Bab 23
Aloha....silalah baca bab 23 ni ok. sebenarnya ikutkan dlm manuskrip asal bab 23 adelah bab 24. So, dlm blog dan manuskrip adalah totaly lain. So.. please doakan my mr chef di bukukan. Dptlah baca mmc versi cetak kan?! Sure korang tak menyesallah kalau beli nanti. Ekekek... verangan lebih. Tapi yelah nama pun first novel kan. Mesti ada yang terkurang...mood masih menunggu jawapan dr pihak penerbitan ni. Oklah enjoy membaca ya... jangan lupa leave comment. babai...
p/s:entri ni adelah entri terakhir di sini.
p/s:entri ni adelah entri terakhir di sini.
Majlis penyerahan sijil penyertaan bagi
setiap peserta bengkel masakan berlangsung dengan meriah sekali meskipun cuma
di hadiri oleh para peserta. Mengikut rancangan asal majlis itu akan di adakan
di kelas sahaja tetapi Rasul membuat keputusan mengadakan majlis itu di
restoran milik Emeriz.
Restoran itu memang menyediakan khidmat bagi
sesiapa yang berminat untuk mengadakan majlis seperti pertunangan, sambutan
hari lahir dan majlis kecil untuk bilangan tetamu yang kurang dari 500 orang.
Waktu yang ada itu, Scha dan Diana mengambil
kesempatan untuk menghabiskan masa bersama-sama. Waktu yang cukup terhad
menyebabkan mereka sudah jarang ketemu. Diana sibuk dengan anak-anak yang kian
membesar. Lagipula sekarang dia sibuk dengan perniagaan kek online yang katanya
sudah banyak menerima tempahan. Sehinggakan tidak menang tangan untuk dia
menerima semua tempahan yang masuk.
Scha mengeluh tatkala mendengar berita itu
di sampaikan dari bibir Diana sendiri. Diana nampak teruja menceritakan
kesibukannya sekarang.
“Scha... kak D faham, Scha memang tak suka
memasak. Kalau dah tak suka tu buatlah macam mana pun, tak akan jadi punya..”
Pujuk Diana sambil menggenggam lembut tangan Scha.
“Menyesal Scha main-main dulu Kak D. Kalau
Scha dengar cakap mama, cakap Chef-Chef kita tu sekurang-kurangnya Scha
pandailah masak yang simple-simple
kan?”
“Scha... tunang Scha tu Chef. Lepas ni Scha
boleh belajar dengan Chef Emeriz ok!”
Scha menggelengkan kepalanya
perlahan.”Entahlah Kak D... Scha pun tak tahu macam mana boleh jadi begini
jalan cerita hidup Scha..”
Diana faham apa yang di rasakan oleh Scha
saat itu. Dia juga salah seorang yang menyebabkan Scha terjebak dengan kisah
hidup Emeriz itu. Wajah mencuka Scha di pandang simpati.
“Scha.... cinta tu boleh datang sekelip mata
dan kadang kala ia datang mengambil masa yang cukup lama Scha. Tapi, Scha kena
cuba buka pintu hati Scha untuk Chef Emeriz. Kak D tengok cara dia layan Scha
nampak sangat yang dia cukup ambil berat tentang Scha..”
“Scha tahu kak D. Tapi tak guna semua tu Kak
D kalau hati dia masih ada arwah Taliah...” Keluh Scha sambil mempamerkan
reaksi sedihnya.
Diana senyum mendengar kata-kata yang baru
saja terpacul dari bibir Scha. Bunyinya seperti Scha sudah menyimpan perasaan
terhadap lelaki itu saja! Diana sembunyi senyum.
“Scha kena sabar! Chef Emeriz tu lama
bercinta dengan arwah Taliah. Beri dia masa ok. Kak D tahu dia juga sebenarnya
cuba membuka hati dia untuk Scha. Scha kena ingat dik, tak ada sorang perempuan
pun yang mahu kahwin dua tiga kali seumur hidupnya. Cukup sekali Scha! Tapi
yang sekali tu biarlah berbaloi. Jadi, pupuk perasaan untuk Chef Emeriz ya!”
Ujar Diana cuba memberikan nasihat. Sebagai seorang kakak rasanya sudah menjadi
tanggungjawabnya memberikan Scha perangsang yang positif!
Scha mengenggam tangan Diana lalu tersenyum.
“Scha tak janji Kak D, tapi Scha akan cuba..” Entah mengapa dia merasakan untuk
berkata seperti itu. Adakah hatinya sudah mula terbuka untuk menerima lelaki itu?
