cukup kuat.
“Jawab Karl kenapa buat Ay macam ni.. jawab!!”
“Ayla...... please. Anggap saja ini memang jodoh kita. Jelik macam mana pun Ay dah sah jadi isteri Karl. Dulu Ay sendiri yang memang nak kita kahwin. Sekarang ni impian kita dah tercapai pun Ay..”
Tangisan Ayla terhenti.  Dia masih mencengkam lengan Raykarl. “Karl ni manusia yang paling bodoh Ay pernah jumpa. Mana akal Karl? Mana???!!!!”
Raykarl mengeluh perlahan. Dia tiada jawapan.  Dia cuma melihat saja Ayla meronta-ronta minta penjelasan. Calar balar lengannya di cakar oleh Ayla. Dia cuma menahan kesakitan itu sebagai balasan di atas perbuatannya.
***
Muslim cuba menghubungi Ayla sekali lagi. Masuk kali ini sudah lebih 10 kali dia mencuba. Tapi panggilan itu terus sepi.
“Mana Ay ni? Sofea sudah di landa kebimbangan. Sudahlah hari ini mereka ada mensyuarat penting. Ayla pula boleh buat perangai.
“Fea... kau dah cuba call rumah dia?” Tanya Muslim.
Sofea mengangguk laju.”Sama juga Muslim. Tak ada orang angkat..”
“Mana Ay pergi? Dari semalam sampai hari ni dia tak munculkan diri. Apa yang dah jadi pada dia?”
“Muslim aku rasa tak sedap hati. Ada baiknya kita pergi rumah dia. Mungkin dekat sana kita akan dapat jawapan!”
“Bagus idea kau. Hisy. Ayla.... Ayla.... memang nak kena dia ni..”
Sofea mengeluh perlahan.”Selalu dia tak macam ni..”
Muslim mengangguk perlahan. Mengiakan kata-kata Sofea. Hatinya berdebar-debar memikirkan jika ada sesuatu yang buruk menimpa Ayla. Tak... tak... Ayla ok je. Mungkin dia demam. Lagipula sekarang ni cuaca tak menentu.  Dia cuba menyedapkan hati sendiri.
**
Dulang berisi set makan malam itu di bawa ke tingkat atas. Sejak dari pagi lagi Ayla tidak makan dan minum. Asyik saja menangis dan mengamuk. Puas di pujuknya. Inilah kali pertama dia berdepan dengan sikap Ayla yang paling dasyat sekali sejak mereka kenal selama 10 tahun ini. Dia tidak menyangka boleh tahan keras juga hati Ayla yang selama ini memang terkenal dengan sikapnya yang lemah lembut dan manja.
Selama ini Ayla saja yang lebih banyak memendam rasa kerana terpaksa melayan sikap ego dan keras kepalanya. Sekarang ini sudah tiba gilirannya pula.
Perlahan-lahan pintu bilik di tolak. Dia menjengukkan kepala untuk melihat Ayla. Masih seperti tadi, terbaring di atas katil sambil memeluk bantal peluk. Baju tidur pun masih belum bertukar. Teruk betul mogok Ayla kali ini. Pasti dia benar-benar marah dan kecewa.
“Sayang.... makan sikit...”
Ayla berpaling menghadap Raykarl dengan pandangan mata yang tajam. Raykarl cuma menundukkan saja wajahnya. Tak sanggup melihat wajah Ayla seperti itu. Penuh amarah!
You..... go to the hell!!” Keras Ayla bersuara.
Raykal diam tidak terkutik. Tidak berani menentang pandangan tajam Ayla.
“Dengar tak?!” Jerkah Ayla.
Raykarl mengangkat kepala kemudian di angguk-anggukkan perlahan. Seboleh mungkin dia akan buat muka kesian. Tak pernah lagi dia meletakkan egonya rendah seperti ini.
Get out Karl... get out..!” Ayla menempik. Tanpa sedar dan tanpa akal yang cukup waras dia menyepak peha Raykarl menyebabkan lelaki itu jatuh dari katil. Dulang yang berisi makanan itu habis bertaburan ke atas lantai bersamanya.
Ayla terpampan. Raykarl juga. Tidak menyangka seberani ini Ayla bertindak.
‘Sabar Karl.... sabar.....’ Dia cuba memujuk hati. Dengan tangan yang menggeletar dia mengutip makanan yang bertabur itu tanpa sedikit pun mengangkat wajah memandang isterinya.
Ayla masih seperti tadi. Tergamam dengan apa yang telah dia lakukan terhadap Raykarl.
Siap berkemas Raykarl menoleh ke arah Ayla.”Take your time darling. I wait with hope..” Dia tersenyum.
Ayla segera menoleh ke arah lain. Dia mengetap bibir sebelum menangis semahu-mahunya.
Raykarl akur. Biarkan Ayla mengambil masa untuk menenangkan diri.”Kalau sayang lapar... Karl ada letakkan makanan atas meja dekat bawah tu..” Dia masih khautir jika Ayla pengsan lagi. Perlahan-lahan kaki di atur keluar dari bilik itu.
‘Ya Allah.... kau ampunkanlah setiap dari dosa isteriku Ya Allah... sesungguhnya aku dengan rela hati telah memaafkan semua yang telah dia lakukan terhadap ku... bukakan hatinya Ya Allah.....buka kan hatinya untuk menerima ku kembali...’
Tanpa sedar air mata menitik ke pipi. Dia perlu kuat untuk mengembalikan kasih sayang dan cinta Ayla buatnya.’Karl tak akan pernah jemu... Karl tak akan berputus asa untuk mengambil cinta Karl kembali sayang...’





7 comments:

I-eim7 said...

tau tau nk rasa apa kt karl..
kesian ad..
marah pon ad...
tp hopefully ay dpt terima die balik...
keep up writer..

Farhana San said...

Perasaan bercampur campur..kesian kat umar pn ada...adoi..sob sob..tp karl kene terima ap yg ay buat kat dia..sbb dia yg mulakan semua ni..
Thumb up sis!

Farhana San said...

Kecian kat umar..
Huhu..harap karl lebih tabah dgn keadaan ay yg masih terkejut tu..
Sis...5star lah!!

sofia elyn said...

n3 please..xsabar nk tahu bleh X Karl handle ay..

IzZ said...

haila..haila..begini la keadaan nya bile belum kawen syaitan suruh baik2..bile dah kawen syaitan suruh marah2 pulak..haila..haila..sila bersabr en raykarl sebab dulu perangai awak lagi teruk dari ayla ok!

AinSophian said...

iolls pun kesian kat umar...tapi jangan jodoh saffiyah ngan umar tau..hahaha

Anonymous said...

Best...bila nak sambung bab 15 ni,hari2 sy tgk blog ni nk bc sambungan cite ni