Monday, July 14, 2014

My.Mr Chef Bab 23

Bab 23

Aloha....silalah baca bab 23 ni ok. sebenarnya ikutkan dlm manuskrip asal bab 23 adelah bab 24. So, dlm blog dan manuskrip adalah totaly lain. So.. please doakan my mr chef di bukukan. Dptlah baca mmc versi cetak kan?! Sure korang tak menyesallah kalau beli nanti. Ekekek... verangan lebih. Tapi yelah nama pun first novel kan. Mesti ada yang terkurang...mood masih menunggu jawapan dr pihak penerbitan ni. Oklah enjoy membaca ya... jangan lupa leave comment. babai... 

p/s:entri ni adelah entri terakhir di sini.


Majlis penyerahan sijil penyertaan bagi setiap peserta bengkel masakan berlangsung dengan meriah sekali meskipun cuma di hadiri oleh para peserta. Mengikut rancangan asal majlis itu akan di adakan di kelas sahaja tetapi Rasul membuat keputusan mengadakan majlis itu di restoran milik Emeriz.

Restoran itu memang menyediakan khidmat bagi sesiapa yang berminat untuk mengadakan majlis seperti pertunangan, sambutan hari lahir dan majlis kecil untuk bilangan tetamu yang kurang dari 500 orang.

Waktu yang ada itu, Scha dan Diana mengambil kesempatan untuk menghabiskan masa bersama-sama. Waktu yang cukup terhad menyebabkan mereka sudah jarang ketemu. Diana sibuk dengan anak-anak yang kian membesar. Lagipula sekarang dia sibuk dengan perniagaan kek online yang katanya sudah banyak menerima tempahan. Sehinggakan tidak menang tangan untuk dia menerima semua tempahan yang masuk.

Scha mengeluh tatkala mendengar berita itu di sampaikan dari bibir Diana sendiri. Diana nampak teruja menceritakan kesibukannya sekarang.

“Scha juga yang bodoh kan Kak D?” Keluhnya sambil mencebik.
“Scha... kak D faham, Scha memang tak suka memasak. Kalau dah tak suka tu buatlah macam mana pun, tak akan jadi punya..” Pujuk Diana sambil menggenggam lembut tangan Scha.

“Menyesal Scha main-main dulu Kak D. Kalau Scha dengar cakap mama, cakap Chef-Chef kita tu sekurang-kurangnya Scha pandailah masak yang simple-simple kan?”

“Scha... tunang Scha tu Chef. Lepas ni Scha boleh belajar dengan Chef Emeriz ok!”
Scha menggelengkan kepalanya perlahan.”Entahlah Kak D... Scha pun tak tahu macam mana boleh jadi begini jalan cerita hidup Scha..”

Diana faham apa yang di rasakan oleh Scha saat itu. Dia juga salah seorang yang menyebabkan Scha terjebak dengan kisah hidup Emeriz itu. Wajah mencuka Scha di pandang simpati.

“Scha.... cinta tu boleh datang sekelip mata dan kadang kala ia datang mengambil masa yang cukup lama Scha. Tapi, Scha kena cuba buka pintu hati Scha untuk Chef Emeriz. Kak D tengok cara dia layan Scha nampak sangat yang dia cukup ambil berat tentang Scha..”

“Scha tahu kak D. Tapi tak guna semua tu Kak D kalau hati dia masih ada arwah Taliah...” Keluh Scha sambil mempamerkan reaksi sedihnya.

Diana senyum mendengar kata-kata yang baru saja terpacul dari bibir Scha. Bunyinya seperti Scha sudah menyimpan perasaan terhadap lelaki itu saja! Diana sembunyi senyum.

“Scha kena sabar! Chef Emeriz tu lama bercinta dengan arwah Taliah. Beri dia masa ok. Kak D tahu dia juga sebenarnya cuba membuka hati dia untuk Scha. Scha kena ingat dik, tak ada sorang perempuan pun yang mahu kahwin dua tiga kali seumur hidupnya. Cukup sekali Scha! Tapi yang sekali tu biarlah berbaloi. Jadi, pupuk perasaan untuk Chef Emeriz ya!” Ujar Diana cuba memberikan nasihat. Sebagai seorang kakak rasanya sudah menjadi tanggungjawabnya memberikan Scha perangsang yang positif!

Scha mengenggam tangan Diana lalu tersenyum. “Scha tak janji Kak D, tapi Scha akan cuba..” Entah mengapa dia merasakan untuk berkata seperti itu. Adakah hatinya sudah mula terbuka untuk menerima lelaki itu?

“Ehem... Sembang apa tu!” Scha melompat serta merta saat suara itu bergema di cuping telinganya. Terasa hembusan nafas itu di telinga.

Emeriz dan Diana saling berpandangan sebelum menghamburkan tawa. Memang lucu betul reaksi yang di tunjukkan Scha. Genap usia 40 tahun boleh berjoget gayanya ni. Sempat Emeriz mengutuk di dalam hati.

Scha mengusap dada berkali-kali sambil menghadiahkan jelingan tajam buat Emeriz. Sudah banyak kali lelaki itu menyakatnya seperti itu. Seronok kot jadikan aku ni bahan ketawa? Ngomelnya di dalam hati.

“Scha... cubalah kawal sikit latah tu..” Kata Diana sambil menggelengkan kepalanya.
Scha mengetap bibir.”Kak D... kalau dah dia datang macam tu manalah Scha ni tak melatah yang bukan-bukan. Sengaja nak cari pasal lah tu..” Scha menjuihkan bibir ke arah Emeriz.
Diana mencebik sambil tersenyum. Nampaknya seperti ada bibit-bibit kemesraan di antara mereka.

“Alah... dia tu yang memang minah latah! Nak menyalahkan orang pulak..”
“Kalau dah tahu lain kali datang secara sopan santun”
“Ok! Next time saya jalan tunduk depan awak senyap-senyap ok? Jangan masa tu, awak pitam sudah..”

“Pasal apa pulak nak pitam?!” Dia ni makin di layan makin menjadi nampak! Omel Scha di dalam hati. Sebenarnya dia tidak selesa dengan mata-mata yang memandang. Sejak selebih setengah jam dia berada di perkarangan restoran ini, dia sudah menjadi perhatian. Silap hari bulan esok pasti ada gambar-gambar candid yang masuk dalam ruangan gosip.
“Yelah kalau dah tiba-tiba saya terpacak macam tu depan awak..sama je awak melatah kan?”

Whateverlah awak.. malas nak layan..”
Diana terkaku sebentar.’Eh awak? Wahhh dah makin maju nampak gayanya ni.

“Chef, Scha sudahlah tu... perkara kecil pun boleh buat gaduh ke?” Diana cuba menghentikan pertikaman lidah itu. Kalau tak di halang. Nanti jadi parah pula.
Emeriz tersengih malu pula di tegur seperti itu. Dia lupa dengan adanya Diana di situ. Sudah terbiasa menyakat Scha seperti itu. Sejujurnya dia senang dengan perasaan itu. Wajah cemberut Scha di pandang sekilas. Masam tapi nampak manis saja.
“Errr.. korang pergi masuk dewan dululah, standby apa yang patut. Saya ada kerja sikit..” Emeriz meminta diri sebelum berlalu meninggalkan Scha dan Diana.

“Wah! Korang nampak sweet la..”
Scha memandang Diana dengan pandangan pelik.”Sweet? Jangan sebut macam tu Kak D. Geli Scha dengar..”

Diana menampar lembut lengan Scha.”Please Scha... kahwin dengan Chef eh? Dia baik... dan romantis sebenarnya..” Dia mengerdipkan matanya berkali-kali.

Scha mencebik kemudian tersengih.”Tahun depan lah! Kan expired date tahun depan....”
Diana ketawa mengekek. Pandai Scha buat lawak spontan.”Yelah.... tahun depan pun berapa hari je lagi kan?”

“Rancak kau bersembang dengan bakal isteri kau tu..” Perli Rasul yang baru saja tiba.
Emeriz menoleh ke kekanan kemudian tubuh tegap Rasul di pandang atas bawah.”Kau ni apa apasal ‘menyemat sangat ni?” Keningnya terangkat sebelah. Punyalah glamour penampilan Rasul. Siap berkot segala. Seluar putih, kemeja putih siap dengan tie lagi.

“Hello! Ini majlis pertama kelas masakan aku ok! So, kenalah nampak vogue... kebetulan pula, kau jadi tetamu vip aku. So, aku kena nampak lebih kacak dari kau...”

Emeriz ketawa sambil menggelengkan kepalanya.”Kau ni.. dari dulu, asyik nak lebih dari aje kan?”

Rasul mencebik.”Nak jadi macam kau memang dalam mimpi lah, tapi tak salah kot kan?”

“Haih. Ikut kau lah Rasul, asalkan kau pakai baju bukan telanjang..”
Rasul tersenyum.”Itu macamlah kawan..kasi can sikit kan! So, bro macam mana? everything ok ke?” Tanya Rasul sambil matanya melilau melihat dewan kecil yang di hias indah itu. Memang kerja sahabat baiknya itu perfect! Sekilas dia mengerling Emeriz di sebelah. Masak boleh, menghias boleh... apa saja yang tak boleh? Patutlah semua perempuan gilakan kau Riz! Gumamnya di dalam hati.

“Kau tengok-tengoklah mana yang tak berkenan dekat mata kau tu. Aku boleh suruh staf aku adjust!”

“Ok! Aku pergi check dululah...”

Emeriz mengangguk. Walaupun sahabat baik, Rasul tetap pelanggannya biarpun dia memberikan harga yang cukup istimewa untuk Rasul. Harga yang boleh di katakan cuma harga modal memberi barangan mentah saja. Mungkin dia tidak dapat membantu lebih, sekadar yang termampu saja. Mengenangkan Rasul yang tidak pernah berkira dengannya, dia pun jadi segan untuk berkira dengan Rasul.

Sijil di tangan di pandang sepi. Sesekali dia mengeluh tanpa dia sedar Emeriz sedang memerhatikannya.

“Sudahlah tu Scha...” Tegur Emeriz yang sedang memandu di sebelah.
Scha menoleh sekilas.”Sedihlah....” Luahnya perlahan.
Emeriz mengeluh perlahan.” Scha......” Panggilnya lembut.
‘Hurrmmm....” Scha menoleh sekali lagi.

“Jangan sedih. Saya tahu awak memang tak minat memasak. Saya faham perasaan awak. Mama dah ceritakan semua pada saya sebelum ni. Mama dan nenek yang paksa awak masuk kelas masakan kan?”

Scha mengangguk lemah. Sijil itu umpama tiada makna langsung. Apa yang dia ingat dan mampu buat cuma kek keju. Kerana baginya, kek keju memang mudah di buat jika mahu di bandingkan dengan kek-kek lain. Paling remeh baginya Red Velvet, Rainbow kek dan Pavlova. Memang pada dasarnya, semua kek itu mudah di sediakan. Tapi bila kena pada dirinya yang memang jenis ‘kayu’ dalam bab banking ni semua dia rasakan susah.

“Tapi saya menyesal sangat sebab tak gunakan masa dulu dengan sebaiknya. Lepas ni dah sibuk dengan kuliah, memang dah tak ada masa lagi..”
“Awak lupa eh? Yang tunang awak ni Chef?”

Scha memandang Emeriz yang sudah tersegih. Memanglah  kau Chef? So?”
“Semua tu perkara kecil je Scha. Saya janji saya akan ajar awak macam mana nak memasak..i`m sure one day awak akan fall in love dalam bidang masakan ni.. trust me ok!?”

Scha mencebik.”Masalah sekarang tak berminat!”
“Hisy. Kalau dah perempuan, mahu atau tidak kena belajar memasak Scha. Takkan lah setiap hari saya je yang nak kena masakkan untuk awak? Sekali sekala mahu juga rasa masakan dari air tangan isteri...”

“Habis kalau tak sedap?” Kening Scha terangkat sebelah.
“Sedap tak sedap belakang kira. Janji awak ikhlas masakkan untuk saya nanti..”
Scha memandang ke depan dan tersenyum. Segan pula memikirkan sejauh ini mereka boleh bercakap mengenai kehidupan berumah tangga.

“Hurmmm.. goreng telur pun boleh kan?”
“Jangan sebut pasal telur.. ngeri..!” Seloroh Emeriz membuatkan dia dan Scha ketawa terbahak-bahak. Kenangan itu memang tak begitu indah tapi bagi Emeriz dia rasa kenangan itu cukup manis dan memberi erti sekarang. Kerana telur itulah mereka jadi seperti sekarang. Emeriz tersenyum sendiri.

“Sorrylah tak sengaja masa tu..”

Emeriz tersenyum”It`s ok! Saya pun tak tahu awak ni mak latah. Main sergah je kan? So, memang kena lah setepek kat muka ni..”

Scha ketawa mengekek. Lawak kot masa tu bila tengok telur meleleh di pipi Emeriz. Reaksi Emeriz waktu itu tak payah ceritalah. Memang dah hijau nak jadi hulk.


5 comments:

kak ima said...

tq bg n3 baqu..semoga dpt dibukukn..

kak ima said...

tq bg n3 baqu..semoga dpt dibukukn..

Su Ann said...

kak ima : Tq kak. InsyaAllah...doa2 kan lah ye...hehe

Unknown said...

BEST,KAK 10th x ada n3 baru ke.

Su Ann said...

baby mio...hehe...insyaAllah ada.lepas raya myb...