“Ehem... Sembang apa tu!” Scha melompat
serta merta saat suara itu bergema di cuping telinganya. Terasa hembusan nafas
itu di telinga.
Emeriz dan Diana saling berpandangan sebelum
menghamburkan tawa. Memang lucu betul reaksi yang di tunjukkan Scha. Genap usia
40 tahun boleh berjoget gayanya ni. Sempat Emeriz mengutuk di dalam hati.
Scha mengusap dada berkali-kali sambil
menghadiahkan jelingan tajam buat Emeriz. Sudah banyak kali lelaki itu
menyakatnya seperti itu. Seronok kot jadikan aku ni bahan ketawa? Ngomelnya di
dalam hati.
“Scha... cubalah kawal sikit latah tu..”
Kata Diana sambil menggelengkan kepalanya.
Scha mengetap bibir.”Kak D... kalau dah dia
datang macam tu manalah Scha ni tak melatah yang bukan-bukan. Sengaja nak cari
pasal lah tu..” Scha menjuihkan bibir ke arah Emeriz.
Diana mencebik sambil tersenyum. Nampaknya
seperti ada bibit-bibit kemesraan di antara mereka.
“Alah... dia tu yang memang minah latah! Nak
menyalahkan orang pulak..”
“Kalau dah tahu lain kali datang secara
sopan santun”
“Ok! Next
time saya jalan tunduk depan awak senyap-senyap ok? Jangan masa tu, awak
pitam sudah..”
“Pasal apa pulak nak pitam?!” Dia ni makin
di layan makin menjadi nampak! Omel Scha di dalam hati. Sebenarnya dia tidak
selesa dengan mata-mata yang memandang. Sejak selebih setengah jam dia berada
di perkarangan restoran ini, dia sudah menjadi perhatian. Silap hari bulan esok
pasti ada gambar-gambar candid yang masuk dalam ruangan gosip.
“Yelah kalau dah tiba-tiba saya terpacak
macam tu depan awak..sama je awak melatah kan?”
“Whateverlah
awak.. malas nak layan..”
Diana terkaku sebentar.’Eh awak? Wahhh dah
makin maju nampak gayanya ni.
“Chef, Scha sudahlah tu... perkara kecil pun
boleh buat gaduh ke?” Diana cuba menghentikan pertikaman lidah itu. Kalau tak
di halang. Nanti jadi parah pula.
Emeriz tersengih malu pula di tegur seperti
itu. Dia lupa dengan adanya Diana di situ. Sudah terbiasa menyakat Scha seperti
itu. Sejujurnya dia senang dengan perasaan itu. Wajah cemberut Scha di pandang
sekilas. Masam tapi nampak manis saja.
“Errr.. korang pergi masuk dewan dululah, standby apa yang patut. Saya ada kerja
sikit..” Emeriz meminta diri sebelum berlalu meninggalkan Scha dan Diana.
“Wah! Korang nampak sweet la..”
Scha memandang Diana dengan pandangan
pelik.”Sweet? Jangan sebut macam tu
Kak D. Geli Scha dengar..”
Diana menampar lembut lengan Scha.”Please Scha... kahwin dengan Chef eh?
Dia baik... dan romantis sebenarnya..” Dia mengerdipkan matanya berkali-kali.
Scha mencebik kemudian tersengih.”Tahun
depan lah! Kan expired date tahun depan....”
Diana ketawa mengekek. Pandai Scha buat
lawak spontan.”Yelah.... tahun depan pun berapa hari je lagi kan?”
“Rancak kau bersembang dengan bakal isteri
kau tu..” Perli Rasul yang baru saja tiba.
Emeriz menoleh ke kekanan kemudian tubuh
tegap Rasul di pandang atas bawah.”Kau ni apa apasal ‘menyemat sangat ni?”
Keningnya terangkat sebelah. Punyalah glamour penampilan Rasul. Siap berkot
segala. Seluar putih, kemeja putih siap dengan tie lagi.
“Hello! Ini majlis pertama kelas masakan aku
ok! So, kenalah nampak vogue... kebetulan pula, kau jadi tetamu vip aku. So,
aku kena nampak lebih kacak dari kau...”
Emeriz ketawa sambil menggelengkan
kepalanya.”Kau ni.. dari dulu, asyik nak lebih dari aje kan?”
Rasul mencebik.”Nak jadi macam kau memang
dalam mimpi lah, tapi tak salah kot kan?”
“Haih. Ikut kau lah Rasul, asalkan kau pakai
baju bukan telanjang..”
