Sunday, January 25, 2015

Oh.. Hai.

Hai.. hai..

Semakin ramai yang berkunjung ke sini setelah sekian lama asyik terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.

Dulu blog aku ni dikenali sebagai aincepet. Aku tukar kepada suann sebab nak nampak lebih matang. aincepet tu aku create masa aku berusia 23 tahun kot. Muda lagi masa tu. Sekarang ni dah 30 series so kena nampak matang. Nama Su ann ni sempena nama mak aku dan nama aku sendiri. Sebab ramai di kalangan chinese fren panggil aku ann sebab dorang tak pandai nak sebut ain. So.. gabung nama mak dan aku jadilah su ann. boleh la nak panggil aku su, ann atau ain. Aku oke je. Mana-mana pun boleh.

Baru ni dah call syarikat penerbitan. Alhamdulillah My. Mr Chef dah ada dalam list untuk di terbitkan. Bila? Sorry aku sendiri tak tahu bila. Masih belum terima email secara rasmi lagi. Bertabahlah hati untuk menanti lagi.

Bersyukur sebab sekali percubaan je tak di reject. Ramai juga sebenarnya new writers macam aku ni di reject. Tak apa, itukan proses pembelajaran. Aku akui.. bila baca balik My. Mr Chef serius rasa nak edit sana sini. Banyak sangat kekurangan. Risau kot.. takut ada pembaca yang rasa penulisan aku tu teruk. Tak apalah.. aku dah berusaha berbulan-bulan struggle siapkan novel tu. Bayangkan aku ni bukan duduk rumah tau. Bekerja. Dengan stress kat tempat keje, balik rumah nak masak dan segala tanggungjawab sebagai isteri. Lepas tu badan kepenatan. Otak tak mampu nak hasilkan idea yang bagus-bagus. Harapkan hari sabtu dan ahad je otak boleh rileks sikit. Masa tu pulun menaip sampai ke pagi.

Tak mudah untuk menjadi penulis sehebat syamnuriezmil, acik lana, suri ryana dan ramai lagi. Aku tabik sungguh dengan kecekalan dorang menghasilkan novel setahun lebih dari sebuah buku. Manalah depa dapat kekuatan tu kan?!

Lepas je aku siapkan My. Mr Chef prestasi penulisan aku mulai menurun. Aku nak sangat menulis setiap hari. Sebab aku suka menterjemahkan imaginasi aku ni di atas papan keyboard dan di jadikan senaskah cerita. Tapi.. bila otak keletihan aku langsung tutup pc dan baring depan Tv layan korea. Seriusly.. aku banyak dapat idea melalui drama korea. Tapi cerita aku tak samalah dengan drama korea. Cuma aku ingat kata-kata indah yang boleh di jadikan inspirasi untuk menulis. 

Cakap pasal korea ni. kontrovesi gadis bertudung di peluk artis kpop tu dah semakin di lupakan. Hurmmm... nak salahkan siapa? aris kpop? Myb juga sebab dorang tak kaji dulu budaya dan agama negara yang mereka perform tu. Hurmm... tapi nak salahkan dorang pun tak guna juga sebab bila dalam budaya mereka. Peluk. Cium itu adalah perkara BIASA! So... aku yakin 100% adalah salah yang di peluk itu. Bila aku tengok video tu.. Allah... manalah maruah depa. Mana akal depa. Mungkin juga mereka belum matang atau terlalu ikut kata hati. Itulah betulkan kata pepatah. Kerana nila setitik habis susu sebelanga. Rite?! Sekarang ni di mata agama lain, gadis bertudung ni tak adalah baik mana.Ohhh panas doh. 

Aku akui aku memang obses dengan kpop. Drama, entertaiment, lagu semua tu memang aku suka. Siapa tidak suka tengok benda yang cantik dan kacak kan? Kalau ada yang cakap mereka plastik. Lantak sanalah muka depa kan. Tapi obes aku bukan sampai tahap nak beli cd, tampal poster kat bilik, hafal lagu, labur duit pergi tengok konsert. Oh... tidak.... aku tak sampai tahap begitu. Tu orang cakap minat biar berpada-pada. Jaga adab dan agama kita. Apa yang kita lihat pada drama korea.. cuma tengok dan jangan ikut. Aku memang tahu sangat tentang cara hidup dan budaya orang korea ni. Plastik. membodek. kaki mabuk. suka mengumpat ( yang ni orang kita pun sama. Malah lebih teruk. Kiranya fitnah tu perkara biasa bagi orang kita. rite?). Tapi aku puji satu je tentang orang korea ni. Dorang sangat menghormati sesama dorang. Selalu minta maaf walaupun atas kesalahan kecil.

Wow.. dah jauh sangat aku bercerita ni. Okkkk ok... bercakap pasal novel. Sekarang ni Oh Mr. Ami tengah hot list dekat blog aku ni. Terima kasih atas sokongan. Macam biasa, Ami akan di jadikan manuskrip penuh. So............. tolong jangan berharap akan di update penuh di sini. Sampai masa aku akan stop di sini. mayb sampai bab 15. Aku sayang sangat dengan Oh Mr. Ami... jadi aku memang nak tengok naskah ni di bukukan. Kalau habis dekat sini, sure pendek kan?! So... aku nak tulis kisah ami dan julia lebih panjang dan jauh lagi. Masih banyak suka duka , onak duri segala yang perlu di tempuhi ami dan julia sebelum mereka bersama. Aku bayangkan Ami secomel song joong ki. Aku dapat idea menulis Oh Mr Ami ni pun masa tengok ulangan Nice Guy. Lantaklah orang nak anggap aku apa. Crazy kpop ke... apa. Yang penting cerita aku ni tak ada kena mengena dengan kpop. Totally melayu! Heheh.....

Oklah... dah lewat pagi ni. Esok aku cuti. Cuti sebab aku stress dekat tempat kerja. So.. esok nak tidur nak rehat puas-puas sebelum sambung kerja. Ohhh dunia sangat semua ini. Babaiiii semua... tq sebab baca sampai ke akhirnya. Salam sayang semua. Terima kasih atas galakan di blog ini, di email dan juga di laman facebook. Aku hargai sangat.

Assalamualaikum....








No comments: