Bab
3
“Macam
mana bang? Serius tak?” Tanya Ami kepada Amar.
Julia
yang sedang terbaring di atas katil itu cuma memandang pelik ke arah Ami. Siap
ber `bang-bang lagi. Amboi biadap budak Ami ni. Dia terus memasang telinga
mendengar perbualan di antara Ami dengan doktor Amar. Sikit punya kacak.
Berdegup-degup juga jantungnya sewaktu mula-mula masuk ke dalam bilik ini tadi.
“Abang
dah buat x-ray. Tak ada kecederaan serius pun. Cuma tersalah urat je tu. Abang
dah letakkan ubat dan balut untuk
kurangkan bengkak. Seminggu dua nanti baik la tu..” Jawab Amar dengan senyuman.
Dia nampak kesunguhan di wajah adik sepupunya itu.
“Yeke.
Alhamdulillah. Saya risau sangat bang…”Ami meraup wajahnya. Syukur tidak
terkata. Kalau Julia sakit dia turut sakit. Ami berpaling ke arah Julia yang
terbaring di di atas katil yang berada di belakang bilik Amar pangkat abang
sepupunya itu.
Julia
mencebik geram. Risau konon. Padahal mesti dia suka kaki aku sakit kan? Eh apa
kau ni Julia. Budak tu dah tolong dokong kau jauh-jauh macam ni. Kau masih lagi
nak perasangka tak baik pada dia. Bawak bertaubat sikit Julia..’ Julia mengusap
dadanya supaya beristifar banyak-banyak. Dia pejam mata rapat-rapat.
Amar
tersenyum sendiri.” Siapa dia?”
Ami
sedikit tersentak dengan soalan itu. Dia tersengih sambil mengusap belakang
kepalanya.
Amar
yang sepertinya faham berdehem kecil.”Mak Su tahu ke?” Sengaja dia petik nama
mama Ami.
Ami
tersentak.”Alamak… bang. Jangan cerita apa-apa dekat mama please..” Rayunya
seperti orang terdesak.
Amar
ketawa. Lucu melihat reaksi Ami itu.”Kau ni Ami. Julia tu tuanya 7 tahun dari
kau. Waras ke tidak kau ni?”
Ami
angguk kepala laju.”Kalau dah suka abang Amar. Nak buat macam mana..”
“Ami..
dengar sini abang nak cakap apa. Abang ni dah 30 tahun tau. Tapi abang masih
tak jumpa dengan seseorang. Sebab apa tau?”
Ami
jungkit bahunya sambil menggelengkan kepalanya.
“Sebab
abang letak perempuan jatuh no yang ke 10 dalam hidup abang..”
“Abang
gay ke?” Ami berseloroh menyebabkan Amar ketawa bagai nak rak.
“Kau
ni..” Amar menumbuk bahu Ami perlahan.
“Nabi
tak mengaku umat oi..!”
“Tahu
pun abang… kenapa masih membujang? Nak kata tak kacak, dah macam pelakon saya
tengok abang ni..”
“Abang
nak berjaya dalam hidup dulu Ami. Sebab tu abang tak mahu kau main-main
sekarang. Kau nak exam kan Ami?”
Ami
pasrah. Nak melawan. Pangkat Amar lebih besar darinya. Jadi diam saja dan
senyum secomel yang mungkin.
“Ini
bukan masanya kau nak bercinta tau. Kau ni harapan Mak Su. Jadi, kau kena
berusaha keras Ami. Waktu-waktu begini sepatutnya kau ada di meja study. Bukan
berpeleseran macam ni..”
Ami
mengeluh lemah. Kenapalah tak ada sorang pun yang faham hati dan perasaannya?
Kalau Amar sudah letak perempuan list yang ke 10 dalam hidupnya. Itu dia punya
pasal. Dia ada matlamat sendiri. Dia tahu apa yang dia buat. Ya… dia akan
buktikan kepada semua nanti. Semua yang tidak faham apa yang dia rasa termasuk
Julia.
“Cuba
bayangkan kalau kau gagal capai target?”
Ami
menundukkan saja kepalanya.
Amar
mengeluh perlahan. Dia menyandarkan belakang tubuhnya ke kerusi. Ami yang
menunduk itu di perhatikan lama. Kemudian matanya beralih ke arah gadis yang
sedang terbaring di atas katil itu. Dia terkejut juga sebenarnya bila melihat
usia gadis itu yang jauh lebih tua dari Ami. Mati-mati dia ingatkan mereka
sebaya kerana Julia nampak sangat muda.
“Abang
faham sangat dengan keinginan remaja seperti Ami. Tapi percayalah Ami, perasaan
tu datang untuk sementara waktu je. Abang nak Ami tumpukan perhatian pada
pelajaran… jangan nanti perempuan ke mana, pelajaran ke mana…” Bahu Ami di
tepuk perlahan.
Ami
angkat wajah dan menentang pandangan mata Amar.”Ye bang… saya tahu..” Di
angguk-anggukkan saja kepalanya dengan hati yang membara. Salahkah dia sukakan
Julia? Berdosa? Bengang betul.
“Dah..