Rasul tersenyum.”Itu macamlah kawan..kasi can sikit kan! So, bro macam mana? everything ok ke?” Tanya Rasul sambil
matanya melilau melihat dewan kecil yang di hias indah itu. Memang kerja
sahabat baiknya itu perfect! Sekilas
dia mengerling Emeriz di sebelah. Masak boleh, menghias boleh... apa saja yang
tak boleh? Patutlah semua perempuan gilakan kau Riz! Gumamnya di dalam hati.
“Kau tengok-tengoklah mana yang tak berkenan
dekat mata kau tu. Aku boleh suruh staf aku adjust!”
“Ok! Aku pergi check dululah...”
Emeriz mengangguk. Walaupun sahabat baik,
Rasul tetap pelanggannya biarpun dia memberikan harga yang cukup istimewa untuk
Rasul. Harga yang boleh di katakan cuma harga modal memberi barangan mentah
saja. Mungkin dia tidak dapat membantu lebih, sekadar yang termampu saja.
Mengenangkan Rasul yang tidak pernah berkira dengannya, dia pun jadi segan
untuk berkira dengan Rasul.
Sijil di tangan di pandang sepi. Sesekali
dia mengeluh tanpa dia sedar Emeriz sedang memerhatikannya.
“Sudahlah tu Scha...” Tegur Emeriz yang
sedang memandu di sebelah.
Scha menoleh sekilas.”Sedihlah....” Luahnya
perlahan.
Emeriz mengeluh perlahan.” Scha......”
Panggilnya lembut.
‘Hurrmmm....” Scha menoleh sekali lagi.
“Jangan sedih. Saya tahu awak memang tak
minat memasak. Saya faham perasaan awak. Mama dah ceritakan semua pada saya
sebelum ni. Mama dan nenek yang paksa awak masuk kelas masakan kan?”
Scha mengangguk lemah. Sijil itu umpama
tiada makna langsung. Apa yang dia ingat dan mampu buat cuma kek keju. Kerana
baginya, kek keju memang mudah di buat jika mahu di bandingkan dengan kek-kek
lain. Paling remeh baginya Red Velvet, Rainbow kek dan Pavlova. Memang pada
dasarnya, semua kek itu mudah di sediakan. Tapi bila kena pada dirinya yang
memang jenis ‘kayu’ dalam bab banking
ni semua dia rasakan susah.
“Tapi saya menyesal sangat sebab tak gunakan
masa dulu dengan sebaiknya. Lepas ni dah sibuk dengan kuliah, memang dah tak
ada masa lagi..”
“Awak lupa eh? Yang tunang awak ni Chef?”
Scha memandang Emeriz yang sudah tersegih.
Memanglah kau Chef? So?”
“Semua tu perkara kecil je Scha. Saya janji
saya akan ajar awak macam mana nak memasak..i`m sure one day awak akan fall in
love dalam bidang masakan ni.. trust me ok!?”
Scha mencebik.”Masalah sekarang tak
berminat!”
“Hisy. Kalau dah perempuan, mahu atau tidak
kena belajar memasak Scha. Takkan lah setiap hari saya je yang nak kena
masakkan untuk awak? Sekali sekala mahu juga rasa masakan dari air tangan
isteri...”
“Habis kalau tak sedap?” Kening Scha
terangkat sebelah.
“Sedap tak sedap belakang kira. Janji awak
ikhlas masakkan untuk saya nanti..”
Scha memandang ke depan dan tersenyum. Segan
pula memikirkan sejauh ini mereka boleh bercakap mengenai kehidupan berumah
tangga.
“Hurmmm.. goreng telur pun boleh kan?”
“Jangan sebut pasal telur.. ngeri..!”
Seloroh Emeriz membuatkan dia dan Scha ketawa terbahak-bahak. Kenangan itu
memang tak begitu indah tapi bagi Emeriz dia rasa kenangan itu cukup manis dan
memberi erti sekarang. Kerana telur itulah mereka jadi seperti sekarang. Emeriz
tersenyum sendiri.
“Sorrylah tak sengaja masa tu..”
Emeriz tersenyum”It`s ok! Saya pun tak tahu awak ni mak latah. Main sergah je kan?
So, memang kena lah setepek kat muka ni..”
Scha ketawa mengekek. Lawak kot masa tu bila
tengok telur meleleh di pipi Emeriz. Reaksi Emeriz waktu itu tak payah
ceritalah. Memang dah hijau nak jadi hulk.
5 comments:
tq bg n3 baqu..semoga dpt dibukukn..
tq bg n3 baqu..semoga dpt dibukukn..
kak ima : Tq kak. InsyaAllah...doa2 kan lah ye...hehe
BEST,KAK 10th x ada n3 baru ke.
baby mio...hehe...insyaAllah ada.lepas raya myb...
Post a Comment