Ami pergilah balik lepas ambil ubat dekat receptionis ya?”
Ami
bangun dan bersalaman dengan Amar.”Terima kasih bang..”
“Ya
sama-sama. Pesan dekat Julia, kurangkan berjalan dan bila tidur pastikan kaki
berada di kedudukan yang tinggi dari badan ya?!”
“Ok
nanti saya beritahu Julia..” Ami
mengambil slip dari Amar. Kemudian dia bergerak ke arah Julia.
Dia
perhatikan Julia yang nampak seperti sedang tidur. Mungkin dia kepenatan. Ah…
ikutkan penat, dia lebih penaT. Boleh tahan juga berat si Julia ni. Dia ketap
bibir geram.
Julia
buka mata. Ami terkejut.
“Er..
jom..” Ami membantu Julia untuk bangun dari katil.
“Serius
ke?” Tanya Julia.
Ami
angguk kepala.”Doktor Amar beri MC seminggu..”
Julia
terkejut.”Lamanya…” Dia merungut.
“Syuhhh….”
Ami meletakkan jari telunjuk pada bibirnya.
Julia
menutup mulutnya dan melihat ke arah Amar.
“Dah
jom keluar..” Ami segera berpusing.
Julia
ketap bibir. Sekali lagi dia akan di kendong Ami. Ya tuhan… malu sangat dah dia
pada Ami sebenarnya. Nak tak nak dia segera memeluk bahu Ami dan naik ke atas
belakang badan Ami.
Amar
melihat saja pasangan itu sehingga mereka keluar dari biliknya. Dia mengeluh
sambil menggelengkan kepalanya. Dia faham sangat kenapa Ami sukakan Julia. Apa
yang Ami suka itu cuma luaran saja. Ya dia tidak nafikan Julia memiliki
kesempurnaan sebagai seorang perempuan. Cukup indah pada pandangan mata lelaki.
Siapa yang tidak tertawan.
Julia
ketawa melihat Ami .seluruh tubuhnya bermandikan peluh. Cepat-cepat dia
memasang air cooler.
Ami
terduduk di tepi katil. Dia rasa mahu pitam pun ada. Termengah-mengah di buatnya.
Julia
capai tuala kecil di hujung katil. Kemudian dia mencampakkannya ke arah Ami.
Ami
terkejut. Dia pandang Julia.
“Lap
peluh kau tu Ami. Banjir nanti rumah aku ni..”
Ami
tersenyum tatkala Julia tersenyum ke arahnya. Tidak ada senyuman yang paling manis
di dunia ini melainkan senyuman Julia.
Julia
membetulkan letak duduk kakinya. Dia mencapai plastik yang berisi kuih pau itu
lalu di makan tanpa rasa malu. Serius dia lapar tahap kebuluran sudah. Dia
tidak sempat makan di café tadi. Punyalah ramai pelanggan sampai tak sempat
langsung untuk dia makan.
Ami
perhatikan saja cara Julia makan. Penuh berselera sedangkan itu cuma kuih pau.
Macam tak pernah jumpa kuih pau pula gayanya. Padahal hari-hari dia akan
belikan untuk Julia.”Lapar ke?”
Julia
pandang Ami kemudian dia anggukkan kepalanya dengan mulut yang penuh dengan
makanan.
“Saya
ambilkan air..” Ami segera bangkit dan masuk ke bahagian dapur kecil. Dia
menarik peti ais kecil itu lalu di keluarkan air mineral.
Terharu
Julia dengan kebaikan Ami. Sungguh dia sebatang kara di dunia ini. Dia cuma ada
keluarga di rumah anak-anak yatim saja. Tapi ramai sahabat-sahabatnya sibuk
dengan kehidupan mereka sendiri. Tinggallah dia di sini. Di rumah ini
keseorangan. Dalam tak sedar dia bersyukur ada Ami. Wajah comel Ami di pandang
lama. Sudahlah comel tapi boleh tahan keras kepala. Dia sudah mula dapat
mengenali Ami serba sedikit. Hari-hari mengejarnya tanpa ada rasa jemu. Keras
kepala la tu. Dah tak terkira berapa kali dia menyekeh kepala Ami. Tapi tak
sedar-sedar juga.
Ami
menuang air ke dalam cawan lalu di hulurkan kepada Julia.
“Terima
kasih..”
Ami
angguk dengan senyuman.
“Kau
ni Ami macam gula-gula kapas kan?”
Senyuman
Ami mati. Dahinya berkerut.
“Kau
punya comel buat aku rasa nak kunyah-kunyah..” Julia ketawa besar.
Ami
tersenyum. Ingatkan apa dia lah..”Teruna lagi memanglah manis..” Dia bergurau.
Julia
mencebik.”Jangan nak cakap kotor eh. Aku simbah kau dengan air sejuk ni kang..”
Dia memberi amaran. Wajahnya sengaja di seriuskan. Mahu menyakat Ami.
Ami
tutup mulut dengan tangan.”Opsss sorry…”
Tiba-tiba
Julia teringatkan perbualan di antara Ami dengan doktor kacak bernama Amar itu.
Dia pandang wajah Ami lama.
Ami
angkat kening kemudian dia kenyit kedua-dua belah matanya.
Julia
ketap bibir. Tapi kali ini dia tidak marah tapi dia cuma tersenyum.
“Kenapa
Kak Julia?”
Julia
mengeluh perlahan.” Ami… apa yang doktor tu cakap semua betul Ami..”
“Yang
mana? Ooo… yang dia cakap suruh sapu ubat urat tu ya? Ke makan ubat tahan sakit
bila terasa berdenyut? Yang mana satu ya?” Ami garu kepala tak faham.
Julia
mendengus kasar.”Aku lesing kau kang! Jangan nak buat tak faham ok?!”
Ami
mencebikkan bibirnya.”Ooo jadinya Kak Julia tak tidur tadi?”
Julia
pandang saja Ami. Geleng tidak angguk pun tidak.
“Ami..
perjalanan hidup kau masih jauh Ami. Bila keluar saja keputusan SPM kau tu
nanti, masa tulah perjalanan hidup kau akan bermula. Aku tak nak kau menyesal
Ami. Masih ada masa ni Ami. Kalau kau berhenti kejar aku, aku yakin kau akan
berjaya dalam SPM nanti…”
Ami
diam. Dia cuma menentang pandangan mata Julia.
Julia
mengeluh perlahan. Pandangan mata Ami menyentuh perasaannya. Dengan Wajah yang
polos Ami nampak naif sekali.”Aku tahu kau sukakan aku Ami..”
Wajah
Ami berubah reaksi. Dia tersenyum melebar. Macam ada bunga-bunga harapan. Siapa
tahu kalau Julia balas cintanya? Saat itu juga dia akan berikrar untuk straight
A dalam SPM. Cabar sangat. Geram sangat dia pada Amar. Ingat dia lebih tua, dia
ada hak untuk kritik perasaannya?!
Julia
ketap bibir.”Budak ni..” Dia angkat tangan mahu luku kepala Ami.
Ami
ketawa kecil dan menepis tangan Julia perlahan.”Jangan risau Kak Julia. Saya
tahu apa yang saya buat…”
“Nanti
kau gagal semua orang salahkan aku..”
“Siapa
nak salah kan Kak Julia?”
“Tu
Doktor kacak tu..”
Ami
mencebik geli saat Julia berkata begitu. Kacak? Phuiii!
“Kacak…
mulalah tu nak menggatal…”
Julia
tersenyum.”Doktor Amar tu menepati citarasa aku tau. Sado.. gentleman..”
Terbayang-bayang lagi senyuman Doktor itu. Pandangan matanya memang sangat
menimbulkan tanda tanya. Dia perasan lelaki itu tidak lepas dari melihat ke
arahnya. Tak tahu apa sebabnya. Tapi dia rasa pelik sangat.
“Tak
faham dengan taste orang perempuan ni kan? Nak yang kacak, sado. Habis yang
cute dan comel ni nak campak mana? Tong sampah?” Ami mendengus geram. Tak puas
hati betul dia.
Julia
ketawa mengekek. Pipi Ami yang putih itu di cubit geram.
“Aaaa….”
Ami menjerit kesakitan.
“Geram
aku dengan kau ni..” Julia ketap giginya. Dia melepaskan cubitan di pipi Ami.
Habis merah pipi gebu itu.
Ami
mencebik sambil mengusap pipinya yang merah itu.”Sakit tau kak..”
“Dah
pergilah balik. Kang tak pasal-pasal kena tangkap khalwat..” Dia menolak tubuh
Ami.
“Yelah
yelah.. dapat kahwin free..” Dia segera berdiri.
Julia
menjegilkan matanya kepada Ami.”Masin mulut kau nanti..”
“Saya
ok je..” Ami berkata selamba.
“Budak
ni gila betul.”
Ami
tersengih
“Terima
kasih Ami..”
“Sama-sama
kasih..”
Julia
geleng kepala dengan keletah Ami.
“Jangan
lupa sapu ubat urat tu. Makan ubat bila rasa sakit. Tidur pada kondisi kaki
lebih tinggi dari badan ya?!” Pesan Ami persis doktor pencen.
“Ye
Ami. Aku dengar apa Doktor kacak tu cakap tadi..”
“Surat
MC tu macam mana? Nak saya hantar kan ke?”
“Tak
payahlah. Nanti aku call kawan tempat kerja…”
“Oklah.
Saya balik dulu. Esok pagi sebelum pergi sekolah saya letak makanan dekat pintu
ya?”
Julia
angguk kepala.”Nak duit tak?”
“Tak
apalah. Saya ada duit..”
“Baguslah
kalau macam tu..” Julia tersenyum tanpa rasa malu.
“Selamat
malam princess…”
Julia
mencebik kegelian. “Princess frog?”
Ami
ketawa mengekek. Dia melangkah keluar. Sebelum itu dia sempat kenyit mata pada
Julia. Julia pula tanpa sedar senyum sendiri. Eh..eh.. apa ni?!
1 comment:
Yunk..up lg plis hehhehe suke tgk ami yg sengal n cute ni
Post a Comment